Monday, February 24, 2014

Wisata Segitiga Cinta : 11 - GILI | Meniti Senja Di Gili Trawangan

Akhirnya aku selamat sampai di Gili Trawangan.

Hah. Nasib tak terkeluar nasik campur dalam perut tadi. 

Sampai sampai di Gili Trawangan aku di sambut dengan keriangan. Keriangan orang lain ! Tapi sedikit sebanyak memberi impak la pada diri sendiri. Sebab tadi kat Gili Air aku rasa sendu je.. tapi di Gili T keadaaanya berbeza. 

Aku excited untuk riki Gili T selepas kehadiran aku ke sini awal tahun 2010 dulu tu.

Sampai sampai je macam di sorong bantal untuk tido

Perkara pertama aku buat sampai di Gili T ni adalah check in hotel dulu.

Main strip Gili T

Aku baru je book hotel di sini semalam masa kat Raja's tu. Memang kat Gili T ni banyak je choices, mahal dengan murah je lah, so aku jumpa yang agak tak mahal dan tak murah dan yang paling penting aku tak nak jauh jauh. Nanti terkejar kejar lak kalau pagi nak naik bot.

So aku dah siap book di Tropika Resort. Betul betul kat jetty turun bot di Gili T ni.

Haaa.. bilik ada pool !

Sampai sampai nak check in dia kata bilik penuh !

Hoi ! Aku dah bayar lah semalam !!! Apsal penuh pulak? 

"Maaf Mas.. Kamarnya udah fully booked"
"Tapi saya sudah reserve. Ini nombor booking nya. Bayarannya juga udah selesai"

Aku tunjuk skrin phone aku sebab aku screen capture je. Mana nak print. 

"Oh.. dari agoda.com"

Pastu dia borak borak sesama dia. Call sana sini. Keluar masuk. Tetiba jadi huru hara.

"Maaf Mas. Kamar udah ngga ada. Ngga ada fax dari agoda untuk hari ini. Tapi Mas bisa ke sebelah. Ada kamarnya di sana"
"Tapi saya bayar untuk kamar ini?"
"Maaf Mas... "

Kann.

Kalau ikutkan nafsu amarah aku, harus la aku amok. Nasib la aku bayar RM70 je pun so tak leh la aku nak mendabek dada. Malu kalau orang tau.

So aku setuju je lah. Senang kan. Nasib la aku ni jenis tak cerewet sangat. Asal ada sudah. Lagi lagi time travel cam ni.

Koridor siap


OK. Hotel tak chic. Tak trendy. Tak de pool. Color tak striking.. bla bla bla... 

Tapi janji ada lah. Bukan aku nak bercanda mesra pun. Nak tidur je. Ada ekon, air apa semua kira OK lah. Tapi aku rasa rate ni lagi murah la kot dari Tropika tu. Tak pe lah. Malas nak fikir. Yang pasti aku tak payah bayar apa apa dah sebab dua dua resort ni aku rasa owner nya sama. Siap dapat sewa basikal percumah !!!

Dah dapat bilik, aku segera keluar sebab aku ada misi yang lagi penting.

Aku nak cari tiket speed boat dari Gili ke Bali esok !

Dengan berbasikal aku terjah setiap kiosk yang ada.

"Mas.. Tiket ke Bali esok ada ngga Mas?"
"Speed bot atau...."
"Ya.. speed bot"
"Maaf Mas.. udah kehabisan"

Argh !

Sudah.

Pegi lagi ke tempat lain. Tanya.

"Maaf Mas. Esok kami tutup. Libur. Edul Adha"

Pulak?

Oh. Esok raya haji !! Hahaha. Beraya la aku di perantauan. 

Dari satu kiosk ke kiosk yang lain aku tanya. Ada yang ada tapi harga memang macam dalam Website ni. Bapak la mahal. Baik aku naik kapal terbang balik KL terus je. 

