Wednesday, April 8, 2020

ZAINUL NASI KANDAR, PJ

Shout out untuk peminat peminat tegar nasi kandar especially Nasi Kandar Melayu. Makan di KL tapi rasa macam di Penang !. 

Moh kita pekena nasi kandar power nih. Namanya Zainul Nasi Kandar !


Terkenal sejak zaman berzaman, sejak Toki masih bujang dan belum jadi Toki lagi. Lagu dia ada zaman berzaman kan? 

Eh. Betul ke lagu Tokki. Main bedal je aku. Jap nak google.

Hah. Seni Berzaman lah. Memandai je aku.

Tetiba nak dengar lagu Toki ! Dipersilakan Toki nyanyi sementara semua orang beratur untuk ambik nasi............



Inang asli bergema
Musim baru didalam lagu
Nusantara budaya kita
Zaman berzaman

Kini lagu melayu
Rentak dulu warisan bangsa
Nandung rindu idaman jelata
Dendang berzaman

Keasyikan irama
Kemerduan suara
Mengalunkan ciptaan
Gubahan empunya
Andaikata salah bahasa
Dapat dimaafkan

Ku penyampai sahaja gabungan suara
Ramai-ramai menyanyi kita bergembira
( 2X )

Macam salah lagu je. Kalau dengar lagu macam ni makan nasi minyak baru okey. 

Tapi tak pe. Bagi nak mengelak orang bergaduh dah hilang sabar sebab kena beratur, sila menari inang dengan tarian piring/pinggan dengan kari kepala ikan. Awas kuah jangan tumpah.

OK Done merepek. Nasi Kandar Zainul ni terletak di PJ Old Town.


Lagi senang nak cari sebab dia dekat parking bertingkat satu jalan dengan A&W PJ tu. Kalau geng geng disco dansa yang dah seasoned pasti tau tempat ni dulu ada disco namanya DV8 !

No.. Jangan tuduh aku kaki disco. Aku just terdiscovery je tempat ni secara tak sengaja.

* lari ke Poh Kong buat buat tanya pak guard jam pukul berapa.




Pepandai lah cari parking. Jangan sampai kena saman pulak. Nanti menangis tak berlagu keluar kuah campur !



Gerai dia betul betul dalam parking bertingkat tu. Tengok orang ramai beratur buat buat la gi menyibuk. Nanti nampak signage besar besar memang confirm lah tempat yang betul.



Meja agak limited dan sebab orang ramai, bersiap sedia lah nak bergusti lengan berebut meja. Pastu kena lah beratur untuk ambik lauk apa yang terasa nak di jamu selera.

Lagi tambah nak bergaduh adalah gerai yang jual air sebab berebut pelanggan. 

Semua nak suruh beli air dia orang. Walhal semua jual air yang sama jer. Memang mencabar nak dan akan rasa tetiba jadi glamer dan menjadi rebutan para pelayan gerai minuman.

Pedulikkan dia orang, yang penting order lah nasi kandar yang popular di sini nih !









Konsep dia order order nanti di hantar ke meja. So better dapatkan meja dulu siap siap. Tak pun bungkus je makan kat rumah lagi senang hati.





Ayam goreng dia sedap. Ayam madu merah pun mantap. Memang membangkitkan deria dan selera rasa.



Dah kenyang jangan lupa bayar. Kang kembung perut. 

Kalau ada duit lebih pegi ke Poh Kong dan beli barang kemas untuk tunjuk kat jiran jiran !


Tapi kena cross jalan yang busy. Silap silap kena langgar sebab leher berat !

Apa apa pun, sesiapa yang nak mencari Nasi Kandar Melayu yang enak dan lazat. Boleh try makan di sini.

Tetiba ada ayam goreng kunyet. (abang lori ni pun singgah makan nasi kandar kot. Jemu makan ayam goreng kunyet dah )

Dah kenyang. Sila balik !


ZAINUL NASI KANDAR
Gerai No.90, Lorong Sultan
46200 Petaling Jaya,
Selangor

Waktu operasi :

Mon - Wed: 7:30 AM - 5:00 PM
Thu: 7:00 AM - 6:00 PM
Fri - Sun: 7:30 AM - 5:00 PM

fb page : Zainul-Nasi-Kandar

Selamat lah tangan bau kari !

7 comments :

  1. Haish masa PKP ni laaa aku teringin makan nasi kandar...sobsss...perlu ke aku buat sendiri?hahahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat la..... time ni la nak menunjukkan bakat memasak akak diva jjcm

      Delete
  2. pernah mkn 2-3 kali masa kerja di menara mppj..lama dulu..2002..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah rasanya kedai ni memang dah lama gegila... mampu bersaing lagi sampai ke skrg

      Delete
  3. dah cuba tapi tak sedap pun. sedap lagi kedai mamak dekat rumah saya, tak payah drive jauh2

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...