Saturday, April 28, 2012

Menjejak Tsunami Aceh - Banda Aceh - Part 3

Taraaa...

Dah sampai kita di episode akhir Meng jejak Tsunami Aceh.

So ada rasa macam dah pegi? Ke rasa macam nak pegi? Well. Tu point nya. Aku share ni sebab nak bagi peluang orang yang tak dapat pegi untuk tahu apa ada di sana. Kalau nak pegi pun boleh. Boleh jadi proof reader.

Actually Banda Aceh ni besar. Banyak lagi kawasan boleh di explore dan kalau nak tengok kesan Tsunami yang paling dasyat tentunya boleh pegi ke Melabuh yang terletak kira kira 8 jam perjalanan dari Banda Aceh.

Baik lah.

Sambung eh.

Sebaik saja sampai di Pelabuhan Ulee Lheue kami terus keluar. Sebab duduk belakang so boleh keluar cepat. Tak perlu berebut rebut dengan orang tempatan. 

Dah janji dengan Munawar dia akan tunggu kami kat pelabuhan pagi tu. Tapi ferry kami macam sampai awal sikit dari masa yang di janjikan. Dah janji dengan Munawar pukul 9 pagi tapi ferry tu dalam 40 minit je. So kami ada masa.

Berkeliaran sekejap di kawasan pelabuhan lepas tu kami bersarapan.

Koran yang di jual di jalanan

Tempat kami singgah breakfast. Orang kampung mula meriki dan tengok semacam. Cantik sangat kah weols ni????

Nasik Gurih. Kali ni bungkus je. Aku ambik lauk ayam. BW makan lauk ikan. Tak di lupa kopi Aceh yang sedap dan mengiurkan itu

Masa sebelum makan tu dah melilau tengok kot kot Munawar dah sampai. Tapi macam tak de pulak.

"Ada nampak tak? I macam dah lupa muka dia cemana"

Aku cakap kat BW.

BW membebel apa benda ntah lepas tu.

Masa tengah makan baru dapat panggilan dari Munawar.

"Abang di mana bang?"
"Saya sedang makan pagi. Di rumah makan di sini. Ya... kiri kamu"

Aku nampak dia melilau dengan t shirt putih.

Dia nampak aku.

"Kamu ngga mahu makan?"
"Ngga apa apa bang. Saya di sini aja"

Dia tunggu di situ dan kami habiskan makanan. Tak betah nak makan lama lama sebab orang kat kedai makan tu macam pandang je kita orang bertiga. Apa ntah yang tak kena. Pelik sangat ke kita orang ni???

Hiks.

May be dia orang musykil dan syak kami bukan orang tempatan kot.

Tak pe lah. 

Lepas makan tu baru bergerak ke kereta Munawar dan destinasi kami adalah untuk pegi beli belah !

* mati la nak beli belah padahal duit dah abis

"Kita ke Pasar Aceh ya Bang?"
"Ya"
"Abang mau nyari apa tu?"
"Errr... cuba nyari kain, bisa bikin buat baju untuk cewek...."
"Oh.. ada bang"

BW yang nak beli baju sangat. Aku memula nak jugak beli kain kain tu tapi lepas tu fikir, macam malas lah.

Jadi Munawar bawak kami ke terus ke Pasar Aceh.

Pasar Aceh ni ada bangunan macam mall dan ada juga deretan kedai. Memang kawasan tu banyak orang berrniaga lah.

Pasar Aceh

Kawasan sekitar Pasar Aceh

Kedai kedai sudah mula di buka pagi tu

Kat kawasan Pasar Aceh ni ada bahagian dia, ada part jual kain, ada part jual benda lain. Macam macam la. Dan kawasan dia agak besar terdiri daripada deretan kedai yang banyak

Kedai kedai lagi.


MH buat lawak.

"Besarnya kopek orang orang kat sini"

Aku bantai gelak.

Ya la tengok bra tu semua menimbun. Padahal tak nampak tu menyusun seroja bunga seroja macam tu. Depan depan kedai pulak tu.

