Wednesday, February 16, 2011

Bali - Day 4


Assalamualaikum.

Sari berita penting.

Sambungan kisah percutian 4 sekawan yang menggelar diri mereka sebagai GBS bersama 2 orang saudara terdekat kepada salah seorang ahlinya dijangka akan disiapkan dengan keadaan yang agak tidak memuaskan..

Hola kawan-kawan.

Aku busy ya amat hari ni mengalahkan Perdana Menteri. Walaupun aku pun PM jugak. Pencacai malas.

Apa-apa pun. Lets kita sambung kisah kita semalam.

Eh, kat mana aku berenti semalam?

Oh ya, kat Pasar Sukawati tu kan?

Selepas je wang rupiah dan sepeda kecil tu bertukar tangan, kami terus menuju ke kereta dengan hati yang kuciwa. Haha. Mana ada kecewa. Memang dah rezeki mbak tu.

Rupa-rupanya pergerakan kami diperhatikan dan diawasi oleh seorang lagi mbak yang sedari tadi asyik memerhatikan proses tawar-menawar di antara kami dengan Mbak Gimanani.

Kami diekori sehingga ke kereta. Jeng jeng jeng…

Sesampainya ke kereta, mbak tersebut terus menghulurkan sepeda kecilnya pula dengan tawaran harga Rp 70,000.

Aku fakir, mbak ni sengaja memarakkan api kemarahan kami agaknya. Dengan senyuman manis, kami menggelengkan kepala dan mengatakan kami sudah pun membelinya.

‘Untuk temannya’ pujuk mbak tu.

Kami berlalu. Kemudian, aku terdengar suara perlahan mbak tu,

‘Rp 65,000 mas’

*pengsan

Mbak tu masih terus mengekori.

‘Barangan lain mas. Macam-macam ada. Silperrrrr ada’

Hah? Mbak ni jual selipar? Takde pun aku tengok.

Terus mbak tu keluarkan rantai, gelang, cincin dan sewaktu dengannya.

Laaaaa. Silver ke. Motip silperrrr katanya.

Meng pun bertanyakan tentang gelang silver yang ada dibawa oleh mbak tu.

Seperti biasa, tawar-menawar dijalankan dengan hebatnya setelah mendapat pengajaran daripada kes mbak Gimanani.

Setelah beramah mesra dan membuat lawak spastik sedikit sebanyak dengan mbak tu, akhirnya, Meng berjaya membeli gelang silperrr itu dengan harga yang aku rasa tersangatlah berbaloi. Ntah-ntah mbak tu dapat untung seposen je kot.

Mungkin dia nak menghabiskan barangan jualan untuk hari itu.

Tapi mbak tu memang lawak. Hahaha

To mbak silperrr, u go girl…

Perancangan awalnya ialah kami akan pergi berurut pada sebelah malam. Tetapi menurut Dundung yang telah terlebih dahulu membuat panggilan ke Spa berkenaan, temujanji yang dibuat adalah pada jam 9.30 malam.

So, kami mengambil keputusan untuk singgah di Planet Hollywood dahulu sebelum langsung ke Spa.

Tanpa membuang masa, Dundung terus membawa kami menghala ke Kuta dan menurunkan kami di Kompleks Bali Galleria yang merupakan antara kompleks membeli-belah paling happening di Bali.

Kami berjalan kaki melalui Kompleks Bali Galleria dan beberapa kali kami tersesat di dalam gedung yang agak besar itu.

Planet Hollywood tu terletak just at the other side of the shopping complex dari tempat kami diturunkan oleh Dundung.

Setelah selesai membeli barangan seperti t-shirt, shot glass dan sebagainya dan juga setelah bergambar sakan, kami terus menuju ke kereta. Dundung telah sedia menanti.

Langsung kami terus menghala ke Sanur di mana terletaknya Abian Srama Hotel and Spa, iaitu tempat kami bakal diurut.


MH tidak turut serta mengambil bahagian kerana reseptor-reseptor di bawah lapisan epidermis kulitnya amatlah sensitif. Banyak bahagian tubuhnya jika disentuh, akan menggeliatlah dia kegelian. Hahaha

Betul tak MH? So, MH meminta Dundung menghantarnya ke Kuta untuk mencuci mata.

Kedatangan kami disambut mesra oleh kakitangan spa. Haruslah mesra pelanggan kan. Kalau datang-datang buat muka kekwat, baik aku suruh Dundung je yang urut aku.

Kami diminta menunggu sebentar sambil dihidang secawan green tea seorang sementara salah seorang kakitangannya mengambil contoh-contoh bahan untuk kami pilih sebagai bahan untuk dilulur.

