Friday, June 24, 2016

KEMBARA IMAN 2016 : 16 - Madinah : Bir Ali

Bir Ali merupakan sebuah masjid yang dikenali dengan binaan berkotak dengan struktur menaranya yang unik.

Menara Bir Ali

Ia juga adalah tempat bagi jemaah yang datang dari Madinah dan ingin mengerjakan Haji atau Umrah di Mekah maka jemaah tersebut perlulah bermiqat di Bir Ali ini mengambil contoh sebagaimana yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Masjid ini merupakan tempat miqat makani atau tempat untuk memulakan ihram. 

Di sini seluruh jemaah yang hendak mengerjakan umrah akan mula memakai ihram, berniat serta solat 2 rakaat sunat ihram.

Sempadan tanah haram

Bir Ali atau Masjid Bir Ali ini terletak lebih kurang 15 minit perjalanan dari kota Madinah dan berada di persempadanan tanah haram Madinah. Di sini lah jemaah lelaki akan memakai ihram, dan para jemaah akan solat sunat ihram 2 rakaat serta mula memasang niat ihram di miqat ini dan bersiap sedia untuk mengerjakan umrah ke Mekah.

Jarak perjalanan dari Bir Ali ke kota Mekah memakan masa sekitar 5 - 6 jam merentasi perjalanan dengan jarak 450 KM dan sepanjang perjalanan ini, jemaah perlu mematuhi 13 perkara yang dilarang ketika berihram sehinggalah selesai melakukan semua rukun umrah.

Apa dia rukun Umrah?

01. Niat di Miqat
02. Tawaf di Baitullah
03. Sae’i di antara Bukit Safa dan Marwah.
04. Tahalul ( Bercukur atau bergunting )
05. Tertib

Mudah je kan? Tak banyak pun kan? Tapi...............

13 Perkara Yang Dilarang Semasa Berihram Sebaik sahaja seorang itu berniat haji atau umrah maka wajiblah menjaga pantang larang ihram seperti berikut :

01. Menutup kepala atau sebahagian daripadanya bagi lelaki, seperti memakai songkok, serban dan sebagainyatetapi tidak menjadi larangan sekiranya berteduh di bawah pokok atau payung.
02. Memakai pakaian bersarung sama ada berjahit atau sebagainya bagi lelaki seperti seluar, baju kemeja dan sarung kaki.
03. Menutup muka bagi wanita.
04. Memakai sarung tangan.
05. Memakai bau-bauan pada badan atau pakaian atau pada makanan, minuman atau menyedut ke dalam hidung.
06. Memakai minyak rambut pada kepala atau janggut.
07. Menanggalkan rambut atau menghilangkan mana-mana bulu pada anggota badan.
08. Mengerat atau membuang kuku.
09. Memotong, menebang atau mencabut pokok atau tumbuhan di Tanah Haram.
10. Memburu binatang buruan yang halal dimakan atau membinasakannya sama ada di Tanah Haram atau di Tanah Halal.
11. Bersetubuh.
12. Melakukan perkara pendahuluan bersetubuh seperti bercium, berkucup-kucupan atau berpeluk yang menaikkan nafsu syahwat.
13. Akad nikah sama ada ijab atau qabul untuk diri sendiri atau mewakili orang lain.

Kalau langgar pantang?

Pumping sampai pengsan ! Hahahaha. Tak de lah.

Hukum melanggar larangan dalam ihram. Terdapat 3 hukuman kepada mereka yang melanggar larangan dalam ihram:

01. Melakukan dengan hajat dan tanpa uzur, hukumnya berdosa dan wajib membayar dam
02. Melakukan tanpa niat tetapi terpaksa, hukumnya tidak berdosa tetapi wajib membayar dam
03. Kerana uzur atau jahil (tidak tahu), terlupa, dipaksa atau dilakukan ketika tidur maka tidak berdosa dan tidak dikenakan dam.

Kawasan berbukit

Masjid Bir Ali yang terletak di tepi jalanraya utama menuju ke Mekah

Oleh kerana Bir Ali ini dikenali sebagai tempat bermiqat maka ianya juga dikenali dengan nama Masjid al Miqat. 

Terdapat juga nama nama lain yang begitu synonm dengan Bir Ali ini termasuk la Masjid as Syajarah (pokok) yang merujuk kepada peristiwa sejarah Nabi Muhammad SAW pernah duduk di pokok tersebut sewaktu menuju ke Mekah dan pada pokok itu lah masjid Bir Ali ini di dirikan dan Nabi telah solat di dalamnya.

Bir Ali juga dikenali sebagai Masjid al Miqat. Masjid ini turut disebut juga dengan Masjid Dzhul Hulaifah, Masjid Syajarah atau Masjid Mahram

 Ia juga dikenali dengan nama Masjid Dzul Hulaifah bersempena dengan daerah kawasan di mana masjid ini berada.

 Nama Bir Ali adalah bersempena dengan kawasan sekitarnya yang memiliki banyak sumur (telaga?)

Lokasi masjid ini cukup unik. Jika dillihat dari kejauhan masjid ini seolah berada di sebuah lembah. Dari jauh hanya mampak menara tunggalnya sahaja dan menara itu seolah olah muncul dari balik pohon pohon yang rimbun di tengah tengah bukit berbatu.

Struktur senibinanya sangat istimewa kerana masjid ini memiliki menara yang mempunyai senibina yang luar biasa dengan kawasan lapang di tengah tengah bangunannya yang mempunyai banyak lorong terbuka serta banyak pokok pokok di halaman sebelah kawasan dalamnya.

