Pernah pegi Masjid Negara? Tau Masjid Negara kat mana?
Aku admit ni first time aku masuk Masjid Negara, tu pun sebab singgah nak solat Zuhur. Sambil sambil tu tumpang sekali mencari publisiti. Hahahaha. OR tunggu dalam kereta.
Sebelum ni asyik lalu je, pernah singgah tapi tak pernah masuk dan naik ke dewan solat.
Kali ni pastikan jadi. Layan gambar gambar sekitar Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Masjid Negara Malaysia terletak di Jalan Kinabalu berdekatan dengan Lake Garden, KL
Mempunyai kapasiti lebih 15,000 jemaah pada satu satu masa.
Menara setinggi 73 meter
Kubah berbucu 16 seolah olah payung terbuka ( menggambarkan iklim tropika). Kubah ini pernah diwarnakan dengan warna pink sebelum ditukar warna turquoise
Asalnya dinamakan Masjid Tuanku Abdul Rahman Putra Al Haj, tetapi beliau menolak lalu di namakan Masjid Negara.
Menara dengan gambaran payung tertutup dan kolam di perkarangan masjid
Tempat wudu
Sebuah bangunan Warisan Kebangsaan
Free Wi Fi !
Pintu masuk ke dewan solat utama
Bahagian bawah kubah dari arah dalam masjid
Mimbar dan ruang solat utama
Arah kiri dalam masjid
Arah hadapan
Karpet yang lembut dan gebu
Masjid ini dibina di atas tapak sebuah gereja
Direka oleh arkitek dari UK Howard Ashley dan 2 arikitek tempatan Hisham Albakri, and Baharuddin Kasim dan siap pada 1965
Pemandangan di sekitar Masjid Negara
Laman
Masjid Negara
Masjid Negara pernah menjadi gambar untuk matawang RM100
Di Masjid Negara ini terdapat satu kawasan di mana didirikan Makam Pahlawan.
Makam makam yang menjadi tempat persemadian bekas Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri.
Makam Pahlawan
Makam Tun Razak. Makam Tun Hussein Onn, Makam Tun Ghafar Baba dan Makam Tun Ismail
Ni kat tepi tak sure makam siapa
Bagi aku Masjid Negara ni lawa.
Tenang dan relaks je. Boleh di lawati even untuk yang bukan Muslim dari jam 9 pagi - 5 petang kecuali waktu solat. Ada pakaian menutup aurat disediakan.
Dah.
Sila pegi melawat dan hargailah warisan kebangsaan kita.
* keluar masjid negara dengan muka yang bercahaya dan penuh keimanan.
Woohoo….ooo…woohooo….
Ku ingin selalu dekat pada Mu, oh cinta hatiku
Kau memberikan ku semangat baru cerianya duniaku
Hanya pada Mu , ku serahkan segala hidup matiku..
Hasbi Robbi Jalallah
Mafi Qalbi..Ghairullah
Nur Muhammad Sallallah
Lailahaillallah
Ku ingin selalu dekat pada Mu, oh cinta hatiku
Kau memberikan ku semangat baru cerianya hidupku
Hanya pada Mu , ku serahkan segala jiwa ragaku..
Sesungguhnya ibadahku
Sesungguhnya hidupku
Sesungguhnya matiku
Hanyalah untuk Mu
Woohoo oooo.. Ya Allah..
Ini lagu fav Princess aku. Kalau dalam kereta berebut rebut nak menyanyi. Dia humming je lebih, asal bunyi suara aku je terus dia sound.
"Papa angan ( jangan ) nyanyi.. ni agu ( lagu ) adik".....