Sunday, April 1, 2012

Trip Japan 2012 - Preparation

Preparation # 1

Banyak benda aku dan plan dari tapi cuma boleh buat last minit je. Since aku dah tetapkan hati dan Cik Iman nak pegi Osaka maka aku kena siapkan semua dokumen perjalanan aku supaya semuanya berjalan dengan lancar.

So satu hari tu aku nak kena settlekan tugasan di site dulu then petang aku nak kena buat benda benda lain untuk buat Visa. Leceh jugak nak buat Visa ke Jepun ni.

Tapi aku kena pegi pejabat ASNB. So aku pegi ke Shah Alam je lah. Dah mandi siap siap tukar baju dah ni okeh. Sampai pejabat tu orang agak ramai nasib la aku nak ambik statement je. Tup tup tak boleh siap hari ni, dia ambik semua relevan dokumen dan esok dalam masa 24 jam baru surat pengesahan baki akaun tu siap. Surat ni nanti nak kena bawak ke Embassy Jepun untuk apply Visa. Keji okeh Jepun ni. Sapa nak apply Visa dalam akaun kena ada RM6K. Kalau laki bini RM12K. Aku malas nak gi CIMB atau Maybank sebab aku tak jumpa cari buku so aku pegi ASNB lah. Lagipun duit kat situ ada lebih sikit so hopefully tak de la dia question aku nanti dan banyak banyak cekadak tak nak bagi visa kat aku.

So selesai lah hal kat pejabat ASNB. Now kena pegi ambik gambar pulak.

Aku pusing pusing cari kedai gambar. Jumpa kat section 3 Shah Alam. Ambik gambar kat situ. Visa Jepun ni nak special gambar. Background mesti putih. Size mesti 4.5 kali 4.5cm. Nasib kedai gambar tu macam dah tau. Abang dah pose pose Shogun Samurai tadik okeh. Eh ke Geisha????

Settle lah hari ni apa yang perlu di buat.

Surat pengesahan dari office aku dah mintak. Terpaksa la sebab Jepun memang nak surat tu. Tak semena mena semua orang tahu aku nak pegi Jepun. Masalahnya, Visa pun belum approve semua dah nak mengirim. Aku selet taik kat muka sekor sekor baru tau.

Selesai sudah separuh daripada benda nak di buat. Esok aku nak kena settlekan yang lain lain dan ambik surat kat pejabat ASNB ni so lusanya baru boleh gi Embassy Japan submit dokumen. Visa nak approve ambik masa 3 hari. Harap harap sempat lah.

Begitu la cerita hari pertama preparation ke Jepun.

Preparation # 2

Lewat jam 3 petang tadi aku terburu buru keluar opis sebab dah macam lambat. Terus shoot ke Shah Alam.

Jalan tak jem tapi sampai je kat pejabat ASB tu dah tutup ! Mereka tutup pukul 4.

Cemana ni uols? Abang bermuram durja. Tengok orang ada kat dalam tapi pintu masuk dah tutup. Nasib la aku riki riki bahagian tepi tu ada pintu lain. Aku meluru.

"Bang. Saya nak ambik statement je"
"Dah tutup. Ramai lagi orang dalam ni"
"Kejap je bang. Saya dah datang semalam, hari ni siap ni saya datang nak ambik ni"

Merayu rayu aku ni. Abis dah kemachoan seorang Shogun Samurai. Dah jadi macam Geisha pun ada.

"Abang rogol la saya, janji saya dapat statement tu"

Perlu ke aku berdialog begitu?

Pak guard tu baik je. Dia suruh aku masuk dan aku pun terus pegi kaunter. Untuk pengetahuan kalau nak mintak statement ASB kena bayar RM10. Dia akan buat surat akuan la dengan berapa baki yang tinggal address pada Embassy Japan. Dia orang memang ada borang khas kena isi.

Tak pe lah. Janji semua siap.

Apa yang menariknya, bila check akaun ASB aku baru tau aku dapat bonus ASB hari tu. Yey ! Tak de la banyak sangat tapi boleh la kever perbelanjaan di Osaka.

Kiranya trip Osaka di taja oleh PNB !

Terima kasih Adeq. Hiks.

Tapi tak de la aku cash in pun. Biar je la duit tu beranak di situ. Aku ada budget lain untuk trip kali ni. Tapi cuak jugak. Rata rata kalau baca kata Japan ni mahal. Memang pun. So aku kena merangka dengan sempurna.

Preparation # 3

Awal awal pagi aku dah hunggah IG. Dah dari kelmarin dulu aku cakap dengan dia aku kena pegi Embassy of Japan tu nak hantar dokumen untuk Visa. Semua dah siap so pagi sampai opis, sempat breakfast dulu then kami ke KL. Sampai KL pukul 11.30 pagi. Barang di ingat Embassy tutup tengahari pukul 12 sampai 2 okeh. Dah la situ susah nak parking. Nasib baik la IG ada. Sampai je aku terus masuk.

