Friday, July 31, 2015

GBS Trip 2015 - Raya @ Kuantan

Tahun ni aku beraya di Barcelona. Maklum lah. Warga dunia. Mesti la beraya merata rata.

Tak banyak gambar raya tahun ni dan kami balik ke KL pada raya ke 3 dah. Kononnya aku ada trip raya ke 4. Trip solo ke Bangkok.

Trip tu pun aku beli seminggu sebelum raya. Gigih nak mintak pelepasan nak berjalan time raya. OR dah bagi green light dah tup tup... masa balik KL tu jalan jem. Letih la pulak. Then rasa macam nak demam. Esoknya sepatutnya flight ke BKK pagi so aku agak malas nak bangun.

Sudahnya..... bye bye black sheep !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Burn macam tu saja tiket tu. Nasib lah tak mahal mana. Dah la trip tu agak lama. 5 hari. Aku dah plan, dari KL ke BKK then aku nak buat overland trip dari BKK ke Laos !! Besar harapan tu. Tapi bila fikir, 5 hari memang tak sempat. So aku fikir nak gi Hua Hin je sebab aku belum terjah ke sana. 

Rancang cemana pun kalau tak jadi pegi tak payah cerita la kan?

Jadi semua tu berkubur di aidilfitri !!!!!

So cancel cuti dan aku masuk keje macam biasa.

Sebab kegagalan melaksanakan trip ke Bangkok tu, maka aku dan bebudak GBS telah sepakat weekend berikutnya untuk ke Kuantan. Nak pegi melawat CP di sana dan beraya sekali since dia pun baru naik rumah baru. Lagipun dah lama tak jumpa dia dan dia tersangat la busy.

Orang kata, kalau plan sangat pun biasanya tak menjadi. So trip ni agak tak plan mana. Datang plan on the spot, confirm dengan geng geng GBS.

Ha..................... ada tak orang Kuantan yang terasa desiran angin sepoi bahasa menerjah ke muka sebab habang telah melakukan lawatan tapak kaki gajah ke sana ?

Dan trip tak di rancang ini akhirnya menemukan semua geng geng GBS. Kiranya trip kali ni cukup korum semuanya !!!

Ke Kuantan kita yok !!!!

QN10

Oh. Dah lama tak ke Kuantan. Dulu dulu masa muda remaja selalu jugak lepak ke sana sebab makcik aku dok sana dan aku selalu gak la cuti sekolah terjah bermain main baruh dan sekali sekala ke bandar Kuantan.

Ini trip banyak mengimbau kenangan juga.

Janji nak gerak tengahari. Sudahnya kol 3 baru gerak dari KL

Dari KL singgah culik IH di kampung beliau dulu. Sempat jugak beraya dan makan makan di sana.

Bertemu sua dengan binatang peliharaan mak IH

Tangga ke syurga

Dari kampung IH.. lepas Asar baru gerak ke Kuantan. CP dan family dah bersiap sedia dengan acara BBQ malam tu.

Tapi sebab kami sampai agak lambat, semuanya dah siap tersedia !

Acara BBQ. Konon je lah. Padahal kami sampai melantak je terus

Hidangan 

Ayam. Daging dan segala macam tersedia di malam BBQ

Makan jugak laksa malam tu

Memang trip ni, pegi melawat CP. Dan sudah tentu nak gi beraya dan jumpa dia, jadi acara lawatan penuh dengan acara penuhkan perut dengan makan makan.

Siap Mak CP turun padang masakkan untuk kami !

Kampung halaman

Suasana

Sarapan pagi. Nasi Dagang ! Fuh... enak sungguh hasil air tangan Mak CP

Anak anak bulu mak CP

Dan siri lawatan ini bukan saja acara beraya dan get together. Malah kami ambik masa jalan jalan sekitar bandar Kuantan juga.

Berjalan di area Pantai Sepat.

Bot nelayan

Hasil tangkapan

Pantai sepat

Pepohon nyiur melambai

Pohon cemara

Pohon tunduk

Pantai Sepat

Tenang pagi hari

Kemudian kami ke bandar Kuantan.

Ronda ronda melihat kawasan.

Bandar Kuantan

Sungai Kuantan

Pokok menjalar

Bandar Kuantan

Singgah makan tengahari di Open House adik CP. Jugak di masak oleh Mak CP !!!

Perut kenyang lagi. Then sambut melawat kawasan ke Teluk Cempedak.

Ronda ronda pantai

Laluan ke Teluk Tongkang

Bersendirian

Teluk Tongkang

Kembali ke bandar Kuantan

Lepak lepak di Benteng

Singgah solat di Masjid Negeri Pahang. Masjid Sultan Ahmad Shah 1, Kuantan

Kubah

Selamat tinggal Kuantan

Kembali ke kota

Singgah kampung IH dan hantar dia pulang kepangkuan family dia. Kami culik sekejap jer.

Trip 2 hari 1 malam je. Trip GBS semata tak aci bawak pasangan. 

* lambai lambai tangan kat OR

Alhamdulillah. 

