Setiap orang mahukan sebuah kehidupan yang selamat dan bahagia. Namun kebahagiaan bagaimanakah yang dicari?
Ada yang mahukan sebuah kehidupan dilimpahi dengan wang ringgit dan harta benda, tidak kurang juga ada yang mahukan isteri cantik dan anak-anak comel.
Setelah berjaya memperoleh harta kekayaan, mereka beralih pula untuk memperoleh nikmat lebih tinggi iaitu kemasyhuran dan disanjung masyarakat. Maka harta kekayaan tidak lagi menjadi keutamaan.
Untuk itu, bahagia yang diimpikan adalah berbeza-beza antara satu sama lain. Atas sebab itu juga setiap individu akan melakukan apa yang dirasakan boleh memberi kebahagiaan dalam hidupnya.
Namun ada insan di dunia ini tercari-cari apakah kebahagiaan sebenar dan jaminan keselamatan buat dirinya. Agama apakah yang boleh memberikan ketenangan dan kedamaian dalam diri?
Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah untuk menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.
Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...
Jangan hanya kerana kesedihan, kita lupa kebahagiaan yang pernah menyinggah di dalam hidup kita.
Syukurlah dengan apa yang telah dikurnia......
Kurnia, cahaya,
Terangilah kegelapanku
Menuju di sana
Terlangkah membawa kecewa
Andainya berlagu suarakanlah kepadaku
Sudikanlah teman-temanku
Menemani
Jiwa ini semangatkanlah
Semoga teguh berdiri langkahku
Berjalan dan berlari
Sinarkanlah duniaku
Hembuskanlah nafas cinta-Mu
Bimbinglah daku dengan kasih-Mu
Bersemi, terus bersemi
Kasih dan sayang
Cinta suci
Bahagia mereka
Mengapa aku yang cemburu
Seindah bermimpi warnanya tiada berseri
Siksanya, sakitnya
Merangkum sepinya di jiwa
Oh, Tuhanku
Berikanlah kurnia-Mu
Jiwa ini semangatkanlah
Semoga teguh berdiri langkahku
Berjalan dan berlari
Sinarkanlah duniaku
Hembuskanlah nafas cinta-Mu
Bimbinglah daku dengan kasih-Mu
Bersemi, terus bersemi
Kasih dan sayang
Cinta suci
Cinta suci...
Suci....
Selamat tinggal 2019 yang membahagiakan !