Friday, April 22, 2011

Taman Tasik Perdana 2

Gambar gambar yang di petik dari Taman Tasik Perdana tempoh hari.

Kan aku cakap, tempat ni luas dan banyak benda boleh explore. Jadi, hari ni abang bawak kau orang semua bersiar siar di taman ini.

Sila lah. Sila.












'

Hah. Ada terasa mahu ke sana? Jika anda mahu, sila rujuk peta. Sebab aku pun dah ingat ingat lupa.

* matilah kena cerca dengan warga KL lepas ni.

Sebelum aku mengarut lebih lebih. Saksikan gambar gambar terakhir di Tasik Perdana kelmarin. Tema gambar gambar bertemakan Flora Dan Fauna !



















Hah. Jenuh la nak load page ni.

Thursday, April 21, 2011

Taman Tasik Perdana

Masa hari ahad hari tu aku keluar dengan OR.

Kami jalan jalan keliling kota. Tau kami ke mana?

Taman Tasik Perdana !

Dan, untuk makluman pihak media dan juga orang awam, aku first time sampai Taman Tasik Perdana ni. Selalunya lalu je kat jalan sekitar tu tapi aku tak pernah ambik tau. Now, aku dah sampai dan berjaya jejakkan kaki di sini.

Cool jugak tempat dia. Besar okeh. Terkesima rama rama aku di buatnya.

Letih berjalan. Sampai sakit sakit tumit. OR la heret aku, aku ni mengah mengah sampai berpeluh peluh ketiak di buatnya.

Tapi serious aku rasa Taman Tasik Perdana ni salah satu tempat best untuk melepak juga especially kalau nak beriadah dan berjogging !

Cuma jauh sikit dari parking so kena menapak.

Ada beberapa tempat yang kami jejaki, so hari ni aku tunjuk gambar gambar yang di ambik di sekitar Taman Tasik Perdana itu sendiri.

Enjoice bagi yang belum pernah sampai ke sana.

* senyum dengan riak sebab dah sampai.









Ada lagi gambar lain, nanti aku share dari masa ke semasa.

Thursday, April 14, 2011

V for Vandetta

Ini sebuah kisah keji.

Kisah dia macam ni.

Aku ada flight bulan depan dan Air Asia ada contact aku bagitau flight tu reschedule. Dia bagi aku flight pukul 6.45 pagi which aku rasa payah la aku nak bangkit pagi pagi untuk naik flight ni.

So aku called Customer Service Air Asia tadi untuk dapatkan schedule lain supaya aku rasa lebih senang dan mudah.

Kami berbual macam biasa, dia mintak details dan sebagainya. Jadi aku pun bagi je la thru phone tu.

"OK, Sir, May I know your booking number"

Aku dah siap siap load kat lappy aku, tunggu nak baca je pada itenary yang mereka dah hantar kat email aku.

"My booking id is A for American, number 8, then D for Denmark, P for Penang dan V for..."

Aku dok mengagau carik nak fikir bagitau dia apa.

"V for.. Virginia"
"What?"

Dia sergah aku so aku jadi kalut sekejap. Aku pulak rasa aku silap cakap, so aku cepat cepat bagitau dia. Aku dah weng. Aku rasa aku sebut betul, tapi macam salah, ke betul? Ntah !

"V for... for... Vagina !"
"Haa?"
"Eh.. V for.....Vir Vargiania...."

Aku dah tergelak gila babi. Dah tak tau apa aku cakap. Minah tu blur semacam. Terdiam dia sekejap.

"V for Victoria !!"

Aku ulang sekali lagi. Kali ni aku yakin ! Then minah tu diam.

"Hello ! Hello!"

Aku panggil dia.

"I am sorry Sir. Yes I got it. V right?"
"Yes"

Dan aku dengar dia terkekeh kekeh tahan gelak. 

Cibai. Aku pulak yang jadi malu !!

Malu !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ah. Tak nak call Air Asia dah ! Naik flight nanti pun aku nak pakai purdah biar orang tak kenal muka aku. Mesti dia orang cas aku cuba mencabul dengan kata kata lucah !