Menara di tengah tengah masjid dengan kawasan terbuka dan pokok pokok tumbuh menghijau

Kawasan dan ruang di tengah tengah halaman.

Kawasan taman dengan pokok pokok kurma

Biasanya bas yang membawa jemaah menujju ke Mekah akan berhenti di sini untuk jemaah lelaki menukar ihram. Biasanya masa di beri masa lebih kurang 30 minit sahaja.

Memandangkan semua jemaah yang dari Madinah dan ingin ke Mekah akan berhenti di sini, maka bersedialah dengan orang yang ramai yang akan memakai ihram dan sebagainya especially pengunaan tandas.

Namun begutu, Masjid Bir Ali ni menyediakan kawasan parking dan tandas serta tempat mandi yang cukup banyak iaitu melebihi 512 buah tandas serta 566 tempat mandi untuk kemudahan jemaah serta jumlah parking untuk lebih 500 kenderaan.

Kawasan tandas serta bilik mandi

Memandangkan kedudukannya yang amat penting dalam sejarah serta fungsi khusus yang menjadi tumpuan para jemaah.  Masjid ini telah dibangunkan dan menjalani proses renovation di bawah Raja Fahd dengan belanja sekitar 170 Juta Riyal. Ianya boleh menampung lebih kurang 5000 jemaah pada satu satu masa. Kubahnya setinggi 28 meter manakala menaranya 64 meter tinggi.

 
Senibina Bir Ali dengan keluasan sekitar 90 ribu per segi. Bangunan masjidnya sahaja lebih kurang 26 ribu meter persegi. 

 34 ribu meter persegi terdiri dari jalan, kawasan parking serta pavilion dan pokok pokok.

Sebab aku dah siap siap berihram dari hotel di Madinah lagi so tak de lah nak tukar dah. Terus je masuk dalam masjid untuk solat sunat.

Jom masuk dalam !

Tanda perasmian Masjid Bir Ali

Lantai Masjid Bir Ali diperbuat daripada marmar dan batu granit manakala daun pintunya dari kayu.

 
Mihrab Bir Ali yang simple dan kosong

Dewan solat utama yang di selang seli dengan tiang tiang besar

Jemaah lelaki mengambil kesempatan untuk memakai ihram

Serta solat sunat ihram

Karpet berwarna merah

Malangnya masa yang di beri terlalu cepat so tak dan aku nak riki riki kawasan Bir Ali ni dengan lebih details.

Siap berihram, balik semula ke tempat bas dan nanti niat dalam bas je. Mutawif akan bagitau apa yang perlu.

Pavilion dan kawasan tempat orang berniaga

Bersiap untuk meninggalkan Bir Ali

Masjid Bir Ali

Sebaik saja selesai solat sunat ihram dan berniat di sini, hati terus rasa berdebar debar. 

Jauh lagi perjalanan nak sampai ke Mekah ni, dan dalam hati aku di serang rasa gundah gulana.

Apakah mungkin terjadi apa apa yang pernah aku dengar selama ni?

Saat bergerak meninggalkan kota Madinah ini buat aku rasa tak menentu. Cuak lah ! Satunya aku bakal berumrah. Ke dua nya, aku bakal melihat Kaabah. Rumah Allah. Tapi .......

Aku pernah dengar ada orang yang sampai di sana dan tak dapat melihat kaabah.

Fuh. Ya Tuhan... jangan la aku tergolong dalam orang orang yang kau tutup terus pandangan.

Separuh aku rasa teruja, dan separuh lagi hati dup. dap. dup. dap...

Dalam hati terus kuat berdoa !



Tuhanku
Dalam termanggu
Ku sebut nama-Mu
Biar susah sungguh
Mengingati Kau
Penuh seluruh

Tuhanku cahaya-Mu panas suci
Bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi

Tuhanku
Aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing
Tuhanku
Pintu-Mu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling

bersambung.....

8 comments :

  1. Memang betul Meng, berdebar2 lepas niat umrah kt Bir Ali, pikir macam2. Aik macam sama je yang dipikir tu. Kenangan mengerjakan umrah February 2014.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... takut gak lah.. maklum la... dosa setinggi gunung !...

      kena pasrah dan banyak berdoa je lah.

      Delete
  2. Bangunan di sana banyak warna putih atau cream.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.. maybe putih tanda suci... cream tu sebab nak kurang nampak berdebu...

      Delete
  3. Time aku pergi....mutawwif suruh solat sunat ihram siap2 kat madinah lps tu yg lelaki terus pakai ihram....naik bas dan singgah kejap kat bir ali utk niat (dari dlm bas shj) dan terus ke mekah....alasan mutawwif ialah ramai sgt jemaah kat masjid dan kump kami ramai yg warga emas....huhuhuhu
    pada aku kalau kita ckp ramai....mmg ramai la kan...try jer lah. kesian org lain yg nak merasa solat sunat ihram kat bir ali....wallahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. dah alang alang sampai kan patut bagi je masuk. masjid bir ali ni adalah landmark pertama yang aku nampak masa tiba di madinah ni so memang excited nak singgah. nasib tau akan singgah utk bermiqat kalau tak memang aku hunggah drebar uber datang sini riki riki kawasan.

      org ramai tu kat toilet je. dlm masjid tak de la ramai. masih ada ruang.. banyak jugak kes mutawwif ni kadang kadang over terlebih. tu tak buleh ni tak buleh. lagi lagi kalau jemaah ramai yang warga emas.. lambat sikit muka mutawif cepat je jadi rengsa.

      nasib baik la mutawwif aku ni oke... cuma group makcik2 je la kerumun dia all the time dan golongan bangsawan lagi muda belia mcm aku ni tak berapa di endahkan.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...