Hiks

Aku nak cari baju Koko nak pakai hari jumaat pegi keje. Aku ada 2 helai. Dua dua Meg Rose belikan kat Jogja dulu, dan selama ni aku pegi Indon ke mana mana tak pernah nak cari. Alang alang kat sini, aku beli la sendiri. Jumpa lah. Banyak lak tu.

Munawar yang tolong tawarkan. Dapat la sehelai harga 140 ribu. 

Beli sehelai cukup lah.

Dan yang paling mabuk adalah BW.

Memula beriya iya tak nak beli. Pastu dia beli selendang apa benda ntah. Siap berkampung dalam kedai tu. Abis orang kedai tu bukak kotak dan stok baru untuk dia. Tak cukup lagi, nak beli baju sembahyang la, nak beli kain pelikat gajah duduk lah, gajah berdiri la, gajah pose pose mati.

Kita orang bertiga ni ikut la dia masuk satu kedai ke kedai yang lain.

Akhirnya dapat la apa semua yang dia nak.

"Murah ni. Murah !!"

Kannn..

Kalau dah sewel tengok kain memang la gila serta merta jadinya. MH tak beli apa apa pun. BW lah yang banyak beli untuk family dia.




"Kami tau ngga mana saya bisa nyari barangan Eiger?"
"Apa tu Bang?"
"Tas... macam macam"
"Macam pernah saya dengar Bang. Ngga apa, lepas ini kita nyari, mungkin di sebelah sana"

Munawar bersungguh sungguh cuba membantu.

Aku nak la cari barang barang Eiger jugak selepas tengok BS dengan rakusnya membeli belah. Tak tau nak beli apa pun, just nak usha sebab beg Eiger ni memang Indon made so mesti la murah kat Indon.

Kami naik kereta lepas tu dan pusing pusing kota Banda Aceh. Munawar kata dia macam pernah nampak.

Berpusing pusing la tapi tak jumpa. Last sekali dah give up. Aku cakap dengan Munawar kalau tak jumpa pun tak pe.

Tiba tiba.

"Tu hah ! Eiger"

Wah.. mata BW adalah sangat tajam. Sebelum tu aku siap SMS di BS tanya dia. Tau sebut tak reti nak eja. Cemana tu? Hahahaha. BS pun bagi info palsu. Kejap macam tu kejap macam ni.

Nampak kedai ni....


Malang nasib mu si burung pungguk ! Kedai ni tutup pulak.

Kecewa. Ntah kenapa la tutup. So aku fikir tak de rezeki lah. So blah je.

Kami tak banyak masa dah set ngam ngam nak sampai airport by 11.30. 

"Abang mahu nyari ole ole kan?"
"Ya.. macem Pisang Salai... ole ole kayak gitu"
"Bisa bang"

So Munawar bawak masuk ikut jalan short cut mana ntah. Tiba tiba suara memetir sekali lagi.

"Tu hah Eiger !!!"

Siapa lagi kalau bukan BW. Melilau mata dia tengok kiri kanan akhirnya kami jumpa kedai Eiger yang lebih besar. Mungkin yang ni terbesar kot.

Apa lagi, terus usharina



Rezeki jugak kan nak jumpa.

So masuk melilau kejap. Memang murah barang barang dia. Beg dia memang nampak menarik tapi kalau aku nak beli susah pulak nak bawak balik. Lagipun Si Daud aku oke lagi. Nak beli beg lappy pun macam menarik. Tapi ... argh terpaksa kuburkan harapan.

Last sekali aku beli cap satu untuk aku dan snow cap aku beli gantikan snow cap IH yang aku terbagi kat Makcik Mayumi hari tu. Harga pun tak mahal tapi kualiti nampak bagus.

Note untuk IH : Nanti nak gi Korea nak pinjam snow cap ni okeh????

* sorok siku.

Lepas beli dan blah, kami pun bergerak nak mencari ole ole tu. 

Kat Banda Aceh mall dia tak de la grand grand. Memang kalau kira nightlife waktu malam memang tak ada. Yang ada cuma karaoke di hotel Hermes tu. Lain lain memang tak de. Dan cuma Hotel Hermes tu je la yang paling star macam Aisyah Star dan boleh jual minuman keras dan ada karaoke dan pub segala. Kawasan lain masih mengekalkan kesucian dan keislaman Banda Aceh ini.