Wednesday, April 13, 2011

E-San Thai Kitchen - Tomyam Terbaik

Dan malam semalam aku makan lagi., kami mencari kedai Thai sebab aku teringin nak makan Tomyam !

Dan kami temui satu kedai dekat Airport Subang sana. Nama dia E-San Thai Kitchen terletak di area Ara Damansara.

Sesat barat mencari kedai nih !

Anyway, aku dengan ini mengatakan Tomyam dia sedap gila !!

Gila gila sedap sampai aku boleh hirup. Tak pernah aku hirup kuah Tomyam ! Tapi kali ni memang lain. Inzal sampai berguling guling.

First tengok setting kedai dia. Agak cossy dan menarik juga. Tak berapa ramai pelanggan. Ada lah puak puak cina yang makan secara beradab dan tak berapa bising.




Servis pun tak de la slow sangat. 

Sampai sampai kami terus di tuangkan dengan air masak. Dan di berikan menu. Menu dia agak menarik juga siap dengan gambar gambar dan pantas saja buat perut kami riang ria menengok makanan.

Saksikan pemakanan kami yang tak berapa sihat ini.







Ya. Itu dia. Aku berani katakan. Inilah sajian dari Istana Thai di zaman silam.

Enak siot. Tomyam dia memang inzal. Kenyang makan. Dan Udang tu agak menarik sebenarnya, tapi aku salah order. Sepatutnya order udang pedas lagi inzal. Tapi kami order Prawn Sizzling with Garlic. Tapi not bad jugak la.

Makan hingga kenyang. Dan air dia tu longan with E San syrup penuh dengan buah longan. Aku rasa macam satu tin dia kasik.

OR minum air Lemongrass. Sedap jugak aku rasa.

Dan yang tak berapa best adalah bill dia. Tengok nih !


Untuk dua orang makan, RM125 !

OK tak?

Nampak macam mahal jugak la, tapi aku rasa tak mahal mana sebab yang mahal tu adalah udang tu. Harga udang tu saja adalah RM55.

Tapi memang rasa berbaloi. Cuma air kosong dia yang bau pandan tu kena charge okeh. RM1.50 !

* peluk pokok pandan belakang rumah.

Monday, April 11, 2011

Big Plate, Subang

Big Plate  atau pinggan besar gedabak !

Kau orang pernah dengar?

Aku rasa dulu dulu zaman aku masih muda dah wujud tempat ni. Ada lah cerita cerita betapa hebatnya tempat ni di kunjungi oleh ramai orang, so malam kelmarin aku berkesempatan keluar dengan OR sebab aku terasa nak makan Chicken Chop.

Dan ini lah gambar Chicken Chop dia.


Portion dia besar !

Ayam dia adalah 2 ketul.

Besar jugak dan pinggan dia besar. Tapi verdict dia?

Hampeh ! Aku galakkan kau orang berfikir dua kali lima kalau nak menjamu selera di sini.

Tak sedap. Dan aku stress gila. Dah la lapar. Makan tak best mana. Tapi pelik ramai jugak orang kat situ. Kami makan kat Kampung Subang sana nuh.

Stress aku di buatnya dengan harga yang tak berapa berpatutan. Sepinggan tu adalah RM20 lebih. Ngeri tak?

Masa nak bayar tu, aku pegi kat kaunter cashier, then dia pulangkan balance.

"Terima kasih, datang lagi"
"Tak nak lah"

Budak cashier tu gelak gelak.

Aku pun nak tergelak sebab tak sangka terkeluar benda macam tu. Biasa aku sopan je diam walaupun dalam hati amarah dan rasa nak amuk je.

So no more Big Plate okeh.

Tak inzal !

Sunday, April 10, 2011

Misi 36 Hari - Interview With Vampire

Aku selalu tak de benda yang menarik nak update.

So ada list soalan dari peminat peminat aku yang ramai tu. Sabar sabar !

Selain daripada meminta autograph, sebagai artis popular aku tahu semua nak tahu tentang soalan soalan yang di ajukan ini.

* tolak Sahizy Sam.

Nanti lah, aku rajin aku jawab bagi pihak diri sendiri.



