Hahaha
Jahat tak aku?
Hola adik adik sekalian. Sebelum aku start, mari kita nyanyi.
Sumi jelly manis sumi jelly manis rasa segar agar-agar buah…
One more time!
Sumi jelly manis sumi jelly manis rasa segar agar-agar buah….
Hahaha…
Motip korang nyanyi…aku ingat aku je yang sewel…
Ok. Berbalik pada kisah Bali yang macam takde kesudahan tu.
Pagi tu aku bangun agak lewat jugak la. Dalam pukul 7 camtu. Pukul 7 pagi kat sana matahari dah tinggi.
Lepas bersiap-siap, aku dengan Meng pun turun untuk join kakak aku dengan kawan dia breakfast. Dia orang dah lama turun. Actually bilik tu secara sahnya boleh memuatkan 4 orang, so breakfast pun disediakan untuk 4 orang/bilik.
BW waktu tu tengah mengenakan bulu mata pelesu 4 tingkat. MH tengah berurusan dalam toilet.
Lagipun BW dengan MH kan menginap secara illegal. Hahahaha
Kalau turun ramai-ramai nanti takut kantoi. Dengan mulia hati BW dengan MH kasi aku dgn Meng peluang untuk breakfast.
Kamsa hamnida uols..
Dundung pun sampai tepat pada masanya. So sesudah abis breakfast (kecuali BW dan MH), masing-masing terus memenuhkan perut Suzuki APV Dundung dan kami terus bertolak.
Destinasi berikutnya, kami ke UBUD. Aku rasa Ubud ni kawasan yang lebih laidback. Tidak seperti Kuta yang agak membangun ditelan arus kemodenan. Unsur-unsur kebalian (ada tak istilah nih? Lantak) sangat-sangat tebal. Di kiri kanan kelihatan sawah padi (terraced paddy field) yang begitu indah. Sesekali terserempak dengan upacara keagamaan Hindu di tepi-tepi jalan.
Oh indahnya.
Lebih kurang jam 10 pagi, kami tiba di pusat penghasilan kain batik yang nama tempatnya aku dah lupah.
Takpe, nama tak penting. Yang penting, kami telah bergambar sakan di sana. Ratu fotonya, tak lain dan tak bukan, BW laaa..sape lagi. Sekejap dia jadi mbak BW sedang mencanting batik lukis, sekejap dia menjadi neng BW sedang menenun batik tenun dan kemudian jadi bibik BW pula memintal benang. Ya, begitulah tuan-tuan dan puan-puan, betapa serba bolehnya mbak BW kita.
Larikkkk…
Kalau korang nak tau, batik tenun tu mengambil masa berbulan-bulan untuk disiapkan. Kalau agak-agak masa start menenun tu kau tengah pregnant, dah abis pantang bersalin pun belum tentu kain batik kau dah siap. So, puan-puan ya, sila appreciate hasil seni yang kadang-kadang kita tak tau betapa payahnya si pembuat untuk menghasilkannya.
*piak piak..lempang diri sendiri. Sila jangan lari tajuk.
Haha
Di sini, kami diberi penerangan tentang cara-cara mencanting batik lukis dan menenun batik tenun as well as cara-cara memintal benang
Perjalanan diteruskan dan destinasi kali ini ialah Semadi Art Gallery. Semadi Art Gallery ni ialah tempat di mana barangan perhiasan emas dan perak dihasilkan. Seperti di pusat batik sebelumnya, kami berpeluang melihat sendiri bagaimana perhiasan emas dan perak dihasilkan seperti cincin, rantai, gelang dan sebagainya.
Tiba-tiba….
Tiba-tiba….
Aaaaaaa aaaaaa aaaaaa!!!
BW lari tak cukup tanah masuk ke dalam dikejar seekor anjing.
Hahaha
Aku rasa anjing tu just nak bermanja je. Ada kemungkinan disebabkan BW memakai topi Erra Fazira, anjing tu jadi terpesona. Mana tau kan.
Rupa-rupanya anjing tu memang anjing peliharaan tempat tu. Mbak yang sedang membuat sebentuk cincin memanggil anjing tu dengan panggilan Leggy dan membuat isyarat jangan mengganggu orang. Eh, ke namanya Legging. Mmm Yogi tak mungkin. Leggy kot kalau tak silap. Tak garang pun. BW tu je yang fobia dengan anjing.
Sekali lagi BW telah menjadi watak utama. Tepuk tangan….