Mall matahari, antara mall yang paling grand di Banda Aceh

Kedai ole ole dalam misi mencari pisang salai

Ole ole yang di jual

Misi aku nak cari Pisang Salai tu sebab si Kuman tu pesan. Dia pantang aku pegi Indon mesti nak pisang salai. Hari tu aku beli kat Semarang jenama Borobudur dia bising bising, ni aku beli la lagi kasik dia diam. Kang dia komplain kalau aku pegi berjalan tak belikan dia apa apa.

So cari pisang salai. Ada. BW dengan MH beli dodol lah, apa lah. Ada daging dendeng jugak dan macam macam lagi benda lain.

Aku cuma beli pisang salai dan beli kopi.

Di sini la aku jumpa Kopi Susu, Tongkat Ali power tu. Hiks.

Borak borak dengan Munawar dia kata kalau dia tau aku suka kopi dia boleh carikan kopi Aceh kampung. Kopi tu memang sedap sebab dia campur dengan daun ganja !

* pengsan.

Abis membeli belah, kami pun bergerak. Nak kena sampai airport pukul 11.30 masa tu dah nak dekat pukul 10.45

"Sempat ngga kalau kita singgah di Muzium Tsunami bentar?"
"Sempat Bang.. tapi ngga bisa lama lama"
"10 minit. Motret aja di dalam"
"Bisa"

Munawar menurut perintah. 

Jadi kami singgah di Muzium Tsunami Aceh semula. Tak boleh jadi ni, sebab bangunan ni menarik sangat dan buat aku teruja nak tau apa isi kat dalamnya. Kalau di kawasan luar, kesan tsunami tentu sudah hilang atau terhapus, tapi dalam muzium ni pasti lebih banyak yang ada.

Berkat kegigihan kami janji dengan Munawar nak jalan kat dalam untuk 10 minit je. Munawar lepaskan kami dengan berat hati. Dia pun risau takut tak sempat sampai airport.

"Saya ikut Bang"
"Ayuh"

Hahaha. Dia tau kalau dia lepaskan kita orang je mesti lama lagi duduk dalam ni.

Jom masuk dengan gaya amazing race. Kena cepat dan pantas !


Masuk muzium ni free je cuma kena bayar parking. 

Munawar park kereta dan kami terus masuk ke dalam. Pusing pusing pastu aku tanya MH.

"Eh. Cemana nak masuk ke dalam ni?"

Sebab kami nampak orang dah kat dalam, tapi bila pusing pusing cari pintu masuk tak jumpa. 

Patah balik jumpa Munawar. Tu la malu bertanya sesat jalan eh. Sebenarnya pintu masuk dia kat belah bawah !!!

Ayuh ! Jom masuk


Sebaik saja masuk ke dalam bangunan ni kita terpaksa melalui lorong yang suram macam ni. Yang kedengaran cuma bunyi air.

Simboliknya, air air ni akan merecik dan kena la badan kita waktu kita berjalan. Suasana terasa benar benar teruntun tiba tiba. 

Sebaik je lepas laluan ni, kita akan berjumpa dengan satu hall yang ada kiosk dengan lcd tv yang memaparkan gambar gambar sewaktu berlakunya Tsunami.

Memang tragis tengok gambar gambar ni. Ada banyak kiosk so tak perlu berebut rebut.

Kiosk kisok itu

2 minggu selepas Tsunami, kawasan Meulaboh yang paling teruk di landa ombak ganas

Perbezaan geography Banda Aceh sebelum dan selepas Tsunami. Separuh dari kawasannya telah tenggelam 

Aku rasa this is the best picture ever. Boleh dapat National Geography Award ni. Ada ketakutan. Ada kesedihan. Ada macam macam perasaan di wajah anak ini. Tak tahu apa jadi pada beliau. Semoga roh adik ini di cucuri rahmat sentiasa.

Selepas kawasan hall yang ada kiosk tu, kami masuk lagi ke satu ruang di mana ada seolah olah menara tinggi dengan ruangan kosong di bawahnya.