1 - A recent picture of you or family and 15 interesting facts about yourself

2 - The meaning behind your name

3 - A picture of you or your friends. Describe the picture

4- A habit that you wish you didn’t have

5- A picture of somewhere you’ve been to and tell story about this place

6- Favorite super hero and why?

7- A picture of someone/something that has a big impact on you

8- Short term goals for this month and why

9- Something you’re proud of in the past few days

10- Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad. Why?

11- Another picture of your friend and tell us 5 things U hate/dislike about him/her

12- How you found out about this blog and why you read it

13- A letter to someone who has hurt you recently

14- A picture of you or your family. Tell us about him/her

15- 10 songs in your hp. Why you choose these songs?

16- Another picture of yourself. Your actual mood in the picture?

17- Someone you would want to switch lives with for one day and why?

18- Plans/dreams/goals you have

19- Nicknames you have; why do you have them?

20- Someone you see yourself marrying/being with in the future

21- A picture of something that makes you happy. Why?

22- What makes you different from everyone else?

23- Something you crave for a lot

24 - A letter to your parents

25- What I would find in your bag? Why do u keep these things?

26- Tell us 5 of ur friends name. What you think about your friends?

27- What will you be doing in 10 years time -

28- A picture of you years ago and now, how have you changed since then?

29- In this past month, what have you learned -

30- Who are you?

31- Your favourite animals, why?

32- If you have a chance to dinner with someone famous, who will it be? Why?

33- Your vacation spot, for honeymoon? Why ?

34- The saddest story of my life

35- My biggest dissapointment in life

36- My all time favourite songs, story behind it?

Saturday, April 9, 2011

Sesat Di Kuala Lumpur

Sesat kat Bangunan Parlimen.

Cas cas nak pergi bersidang ni....


Tak leh masuk, u turn dan sempat lagi snap gambar..

Aku pernah masuk dalam Bangunan Parlimen dulu dulu. Masa rombongan sekolah.

Kau orang ado?

Friday, April 8, 2011

Aku Yang Patriotik

Ini gambar gambar yang dapat di capap semasa lawatan muhibah ke Tugu Negara bersama kawan kawan.











Ada kau orang serajin kami pegi jalan jalan ke Tugu Negara?

Ada kau orang patriotik macam kami??

* sambil pegang tabung Patriot Bank Pertanian...

Ada?

Thursday, April 7, 2011

Hajat Tak Kesampaian

Hari tu, kami lepak lepak di rumah. Hajat hati nak tengok itu DVD.

Ceritanya????

Hah ini.


Hah. Konon nak tau jugak kehebatan cerita ni. Nak tengok cerita seram ni sorang sorang adalah sangat ngeri. Jadi nak menonton berdua duaan. Dalam gelap malam.

"Cepat la Yang. Meh sini nak peluk U ni"

Aku la teruja lepas makan mangga dua besen.

"Jap lah. I buat kopi"

OR pun gigih ni. Sungguh sungguh.

Tup tup tengah layan. Baru hantu keluar dua kali, DVD tu melekat !

Babik !!!!

Keluar masuk keluar masuk kat player tu, haram ! Jahanam. Penat je berselimut tutup lampu ambik mood, tapi cerita hantu poodah ni pulak DVD dia rosak.

* nanges.

Tuesday, April 5, 2011

Rahsia Kerajaan !

Pssssttt !

Nak dengar satu rahsia kerajaan??

Aku tak pernah pegi Batu Caves !!!

* kesat air mata dengan hujung baju.

Serious aku cakap, aku tak pernah sampai ke Batu Caves sedekat ini. Selama ni macam takut takut nak pegi walaupun teringin la nak pegi. Ada lah lalu lalu dan usharina dari jauh je.


Oh No !

Aku pergi bukan untuk sebarang lawatan muhibbah atau lawatan sambil belajar. Aku pergi untuk misi lain.

Misi rahsia !

