Wednesday, February 24, 2021

Stay-Action Gaya BANGSAR-WAN - 02 Nasi Lemak TANGLIN

Maaf, andai kau terluka
Maaf, 'ku tak sengaja
Tanpa sedar
Sakitimu
Sesalku.....

Aku sengaja letak Kak Nab nyanyi sebagai mukadimah sebab kalau sumbang dia yang kena keji bukan aku yang janji nak muncul tapi rupa rupanya... as usual. MMJM. ( Mulut manis jubur masam !)

Maafin Inul. 

Anyway, ada lagi ke orang berblogging di zaman ini nih?

* mengilai di sebalik pokok taugeh.

Okey. Aku cuba sambung neh. Entry yang dah 2 kali tergendala tu. Banyak betul godaan nak sambung entry nih. 

Ya. Godaan itu benar !

Godaan nafsu itu benar !!! 

Lagi lagi yang imannya senipis kulit bawang.

Berkasut sport dan berbusana sukan. Kengkonon nak jogging santai di taman aku ni. 

Sudahnya menambah isi perut kerana tak tertahan dugaan. Jogging can wait. ayuh kita pekena Nasi Lemak Tanglin dulu dah alang alang berada di kawasan nih.

"Hello. Polis Bukit Aman. Tangkap orang ni, janji nak jogging tapi asyik ler tak menjadi"

Eh. Masih pagi. Polis busy. Cuaca pulak macam nak rain rain jer. Lagi lah tergendala perancangan aku yang ada. Sekali lagi, MMJM pada diri sendiri.

OR paling kecewa sebab dia siap ber headband dan konon nak monitor tahap kesihatan dengan smart watch nya. Ah.. semak ! 

"Baik je kita gi makan nasi lemak!!!!"

Gigih tak gigih, Nasi Lemak Tanglin pun belum di buka lagi !

Tunggu lah sampai tokey dia bersiap sedia.

Kami antara yang terawal. Nasib je tak julang piala sebab gigih luar biasa.

Of chos aku malas nak beratur. So aku buat apa? 

No ! Takkan lah aku nak check suhu ! Agak agak lah.

Takkan nak makan kat situ? Dah bungkus, balik ke penginapan je lah. Tak payah lah nak berjogging sangat. Setakat jogging sehari, tak de lah kurusnya ye dok?

* baling dumbbell masuk longkang.

Jom lah pulang ke penginapan.

Bergegas pulang ke penginapan di khayangan.

Few times gak la aku makan Nasi Lemak Tanglin ni, tapi masih belum menemui keserasian rasanya dan kenapa dia macam terlebih hype dan di gembar gemburkan seantero dunia?

Boleh la nak makan dan rasa bagi kenyang. 

or maybe, deria rasa aku dah cedera?

Perlu jogging gak ni rasanya......

Ermmm.. Nanti lah. Pagi pagi cuaca sejuk hujan hujan ni, tarik selimut sambung lena.

bersambung...............

3 comments :

  1. Betul Bang Meng, selera kita sama..I pun rasa Nasi Lemak Tanglin ni macam biasa2 je. Bukan tak sedap, tapi kalau nak pusing 4 kali cari parking, beratur panjang macam tak berbaloi je

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu maknanya nasi lemak yg bini buat tu lebih sodap

      Delete
  2. huh. dr sblm pkp smpi lah pkp, pkpb, pkpp, pkp2.0, pkpb balik, pkp3.0, full lock down, pkpd sampai sudah aku tak berkesempatan nak merasa NLT ni. gigih tak aku senaraikan semua pkp tu?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...