Thursday, December 20, 2012

Semilir Angin Makassar - Part 6 : Masjid Al Markaz Makassar

Hari pun dah makin petang, memula aku ingat nak balik je ke hotel dan check in, tapi aku fikir pulak, since ada masa dan aku dah tak de tempat nak pegi dah. Aku naik teksi dan suruh teksi hantar ke Masjid Markaz yang pakcik drebar teksi bagitau aku masa aku sampai semalam.

At least aku boleh solat kat sana. 

Naik teksi dan di hantar ke Masjid Markaz Makassar.

Tapi masa dalam teksi tu, drebar tu tanya.

"Masjid yang mana Mas? Di sini nya ada 2. Satu Masjid Al Markaz Pak Jeneral Yusuf..."
"Ya Ya"

Nasib la aku ingat nama tu. So aku bagitau yang tu je. Satu lagi adalah Masjid Raya Makassar.

Perjalanan dari Trans Studio Makassar ke Masjid Al Markaz lebih kurang setengah jam. Agak jauh. Tambang teksi dalam Rp30,000/RM10.

Sampai sampai je aku di berhentikan betul betul depan masjid tersebut.

Masjid Al Markaz Al Islami, Jeneral Yusuf, Makassar

Kawasan masjid ni luas. Dan masjid tu sendiri pun nampak luas.

Sebelum sampai masjid ni, teksi tadi melepasi sebuah masjid yang agak besar jugak. Masjid Raya. Kedudukan antara ke dua dua masjid tu tak jauh mana. Tapi aku rasa masjid yang ni lagi besar kot.

Sedikit mengenai masjid ini.

Al Markaz Al Islami terletak di atas tanah bekas Kampus Universitas Hasanuddin, dengan luas lahan 10 hektar, berada di jalan Masjid Raya, Makassar, merupakan masjid termegah di Sulawesi Selatan, yang pembangunannya berdasarkan ide dari mantan Menhankam/Pangab jenderal (Purn) TNI M. Jusuf, pada awal tahun 1989 sewaktu menjalankan Ibadah Haji, tercetuslah gagasan untuk membuat masjid monumental di Ujung Pandang (Makassar) ke berbagai tokoh yang turut melakukan Haji, termasuk Munawir Sjadzali, MA (ketika itu Menteri Agama RI), Prof. Dr. Sujudi (saat itu masih menjabat Rektor UI), dan pengusaha Drs. M. Jusuf Kalla.

Masjid al-Nabawi yang indah di Madinah memiliki daya tarik luar biasa bagi M. Jusuf, sampai pada 3 Maret 1994, saat bulan Ramadhan 1414 H, dana terkumpul bukan hanya dari pengusaha Muslim, tapi juga pengusaha non-Muslim seperti Prayogo Pangestu, dan Harry Darmawan.

Al Markaz Al Islami diarsiteki oleh Ir. Achmad Noe'man, seorang arsitek dari ITB Bandung yang mengkhususkan diri di bidang rancangan masjid, pembangunan masjid itupun memiliki perpaduan keindahan Masjid al-Nabawi dan ciri khas Masjid Katangka di Kabupaten Gowa, yang merupakan masjid tertua yang dibangun pada tahun 1687 oleh Sultan Hasnuddin, Raja Gowa pertama yang menyebarkan Islam di tanah Sulawesi.

Al Markaz Al Islami kini menjadi pusat pengembangan Agama Islam terbesar di Asia Tenggara, di mana lantai dasarnya digunakan untuk perkantoran dan ruang diskusi, lantai dua untuk ruang shalat dengan kapasitas 10.000 jamaah, sedangkan lantai tinggi dibuat dengan bentuk huruf U digunakan untuk ruang shalat wanita.

Al Markaz Al Islami mempunyai lima menara yang salah satunya paling tinggi tinggi mencapai 87 meter, seluruh dinding masjid dhiasi dengan ornamen dan seni ukir kaligrafi yang indah. (sakti, dari berbagai sumber)

* mati la berbahasa Indon lagi.

Dewan solat utama

Sampai je aku masuk, then turun ke ruang ambik air sembahyang di bawah. Pastu baru naik balik ke dewan utama.


Dari arah penjuru

Sisi kiri dan kanan dewan utama

Memang luas ruang solat dia. Satu floor je. Floor bawah tu ada macam kedai kedai jual kelengkapa islamiah. Tapi macam tak de orang. Kat masjid ni pun tak de jemaah sangat. Ada beberapa orang di bahagian luar sedang tidur.

Selepas selesai aku pun keluar.

