Wednesday, December 11, 2019

TIOMAN 2019 : 02 - Baryani Hj Dollah, KLUANG

Semasa on the way ke Mersing dan melalui bandar Kluang, sempat singgah untuk mengisi perut !

Tempat pilihan adalah di Restoran Nasi Baryani Hj Dollah bp.


Asalnya nak makan di Nasi Baryani Desa tapi malangnya restaurant tutup.

Tak dapat merasa makan di desa, makan dengan Hj Dollah lah. Nasi Baryani Hj Dollah ni memang terkenal bukan setakat di bandar Kluang ni je malah di sekitar daerah Kluang !

Hiks.

Tanya lah Keluang Keluang Man... pastinya mereka semua tahu !

Rasanya lokasi Nasi Baryani Hj Dollah ni ada few dan kami makan di restorannya yang terletak di Taman Permata, sebelum sampai bandar Kluang.



Nasi Baryani Hj Dollah ni antara tempat makan yang terulung di bandar Kluang ni. Selain dari Nasi Baryani Desa, di sini ada menyediakan hidangan Nasi Baryani Ayam Baryani, Ayam Madu dan ada jugak Nasi Baryani Daging dan Kambing.

Time kami sampai orang tak ramai kat restaurant dia jadi cepat je dapat meja.

Perut dah mula bergelora nih dah nampak baryani ayam depan mata.



Selain nasi baryani ada jugak makanan lain seperti Mee Kari, Nasi Lemak, Soto etc. Tapi tu semua di kaburi oleh keharuman bau nasi baryani yang menggoda jiwa.

* terliur tengok orang meja lain tengah makan !

Waitress datang ke meja dan mulakan meng-order.... time ni Ayam Masak Merah habis, jadi aku order biryani ayam jer. OR makan kambing.

Bagi menjimatkan masa, basuh tangan dulu siap siap.


Bila nasi sampai ke meja, dengan Bismillah... terus je.. ngap !






Nasi dia di datangkan dengan kuah dalca dan acar. Tak lupa order air. 

Dahaga bebeno order air extra !



Sedar sedar dah licin membaham. Burpppp. Sendawa bau rempah, nasib orang sekeliling tak terguling pengsan.

Tak sabar sangat nak makan sampai lupa nak ambik gambar dalam kedai.




Artis artis pun ramai dah datang termasuk lah Artis Antarabangsa ni

* tunjuk diri sendiri...

Ops.. tangan bau baryani !


So kalau berada di Kluang atau melintasi jajahan bandarnya boleh singgah pekena Nasi Baryani Haji Dollah ni. 

Nasi dia lembut dan sedap. Ayam dia pun sedap. Harga tak mahal sangat pun. Kedai pun selesa dan bersih.

Tapi tutup awal dalam pukul 4 petang, so kalau Keluang Man nak datang makan, keluar dari gua awal skit takut nanti kecewa dan kemurungan !

Alhamdulillah, perut pun dah kenyang. Kita teruskan perjalanan !

Nasi Baryani Hj Dollah bp
No 20 jalan pesona 2,
Taman Pesona,
86000 Kluang, Johor

Di buka setiap hari kecuali Isnin & Jumaat dari 7.30 pagi - 4 petang.


Burpppp..... !

* sendawa lagi.

bersambung...............

4 comments :

  1. nyummmm kami yg melihat ni pun tergoda dengan nasi nya. hehe ^_^

    ReplyDelete
  2. alamak, dah berkurun x rasa baryani desa - baryani ayam kuah kambing... fuhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la tak de rezeki nak rasa beryani desa.... tak bukak pulak hari tu

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...