Sebenarnya aku nak cerita pasal penginapan yang kami pilih untuk cuti cuti gaya bangsawan kali ni iaitu di THE NOMAD Serviced Residences Bangsar.
Takde sebab khusus kenapa aku pilih tempat ni. Dah tak de idea sebenarnya. Saja nak cuba cuba.
The Nomad Serviced Residences is located in Bangsar, one of Kuala Lumpur's affluent areas. The setting is tranquil, you can still hear the birds chirping.
Whether your trip is for business or leisure, for a holiday break or an extended stay, we are always thrilled to welcome you. We work closely with businesses across all sectors, in providing corporate travellers and relocating executives, a conveniently located accommodation when in Kuala Lumpur.
And the neighbourhood is not short of conveniences and entertainment. Explore the party streets of Telawi or have quiet drinks on the more laidback Jalan Bangkung. They are all within a breezy walk or short drive from The Nomad Serviced Residences : cafes, restaurants, specialty retail, fashion boutiques, spas, medical facilities, fresh market and much more.
Terletak di area Bangsar tu lah. Malas nak intro lebih lebih, gi la google dan cari maklumat sendiri ya.
Sebab takde lah beria mana kami keluar, dekat 4 lebih gak lah sampai sini nak check in. Katanya bilik belum siap lagi !
* berguling tengah jalan tunggu pemandu Porsche selamatkan.
Abis tu dia nak bagi aku check in pukul berapa nih?
Anak aku dah rengsa nak mandi kolam !
Parking agak limited !
Stress yang pertama.
Ikut nasib je lah sebab ramai yang sewa satu apartment datang 10 buah kereta agaknya.
Check in macam aku kata tadi. Sangat lah menyiksakan jiwa raga.
Dah pukul 4 lebih masih kata bilik tak tersedia !
Dah tu? Bukan aku sorang je yang kena. Ramai lagi semua muka masing masing dah mencuka tak puas hati. Sikit saja lagi semuanya bakal bertukar ngeri.
Katanya ramai yang check out lewat. Staff tak de nak kemas bilik ! Eh. Baru sehari ke beroperasi? Nak kami semua pegi ketuk bilik dan halau mereka mereka yang tak sedar diri tu semua? Atau nak suh aku buat part time kemas bilik?
Macam tu aku mewakili suara persatuan geng geng terpaksa menunggu dan berdiri. Bukan sorang dua. Tapi empat lima orang terpaksa menanti. Staff keje macam dua orang dan dua orang ni jugak lah yang buat macam macam.
Di mana keadilan?
* tetiba..........
Usha lobby area jap.
Kata banyak awards dan menang macam macam tapi service cam ni. Ergh.
Marah betul aku jadi nya.
Berjaya check in tapi bilik tak available. Sedih ke tak sedih? Baik je aku duk kat rumah kalau cam ni gaya.
Tapi dia bagi duduk kat pool lepak lepak santai.....
Melepak lah kami anak beranak melangut tak buat apa. Dari sejam ke sejam berikutnya.
Memang boleh mennyirap jadi nya kalau janji kata nak call tapi tak call call sampai pukul 6 petang !
Apa raaaa...
Yes. Bayangkan kalau datang nak menginap pukul 6 baru bilik siap !!! Tak angin ka cam ni? Itu pun aku dah nak pegi amokan puaka kat lobby. Nak harap depa call. Memang tak lah !
Tunjuk muka bengis, gentel gentel misai skit depan dia baru terhegeh hegeh bagi kunci.
Dah lewat petang baru dapat bilik. Sedar sedar hari pun dah malam..................
Nak pose pose majalah Mangga tepi kolam pun tak berkesempatan.
Tapi tempat ni aku suka walaupun kat area bandar tapi masih aman damai dan sentosa suasananya. Ya lah. Orang kaya mana memekak bising bising memalam buta kan?
Siang pun tak de lah busy mana.
Banyak pokok pokok dan neighborhood yang bertaman taman-an.
Facilities wise so so lah. Kolam dia luas. Anak aku pun suka.
Ada BBQ pits area dan jugak gym.
Cuma parking dan service lah hampeh rasanya.
Takde restaurant berdekatan tapi boleh grab food atau food panda ajer lah. Area Bangsar takde masalah nak makan.
Overall, biasa biasa je. Kalau repeat. Hmmm tak la kot rasanya.
Tapi kalau family yang ramai dan nak cari rumah percutian yang besar dan luas dan harga berpatutan atau expatriate yang looking for a long term pengonapan. aku rasa ni lokasi yang agak boleh di pertimbangkan juga.
bersambung................
ai... kawasan kayangan pun servis hampeh
ReplyDelete