Monday, April 2, 2012

Misi Mencari Maria Ozawa 2012 - Day 1 - Osaka - Part 2

Lega akhirnya aku jumpa jugak Makcik Mayumi ni.

Tau apa jadi??

Kat Kansai airport ni ada 2 arrival halls. Dia pegi tunggu kat arrival hall lain. Dia pun buntu aku lama tak buat kemunculan. Ingat kan tak jadi datang.

Dan yang baiknya Makcik Mayumi ni, dia siap bawak jacket, snow cap, muffler dan macam macam lagi untuk aku. Siap dengan pelekat nak lekat kat badan kasik panas badan takut lah aku ni tak tahan sejuk. Motip la padahal aku kenal dia masa di US dulu pun sama sama bergelumang dalam sejuk jugak

"So where are we heading?"

Aku tanya dia.

"Come. let me show you"

Aku follow je dia dari arrival hall tu dan kami ke departure hall.

"You should look for the screen and find your airline.......... bla bla bla"

Dia bagitau. Aku musykil dari tadi tapi aku ikut je la dia. Rupa rupanya dia nak tunjuk aku departure hall nanti aku nak balik senang. Pastu siap bagitau suruh check dulu kaunter kat mana untuk check in.

Motip?

Aku baru sampai !

Motip ke dua?

Macam la aku tak pernah naik flight? Tiap tiap bulan aku naik flite. Dah macam naik bas dah aku rasa. Tapi tak pe aku tau dia risau kan aku dan dia sangat concern pasal aku. Makcik makcik la katakan. Aku redha je lah.

Lepas tu kami duduk minum kopi dulu.

"Did you manage to get the JR pass?"
"Yes. Yeah. I need to change the voucher"

Lepas abis minum dari airport tu kami cross bridge dan terus ke train station. Di situ ada JR office di mana aku perlu tukar voucher JR pass aku kepada tiket. Beratur jugak lah.

Process dia biasa je. Bagi passport dan lain lain nanti dia printkan nama kita pada passbok dan everytime nak travel tunjuk passbook tu je. Dalam tu ada tulis la JR pass kita expired bila. Macam aku, aku ambik 7 hari punya dan aku cuma 6 hari di sini so aku rugi sehari. Tak pe lah. Aku try la cover mana yang patut nanti.


Train di Jepun ni memang mahal. Kalau kita pelancong ni convert pun rasa mahal dia orang sendiri lagi lah. Tapi dari airport ni ada few choices. Boleh naik express train dari airport ke Osaka station atau naik train biasa. Banyak beza harga tu. Perbezaan dia pulak, Sinkansen tu direct train cuma stop kat few stations je dan train biasa tu biasa lah stop kat every station ! Dengar JR pass, dua dua jenis train tu valid !

Since aku ada JR pass aku boleh je nak naik train express tapi Makcik Mayumi tak de pass tu dan mungkin mahal kot jadi kami naik train biasa je. Tak kisah lah tu. Apa apa pun, train station dia macam airport !



Dan dalam train baru la aku rasa macam sedikit pelik.

Pelik sebab semua orang Jepun ! Tapi kena biasakan diri lah. Aku ada beberapa hari lagi ni dan aku bakal berinteraksi dengan orang orang macam ni. Dari airport ke Osaka Station tu jauh jugak lah. Dekat sejam naik train. Sampai sampai di Osaka Station tu lagi aku bingung. 

Besar gila station dia dan ramai gila orang. Pastu semua orang jalan laju.

Chut chut chut......... ilang. 

Chut chut chut........... bertempiaran semuanya. Masing masing dengan arah dan tujuan masing masing.

Aku follow je Makcik Mayumi sambil sambil tu dok perhatikan sekeliling jugak sebab aku tahu nanti aku kena familiarkan diri dengan tempat ni. Osaka Station ni bakal jadi tempat penting bagi aku.

Dari Osaka Station kami berjalan menuju ke hostel tempat penginapan aku.