Di sekeliling dinding dinding dalam menara ini memaparkan nama nama korban Tsunami Aceh.

Menara Muzium Tsunami Aceh

Thank you DSLR ! Di bahagian atas menara tertera nama kalimah ALLAH

Dan ini lah nama nama yang telah terkorban dalam kejadian tahun 2004 dulu. Mengenai jumlah kematian agak berbeza. Keseluruhannya dalam 250 ribu tapi termasuk di Thai, Malaysia, Indo, Sri Lanka dan semuanya. Jumlah kematian yang melibatkan rakyat Indo agak berbeza tapi dalam sekitar 200 ribu orang. Ramai tu !

Ruang atas muzium Tsunami Aceh yang menyerupai kapal

Di hujung sana adalah menara yang tertulis didalamnya nama nama korban Tsunami Aceh. Laluan ini menuju ke tingkat 1 muzium, nampak bahagian luar tu sebenarnya tak de access ke dalam muzium, kena ikut laluan tingkat bawah.

Waktu kami sampai di tingkat 1. Ada hall yang menayangkan movie perihal Tsunami Aceh. Ada orang jaga la so dia jemput sapa sapa berminat untuk menonton.

Aku excited nak tengok tapi tak banyak masa.

"Berapa lama tempoh tayangannya Bang?"
"Sekitar 8 minit"

Aku berborak dengan mamat yang jaga kat muka pintu tu.

"Munawar, bisa ngga? 8 minit?"
"Iya. Bang. Iya"

Munawar akur. Kesian dia.

So kami masuk ke dalam dan di dalam itu di paparkan di skrin layar dokumentari mengenai kejadian Tsunami itu.

Para penonton

Skrin tayangan

Kami menonton dokumentari ini dengan macam macam perasaan.

Aku yang tak mengalaminya merasa sangat sedih dan simpati atas apa yang berlaku. Apa lagi perasaan Munawar yang sama sama mengharungi saat dan getir sewaktu kejadian ini melanda Banda Aceh.

Tengah kusyuk dok tengok dokumentari ni, tiba tiba dapat SMS.

Aku sempat check.

'RM:0.00 Urgent ! AirAsia flight AK1306 from BTJ to KUL on 18 MAR 2012 is now DELAYED to 1335hrs. We apologize for the inconvenience caused. Thank you'

Wah !

Tak jadi nak sedih secara berlebihan. Rasa nak happy pulak. So kami ada masa nak jalan jalan di muzium ni.

Aku bagitau Munawar, MH dan BW. Masing masing dah rasa lega sikit, now boleh sambung menonton dengan aman.

Terima kasih Air Asia............

* mati la tetiba

Sebak jugak la tengok dokumentari tu. Nasib la pendek. Kalau panjang harus abang teresak esak bawah skrin tu.

Lepas keluar tu kami fikir dah tak perlu nak rush sangat so kami ambik masa berpusing pusing di setiap tingkat di Muzium tu.

Ada ruangan photo photo dan penerangan mengenai kejadian Tsunami Aceh tersebut.

Gambar gambar kejadian

Gambaran selepas Tsunami. Masing masing advertise mencari sanak saudara yang hilang

Seluruh perkampungan ranap dan musnah di landa badai

Kubah masjid yang terpisah dari bangunannya di hempas gelombang Tsunami

Tsunami turut memusnahkan kem askar Indonesia dan pencarian senjata dan barangan ketenteraan selepas kejadian

Detik waktu sebenar kejadian Tsunami berlaku.  

Ruang lantai di muzium menuju dari satu hall pameran ke hall yang lain

Antara pameran yang dipaparkan

Model Banda Aceh sebelum kejadian

Model Banda Aceh selepas di landa Tsunami

Model Masjid Rahmatullah Lampuuk yang tinggal selepas kejadian

Kejadian sebenar di gambarkan melalui model ini

Situasi setelah berlakunya kejadian gempa

Dan di bahagian tingkat 3 terdapat ruang pameran yang memberi pendidikan dan pengetahuan mengenai kejadian Tsunami, gempa dan sebagainya yang berlaku di bumi kita ini.