Haha
Rupa-rupanya nak buat cincin sebentuk bukan senang tau tak. Naik juling biji mata budak tu aku tengok nak susun bola-bola halus mengikut bentuk yang diinginkan. Terdetik jugak kat hati aku, berapa la agaknya karyawan-karyawan tu dapat at the end of the month. Yang pastinya aku rasa tak setimpal dengan hasil kerja dan komitmen yang diberikan.
*menadah tangan tanda kesyukuran kepada Ilahi atas rezeki yang diberikan selama ini..
Kat sini, kita boleh beli barangan emas dan perak. Siap boleh tawar menawar sehingga 70%. Ye adik-adik, kalau nak beli kat sini, sila mintak kurang sehingga 70% kalau boleh. Kalau tak bagi, buat muka kekwat dan blah. Nescaya anda akan dipanggil semula dengan tawaran harga yang lebih hebat daripada sebelumnya. Gitu.
Sempat jugak aku dengan Meng sambar sebentuk cincin silperrrrr *matilaa mbak pasar sukawati
Sesudah abis membeli-belah barangan emas permata laksana orang kaya banyak duit ,padahal beli cincin silver sajork siap mintak kurang 70%, kami pun meneruskan perjalanan.
Destinasi yang dituju ialah I Wayan Art Gallery (eh ye ke namanya macam tu?). Juga di Ubud. Di sini, kami diberi penerangan tentang bagaimana sesebuah lukisan dihasilkan. Terdapat juga seorang pelukis yang sedang menunjukkan bakat melukis dengan melukis gambar kucing. Menurut orang yang memberikan penerangan tu, lukisan-lukisan yang dipamerkan di situ terbahagi kepada 3 jenis iaitu Master, Teacher dan Student. And sudah tentu harga bagi setiap lukisan berbeza mengikut jenis lukisan.
Kalau bajet anda semewah Paris Hilton ataupun Rafidah Aziz, boleh la sambar lukisan master bergulung-gulung. Kalau agak-agak bajet agak terbatas, ambik je la lukisan student. Macam aku ni yang bajet di atas batas sawah dan agak kurang memuaskan, ambik gambar pun dah dikira nikmat.
Kalau bajet anda semewah Paris Hilton ataupun Rafidah Aziz, boleh la sambar lukisan master bergulung-gulung. Kalau agak-agak bajet agak terbatas, ambik je la lukisan student. Macam aku ni yang bajet di atas batas sawah dan agak kurang memuaskan, ambik gambar pun dah dikira nikmat.
Kat sini, kebanyakan gambar perempuannya dilukis topless. Kopek terjojol di sana sini. Tapi yang peliknya takde pulak aku nampak kat tepi-tepi jalan wanita-wanita Bali berjalan topless sambil menjunjung bakul. Grrrrrrrr….
Mungkin gambar-gambar tu gambaran zaman dulu gamaknya.
Lukisan-lukisan di sini tersangatlah menarik terutamanya lukisan abstrak dan permandangan. Tapi kami tak membeli apa-apa di sini. Kami hanya menghabiskan masa bergambar dengan lukisan-lukisan yang ada sambil memberikan pose-pose seperti di dalam lukisan. Nasib baik BW tak buat aksi topless. Opss
Perjalanan diteruskan. Belum puas aku menikmati pemandangan menarik di sepanjang perjalanan, kami berhenti pula di Karya Mas Gallery.
Karya Mas Gallery merupakan tempat di mana barangan-barangan ukiran kayu dihasilkan. Dan seperti biasa kami ditunjukkan dengan proses mengukir kayu terlebih dahulu.
Masuk-masuk sahaja galeri, tudiahh patung Buddha sebesar Bob Kuman tersergam menyambut kami.
*pengsan
Di sini, memandangkan barangan-barangan kayu adalah besar dan bulky, kami mengambil keputusan untuk tidak membeli apa-apa.
Hahaha..padahal barang kat sini mahal.
Apa yang menarik di sini, terserlah sifat sayangkan binatang yang ada pada BW dan MH.
Kau mampu bercium dengan Komodo Dragon, tasuke?
Kau sanggup cemolot dengan cimpanzi, BA?
Tapi, MH dan BW dengan tanpa segan silu mempamerkan aksi-aksi romantik dengan binatang.
*koma
Banyak lagi ukiran kayu berbentuk binatang kat sana.
Tapi kan, adalah diingatkan bagi mereka yang mempunyai anak-anak kecil dan bercadang untuk ke tempat ini, sila pastikan anak-anak anda mempunyai tahap pemikiran terbuka ok. Sebab kat sini penuh dengan patung-patung bogel tak kira jantan atau betina. Berbagai-bagai aksi.
