Monday, October 3, 2011

Trip Tergempar : Karamen Island Part 1

Harbang munchol !!!!!!!!!

Maafin Inul. Abang pegi hari tu tanpa perkhabaran jelas. Al maklum la menghilang dek kerana trip yang last minutes.

Memang tak di rancang mana pun. OR memang nak pegi Cameron Highland tapi hari Jumaat hari tu, dok fikir nak pegi ke tidak sebab dia nak hantar kereta dia pegi servis esoknya.

Hari sabtu pagi tu baru decide. Dan kami terus gerak.

Yang kelakarnya, kita orang pergi sehelai sepinggang !

Memang tak bawak sebarang persalinan mahupun apa apa bekalan. Charger semua tak de apatah lagi berus gigi. So pegi lenggang kangkung Mak Limah je lah.

Keluar dari rumah pukul 11 pagi. Dok melilau itu ini then baru bergerak.

Masuk highway PLUS pun pukul 12.30 tengahari sabtu hari tu terus menuju puncak !

Eh. Silap. Menuju ke utara. Plan nya aku nak ikut Simpang Pulai sebab aku tak pernah ikut belah sana lagi. Orang kata kalau ikut sana jalan tak de bengkang bengkok kan?

Tapi !

Lepas exit Tapah tu aku rasa macam jauh gila nak sampai Simpang Pulai punya exit tu. Jenuh. Dah kiranya nak sampai Ipoh dah pun. Pastu dari exit tu nak sampai ke Tanah Rata ada lah dekat 50KM lagi.

Memang ikut Tapah jalan bengkang bengkok sikit, tapi aku rasa in term of travelling time. Lebih kurang je lah sama nya.

So how?

Akhirnya pukul 4 petang jugak kami tiba di Karamen Island !

* pengsan. 







Cubaan mencapap gambar seawal mungkin di kawasan sekitar ladang teh Cameron !

Kami menyinggah je lah. Sempat masuk kedai cenderamata, usha apa yang patut. Tak de apa yang menarik.

Then kami bergerak lagi. Kena pantas sebab aku nak ajak OR pegi Ladang Teh Boh Sungai Palas. Memang kalau di ikutkan, tempat ni tutup pukul 4.30 petang. So kami tawakal je lah.

Dulu masa dengan GBS aku pernah la menyerang tempat ni, tapi dah lewat. Tu yang kita orang buat kerja gila naik Gunung Brinchang dengan kereta tu. Dengan cuaca berkabus dengan dah petang. Memang lah tu keje paling gila.

So apakah abang berkesempatan untuk melawat Ladang Teh Boh Sungai Palas?











Harus lah sampai uols !!!

Alhamdulillah. Sampai juga akhirnya. 

Tapi tu lah, nak masuk ke dalam ni, jalan dia faham faham je lah. Dah lah kecik. Pastu dah petang, banyak kereta yang dah mula keluar. Mula la terpaksa berhenti bagi laluan. Asyik asyik kena bunyikan hon je lah.

Tapi permandangan memang superb !

Selalu kalau ke Cameron ni aku asyik dok berhenti lepak di ladang Chameron Bharat tu je, kali ni nak try ladang Boh pulak.

Menarik la tempat dia. Cuaca pulak dingin salju menusuk ke muka abang yang berwajah gebu ni.

Gebu kah?

Tapi... bila dah masuk ke dalam tu, jumpa tempat parking lepas pada rumah rumah pekerja tu, kena menapak lagi naik bukit okeh nak sampai ke atas tu. Ada lah dalam 200 meter !

Semput abang. Nasib baik tak tercirit.

Tapi, memang la semangat bermaharajalela especially bila tengok tempat cantik macam ni pastu rasa nak ambik gambar je tak berhabisan.

Kami lepak kat atas tu minum teh Boh sambil makan kuih muih di gerai dia. Lepak lepak bersama orang ramai. Nasib baik la sempat. Masa kami duduk tu tempat ni dah nak di tutup dah. Kat atas tu ada kilang membuat teh Boh, ada juga muzium, kedai cenderamata dan lain lain lagi.

Pendek kata, alhamdulillah. Abang gumbira sebab hasrat nak melepak di sini tercapai akhirnya.

Dah puas melepak, akhirnya kami bergerak pula. Cuaca dah mula mendung. Kalau ikutkan OR dia nak balik terus je ke KL. Cadang nak jalan jalan je rasa cuaca dingin di Cameron ni. 

Jadi kami keluar dari Sungai Palas pastu terus ke Tanah Rata. Hari sabtu ada pasar malam kan? 

So singgah pasar malam tu kejap.





Tak de la apa benda nak di cari pun. 

Jalan jalan je. Feeling feeling makan strawberry. Pastu jalan jalan makan jagung dan lepak usha usha apa yang patut.

Tup tup hujan turun dengan lebat. Sampai dekat maghrib dah.

"Cemana Yang? Nak balik ke tak ni?"
"Ntah lah. Kalau boleh nak balik"

OR cakap.

"Kita stay je lah sini"
"Hotel tak de?"
"Kena cari lah"

So kami beli baju T shirt sehelai sorang kat pasar malam tu.

Then mula la misi nak mencari hotel.

Mula mula cari hotel kat kawasan Tanah Rata tu. 4 hotels kami carik semua penuh. Hujan makin lebat. Abis basah dah aku ni lari keluar masuk bertanya.

Alamak. Macamana ni? Takkan nak tidur dalam kereta pulak?

Tiba tiba..

Jeng Jong Jeng.................

Bersambung..........

4 comments :

  1. sy pernah membesar di ladang teh ini..kuarters berbumbung biru..sebelah surau..masa tu majoriti pekerja adala melayu..skarang ni bangla yg ramai..rasa mcm dok di bangladesh je bila p sana ..sedey

    ptg..or pagi2, selalu menapak naik ke kilang.laluan yg sama.sempit.kilang boh time tu cikai je..skrang dh beso..memori..oh..memori..

    ReplyDelete
  2. wah ya kah? nasib x kenal dulu kalau x buleh singgah minum air fresh orange.

    ReplyDelete
  3. skrg kalo nak p bwk GBS boleh sy rekemen homestay cousin.homestay tu ada 2 bilik.harga boleh kautim.luar musim cuti boleh dapat bwh RM150.location di betol2 tgh pekan brincang..kalau nak ke cactus valley&ladang strawberi jalan kaki pun boleh..kalau larat panjat bukit la..

    ReplyDelete
  4. wah menarik tu..

    nanti boleh riki kan...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...