Kena body scan macam kat airport. Apa yang penting, dokumen mesti lengkap. Masuk je tunggu nombor di panggil dan pass dokumen.

Aku tadik tak de halangan. Alhamdulillah. Dia check then dia pass resit. Jumaat petang siap !

Harap harap tak de la apa apa yang tergendala nanti.

Preparation # 4

Lepas solat jumaat pegi bank kejap then aku dengan IG terus  ke KL dan menuju ke Embassy of Japan.

Sampai sana banyak kereta tepi jalan. Situ memang tak de tempat parking. Kalau pegi sorang sorang memang parah lah. So tadi IG tunggu dalam kereta dan aku turun. Procedure masuk macam hari tu jugak. Kena scan body. Dia orang simpan handphone dan sebagainya.

Waktu aku sampai ramai orang kat Embassy tu. 

Baca kat situ kalau collection dengan application kena ambik nombor. Melangut la aku ambik nombor tunggu turn. Pastu aku tengok orang yang collect tu macam cepat je, apsal aku tak di panggil panggil? Buat ringan mulut aku bertanya. 

"Dik, Collection kena ambik nombor ke?"
"Tak payah bang"

Kann !

Tipah tertipu.

Ada gak la 10 minit aku kat dalam tu menunggu. Kalau tak, 5 minit aku dah keluar balik.

Tak pe. Yang penting urusan telah selesai dan Visa Jepun aku dah siap. Now kena fikir nanti nak pegi beli tiket JR pulak. Hotel masih tak dapat book. Yang aku check tu semua penuh. Parah jugak ni. Aku kena lebih gigih.

Apa lagi nak buat ni?

Nak belajar Bahasa Jepun??

Aku dah try. Macam lebih bunyi mencarut je aku rasa !



When leaves fall at dusk, they foretell that the cold will come soon.
On the bench rotten by the rain, no one sits to sing and whisper love.
My dear lover,
I want you to be by my side because I am feeling cold.
I want you to say with a laugh that your farewell is only a joke
A jogging man is passing through on a pebbles street
He induce me who stand still
As if he wanted me to forget,
My dear lover, now I say good-bye
The seasons rotate, though
Two of us of those days
A shooting star in that evening
Shine and disappear, heartless dream

My dear lover, please stay beside me
I want you to say with a laugh that your farewell is only a joke

Last day before departing.

On the way ke opis sempat aku singgah untuk tukar Yen. Kalau tak tukar hari tu memang tak sempat.

Nak tengok duit Yen. Hah. Ni dia.


Tak tau la aku dapat murah ke tidak but aku survey dua kedai yang dekat dekat. Kedai ni Tasya yang bagitau sebelah Dominos kat TTDI tu. Nampak ada beza jugak la nilai dia. So aku tukar terus. 

Dapat la banyak ni.

Mahal jugak la duit Jepun ni rupanya tapi apa aku ada choice kah? Tak de. Nak tak nak kena tukar kang tak bergerak aku di sana nanti. 100 Yen Japan = RM4.

So lepas tengahari baru la aku dengan IG keluar. Misi kami nak pegi KL aku nak beli JR Pass tu.

Dari opis kami masuk KL. Fuh best KL tak berapa jem. Beli tiket tu dekat Japan Tourist Bureau di Plaza Amoeda depan Berjaya Time Square tu. Tempat dia di tingkat 16.

Aku naik. IG tunggu dalam kereta. Dia melilau ntah ke mana mana sebab tak de parking.

Adalah dalam 15 minit aku kat atas tu sebab ada orang depan aku. Makcik tu bising bising tak faham bahasa. JR Tiket ni hanya boleh di beli oleh bukan warga Jepun. Anak dia warga Jepun tapi study kat US, so dia nak argue la konon anak dia study kat US so boleh beli JR pass. Mana la orang tu nak kasik. Bising memekak macam nak beli emas 40 juta. Nampak macam kaya, beli je la harga train biasa biasa tu kan?

Ada minah kat JR office tu, muka memang Jepun abis. Style pun gothic gila bibir hitam. Cakap Jepun bagai nak rak. 

Tiba tiba bila dia tengok aku.

"Ya Bang.. nak beli JR Tiket ke?"
"Arrrrrrrrrrr"

Nganga !

"Melayu ke?"
"Ya lah. Melayu lah"
"Oooooo"

* urut dada Noreen.

Hebat !

Ingat kan Maria Ozawa tadik. Hiks.

So aku pun buat la urusan untuk pembelian tiket JR ni.

Nak tau JR ni untuk apa?? 