Banyak model, mesin simulasi dan macam macam lagi untuk orang ramai mengetahu sedikit sebanyak dan mendapat informasi.

Aku bagitau tak muzium ni free?

Globe bumi

Simulasi ini menunjukkan gegaran dan tahap goncangan bagi setiap level pada skala richter sewaktu gempa bumi melanda

Ada berani nak masuk dalam ni? Duduk lah dan rasakan simulasi gempa bumi pada skala richter tertentu. Tahan tetek jangan sampai berhayun laju sangat !

Bahagian dalam Muzium Tsunami dari arah atas. Nampak kolam air dia warna merah? Itu simbolik betapa ramai yang telah terkorban dalam kejadian Tsunami itu seolah olah air bertukar menjadi merah dek kerana nyawa terkorban

Lawatan ke Muzium ni memang memberi kesan yang mendalam kepada kami bertiga.

Saksikan video klip ni.




wajib tengok video ni dan dengarkan soundtrack lagu ini.

Tapi trip ke Muzium Tsunami dan Banda Aceh ni sememangnya membawa seribu kenangan dan pengalaman.

Walaupun tsunami telah lama berlaku, sedikit sebanyak ianya menggetarkan perasaan kami bertiga ini. Nasihat aku, jadikan Aceh salah satu destinasi percutian anda. Selain daripada dapat tengok kesan tsunami, dapat juga membantu menjana pendapatan penduduk tempatan serta memajukan industri pelancongan di sana.

Percayalah, mereka masih memerlukan. Berilah harapan.


Tiada siapa menduga
Dalam keriangan
Hari yang telah berlalu
Belaian kasih dan sayang
Orang yang tercinta
Hilang sekelip mata

Tak dapat ku bayangkan
Isi perasaan kepiluan di hati mu itu
Namun takdir Maha Kuasa
Menduga keimanan semua
Dalam kegelapan yang melanda
Bergelora di jiwa
Moga kau ingat selalu

Derita mu tangisan ku
Menyentuh kalbu
Tak mampu ku berpaling pergi
Kau tahu sengsara mu
Telah ku saksi
Menyayat hati
Tak kan ku biarkan kau begitu
Kerna kita manusia
Saling memerlukan sesama kita

Inikah suatu tanda pada diri kita
Yang sering hidup terleka
Derita dan sengsara
Tangis dan ketawa
Sama saja tak mengenal bangsa

Teriak anak kecil yang kehilangan
Roh ibu tak keruan
Ayah memanggil manggil ke sana ke mari
Bantulah mereka
Berikan harapan

Derita mu tangisan ku
Menyentuh kalbu
Tak mampu ku berpaling pergi
Kau tahu sengsara mu
Telah ku saksi
Menyayat hati
Tak kan ku biarkan kau begitu
Kerna kita manusia
Saling memerlukan sesama kita
Aishah - Berikan Harapan

Sempat aku tanya Munawar lepas tu.

"Apa perasaan kamu selepas kamu nonton semula video tsunami?"
"Dulu Bang.. Saya ngga bisa. Macam macam perlambangan gitu buat saya ngingat, tapi sekarang udah biasa"

Tapi ada nada hiba pada suaranya.

Selepas habis dan selesai kami tawaf Muzium Tsunami Aceh, kami terus bersiap siap ke Bandara.

Memang dah tak de tempat nak tuju dah. Masing masing dah puas hati jadi kami langsung saja. On the way tu nampak la Padang yang tertulis, THANK YOU WORLD. Simbolik terima kasih rakyat Aceh kepada Dunia yang telah membantu rakyatnya sewaktu tragedi Tsunami ini berlaku.

Di dataran ini terdapat ramai orang jugak macam jadi kawasan rekriasi penduduk di sini untuk acara acara tertentu. Ada jugak jualan gerai gerai di bahu jalan.