Sape-sape yang nak cuci mata, sila la datang ke sini. Nesacaya mata anda akan bersinar-sinar. Haha
Setelah puas membuat aksi-aksi akrobatik binatang, separa binatang dan manusia, kami meneruskan perjalanan.
Dan kali ini, kami dibawa ke Goa Gajah. Goa Gajah terletak di Bedulu berhampiran Ubud. Ketika tiba, hujan turun dengan agak lebat.
Disebabkan di dalam kereta kami hanya ada satu payung sahaja, kami menyewa 2 lagi payung besar daripada seorang lelaki yang menawarkan perkhidmatan sewa payung dengan bayaran Rp 5000 satu (kalau tak silap laa).
Dari tempat kami memarkir (ada kao) kereta, kami berjalan menuruni tangga mengikut tanda arah menghala ke Goa Gajah. Terdapat deretan kedai menjual pelbagai benda termasuk kain batik, t-shirt, baju kelawar, pernak penir, fridge magnet dan segala cenderamata yang kau nak la senang cerita. Tapi jangan pulak kau tanya mbak tu mana nak beli iphone. Dia pelupuh kau dengan rantai dia je nanti.
Daripada tangga kami dapat melihat berpusu-pusu orang di sekitar Goa Gajah itu.
Walaupun hujan, kamera tetap dipetik bertalu-talu. Model-model sedia beraksi hatta dalam keadaan basah kuyup sekalipun. Sedang kami asyik bergambar sakan, seorang pakcik dengan spek mata alternatifnya menawarkan dirinya untuk menjadi photographer. Aku rasa pakcik tu salah seorang penjaga kawasan Goa Gajah.
Apa lagi, bergayutan la kamera setiap orang di tangan pakcik tu mengambil gambar kami di mulut gua.
‘KAMERAAA..three..two…one…….’
‘KAMERAAA….one..two…three……’
Pakcik tu speaking ok. Siap boleh main-main focus lens kamera DSLR Meng.
*kami ternganga..
Mungkin pakcik tu dah biasa dengan tourist.
Kemudian, pakcik tu secara tak langsung jadi tour guide kami dengan tak semena-mena. Dia yang membawa kami masuk ke dalam gua dan memberi penerangan tentang sejarah dan asal usul gua. Aku tak berapa dengar sangat sebab asyik mengambil gambor.
Kemudian, pakcik tu mencadangkan kami membuat satu pusingan bagi melihat keseluruhan kawasan Goa Gajah dan secara automatiknya dia menjadi tour guide kami.
Di satu kawasan di mana terdapat bongkahan batu daripada patung Buddha yang pecah ketika gempa bumi suatu ketika dulu, pakcik itu mengarahkan kami beratur di kawasan bertangga dan dia mengambil gambar dari atas. Gambar di situ cantik katanya.
Siap ada arahan-arahan ok. ‘Turun bawah sikit’ sambil melaras lensa kamera.
Saifulnang pun kalau tengok pasti menangis lantas terus menoreh getah sebagai kerja hakiki. Tak boleh cari makan.
Hahaha
Tidak jauh dari situ, terdapat sebuah kuil yang dijaga oleh seorang nenek.
Kami tak melepaskan peluang untuk bergambar dengan nenek tu. Tak lekang senyuman di wajah nenek tu disimbahi cahaya flash kamera.
Dan seperti biasa, BW telah menjadi wartawan tak bergaji dengan menemuramah mbak tu.
Ditanya sehingga jam berapa mbak jaga kuil tu, mbak menjawab sehingga jam 5 atau 6.
Kemudian, BW bertanya, ‘mbak nggak sunyi jaga kuil ni sorang-sorang?’
Pertanyaan BW tak dijawab. Tak mahu jawab ataupun mbak tu tak paham soalan BW tu aku pun tak sure la.
Tapi hati aku rasa sayu tiba-tiba.
Dengan umur mbak tu yang aku agak-agak mencecah 70an. Dengan raut wajah tak ubah seperti makcik-makcik di kampung aku. Tapi bezanya, dia terdampar (matilaa perkataan tak ingat) di situ menjaga kuil. Mau saja aku berdakwah di situ jugak mengajak makcik tu ke jalan yang benar.
Tapi nanti tak pasal-pasal aku dipelupuh di situ jugak dan dikurung di dalam Goa Gajah.