Riki riki lagi. Banyak nya memang harga mahal la. Ada yang letak sampai 900 ribu ! Kepala bana dia lah.

Akhirnya, aku jumpa lah yang agak murah, tapi bot ni tak de dalam list bot bot yang dalam website tu. Dan aku rasa namanya sama dengan apa yang Ali sebut kat aku pagi tadi.

"Berapa harga nya Mas?"|
"300 ribu"
"Aduh"
"Kenapa. Kok terkejut?"

Hahaha. Dia tanya aku balik.

Terkejut la jugak. Mahal. Sebab Ali cakap kat aku dia boleh kasi murah je kalau aku beli dengan dia. Now aku percaya kan Ali. Nama bot tu Marina Srikandi. Bot baru. Sebab tu tak de dalam list bot dalam website tu. Masa kat Gili Air tadi aku nampak, dan masa aku sampai tadi pun aku nampak memang besar betul bot dia. Rasanya kalau lawan ombak OK lagi la kot.  

Argh.. Now baru aku menyesal sikit.

"Ali oh Ali.... !"

Lama aku dok depan kiosk mamat tu.

"Mau ngga Mas?"
"Ngga apa apa"

Aku tak puas hati lagi. Aku nak cari at least murah lagi. Mahal jugak tu 300 ribu. ( RM 100 ) untuk one way je pun. ( Tapi kalau dalam website tu memang harga one way dekat RM200).

Pusing punya pusing, last sekali balik kat resort aku tu, aku tanya mamat ni.

Dia cakap bot dia pun Marina Srikandi. Memang ada seat lagi esok. Dia bagi aku harga IDR 300 ribu gak. Aku nego nego then dia kasik aku IDR 275 ribu.

"Ngga apa apa. Nanti saya datang kembali"

Kann. Ada lah jenis manusia yang tak tau bersyukur macam aku ni kat dalam dunia ni kan?

Hahaha. Orang dah bagi tak nak lagi ni. Pegi lagi ke tempat lain. Cari punya cari sampai sudah akhirnya aku give up ! Memang tak de. Yang paling murah mamat tu lah IDR275 ribu tu.

Aku patah balik pegi kat kiosk dia tengok tengok...

TUTUP !!!!

Argh.......................................

Buntu. Nak tanya orang pun tak tau nak tanya sapa. Tengok jam dah pukul 5 petang. Esok pulak raya, mati la aku kalau tak dapat tiket ke Bali. Tersadai lah kat sini....

Mana dah aku nak tuju? Tahiti.? Tahik !.  Nak ke Bali pun belum lepas lagi ni

Mati akal aku kejap. 

Dah tak tau nak buat apa. Aku kayuh je basikal. Kali ni nak pusing keliling Gili T. Melawat kawasan dan tengok apa yang dah berubah. Apa yang masih ada dan tinggal sejak 3 tahun berlalu.

Kedai kedai sewa snorkelling gear memang dari dulu ada. Checked

Kedai kedai ni dari dulu pun ada. Checked

Papan papan tanda macam ni. OK Checked

Ha... tempat penyu ni. Ada lagi !

Dan masih ada anak anak penyu di conserve di sini

Sick of Rhianna? Hahaha. OK ni baru !

Main strip Gili T tak banyak yang berubah

Haaa. barang barang jualan pun dah berbeza dari dulu. Dulu benda benda cam ni tak de, tapi sekarang.. FM Gili T pun aku jumpa !! Tapi tak lawa pun..............

Suasana dari Gili T ke arah Gili Meno. Port ni paling best nak snorkelling. Dulu masa snorkel kat sini aku nampak penyu...

Deretan basikal

Santai di pantai

Oh.. lupa. Introducing... basikal aku !!

Hari pun dah menjelang petang. Belum abis satu pusingan Gili T aku nampak matahari dah mula nak menurun.