Di sini juga ada model kapal terbang yang menjadi model kapal terbang pertama di Indonesia. Waktu Tsunami, kapal terbang tu tak musnah. Air paras bawah kapal terbang tu je, tapi banyak sampah sarap tersangkut. ( Based on gambar yang aku tengok di muzium)


Persimpangan di Banda Aceh

Wanita menjual koran di traffic light

Perkuburan beramai ramai paling besar di Aceh. Kebanyakkan yang di kuburkan di sini adalah mangsa yang tidak di tuntut atau gagal di tuntut oleh keluarga masing masing. Memang luas kawasan ni. Terletak di tepi jalan menuju ke airport. Di banda Aceh ni kalau nampak simbol ombak macam tu tandanya memang perkuburan mangsa Tsunami. Di Lampuuk pun ada juga.

Sampai di airport kami terus masuk untuk check in.

Dah web check in pun sebenarnya. Tak de beg pun nak masuk.

Kami berpisah dengan Munawar di situ. Aku bagi semua duit GBS yang ada kat dia sebagai upah. Kalau di kira, dari Pelabuhan Ulee Lheue tu dalam 90 ribu je, tapi dia dah bawak kita orang merata rata setengah hari ni. 

"Kamu bilang saja berapa?"
"Errr"

Dia pun susah nak kira.

"Ya udah. Ini aja yang ada. Ambik saja. Lebihnya saya sedekah"

Aku bagi dia dalam 200 ribu lebih. Abis duit yang kami kumpul untuk belanja di sini semuanya untuk hotel, transport makan dan sebagainya. Aku masih ada balance duit Indon saki baki dari trip dulu dulu. So guna duit tu bayar airport tax 100 ribu sorang untuk MH dan BW.

Aku bagi jugak Munawar rokok Dunhill 2 kotak. Biar dia rasa sedap sikit hisap rokok.

* mati la cubaan membunuh dalam diam.

Kami berpisah di situ.

Kau mampoo jual buah buahan dekat airport macam ni?

Suasana airport Banda Aceh

Menunggu flight AA dari KL tak sampai sampai

Lion Air

Bangunan Bandar Udara, Sultan Iskandar Muda, Banda Aceh

Fireflyz dari Penang pun dah sampai

Lion Air tadi pun dah blah

Mana flight kami???

Hmmm. Dah kata delayed kan so terpaksa la menunggu.

Puas la jugak tunggu. Abis makan kacang la, kejap kejap gi kencing la. Aku pulak kejap kejap gi isap rokok. Pastu dahaga. Nasib baik pegawai tu bagi kami keluar. Aku dengan MH pegi beli air. Nampak la beg galas yang BW nak beli tapi tak sempat beli tu. Kami belikan untuk dia. Sama je harga kat airport dengan kat Pasar Aceh tu.

Masuk dalam semula kat boarding room dengan air. Pegawai tu siap buang tudung botol takut kami bawak naik flite. Cakap dah, nak minum kat situ je.

Rengsa menunggu lama.

Tengok la muka budak budak ni.



Kesian dia orang tunggu pesawat tak sampai sampai. Nasib baik BW ada gula gula di baginya bebudak ni.

Sampai la hujan mula turun pastu baru la pesawat Air Asia dari Kuala Lumpur tiba. Buang orang, transfer luggage semua then kami semua pun masuk dalam pesawat untuk pulang ke tanahair

\
Cepat ! Kami mahu pulang...........

Oi abang Pilot, sila berhati hati ketika memandu nanti yach !

Flight mula berlepas meninggalkan Banda Aceh merentasi kawasan pergunungan

Dan akhirnya kami tiba juga selepas 1 jam penerbangan. Masa di Malaysia tambah sejam dari waktu Indo

Sebaik saja sampai, macam biasalah, lepas imigration semua, kami pun menapak keluar menuju ke kereta.

Jauh jugak la tempat parking kereta tapi kereta selamat. Harga untuk 2 hari tinggal adalah RM32.

Selesai dan kami pun pulang. MH hantar aku ke rumah adik aku dulu. 


Yang badigolnya.

Aku suruh adik aku servis kereta aku tapi aku lupa nak bagi dia kunci !!!

Sewel tak?

Tak pe lah. Servis kemudiannya.

So amacam? Menarik tak Banda Aceh?

Bagi aku menarik. Ada keunikan tersendiri. Kawasan yang masih belum di jajah oleh ramai pelancong asing dan aku syorkan, Banda Aceh sebagai destinasi bagi yang berminat. Tak jauh dan kos pun tak berapa mahal.