Haa..kalau korang nak tau, pakcik tu suka kat BW. Dia kasi BW bunga raya buat letak kat telinga. Terus BW pose-pose wanita Bali bergambar di tengah sawah. Hahaha
Ni satu lagi yang aku rasa uniknya Bali. Lelaki-lelaki di sana ada satu pe’el suka letak bunga di telinga. Mungkin ada kepercayaan atau mungkin tradisi nenek moyang mereka. Atau mungkin juga bunga-bunga di telinga melambangkan kejantanan dengan cara mereka tersendiri. Entah.
Selesai satu pusingan, pakcik itu mengucapkan bye bye dan mengenakan bayaran Rp3000 seorang. So total untuk 6 orang – Rp18000.
Anggap je itu sebagai tips kepada pakcik tu.
Setelah memulangkan payung, kami bergerak meninggalkan Goa Gajah. Jalan punya jalan, tak ingat perut masih belum diisi.
Lantas Dundung membawa kami meluncur laju menghala ke Kintamani untuk menikmati makan tengahari. Perjalanan dari Goa Gajah ke Kintamani agak jauh kerana Kintamani terletak di kawasan pergunungan.
Aku tak sedar apa sebab aku membuta sepanjang perjalanan. Untuk naik ke kawasan pergunungan itu, kami dikenakan sedikit bayaran (aku tak ingat berapa jumlahnya) tapi yang pasti tidak berapa mahal.
Semakin tinggi kami naik, aku perhatikan semakin kuat angin di luar dan semakin tebal pakaian orang-orang di sepanjang perjalanan.
‘Damn, ni kawasan sejuk ke? Kita mana bawak baju sejuk’
Masing-masing hanya mengenakan baju t-shirt nipis. Dan kami tak buat persediaan sebab kami memang tidak tau. Hiks
Sesampainya ke Batur Sari Restaurant, kami terus memilih meja untuk kami melantak. Guess what. Kami memilih untuk makan di luar kerana pemandangan di luar lebih menarik.
Walaupun sejuknya ya amat, tapi demi pemandangan yang indah, tahannnnn je…
View dari tempat kami makan, pehhhhhh. Menakjubkan.
Kelihatan gunung berapi Mount Batur tersergam megah di kejauhan dan di kakinya kelihatan Tasik Batur. Di antara tempat kami makan dengan pergunungan Mount Batur, terbentang lembah yang luas dan kelihatan masih terdapat kesan-kesan berwarna kehitaman di kaki pergunungan. Mungkin kesan akibat aliran lava suatu ketika dahulu.
Subhanallah, indahnya bumi ciptaan Tuhan.
Oh, lupa nak cerita pasal makanan. Di restoran ini, konsepnya adalah buffet style. Makan la sampai muntah. Tiada siapa nak larang. Jangan membazir sudah. Harganya aku tak berapa ingat. Sekitar RM20 – RM30 kot. Tapi memang reasonable. Berbaloi-baloi. Makan sambil menikmati pemandangan indah, dengan angin kuat dan suhu sejuk yang menggigit.. Korang bayangkan……
Hahaha
Tapi seriously, one of my favourite places.
Oke, enough pasal makan. Kita ke destinasi berikutnya iaitu tempat di mana kopi termahal di dunia dihasilkan.
On the way nak ke sana, kami berhenti sebentar di tepi jalan untuk membeli buah-buahan.
Ketika sampai, aku tertanya-tanya. Apa yang menariknya tempat ni? Macam semak belakang rumah aku je.
Tapi sebaik saja kami berjalan melalui denai yang disediakan, pelbagai jenis pokok buah-buahan menyambut kami dengan buah-buahan yang ranum. Korang pernah tengok pokok buah markisa? Camana bentuk pokok buah cinta? Passion fruit? Pokok kopi? Pendek kata bermacam-macam pokok buah-buahan yang kami jumpa. Jangan pulak kau cari pokok buah dada. Memang sampai ke sudah kau takkan jumpa.
Apa lagi. Bergambar sakan la kami dengan buah-buah yang ada macam tak pernah jumpa buah.
Actually, yang menariknya tempat ni ialah di sinilah kopi luwak dihasilkan. Luwak ni ialah sejenis musang yang hanya memakan biji kopi dari pokoknya dan sistem pencernaan musang luwak ni hanya mencernakan bahagian lembut di bahagian luar biji kopi. Dan biji kopi ini dikeluarkan sebiji-sebiji secara berketul-betul. Dan dikatakan, sistem pencernaan musang luwak ini menambah perisa unik kepada biji kopi dan membuang rasa pahitnya. Jangan tak tau, harga kopi ni boleh mencecah $600 per pound.