Tapi banyak yang aku kesan, dulu kalau bawak basikal jalan smooth je nak keliling pulau ni tapi sekarang tak lagi. Ada banyak resort resort di bina, dan ada tu siap tutup laluan. Terpaksa la kalau nak lalu pikul basikal masing masing ( malas nak detour ikut jalan belakang ).

Dan benda benda macam ni la yang aku rasa dah tak best. 

Dah banyak sangat resort muncul. Orang pun dah makin ramai. Pantai tak de privacy sangat. Bar pun makin banyak. Dah tak de rupa 'backpacker meddina' sebab banyak yang high class dan mahai mahai.

Bentuk muka bumi pun macam seolah olah dah lari. Ada tempat tempat yang aku rasa dulu aku tak perasan dan tempat yang aku cari balik pun banyak dah hilang.

Aku rindukan Gili Trawangan yang dulu. Sama seperti dulu.



Selalu ku mengharapkan
Kau akan segera pulang
Kau balik seperti dulu
Menghapuskan rindu
Yang sering menghantuiku

Semenjak kau datang
Di hatiku sayang
Semua resahku hilang
Diriku bukanlah
Seorang yang mudah
Menyerahkan cinta semudah kata

Kudambakan cinta
Indah seperti dulu
Kerna cintaku tak pernah rasa jemu
Biar hati bimbang
Aku terus menunggu
Benar ku tahu kau tak pernah jauh
Kau di hatiku

Di hari yang datang
Janganlah kau ulang
Lukai hatiku sayang
Aku pun bukanlah
Seorang yang bisa
Menggantikan cinta sekelip mata

Aku inginkan cinta
Kita seperti dulu
Kerna cintaku tak mudah rasa jemu
Biar hati bimbang
Aku terus menunggu
Dan aku tahu kau tak pernah jauh
Kau di hatiku

Tapi sudah tentu la tak boleh.

Gili T melalui proses kematangan dan pembangunan jugak. Takkan selamanya nak macam tu kan? Mereka perlu bersaing juga dan keluar dari takuk serta kepompong lama.

* pengsan dengan ayat

So aku kena pasrah dah terima seadanya. Bersyukur, sekurang kurangnya aku pernah tengok Gili T zaman baru nak naik dulu.

Eh tau kah anda, Kareena Kapoor dengan suami dia berbulan madu di Gili Trawangan ni? Haaaaaa aku pun baru tau. Sebelum ni, Kareena Kapoor pun aku tak kenal yang mana satu !

Gili T

Lepas pada tu, aku tengok matahari dah menyonsang baik punya. Nak kayuh basikal agak meletihkan sebab banyak pasir berdebu. Most of the time memang kena heret la basikal ni sepanjang jalan.

Aku cari port dan lepak ambik angin.

Dan melayan perasaan sendiri meniti senja di Gili T.

Senja dari Gili T

Mount Agung Bali

Pantai Gili T









Aku layan sunset ni kat belah sunset beach di belah belakang Gili T ni. 

Bila dah malam tu mula la macam orang sasau nak bawak basikal. Jalan gelap gila. Dah la tak de orang lalu lalang. Cuak pun ada. Cepat cepat aku balik ke Main Strip semula. Tapi di belah belah Sunset Beach sana banyak resort resort mewah di bina.

Sampai di main strip perut lapar. Isi dulu. Gi tempat food court yang aku makan dulu. Dulu kat sini ada pasar malam dan warung makan banyak banyak.

Sekarang dah jadi tempat seafood bakar !

Oh bukan ni. Ni kedai lain. Lagi mewah ni

Haa.. tengok la orang beratur punya la ramai

Siap ada jual kuih kuih

Jagung bakar

Seafood bakar dengan nasi campur


Nak tak nak terpaksa jugak la beratur. Pilih seafood yang nak di makan then bayar. Pahtu tunggu.

Orang agak ramai so duduk merata rata la kalau nak makan. Satu meja dengan aku ada 4 ekor mamat French.. kira OK la dia lepak dan kami borak borak. 