Monday, April 4, 2011

Muncul Semula


Lima patung-patung gangsa itu setiap satunya tingginya 15 meter. Setiap satu berdiri di atas tubuh musuh-musuh yang mati digambarkan sebagai askar-askar Jepun dan pengganas komunis ( 1941-1945), dan di zaman daurat (1948-1961), di mana pengganas komunis (Bintang Tiga) mengganas secara gerila dengan menyerang dan memusnahkan kepentingan-kepentingan British di Tanah Melayu.

Mengikut Sejarah, Tunku Abd.Rahman telah mendapat ilham untuk membina Tugu Negara ini semasa mengadakan Lawatan Rasmi Ke Amerika Syarikat pada tahun 1961. Dalam lawatan tersebut, Tunku Abd.Rahman telah berpeluang dan diberi penghormatan oleh pihak pentadbiran Amerika Syarikat, untuk meletakkan kalungan bunga di Tugu Kebanggaan Negara Amerika Syarikat, iaitu Tugu Pahlawan Iwojima.

Apabila Tunku Abd.Rahman, pulang ke tanah air, beliau telah mengarahkan pelan untuk membina Tugu Negara yang serupa dengan menyesuaikan bentuk pasukan bercirikan Pasukan Askar Melayu.

Sebuah kawasan di Jalan Parlimen, yang tidak jauh dari kediaman rasmi Tunku telah dipilih untuk membina tugu gangsa ini.

Menjelang tahun 1963, peruntukan sebanyak RM 1.3 juta ringgit telah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan orang ramai dalam bentuk derma dan selebihnya ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan.

Seorang pengukir bangsa Itali telah dihubungi, yang bernama Filex De Weldon, telah dipilih untuk menjalankan kerja-kerja mengukir patung-patung gangsa ini.

Filex De Weldon, mengambil masa 3 tahun untuk menyiapkan empat patung manusia berdiri, dan beberapa patung yang menyerupai patung yang terlentang dan tertirap. Tugu Negara disiapkan 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11,000 perajurit yang gugur dalam Perang Dunia I (1914-1918), Perang Dunia II (1935-1942) dan Darurat (1948-1960).

Tugu Negara ini telah dibom pada 26hb Ogos 1975, pada jam 5.00 pagi memusnahkan satu patung besar serta dua kepala patung yang jatuh dari kedudukan asal. Pihak berkuasa percaya letupan itu dilakukan Barisan Pembebasan Kebangsaan Malaya (MNLF).

Antara penduduk yang mendengar letupan itu adalah Tunku Abdul Rahman yang tinggal berhampiran. Unit Pemusnah Bom Polis menemui dua butir bom yang belum meletup di tempat kejadian serta kesan darah dipercayai milik pengganas yang cedera, tetapi masih sempat melarikan diri. Sebaik sahaja letupan itu berlaku, polis terserempak dengan dua orang dipercayai komunis menaiki motosikal tanpa memakai topi keledar dalam keadaan mencurigakan di simpang Jalan Traves dan Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.Ia kini telah dipulihkan pada keadaan asal.

Polis melancarkan gerakan besar-besaran mengesan empat pengganas berkenaan dan tumpuan operasi ialah di semua kebanyakan penempatan yang disyaki terutama di sekitar Bangsar. Polis percaya, kumpulan pengganas itu mungkin menyamar sebagai pekerja buruh binaan.

Sehari selepas kejadian letupan itu, polis menemui sebuah motosikal jenis Yamaha 100 cc tersadai di tempat letak kereta berhampiran pasar Jalan Pudu kira-kira jam 1 tengah hari. Berdasarkan rekod, motosikal itu dipercayai dicuri di Flet Jalan Loke Yew pada 18 Ogos.

................... hari ini dengan grandnya, aku buat kemunculan dengan baju laser dan peluh jantan yang menitis hingga jatuh betul betul di atas kuku cekam ibu jari kaki ku di hadapan tugu..............

Bila kah kali terakhir kau orang buat kemunculan secara grand di Tugu Negara?

Bila?

Sunday, April 3, 2011

Bakal Muncul

bakal muncul dengan aksi lebih ganas, lebih kinky, seksi dan mengiurkan....

* berbuih mulut


Oh, tolong jangan cemburukan saya.........

Friday, April 1, 2011

Hilang

Hush hush ! I am on hiatus...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...