Di sini kami ditunjukkan cara menggoreng kering biji kopi luwak dan seterusnya cara menumbuk biji kopi.
Taraaaa…siap serbuk kopi luwak.
Yang bestnya kat sini, korang boleh try minum kopi luwak tu kalau korang nak la. Meng, MH, kakak aku dan kawan dia masing-masing order secawan seorang. Aku pulak order vanilla tea dan BW order green tea.
Kopi luwak tu harganya Rp50,000 secawan kecik. Minuman aku dengan BW, free of charge.
Lepas kenyang minum kopi luwak (hiks), kami terus ke Tegalalang yang terletak somewhere di antara Kintamani dan Ubud.
Tempat ni terkenal dengan rice terraces di mana padi di sini di tanam di kawasan berbukit secara bertingkat-tingkat. Pemandangannya sungguh menakjubkan. Saujana mata memandang. Tapi sayangnya, kami datang ketika padi telah pun dituai. Hanya kelihatan sawah-sawah kosong. Tetapi pemandangannya tetap indah nevertheless. Cuma kalau la time tu musim padi sedang menguning keemasan..fuhhh
Kami tak boleh membuang masa di Tegalalang kerana masih banyak tempat yang perlu kami pergi untuk hari itu.
Destinasi kami seterusnya, Pasar Sukawati.
Jap. Aku nak gelak jap bila teringat pasal Pasar Sukawati ni.
Hahahahahahahahaha
Pasar Sukawati ni merupakan tempat menjual kain, baju, cenderamata dan sebagainya. Tidak banyak bezanya dengan Pasar Khadijah di Kota Bharu dan Pasar Payang di Kuala Terengganu. Kami telah diingatkan oleh Dundung untuk membuat tawar menawar sehingga 70% daripada harga asal yang diletakkan oleh penjual.
Kami pun mempraktikkan tips-tips dari Dundung. Di satu kedai menjual baju, Meng telah membuat tawar menawar sehingga ke satu harga yang aku rasa agak berpatutan. Tapi disebabkan banyak lagi pilihan di kedai lain, Meng dengan muka kekwatnya berlalu setelah harga yang cuba ditawarkan lagi tidak diterima.
Mrasa bergema-gema mbak tu memanggil meng dengan tawaran harga baru.
‘Massss…massss…massss…massss…MASSSSSSSSSSSSSSSSSS!!!!!’
Walaupun masa tu kami dah berada jauh di dalam pasar.
Masih kedengaran jeritan mbak tadi.
‘MASSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!!!’
Hahahahaha..
Setelah puas membeli belah termasuk lukisan Meng dan bergambar sakan, kami menuju ke kereta. Dan sedang kami menunggu yang lain-lainnya selesai membeli belah, seorang mbak menghampiri kami dan menunjukkan replika sebuah basikal tua kecil yang diperbuat daripada besi.
Sekali tengok, kami terus tertarik. Memang cantik kalau dibuat hiasan di meja kerja ataupun di dalam rumah. Harga yang diletakkan pada mulanya ialah Rp250,000.
Tawar punya tawar, last-last aku cakap, kalau kasi Rp100,000, kami ambik dua sepeda ni.
Terus berlari ko mbak tu nak ambik satu lagi basikal kecik tu.
Time mbak tu nak ambik basikal satu lagi tu, baru la Dundung tanya berapa harga yang mbak tu kasi. Bila kami cakap Rp100,000, Dundung sambil sengih-sengih cakap kat Krisna boleh dapat Rp75,000.
Damn, kami tertipah.
Tak lama tu, mbak tu muncul dengan senyuman. Hiks.
Time tu kami dah berbelah bahagi samada nak beli atau tak.
Terus mbak tu memainkan watak Neng Yatimah.
Aku tak pandai sangat mengajuk cakap mbak nih. Meng pandai. haha
‘Gimana ni mas? Tadinya udah nawarin seratus ribu. Udah lari ambilll. Gimana ni?’ *chorus
Aku tengok muka Meng, Meng tengok muka aku.
‘Gimana ni?’ * ulang chorus di atas
Selagi kami senyap, selagi tu la mbak tu merayu-rayu sambil memuncungkan mulutnya.
Selain rengsa, rasa kasihan juga timbul.
Last-last, kami termakan juga pujuk rayu mbak tu dengan tawaran harga terakhir, Rp95,000 satu.
Chehh..
TO BE CONTINUED.
*nantikan kisah mbak silperrrrr…hahaha
No comments :
Post a Comment