Ini pandangan dalam dan luar masjid

Menurut pakcik teksi yang aku naik masa datang kelmarin. Jeneral Yusuf ni selain membina masjid ni, beliau juga membina hospital, rumah anak anak yatim dan banyak lagi lah.

Dan pakcik teksi yang aku naik tadi pun bercerita benda yang sama.

"Di saat kematian Pak Yusuf itu, bumi seakan menangis. Hujan turun walapun di Makassar ini cuacanya terik....... tapi dia rumahnya itu, hujan dan mendung sampai selesai acara pengkebumiannya"

Aku diam je dengar.

Teruntun jugak la hati. Aku banyak fikir sebenarnya tapi aku tak tau aku fikir apa.

Al Fatihah untuk arwah Pak Jeneral Yusuf.

Cuma satu aku tak berapa berkenan sikit di luar kawasan masjid ni agak kotor tak terjaga.

Sungai yang kotor di kawasan luar masjid

Lepas abis melawat masjid aku pun keluar ke jalan besar.

Aku fikir aku nak patah balik dan pegi ke masjid yang satu lagi tu. Masjid Raya Makassar. Nampak macam tak berapa jauh so aku rasa boleh je nak menapak. So aku menapak.


Nak keluar dari kawasan masjid ni ada budak budak kecil datang mintak duit. Aku bagi la. Then aku jalan, pastu aku dengar suara budak budak lagi.

"Om.. Om..."

Pusing belakang. Alamak !!

Ramai gila. Yang aku bagi tadi ada la jadi pembawak rombongan sama. Tak senang aku jadi nya. Tak tau dari mana mereka semua muncul. Nak bagi ramai ramai macam tu tak cukup duit kecik. Last sekali bagi duit dan suruh dia orang bahagi bahagi kan. Pastu dia orang lari.

Rupa rupanya dia orang tidur bawah pokok !

Siap macam ada mak ayah kat situ. Tak tau la memang dia orang tinggal kat situ ke apa.

Aku malas nak toleh dan telek lama lama sebab macam ada orang tepi jalan pandang pandang aku atas bawah. So aku jalan je ikut arah masjid yang satu lagi.

Di pertengahan jalan nampak banyak kambing kambing ni.

Kambing di jual untuk korban

Banyak kambing kambing ni di jual. Duduk tepi jalan raya je.

Tak de la pulak yang kena langgar. Pandai je main tepi tepi. Bijak kau kambing !

Dalam 15 minit jalan kaki akhirnya sampai la di Masjid Raya Makassar ni.

Aku usha dari luar je dulu.


Pastu aku nak masuk tengok macam ramai orang kat luar masjid tu. Semua macam pandang aku atas bawah. Buat aku jadi tak selesa.

Ntah kenapa, aku tak jadi masuk !

Aku patah balik dan keluar. Hari pulak nak hujan. Elok je aku keluar ke jalan besar, aku tahan teksi dan teksi hantar aku terus balik ke hotel.

Tambang teksi Rp10,000/RM3.

Pastu dalam teksi tu aku fikir lagi.

"Kenapa aku tak masuk? Padahal aku dah kat tangga tadi?"

Ntah. Aku pun tak tau kenapa. Pastu macam rasa menyesal.

bersambung...........

7 comments :

  1. Eh cantik la dewan solat masjid tu, dan selama ni tak tau pulak mesjid tutmpt pengembangan islam terbesar di SEA..motif diorg nk pndang ko atas bwh? Adekah kerana muka ko pan pacific seperti yg digembur2 kn tu? Hihihi

    ReplyDelete
  2. masa aku kat sana, kelihatan org makassar ni idupnya tak brapa nak susah sbb tu diorang tak nak keje yg gaji murah2 ni. tapi ko jumpa la plak pengemis ek?

    cantik mesejid tu, aku tak pi pun. ce cite skit nape diorang pandang ko atas bawah. ko pakai sluar pendek ke meng?

    ReplyDelete
  3. sebab dia orang terkesima tengok wajah aku berseri seri sebab baru lepas keluar dari masjid.

    * lari....

    tak de la. ntah. maybe pelik kot tengok org jalan sorang tanpa arah tujuan.

    * nanges

    ReplyDelete
  4. oh ya. aku memang pakai seluar pendek. tapi org sana pakai jugak per seluar pendek.

    ReplyDelete
  5. cantik sgt masjid dia..tp syg kt luar tu xtrjagakan..

    ReplyDelete
  6. sluar pendek ko kaler ape? haaaaaa...

    ReplyDelete
  7. betul tu Chekgu. Sayang. Tapi kawasan masjid ni luas beno. Tak terjaga kot.

    Mak Esah : aku pakai kasut phua chu kang !!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...