Cerita pasal hostel. Aku book last minutes. Mula aku plan nak stay hotel je. Tapi bila tengok last minit nak booking mahal gila. Belum duduk Ryokans lagi. Ryokans ni kira hotel tapi ala ala Jepun. Tidur atas tilam, pastu ada meja makan secara duduk benda benda tradisional macam tu lah. Ada je orang datang Japan ni dan nak rasa experience macam tu tapi Ryokans ni memang mahal lah !

So hotel pun agak mahal. End up aku book hostel. Hostel yang aku nak pulak tu mostly penuh. Yang ni aku nak sangat sebab dekat dengan Osaka Station maka aku check online. Malang pulak dah penuh. Tapi aku email contact kat website dia tu dia kata aku boleh stay tapi aku kena switch room sekali sepanjang berada di Osaka ni.

Tu pasal hostel.

Oh. Harga hostel ni satu malam dalam seratus lebih. Tu aku jumpa yang paling murah lah. Ada la murah lagi tapi jauh pulak. Sebab aku nak jelajah dari bandar ke bandar maka aku rasa amat penting aku dapat hostel dekat dengan Osaka Station ni senang aku nak turun naik Shinkansen.

Dari Osaka Station ke hostel aku menapak dalam 10 minit. 

Tapi cuaca memang sejuk gila. Keluar keluar air hidung. Tak tahan. Dah lama tak rasa sejuk macam tu sekali. Nak bercakap pun rasa mulut dah melekat.

Last sekali sampai jugak la kami di hostel tu berpandukan direction pada map yang aku dah print out. 

Sampai hostel, check in, letak barang dan aku keluar semula. Makcik Mayumi tunggu kat bawah je. Bilik tu ada 6 katil dan aku orang yang ke 6 masuk !

Keluar dari hostel kami menapak semula ke Osaka Station. Sebenarnya ada station train lain lebih dekat dengan hostel aku tu, tapi leceh nak kena turun naik train pulak nanti. Menapak je la sambil menikmati suasana malam di bandaraya Osaka.

Sejuk ya ampun.

Sampai di Osaka Station aku follow Makcik Mayumi. Dia kata, dia nak bawak aku gi makan. 

Destinasi kami adalah ke Namba.

Aku follow je lah. Tengok train routes aku koma sekejap.


Naik buntang mata aku telek. Ada train, ada subway, ada monorail dan ntah hapa hapa lagi lah. Kira lah berapa line yang ada tu? Dengan JR pass tu mostly aku boleh naik train ni free kecuali subway dan monorail. 

Tapi ngeri jugak la aku tengok train dia tu. Mampu ke aku nak ke hulu ke hilir dengan gaya route macam ni?

Tapi buat malam ni aku follow Makcik Mayumi je lah.

Kami naik subway dari Osaka Station ke Station Namba dengan menaiki Midosuji Subway Line. JR pass tak valid maka kena bayar lain. Harga subway tu adalah dalam RM200 Yen (RM8) sehala !!!

Just 2 stations je tu. Tapi makcik Mayumi bayar lah.

Keluar dari station Namba kamu bergerak ke kawasan apa ntah tapi macam banyak kedai dan lampu lampu. Asyik aku sekejap walaupun cuaca sejuk gila babi.

Namba ni sebenarnya merupakan kawasan hiburan dan banyak kedai kedai makan di sini. Kira entertainment area lah. Macam macam ada sini. Shopping pun boleh. Kalau naik ke atas sikit belah Shinshibashi tu banyak boutique boutique mewah kat area tu.

Kalau malam memang happening gila tempat ni. Memang orang ramai gila. Aku pun tak tau lah mana dia orang ni nak pegi malam malam macam ni. Sejuk pulak tu. Tapi time tu baru pukul 7 lebih rasanya awal lagi. Cuma cuaca je dah gelap.



Kami melayan suasana malam di Namba. Aku berjalan macam tak betul.