Yang kelakarnya.. dia sound kat aku.

"So tomorrow is Raja Hari?"
"What?"
"Holiday..?"
"Oh. no.. Raya Haji.. not Raja Hari.."

Tergeliat jugak lidah aku nak menyebut.

"Oh... Raa ya. Ha ha ji.....?"

Pastu kawan kawan dia pakat gelak. Bodow. Tercekik baru tau.

Eh. Esok raya haji dah? 

Tetiba teringat sesuatu.. Tiket aku ke Bali cemana? Alamak !

Tak puas hati, cepat cepat aku makan. Tinggalkan mamat mamat tu semua melantak tak abis abis. Ambik basikal dan balik semula menuju ke kiosk budak tadi tu.

Sedang elok aku sampai dia baru nak tutup kedai. Baru dia off kan lampu.

"Mas. !!!!!!!!!!!!! Saya mau tiket ke Bali esok"
"Oh.. Mas yang tadi ya?"
"Ya... "
"Yang saya kasi 275 ribu tu ya?"
"Iya..."

Hah.... Nasib baik lah. Kalau tak tak tau la nak cakap. Lega. Dia on balik lampu dan selesaikan tiket aku.

Akhirnya. Aku boleh tidur lena. Dapat jugak ferry ke Bali esoknya.

Balik bilik, aku dengar laungan azan dari masjid berdekatan. Esok hari raya siottt !!!!

* bergenang airmata

bersambung.....................

11 comments :

  1. gambar first tu memanglah aku sangat suka nak melepak .. nmpk hot & chic.. kat resort mana tu weh?

    aku dah rembat free seat tix Lombok utk tahun depan guna bigpoints! yeahaa...murmur jek

    ReplyDelete
  2. uih kalo aku meroyan gak la kat situ kalo tetiba kata bilik abis walhal dah book n bayar! hmph!

    weh meng, dah lama aku mintak address ko ni nak kasi FM...kotak aritu ko antar tu dah kemana dah huhuhu...inbox aku cepat!

    ReplyDelete
  3. uiks Raya Haji kat pulau.. gila kentang la.. kalo shin dah nanges nanges nak makan ketupat.. plak tu nk gi Bali.. babi guling byk laa.. hukk

    ReplyDelete
  4. lawanya gambar-gambar....sedap pulak makanan seafood sana..fresh sungguh.

    ReplyDelete
  5. Terasa sebak pulak beraya d tempat org sib baik raya haji klau raya puasa mahu meraung. Jm jatuh chenta ngan gambar sunset itueeewww. Pesal dorang panggil mas bukan abg ke pak ke

    ReplyDelete
  6. AM : raja hari okeh lagi.. sebab tak berapa raya sgt... kalu raya posa haru biru lembam muka jadi nya...

    NanaT : lupa nama resort tu. rasanya tempat tu open.. sesapa nak duduk pun buleh. tu kira restoran...

    atas sikit daripada tempat jetty berlabuh.

    yehah. enjoice lombok nanti. bulan brp tu?

    ReplyDelete
  7. Mak Bonda : dah cukup ke FM tu nak bagi??

    aku pun ada stock nak bagi tapi belum cukup 10 lagi.. tunggu dulu lah. simpan je dulu aci? cukup 10 aku send..

    Shin : sebab kat lombok org tak raya sgt so tak de feel mana...

    ReplyDelete
  8. MKL : somehow makanan dia memang sedap..

    sedap sebab makan berebut rebut kot...

    JM : Mas tu utk belah belah pulau jawa saja.. kalau kat sumatera org tak panggil mas. dia panggil abang..

    Pak tu lebih universal...

    ReplyDelete
  9. ha aci, aci...bagus jugak idea ko tu...maklum la mak bonda tak berjalan mana setahun, tgh duk kumpul mana yg patut utk ko...bleh la gitu :D tunggu byk skit kita buat sistem barter...pape roger ok!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...