Wednesday, June 19, 2019

CH2019 | 07 : CAMERON VALLEY Tea Plantation

Tak sah kalau bercuti ke Cameron Highlands dan tak singgah di ladang teh !

Cameron Valley yang juga dikenali sebagai Ladang Teh Bharat terletak di jalan utama yang menuju ke Tanah Rata dari Ringlet. 



Asalnya menjadi perniagaan keluarga yang berasal dari Uttar Pradesh, India. Kumpulan Syarikat Bharat yang ditubuhkan di sini sejak tahun 1933, hari ini terdiri daripada lapan syarikat, di mana Dataran Cameron Bharat adalah yang paling terkenal.

Ia turut mempunyai pemandangan indah untuk dinikmati termasuk kedai-kedai teh dan serta kedai  cenderahati.

Kami singgah masa on the way naik ke Cameron Highlands tapi cuaca tak berapa menarik time tu. Jadi tumpang kencing dan usha usha kawasan jer....





















Masa on the way balik pun singgah sekali lagi tapi untuk ambik ambik gambar je. Ada banyak gak aktiviti boleh di lakukan sebenarnya di sini.

Tapi kami sekadar singgah dan usha usha je...























Orang agak ramai, plus dah jadi macam tarikan orang ramai masuk dan bergambar dengan daun daun teh. Ada hajat jugak nak makan scones tapi kami malas nak beramai ramai.  

Lagipun sebab kami ada plan lain.

Bagi aku Bharat atau pun Boh Plantation dua dua lawa. Boleh je pilih mana mana nak singgah cuma Boh tu agak mencabar sikit nak sampai ke sana.

CAMERON VALLEY
Batu 34, Jalan Besar,
Cameron Highlands,
Pahang Darul Makmur


bersambung..................

2 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...