Rasanya masih tak terlewat aku nak ucapkan selamat menyambut tahun baru, 2021 !
Eh. Ke memang dah lewat?
Ah. Lantak lah. Apa yang penting, apa azam baru korang semua tahun ni? Kalau tak de azam, ayuh kita berazam untuk sama sama mencegah Sang Covid nih !
Harap semuanya kembali normal macam dulu dulu dan bebas melakukan aktiviti aktiviti yang digemari. Boleh travel travel macam dulu.
Moga tahun 2021 ini bakal membawa sinar untuk kita semua.
Apa? i-Sinar? Hmmm...
Apa jadi sepanjang kehilangan aku dari dunia memblog nih? Aku sebenarnya OK je cuma tu lah, dah duduk rumah lama sangat time kat meja ni banyak buat tugasan dan kerja kerja jadi dah malas nak melepak lama lama nak menaip macam dulu dulu. Tu yang jadi terhilang kejap tu. Tapi aku Okey dan harap kita semua masih mampu bertahan dan mengharungi cabaran ni dengan kesabaran yang luar biasa.
Kita boleh !
Boleh apa? Bertelur?
* tetiba jadi ayam?
Sebenarnya sepanjang tempoh sebelum PKP sampai PKP ada je aktiviti aku macam biasa, cuma tak dan nak update je. Lagipun nak update beria nak buat apa? Sapa nak ambik tau pun kan?
Tapi aku sempat la jugak merayap dan beraktiviti sini sana especially untuk anak anak aku.
Sempat stayCation bawak budak budak stay kat hotel time ada pelepasan keluar. Tak jauh jauh pun.
Kesian anak anak aku lama terperap je kat rumah.
Bagi keluar makan makan angin di KL sajork.
Pegi makan makan kat luar.
Walaupun cuma nasi ayam Chicken Rice Shop jer..
Tapi maybe dah jodoh....
Memang betul pun. Jodoh terjumpa awek seksi gebu !!!
Sexy kan? Melepak peha !
Sian budak budak dah lama tak pegi makan kat luar..
Memang dia orang rindu nak keluar keluar macam selalu. Tapi apa kan daya. Masanya belum tiba untuk kembali macam dahulu.
Keluar dah pegi makan makan setiap minggu.
Dan bawak gi shopping, tak mau mereka stress dah lama sangat terkurung.
Belikan mereka apa yang dia orang lama teringin....
Sempat jugak dia orang balik kampung...
Aku pun teringin gak sebab lama tak balik. Konon nak feel feel merawat lara travel dalam negara jer.
Malangnya time tu ada terkena musibah banjir. Dugaan kan, tapi tak daya sangat aku nak membantu.
So bagi membusykan diri di tinggal sorang diri. Aku rajin rajinkan diri bercucuk tanam.
Tapi sebenarnya tukang siram pokok je lah. Sebab tangan aku memang tak berbakat nak bercucuk tanam. Jauh sekali nak pegang microfon impian.
Aku sedar diri tu.
Ya lah, tanam kektus pun kektus mampus. Jauh sekali nak tanam nenas !
Sudahnya apa nak makan, nak cari. Hulur duit je lah, beli kat kedai saje....
Bantu jayakan ekonomi negara.
Ahaks.
Hepi new year meng!!! hahah
ReplyDeletehappy new year. terima kasih.
Deletehahahaha.. dah nak tengah tahun
happy new year 2021..
ReplyDeletedah sampai outlet uniqlo..
tima kasih. haaa pegi sebab nak beli barang anak. excited gak nak gi berpusu pusu mcm orang lain gak.
Deletetapi tak de lah besar mana pun uniqlo nih.
lama menghilang akhirnya blog supermeng malaya kemabali....suka dgn celoteh dan coretan blog nie....
ReplyDeletehappy (setengah tahun) new year!
ReplyDelete