Thursday, October 31, 2019

Me'NATE Steak Hub, Shah Alam

Hello para pencinta daging daging seluruh Malaysia. Hari ni kita makan steak.

Lokasi pilihan adalah di Me'nate Steak Hub, Shah Alam.


Aku dah lama tau wujudnya tempat ni tapi tak berkesempatan nak mencuba lagi lagi aku bukan lah pencinta daging yang sebenar. Hanya sebagai penyamar.


Pernah viral beberapa kali sebelum ni dan umum pun dah mungkin tau Me'nate ni menyediakan hidangan steak untuk kaki kaki yang makan steak. Lagipun pernah viral kononnya makanan kat sini mahal berganda jadi kena kumpul banyak wang untuk datang makan. Bila waktu tabung ayam berjaya di pecahkan maka, here we come !

Berkesempatan ke cawangannya di Shah Alam kami sekeluarga ke sana untuk menjamu selera. Dengan harapan walaupun restaurantnya mengkhusus kepada daging, pasti ada option lain untuk manusia manusia seperti aku ni !

Lokasinya di Seksyen 14 Shah Alam.

Shophouse dekat Vista Alam Condo

Sebelah dia ada Nasi Lemak ROYALE Kedah

Parking senang jugak maybe sebab kami pegi weekend dan masa tu free je parking. Time sampai tak de ramai orang, tapi lepas tu berduyoooon manusia tiba.

Usha dulu setting resto-nya.







Restaurant nampak luas dan selesa. Boleh lepak kat belah dalam atau luar. Rasanya atas ada jugak dibuka untuk event event tertentu.

Usha menu kalau nak tahu NATEy gapo ado sinih !

Berdebar debar jugak nak tengok harga takut mahal macam harga kapal layar ke kan? Jenuh pulak kena basuh pinggan.






Pertama tamanya syukur ke hadrat Ilahi, ada ayam jugak dalam menu nya. Hahahaha. Tak de lah aku terlopong je tengok orang makan.

Tapi untuk daging dan ayam, menu tu hanya sekadar tatapan sebab kalau nak order, tak leh order kat waiter. Waiter tak moh layan. Dia akan suruh ke kaunter khas untuk kita pilih daging yang di mahukan dan harga bergantung pada berat timbangan yang telah ditetapkan pada setiap pack daging yang di pilih.

Harga tu dah siap sekali dengan servis masak dan plating.

Hmmm. Baik je tak payah tulis harga kat menu tu ek?





Kalau tak reti nak pilih, akan ada pembantu yang bagitau bahagian bahagian dan cemana nak buat pilihan. Nak Wagyu, Angus, Lamb, Beef/Lamb Ribs dan lain lain. Ada jugak lembu yang di beri makan rumput, yang makan gandum dan jenis pelahap makan apa saja.

Time ni jugaklah kalau rasa nak pilih daging Wagyu ke apa ke yang dikatakan mahal tu.

Tau tak kenapa daging Wagyu tu mahal mahal?

Sebabnya lembu lembu yang di bela tu di beri special care. Tidur dalam ekon. Makan bersuap. Makan mewah mewah, pakai baju dan di dandan cantik cantik macam boleh masuk Miss World kot. (kategori lembu lembu ). Check dalam paket daging kot ada bulu mata pelesu termasuk sekali.. Hahaha

Maka sebab tu penghasilan dagingnya dikatakan terbaik berbanding lembu lembu marhein yang lain.

Betul tak kak?



Sempat skodeng dapur orang.

So menu menu biasa boleh je order dengan waiter yang datang ke meja tadi tu.

Dah order maka sila lah menunggu !

Dup dap dup dap menanti ketibaan daging daging gebu ..........

Kemunculan pertama. Lamb syabu....

Ni menu anak aku lah ni. Pastu makan tak abis.

Pastu nak ayam pulak...

Hi Ayam !! Sah sah ni menu untuk aku...

Dan mengumumkan ketibaan, daging tenderloin dari ladang tenusu terbaik. Terbaikah dari ladang?

Apa ntah nama makanan ni. Tenderloin something... ( malas nak ambik tau )

Aku ada rasa gak la secebis buat syarat. Nak rasa cemana sebenar rasa yang digembar gemburkan tu. Daging kecik macam tu pun harga memang dekat RM 100. Kalau ambik yang besar lagi mahal la kot.

Bagi aku rasa dia sama je..... hahahaha. Tetap tak membuat kan aku jatuh cinta pada mereka ( si daging daging ).... Aku tetap setia dengan ayam. Ikan? Ikan bilis okeh.

Oh lupa nak tunjuk minuman. Kalau beli main course tu dapat free refill air (air cordial je lah ) fruit juice memang kena order lain.

Hidangan santapan untuk hari itu.

Mereka juga ada menyediakan desserts.

Dan kami cuba Creme Brulee dia. Not bad lah cuma terlebih manis lak rasa nya.

Dan bagi yang nak celebrate birthday di Me'nate ni, mereka ada sediakan free cake. Kalau nak dia orang nyanyi nyanyi pun boleh. Tapi hati hati membuat pilihan nak suruh nyanyi ke tidak. Takut termuntah pulak dengar suara kalau nyanyi sumbang.

Nyanyi sendiri sendiri je lah.... * tapi takut tetiba guruh berdentum pulak karang

Overall, I would say makanan dia sedap sedap gak lah. Ada banyak je options untuk di pilih ikut rasa dan selera masing masing.

Time bil datang hati berdebar kencang.

Jam di dinding terus berdetak Ah
Kaki ku juga terus berjalan Ah

* tetiba keluar Aida Jebat.. Hahaha..

Bagi aku tak de lah mahal mana. Lagipun dia ada banyak pilihan dan harga dah di tulis siap siap ikut berat daging yang di pilih. Sekali sekala leh je datang makan. Kos kami makan tu RM 217.

Okey?

Selamat mendaging.

ME'NATE STEAK HUB
Lot F-36, Vista Alam,
Jalan Ikhtisas, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor
Phone: 03-5523 3493

Mereka turut ada cawangan di Setapak, Ampang, Bangi dan Johor Bahru.

Operation Hours :
11am-11pm everyday (except Friday 3pm-11pm). Johor Bahru closed at 12midnight.

Sila refer fb : menatesteakhub/

10 comments :

  1. Sedap tak, berbaloi dgn harga ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. considered sedap lah... ayam ayaman dia kena dengan selera.. daging tak berapa sure. tgk bahagian dan masakan

      Delete
  2. Ohh sama.. Kita pun kurang pencinta daging.. Akan cari ayam jugak.. Tqs for sharing, byk jgk menu lain ya..

    ReplyDelete
  3. pernah makan di cawangan Bangi.. amek pakej berbuka puasa. saja2 macam mahai je rasa menu2 dia. okayla sesekali o nak celebrate special occasion.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau buka puasa buffet kan? sure mahal sebab dia sediakan segala mala lauk yang ada walhal tak semua sempat nak rasa...

      nanti cuba ala carte pula

      Delete
  4. bawak OR aku ponteng dr spital dtg makan sini... hebat x?
    tp ms tu rs mengecewakan sgt sbb x terasa manis dagingnya... kami suspek dah frozen lama sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. tag hospital ada lagi kat tangan ke? ke masih pakai uniform pesakit..

      pesakit tak leh makan masin masin.. tak helok. hahaha

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...