Thursday, October 10, 2019

HUA HIN 08 : Day 02 - CAMEL REPUBLIC

Kalau sebelum ni aku berada di Santorini Greece.

Tak sampai 10 minit. Tak perlu naik ferry. Tak payah jet lag. Bawak kereta ikut laluan highway pastu u turn, then tada....................

Welcome to Morocco uols !!!


Sepantas kilat !

Ini bukan mimpi tapi kenyataan yang harus di terima kalau kita berada di Hua Hin ni !


Camel Republic ni satu lagi amusement park inspired by Moroccan setting adalah lokasi kami seterusnya.

Parking adalah free. Orang tak ramai maybe orang lain semua tido tengahari buta panas panas berdenting cam ni.

Dan ini lah theme park ke 2 yang kami akan masuk di Cha Am ni. Ayuh !

* lilit serban sambil libas libas jubah panjang.




Sila beli tiket dulu. Harga ada pakej pakej dia lah tapi basic masuk THB 150 plus boleh bagi kambing makan.

Motip ?








Tempat ni more likely macam zoo dan ada binatang binatang. 

Feel dia memang terasa sikit macam kat Moroco lah kot. Memang nak berposing ala ala orang arab dengan unta fadang fasir memang ni lah port nya.






Most likely lebih sesuai untuk kengkanak. Boleh berkasih sayang dengan para binatang. Mereka bersedia menerima kunjungan !

Ada yang cantik dan kacak juga dan ada jugak yang set set porong kurang menjaga penampilan diri.

Tempat ni nama Camel Republic tapi kenapa korang sang biri biri menyemak di sini hah?




Ni sengeh sengeh ni. Kambing betul ke? Ntah ntah ada batteri !

Ni hah. Apa jenis binatang. Stone semacam je ramai ramai macam baru lepas hidu gam. Keras tak bergerak.




Nasib lah park dia tak berapa besar. Ada lah dua tiga staff dia cuba cuba melayan kami yang datang tapi aku macam tak rasa menarik mana tempat ni.

* bukak jubah labuh dan bertukar kepada rock punk !








Ada arnab. Rabbirt. eh arnah dengan rabbit sama ler kan?

Flamingo dan yang pasti ada unta kabi kabi.





Kesian pulak aku tengok unta kat sini. Macam hilang punca jer. Maybe sebab bukan habitat dia kot.

Last sekali ada satu pack carrot tak tau nak bagi sapa makan. Takkan aku nak kena makan sendiri kot? 





Ntah lah. Tak berapa sesuai aku rasa dengan jiwa raga aku ni.

Lalu aku terbang ! Eh apa aku buat kat sini eh?

Cuma part setting tu agak lawa jugak lah sebab boleh bergambo gambo. Layan kan saja.























Sampai tolet dia pun ada sentuhan ala ala Maghribi.

At the end, memang store tempat menjual souvenir.






Bagi aku Astaka Pavillion Morocco dekat Putrajaya tu lagi nampak lawa. Yang ni jelas di buat buat. 

Tak de fadang fasir.... banyak fokok kayu... wal kurma... fusing fusing.. sedar sedar habis laaa.....

Kalau nak datang berdampingan dengan sang binatang dipersilakan. Kalau nak bergambo gambo nice jugak la certain area dia. Tapi kena datang dengan busana yang vavom de vast ala ala Che Ta baru nampak macam real kat Morocco. Kalau pakai Croc pastu nak feel feel.....

Overall, agak menghampakan bagi aku yang tak suka bergambo ni !

Layan pokok daun merah ni lagi lawo rasanya... Hahaha.




CAMEL REPUBLIC
456 หมู่ 2, Cha-am, Amphoe Cha-am, 
Chang Wat Phetchaburi 
76120, Thailand

Dah. Next !!!!!!!!!!!!

bersambung.......................

2 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...