Satu lagi lokasi yang aku teringin nak pegi dan tak terpegi pegi walaupun selalu lalu lalang di kawasan sekitarnya di Kuala Terengganu ni adalah Masjid Abidin, Kuala Terengganu.
Sebagai sebuah negeri Islam, maka masjid adalah suatu simbol agama yang dipandang mulia dan suci, selain daripada menjadikan tempat untuk beramal ibadat. Negeri Terengganu Darul Iman berasa bangga dengan adanya sebuah masjid bersejarah yang sekarang dikenali dengan nama Masjid Abidin yang tersergam dan terletak di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu.
Dahulunya masjid ini dikenali dengan nama Masjid Besar atau Masjid Puteh.
Masjid Abidin Kuala Terengganu
Kali ni since aku meeting berdekatan dengan kawasan ni, so lepas abis meeting aku terus singgah untuk solat Asar.
Bangunan masjid berwarna putih
Masjid Abidin merupakan salah satu masjid tertua di Terengganu. Terletak di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu.
Pada asalnya bangunan masjid ini merupakan sebuah istana kayu yang didirikan oleh Almarhum Sultan Zainal Abidin II. Bangunan Masjid diperbesarkan pada tahun 1319H (1901M) semasa pemerintahan Almarhum Sultan Zainal Abidin III dan bangunan masjid ini telah digantikan dengan bangunan yang diperbuat dari batu.
Pintu masuk utama
Binaan baru menggantikan bangunan kayu
Sekali lagi masjid ini melalui pengubahsuaian pada tahun 1901 pada masa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, masjid ini diperbesarkan bagi menampung jemaah yang semakin bertambah. Selain daripada pembaikan ini, tiang-tiang batu bulat turut dibina dan tiga buah menara dinaikkan.
Binaan bangunan kayu masjid diganti dengan batu ketika pemerintahan Almarhum Baginda Sultan Umar. Pada tahun 1972, bangunan masjid ini sekali lagi diperbaharui dengan satu menara induk dibina menyerupai menara Masjid Negara.
Sejarah Masjid Abidin
Pembesaran masjid sekali lagi dilakukan pada masa pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada tahun 1972, ianya diperbesarkan demi menampung sejumlah 2,500 orang jemaah. Selain daripada tempat untuk beribadat, masjid ini juga digunakan untuk pelbagai aktiviti-aktiviti keagamaan.
Turut didirikan sebuah menara yang tinggi dan beberapa buah kubah di atas sutoh bangunan Masjid Abidin. Keistimewaan masjid ini ialah terdapatnya seni ukiran Khat Al-Qur'an, doa-doa dan awan larat yang dipasang di atas pintu dan sisi masjid. Selain daripada itu, terdapat juga sebuah mimbar berukiran yang unik di dalam masjid ini.
Pintu pintu kayu di kekalkan
Tempat wuduk
Kawasan luar masjid
Menurut cerita, masjid ini pada mulanya didirikan tanpa tiang di tengah-tengah bahagian dalam bangunan. Dindingnya hanya sekerat dan melengkung berlubang-lubang bagaikan pintu gerbang. Terdapat sebuah binaan kayu yang beratapkan kayu berlian. Terdapat juga enam buah kolah pada masa itu dan setiap satunya berukuran kira-kira dua depa panjang dan 1.5 depa lebar.
Usha kawasan dalam Masjid Abidin.
Ruang solat
Tiang tiang dalam dewan solat
Karpet berwarna merah
Mimbar
Mimbar yang ada sekarang dibuat oleh Encik Badul Kadir. Tulisan-tulisan kasar yang terdapat di pintu masuk utama telah ditulis oleh Tengku Abdul Kadir bin Salim, manakala lukisan-lukisan kecil pula dilukis oleh Tuan Haji Abdul Rahman.
Pintu kayu yang memisahkan dewan solat yang lama dengan yang baru
Tempat solat di bahagian tepi masjid
Makam diRaja
Kawasan makam di Raja di perkarangan Masjid Abidin
Antara kerabat diraja yang dimakamkan di sini termasuklah Sultan Zainal Abidin III, Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Sultan Ali Shah, Sultan Ismail Nasiruddin Shah serta Tengku Ampuan Besar Tengku Permaisuri Tengku Tengah Zaharah.
Aku cuma masuk dan lalu jer. Tak singgah dan tak check mana mana maqam pun. Tapi ada bangunan khas di bina rasanya memuatkan makam bekas Sultan Terengganu di dalamnya.
Makam di Raja dan Masjid Abidin
Makam di Pertuan Muda
Makam yang kelihatan dari arah masjid
Kedudukan masjid ini di tengah tengah pusat bandar dan berdekatan dengan lokasi tarikan pelancongan bandar termasuk lah hentian bas KT, Pasar Payang, Dataran Shahbandar dan sebagainya.
Sebagai sebuah tempat ibadah Masjid Abidin menyediakan pelbagai kemudahan antaranya perpustakaan, perkhidmatan Wi-Fi, program Rakan Masjid, ruang solat, bilik seminar dan juga kawasan rehat.
Layan gambar gambar lain sekitar Masjid Abidin Kuala Terengganu ini.
Pagar Masjid Abidin
Menara
Arah panduan
Papan tanda Masjid Abidin yang baru sedang di naikkan.
Masjid Abidin yang sentiasa meriah dengan program yang membuktikan erti kata sebenar pembinaan sesebuah masjid yang bukan sekadar menjadi tempat ibadat semata mata. Banyak program dan usaha usaha telah dilaksanakan bagi menarik masyarakat Islam untuk mengunjungi masjid ini dan seterusnya menukar persepsi peranan dan institusi masjid yang agak terbatas.
Masjid sebagai pusat ibadat, pusat pengembangan ilmu dan penyebaran dakwah Islamiah, di samping menjadi pusat kebajikan dan perpaduan umat Islam setempat. masjid adalah rumah Allah yang suci yang mempunyai taraf dan kedudukan paling istimewa di sisi Allah SWT dan Rasul Nya.
Semoga rumah Allah seperti ini dirahmati dan diberkati untuk selamanya.
Semoga rumah Allah seperti ini dirahmati dan diberkati untuk selamanya.
Kasihku
Seharum mawar merah
Kujadikan cinta untukmu
Selama-lamanya oh...
Kasihku
Seluas laut biru
Ku jadikan rindu untukmu
Selama-lamanya
Biarpun duri yang bisa
Menjadi penghalang cinta
Aku yang di sini
Hanya untukmu jua
Biar laut bergelora
Menjadi resah sejuta
Aku yang di sini
Pencinta yang setia oh...
Kasihku
Seharum bunga kemboja
Ku jadikan miliknya
Seandainya terpanggil selamanya
Lawo, tp dok dang sokmo nok singgoh
ReplyDeletetu ah. lalu lalang musing ligat bando.. dok dang nok singgoh
DeletePernah singgah solat subuh kat sinie.. tarasa cam suasana di madinah..
ReplyDeleteye ke? wah menarik tu... kena try rasa sekali...
Delete