Kaki dah mula sakit sakit sebab tapak kasut aku tu tak even. Ingat nak beli kasut baru. Usha usha bapak mahal. Kalau aku convert boleh jatuh RM400 sepasang kasut !

Gila ke apa? Baik tak payah. Aku pakai je kasut bongok ni sampai dah tak boleh pakai nanti.

Layan dulu kawasan sekitar.






Aku ni masih Badol so aku berjalan ikut je la Makcik Mayumi ni. Masalahnya dia ni jenis tak cakap nak bawak aku gi mana mana. Aku nak tanya banyak kali kang tak sedap la pulak. So aku follow je.

Aku tak tau dia nak bawak aku makan ke, atau berjalan jalan ke apa. Lama jugak la kami menapak sampai aku rasa macam stress dah. Aku ni bukan boleh kalau berjalan follow orang aku rasa tak best. Biar aku set pace aku sendiri hah baru OK macam tu.

Last sekali kami sampai di sebuah kedai ni.

"Are you hungry?"
"Hmmmm"

Aku pun tak tau aku lapar ke tak. Macam lapar jugak lah. Kalau tak makan pun tak pe. Tapi berkat kata...

'Eat like locals !'

Kalau aku nak gi makan sorang sorang kedai Jepun macam ni memang aku tak masuk la. Since Makcik Mayumi ni ada maka aku rasa OK lah. Aku try.


Kedai ni aku lupa nama apa tapi masuk masuk je dalam tu macam warung je sebenarnya. Meja tak banyak. Kedai pun tak besar tapi orang penuh !

Siap ada yang menunggu. Sedap sangat la tu kot. 

"This is one of the famous restaurant in Osaka"

Aku mengiyakan je lah. Kalau tak de nasik dengan ayam masak merah belum famous bagi aku !

Tengok menu ni?

Haram aku tak faham.


"You dont drink right?"
"No"
"And you dont eat pork........"
"I dont eat meat as well"
"Chicken?"
"No chicken"

Dia masih ingat aku tak makan babi. Tapi tu je kot yang dia tau. Dia tak tau aku tak boleh nak makan ayam sembarangan juga. Jadi aku cakap kat dia aku tak nak ayam. Aku makan seafood saja tapi tak makan ikan !

* pengsan

Ni setting meja.




Meja dia koro je. Tapi dia ada macam private compartment. Cuma nampak kaki kat bawah. Macam kedai zaman dulu kala je. Kat kampung aku dulu masa aku kecik ada kedai macam ni. Jual mee goreng je. Mungkin bagi keselesaan untuk pasangan bercinta.

Meja aku duduk tu open sikit. Atas meja ada dulang masang memasak. Aku assume dia orang akan masak di atas ni lah nanti. 

Tapi aku tak tau makcik Mayumi ni nak order apa. Air aku cakap aku nak fresh orange. Datang air botol orange tu. OK lah. Sedap okeh air Kirin tu. Tapi Kirin tu sebenarnya jenama arak.

Tak lama lepa stu makanan pun tiba. 

Ya. Ada mee goreng ke apa macam ni. Ada sayur sayur dan udang. Yey ! Aku rasa aku boleh makan.



"You want rice?"

Dia tanya aku. Aku angguk je lah. Dan datang la nasik semangkuk dengan sayur sikit. Ada kicap kicap. Lepas dah nak abis mee tu datang pulak makanan lain. Waitress tu siap bancuh depan kita orang. Telur, sayur dengan udang jugak pastu dia goreng macam lempeng atas kuali tu.

Aku makan nasik, Makcik Mayumi makan mee tu. Pastu aku mee dia abis, dia order pulak macam udang berteluar yang tengah di goreng tu. Tapi kali ni daging. Merah mekar je aku nampak daging tu. Ada pink pink skit.

Pastu waitress tu goreng je sebelah lempeng udang tadi tu. Aku dah makan la sikit udang tu. Tup tup tergerak aku nak tanya dia.