Sekian lama mengimpikan trip macam ni yang cukup ahli, spend masa jumpa kawan kawan borak borak bercerita dan update kisah masing masing.

Akhirnya terlaksana jua.................

Benarlah kata orang, sesuatu yang tak di rancang itu biasanya akan meninggalkan kesan yang paling dalam !

Terima kasih kawan kawan. Terima kasih CP dan OR dia yang melayan kami datang ! Ada rezeki kita bertemu lagi. Boleh melompat dengan lebih tinggi !



Kita berlari dan teruskan bernyanyi
Kita buka lebar pelukan mentari
Bila ku terjatuh nanti, kau siap mengangkat aku lebih tinggi
Seperti pedih yang telah kita bagi
Layaknya luka yang telah terobati
Bila kita jatuh nanti... kita siap 'tuk melompat lebih tinggi
Bersama kita bagai hutan dan hujan
Aku ada kar'na kau telah tercipta
Aah... Aaaaah

Kupetik bintang, untuk kau simpan
Cahayanya tenang, berikan kau perlindungan
Sebagai pengingat teman
Juga s'bagai jawaban
Semua tantangan

Sebelum waktu memisahkan detikku, detikmu
Sebelum dewasa, menua, memisahkan kita,
Degupan jantung kita akan s'lalu seirama
Bila kau rindu aku

Thursday, July 30, 2015

Jom Santai : Fraser Residence, Kuala Lumpur - 03 - Facilities

Last sekali, kita tengok facilities di Fraser Residence, Kuala Lumpur ni.

Fraser Residence, Kuala Lumpur

Bangunan hotel

Terletak berhadapan dengan Binjai Kondo ni. Dulu aku berangan nak duduk sini sebab mamat kat opis aku stay sini !! Berangan je la boleh. Nak duduknya tak mampu....

Lobby area

Semalam dah tengok bilik dia, kali ni tengok pool area dia.

Pool area dan semua facilities terletak di tingkat 5. Nak access kena ada kad lah tak leh sewenang wenangnya berkeliaran.

Facilities yang ada

Banyak aktiviti boleh di buat di tingkat 5 ni

Pool area. Yang bestnya area ni tak panas sebab in between 2 towrrs.

Pool dewasa

Ada wading pool di luar. Masa kami stay sini tak ramai sangat guest. Ada pun Arabs jer

Pool dia sebelah sebelah je so boleh santai dan tengok tengokkan bebudak mandi

Pool kanak kanak. Yang bestnya pool budak budak ni lagi besar pada pool dewasa dan dalam tu penuh dengan bola. Anak anak aku suka hati mandi kat sini.

Segala bola bola yang ada

Itik itik ni pun ada bersepah sepah

Ada slide jugak untuk budak budak

Kerusi santai

Children's playground

Kidz room. Dia orang boleh lepak main main dalam ni.

Dekat tingkat 5 ni jugak ada jacuzi dan sauna

Steam room. Sempat jugak la aku turun malam tu dengan harapan sempat kurus walaupun duduk sekejap dalam ni.

Jacuzzi hot dan cold. Ada bahagian untuk lelaki dan perempuan. Yang bestnya.. tak de orang ! Cuma pak guard la dua tiga kali lalu usha aku tengah pose pose bergaya mewah di hotel tumpangan

Gym ada di tingkat paling atas. Tingkat S

Peralatan banyak dan mencukupi. Orang pun tak der. Anak anak aku je datang main.

Bilik Yoga

Dan ni view dari tingkat paling atas

Kotaraya Kuala Lumpur

Now bab makan !

Selain daripada makan malam di hotel ni, kami siap pegi breakfast sebab breakfast adalah included sekali dalam harga bilik.

Ruang makan di level sama dengan lobby dan reception

Pilihan nakanan macam biasa lah. Not bad jugak Cuma tempat tu agak limited sebab ramai orang. Aku siap nampak ada golongan sekumpulan Asoh Asoh seludup makanan keluar

Dan budak budak suka je kalau makanan dia orang ada

Overall, puas hati dapat stay sini walaupun cuma 1 malam jer.

Bilik besar dan bersih. Keadaaan hotel masih baru. Kelengkapan semua tip top cuma 1 je yang tak de kat sini tapi ada kat Fraser Place. Games Room !!!!

Masa kat sini Hero tanya jugak ada bilik PSP ke tak. Aku tanya kat receptionist tu dia kata memang tak der kat hotel ni !

Lagi aku suka shower Gel dia yang maha wangi. Dan hotel yang sangat kids friendly.

Tu semua benda benda yang aku suka dengan Fraser Residence KL ni.

Benda yang aku tak berapa suka dengan hotel ni. Layanan awal yang tak berapa mesra. Tapi overall aku rasa service dia OK juga.

Kalau stay sini, mintak high floor dan nampak view KLCC.

Aku recommend bagi yang mencari penginapan di tengah ibukota tapi dalam suasana yang masih tenang dan mendamaikan.

Insya Allah, ada rezeki boleh gi StayCation lagi !

TAMAT

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...