Friday, September 11, 2020

MASJID JAMEK SULTAN ABDUL SAMAD, KL

Ambik berkat hari Jumaat ayuh kita melawat Masjid Jamek, Kuala Lumpur atau di kenali sebagai Masjid Jamek Sultan Abdul Samad.

Masjid ini merupakan salah satu di antara masjid yang tertua di Kuala Lumpur. Pembinaannya direkabentuk dan diselia oleh Pemangku Arkitek Kuala Lumpur, Arthur Benison Hubback, yang sebelum ini bertugas di Jabatan Kerja Awam di India. Beliau telah menyelia reka bentuk stesen Keretapi Kuala Lumpur yang diilhamkan oleh beliau.

Aku memang tak pernah masuk masjid ni sebenarnya. Jadi agak jakun sebab selalu nampak tapi belum sempat berkunjung !

Masjid Jamek terletak di Jalan Tun Perak. Ia terletak di persimpangan Sungai Klang dan Sungai Gombak, Kuala Lumpur.  Mengikut sejarah, Masjid Jamek telah dibina oleh pedagang-pedagang Islam yang berasal dari India pada zaman penjajahan British. Ia menjadi sebahagian daripada mercu tanda Kuala Lumpur sebagai Kota Kebudayaan Islam.

Masjid Jamek berkenaan adalah masjid utama untuk solat Jumaat dan pusat kegiatan Islam sehingga pembinaan Masjid Negara pada tahun 1967.

Lokasinya memang strategik tapi nak parking memang sedikit challenging.

Usha kawasan persekitaran luar masjid.

Pihak British membina Masjid Jamek berhampiran dengan pusat pentadbiran iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad di seberang Sungai Gombak. Pembinaannya mengambil masa sembilan bulan dengan kos sebanyak 32,615 ringgit di mana kerajaan telah menyumbang 20,000 ringgit dan bakinya adalah hasil kutipan daripada para jemaah.

Masjid Jamek Kuala Lumpur telah dibina di atas kawasan tanah perkuburan Melayu yang pertama. 'Jamek' berasal dari istilah Arab yang bermaksud tempat untuk berhimpun (dalam konteks ini -- bagi tujuan agama).

Batu Asas Masjid ini telah diletakkan oleh D.Y.M.M. Sultan Selangor, Sultan Sir Ala’eddin Suleiman Shah C.M.J. pada 23hb. Mac 1909 dan disempurnakan pembukaannya pada 23 Disember 1909.

Masjid Jamek adalah contoh seni bina “rasmi” British di Malaysia, yang membabitkan gabungan unsur Moor dan Mughal. Belang merah dan putih dinding batu sama seperti Masjid Jamek di Cordoba, Sepanyol, membentuk dinding luar masjid. Persamaan lain dengan masjid Moor boleh dilihat pada gerbang bertiang dalam bentuk berpetak dan perincian dengan selang jalur batu-bata, plaster dan marmar.

Usha kawasan laman masjid.






Antara facilities di Masjid Jamek ni.








Reka bentuk masjid ini adalah berdasarkan rekaan tradisional India Utara dengan dewan solat terbuka ke arah laman tertutup atau “sahn”. Masjid ini diapit dengan dua menara dan beberapa menara lebih kecil. Kubah bebawang di kemuncak dewan solat dan di kemuncak menara menyerupai seni bina Moghul.

Ruang solat luar.






Dan ruang solat utama.













Apa yang menarik tentang Masjid Jamek adalah senibina dan strukturnya masih dikekalkan sehingga ke hari ini. Walaupun berpuluh-puluh tahun dibina, melalui proses naik taraf dan penambahbaikan, struktur dan senibina Masjid Jamek masih lagi dipelihara. Satu-satunya masjid tertua yang dijaga rapi, dikawal selia dan megah berdiri di tengah kota raya, Kuala Lumpur. Jujurnya, setiap mata yang memandang pasti akan terpukau dengan keindahan dan keunikan Masjid Jamek.

Pentadbir Inggeris adalah pihak yang mula membawa kubah di bangunan-bangunan di Malaysia. Sumber inspirasi mereka adalah bangunan-bangunan Moghul di India. Kesannya, maka muncullah masjid berkubah di Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar, Masjid Zahir Alor Star dan Masjid Jamek Kuala Lumpur. Kemuncaknya ialah Bangunan Sultan Abdul Samad, bangunan ibu pejabat KTM dan Stesen kereta api Kuala Lumpur semuanya mempunyai struktur kubah sebagai mercu tanda.







Kini, Masjid Jamek dibuka kepada pelancong asing untuk mengenali lebih dekat tentang Islam dan sejarah pembinaan Masjid Jamek. Namun, aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan terus dijalankan di Masjid Jamek tidak kira masa dan ketika. 


Bacaan lanjut : Masjid Jamek Kuala Lumpur

6 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...