"What is that"
"Pork !"

Butoh !

Terdiam terus aku. Cis. Kalau macan ni gayanya cemana aku nak makan. Minyak dia gorang lempeng babi tu dan mengalir ke lempeng udang. Pastu siap dia swap swap kedudukan lempeng tu ke sini ke sana terus aku koma di situ.

Sudahnya aku makan nasik tu semata mata je.

"Why didnt you eat this. This is good"
"It is OK. I am full"

Bagi menunjukkan aku betul betul kenyang aku dah belasah nasik tu bersungguh sungguh tadi. Hah. Hapa hapa je. Nasib la aku tak terjamah ke apa ke. Kalau tak merasa la dah makan babi aku ni. Macam sedap je aku tengok dia makan tapi aku tak de teringin pun. Geli lagi ada lah. 

Dia tahu aku tak makan pork ni tapi susah nak justify benda to details level ni tak boleh ni tak boleh kang dia kata aku cerewet tak tentu pasal. So bagi mengelakkan dia tak fikir bukan bukan baik je aku tak makan terus.

Lama jugak kami kat restoran tu. Makan sampai kenyang. Aku tak tau berapa harga makan tu tapi rasa cikai cikai gitu pun mahal jugak la kot. Dia bayar.

Then kami keluar dan terus berjalan ke Namba Station semula. Aku suruh dia ajar aku cemana nak beli tiket subway tu in case nanti aku nak naik ke. 

Kami naik subway sampai Osaka Station.


Sampai kat Osaka Station kami berkeliaran di kawasan sekitar. 

Ada banyak pencakar langit di situ. Lawa jugak la area tu dan ramai orang. Nampak la gadis gadis ni menyanyi. Ni kira ala ala Yuna lah promosikan album sendiri. Ramai jugak yang menengok termasuk la aku.


Dan dekat Osaka Station tu aku nak terkencing. So aku masuk toilet.

Terkesima okeh tengok toilet bowl dia orang. Electronic sangat. Buatnya cas letrik terlebih mengalir kat air kita tengah berak. How?? Terus mati kejung tengah berak. Badan keras taik pun keras.

Tapi yang kelakar nya, punat punat tu siap ada button lagu !

Kau mampu bernyanyi girang dalam jamban begitu?

Curiousity kills cat kan. Aku tak terkeculi. Semua punat aku tekan. Nak try test. Paip memang tak de tapi ada air puncut lah dari bawah tu. Tu kira biasa.

Aku tekan button lagu tu. Ingat keluar lagu apa.

Ropa ropanya............ keluar bunyi flush !!

Ni mesti nak menipu orang sebelah kan?? Tapi ada la lagu lagu lain jugak termasuk lagu twinkle twinkle little star??

Artis mana la berak nak di ulit lullaby sebegitu. Gelak sorang je aku dalam jamban tu sampai makcik Mayumi tertanya tanya kenapa aku kencing lama sangat. Dia tak tau aku ni belek abis semua punat dalam tu.

Kami berpisah di Osaka Station. Kali ni aku balik ke hostel sendiri jalan kaki. Makcik Mayumi datang dengan anak dia dan anak dia stay kat hotel berdekatan dengan Osaka Station tu jugak. Kami berjanji nak jumpa kat depan post office Osaka sebelah Osaka Station tu jam 7 pagi !

Aku balik hostel lepak kejap. Dah kira lewat jugak la masa tu jadi semua penghuni bilik aku dah nak tidur. Sempat la berborak borak sikit. Ada yang dari scotland, Australia dan mana mana ntah. Lepas bersih bersihkan diri aku pun nak tidur lah. Esok nak bangun awal.

Sebaik saja aku berbaring dan nak lelapkan mata, tiba tiba...........

"Ya Allah............... Ya Allah !"

bersambung..............................

3 comments :

  1. salam supermeng..dah sampai osaka ye..sy baru smpai blog ni..huhuh

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...