JR ni tiket keretaapi di Jepun yang hanya boleh di gunakan oleh pelancong saja. Orang Jepun sendiri tak boleh beli pass ni. Harga tiket keretapi di Jepun sangat mahal. So bagi menggalakkan pelancong ke sana, ada lah pass ni. Kalau orang Jepun sendiri nak pegi Tokyo dari Osaka, harga train biasa adalah dekat RM1,000 one way !! Tapi untuk pelancong, kita di beri kelebihan untuk beli pass ni dan pass ni boleh naik bulllet train ke mana saja seluruh Jepun dan subway, bas dan bot sekalipun dalam masa 7, 14 dan 21 hari. Ada pilihan la terpulang berapa hari kita nak travel.

Macam aku pegi tak lama so aku beli pass 7 hari punya. Harga dia?? Hmm lebih kurang harga tiket dari Tokyo ke Osaka tu la jugak. Tapi kelebihan aku, boleh pegi mana mana saja nanti.

Memang la nampak mahal. Lebih mahal dari tiket flite. Tapi aku tak pegi Jepun tiap tiap bulan. Ni la peluang yang ada dan aku dah plan, aku akan jelajah mana yang patut dalam masa yang ada ni. Moga moga sempat travel 5 hari ke 5 bandar utama !

Sewel tak aku???

Tengok cemana lah. Cuaca sejuk sejuk macam ni, ngeri jugak nak jadi kamikaze macam tu.

Ni hah pass dia.



Ini cuma pass, bukan tiket lagi.

Once sampai di sana, aku kena pegi office dekat train station dan activate bila aku nak start guna dan dia orang akan tukar pada kad or something.

Barang di ingat, benda ni kalau ilang memang ilang terus lah. No refund what so ever.

So abang kena peluk ni. Ni nyawa aku ketika di Japan.

So selesai kan urusan JR Pass. Yahoo !

Ni, Insya Allah, trip aku semasa di Jepun nanti.


Osaka - Nara - Kyoto - Tokyo - Hiroshima 

Balik dari Amoeda Building tu pegi Maju Junction. Aku konon nak beli battery back up untuk DSLR aku. Ya lah, cuaca sejuk battery kang cepat abis. Takut aku merayau tak abis ambik gambar lagi battery dah kong. How??

Tapi bila tanya kat Bintang Maju kat Maju Junction tu, battery tu saja harga dia RM290 !!

Gila mahal !

Tak worth it la aku rasa nak beli. Aku bukan nak guna sangat. Setakat nak back up je. Ke cemana??

Anyway aku rasa tak pe lah. Aku redah je la dengan apa yang ada. Hopefully tak de la ketandusan sangat di sana. Tak berbaloi nak beli sebab sekadar nak back up. Bapak la mahal battery tu saja saja.

Balik opis sambung buat keje. Aku study sikit pasal Japan. Last minit. Then print confirmation hostel dan web check in flight. So kiranya semua dah settle. Tunggu nak naik kapal terbang je.

Harap semuanya berjalan lancar.

Semalam call Makcik Mona, Makcik Mona dah pesan.

"Pegi tempat orang tu jaga jaga makan"
"Ya lah. Bab tu mak tak payah la risau. Mak doakan je semuanya senang"
"Ya lah"

Dah dapat restu mak tu aku rasa tenang sikit.

Now belum abis packing lagi. Baju sejuk semua dah siap. Semua pinjam IH punya. Aku punya semua kat kampung.



Esok !

Entry penggembaraan Negara Matahari terbit bermula. Penggembaraan dengan satu misi !

Tunggu update, setiap jam 12 malam dan 12 tengahari.  

* mati la macam pusat B2B.

15 comments :

  1. hi! going to osaka too?
    actually last week nak cari JR Pass jgk..mula2 ingatkan japanese airlines ade lg office kat menara citibank tapi rupa2nya dh xde..nasib baik hari ni baca entry ni, tau jgk la mana nak beli JR Pass :) thanks for your entry! hehe

    ReplyDelete
  2. ok, aku dpt tau blog ko dari laki aku, SUMPAH KELAKAR, kitorang dok baca sama2! hahahahaha!

    aku suka sbb lawak ko sempoi gile patu ko gi tempat2 yg orang tak pegi. so, menarik ar utk dicuba.

    kitorang baru gak balik jepun. kalo rajin, ko bleh baca blog aku kat sini:
    biqque.blogspot.com

    aku nak tag blog ko dlm blogroll aku ye :)

    selamat berkenalan, adios! :D

    ReplyDelete
  3. best le bro, berjalan je..jeles I..hihi
    banyak info boleh tengok tempat orang kat blog u..
    *tabik spring

    ReplyDelete
  4. dok search pasal asb dan visa japan..tjumpa blog ni..
    huhuu best!!

    ReplyDelete
  5. supermeng pegi jepun ni bulan mac ke

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...