Budget kami. Untuk semua semua tu kami kumpul dalam RM400 seorang untuk duit hotel, transport, makan etc. Baki lagi RM200 untuk belanja masing masing. Aku tak abis pun semuanya. Simpan untuk trip ke Indon yang akan datang.

* mati lah.

So menjawab soalan kenapa aku suka pegi Indonesia???

Well. Satu sebab dia dekat dan aku tak suka travel night flight jauh jauh. Pastu kos dia murah. Kalau pegi ramai lagi murah. Biasa aku pegi sorang pun kos dia tak de la tinggi mana.

Dan yang paling utama aku rasa Indonesia ni indah ! 

Tanahnya luas. Tempat yang berbeza beza dan unik. Pantai, gunung, tasik, bandar, lembah, lurah. Semuanya ada keunikan tersendiri. Memang di Malaysia kita juga ada, tapi pergi la dan rasailah suasana yang berbeza.

Satu lagi adalah orangnya.

Memang kalau nak kata kes kes tertentu di Malaysia yang melibatkan orang Indo ni buat kita fikir bukan bukan tapi sebenarnya tidak semestinya. Dia orang friendly, baik, sangat sangat helpful. Macam aku sendiri aku selalu rasa belong to the community eventhough aku tau aku orang asing bagi mereka. Berkawan sekadar perlu, berkongsi apa yang kita tahu, bertolong tolongan selagi kita mampu, bersatu sebab kita sama sama serumpun dan sekutu.

Terima kasih Indonesia atas kesudahan penjelajahan 10 lokasi di tanah airmu. Semuanya....

"Masih sega dale ingate................"

Dan Indonesia tidak pernah mengecewakan... !

Suburlah tanahnya,
Suburlah jiwanya,
Bangsanya, Rakyatnya, semuanya,
Sadarlah hatinya,
Sadarlah budinya,
Untuk Indonesia Raya.

S'lamatlah rakyatnya,
S'lamatlah putranya,
Pulaunya, lautnya, semuanya,
Majulah Neg'rinya,
Majulah pandunya,
Untuk Indonesia Raya.

Demi Indonesia Raya............

TAMAT

17 comments:

Anonymous said...

Best baca blog kau....syabas..;)

mala_un said...

Suka!

Anonymous said...

sngt menarik!

Supermeng Malaya said...

thenfksss

Anonymous said...

salam.. nak mintak pendapat skit. indonesia aku cuma pernah ke medan, bandung, jakarta.. bagi pendapat ko, selain dr tempat tu, kat mana yg paling best kat sana utk jln2. tqvm.

Supermeng Malaya said...

indon ni byk tempat best. tempat yang masih suci.. mana mana pun ok depends on apa kau nak tengok.

apa apa pun, grab one and make it work!

CIKU said...

ciku baca trip kle acheh dari blog ni dulu..dan yes..alhamdulillah sudah sampai acheh.berjuta pengalaman di acheh dan sabang island.:)

Supermeng Malaya said...

Ciku : Cantik jugak sabang tu.. kan?

CIKU said...

sabang island tu..terkejut jap.hihi.cantik le..cantik lagi pulau redang.

m@kde said...

Assalammualaikum boleh suggest hotel di banda aceh dan no contact supir..terima kasih.

Supermeng Malaya said...

Ciku : redang tu dah too commercialized.

Makde : Wassalikumussalam

boleh. email me.

Arnee Amar said...

Salam....kalau boleh bagi contact num supir tu

Supermeng Malaya said...

AA : email !

Atiqah Abdul Aziz said...

Assalamualaikum,

blh bg sy no cntct supir di aceh?terima kasih.

Atiqah

adie_qa@yahoo.com

Supermeng Malaya said...

diarisuperman@gmail.com

sabamn72 said...

salam, seronok baca,
boleh emailkan saya ctc no supir tu? sabamn72@gmail.com

Supermeng Malaya said...

Sabanm : sorry. rasanya no Munawar dah tak active.

dah ada org cuba contact hari tu tapi dah tak dpt.

sorry

cuba try check blog DJ

http://wanderlustdj.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...