Oh ye, kami mengambil pakej Balinese massage dan lulur selama 2 jam iaitu sejam untuk diurut dan sejam lagi untuk dilulur.

Harga bagi pakej 2 jam tersebut adalah Rp 300,000 seorang. Mungkin kerana tempatnya yang agak eksklusif. Aku rasa banyak lagi tempat lain yang menawarkan harga yang lebih rendah tetapi sekali sekala nak memanjakan diri sendiri, apa salahnya kan.

Terdapat beberapa pilihan bahan luluran yang boleh dipilih seperti yang mengandungai aroma coffee, strawberry, green tea, milk dan sebagainya. Tapi lulur kulit rambai takde ye puan-puan. Itu boleh beli kat Mydin Jalan Masjid India.

Setelah proses hidu menghidu, aku rasa bau aroma milk lebih cocok dengan tubuhku, ya au au.

Ada yang memilih coffee, ada yang memilih green tea. Terpulang kepada citarasa dan pilihan masing-masing.

Setelah persiapan dilakukan, seorang demi seorang dipanggil macam nak interview kerja.

Secara terus terang, inilah pengalaman kali pertama aku diurut dengan urutan Balinese. I had no idea of what to expect.

Cewek masseur yang bakal mengurut aku kecik saja orangnya. Manis dan sentiasa tersenyum. Orang Kintamani rupanya.

Mula-mula disuruhnya aku menanggalkan pakaian dan hanya mengenakan sepentot disposable kaler hitam. Kemudian dibalut dengan kain batik. Masa salin baju tu of course la cewek masseur tu keluar.

Aku kaget. Aku bungkam. Hahahaha. Ok, aku over.

Aku pernah try ancient massage masa di Bangkok dan haadyai dulu. Tapi seriously, Balinese massage ni sangatlah lain. Habis satu badan diurutnya. Aku rasa parut kat jubo aku masa aku jatuh motor dulu pun dia nampak.

Maluhhhh!! Hahaha

Tapi at the same time, syok jugak. Hiks. Tertido tido aku dibuatnya.

Selepas selesai proses melulur, cewek masseur itu memberi aku masa selama 15 minit untuk mandi bunga di dalam bathtub dan membersihkan diri. Teh jasmine juga disediakan. Kemudian dia keluar.

Selepas selesai mandi dan memakai semula pakaian, aku pun keluar ke ruangan tempat menunggu untuk menunggu yang lain-lainnya selesai.

Kulit tubuhku terasa sehalus dan semulus kulit bayi.

Bayi la sangat! Kulit kau tu halus sikit je dari kulit gajah. Haha.

Ada la beza sikit tekstur kulit aku sebelum dan selepas.

Setelah semuanya selesai, perut pun berkeroncong minta diisi. Baru teringat kami masih belum makan malam. Jam sudah menunjukkan jam 12 tengah malam.

Lapar punya pasal, kami meminta Dundung membawa kami ke tempat makan yang berhampiran. Lalu Dundung membawa kami ke sebuah gerai di tepi jalan. Tempatnya terbuka. Hanya ada kerusi dan meja. Itupun kami terpaksa berkongsi meja dengan orang lain kerana meja tidak cukup.

Supper kami pada malam itu ialah nasi putih dan lauk-pauk seperti ayam penyet dan ikan. Aku order ikan goreng saus padang. Mrasa.

Lama juga kami terpaksa menunggu. Jam 1 lebih pagi, baru makanan kami siap. Dengan lahapnya kami melantak di pagi yang hening itu. Nasib baik sedap. In fact, memang sedap sangat ayam goreng di situ. Ikan gurami saus padang aku pun sedap.

Kalau tunggu lama pastu makanan rasa macam cipap hantu, memang kami akan mengamuk di situ jugak.

Echeh. Cakap je.

Selesai makan, kami dihantar oleh Dundung balik ke hotel di Kuta.

Hari Keempat

Keesokannya, selesai breakfast, kami ke Hard Rock Café untuk membeli belah di Rock Shop.




Memandangkan kereta Dundung tidak dapat masuk ke Poppies Lane II akibat ditutup, kami terus pulang semula ke Bali Sandy Cottages untuk mengambil beg. Kakak aku dan kawannya terus membuat urusan untuk check-out di front desk sementara kami berempat terus membawa beg-beg termasuk beg aishah BW untuk mencari tempat berteduh yang baru.

Sedang kami berjalan menyusuri Poppies Lane II itu, kami ternampak signboard Segara Sidhu Inn. Dan kami mencuba nasib bertanyakan bilik kosong dan yess, memang ada bilik yang available.

So, kami terus mengambil 2 bilik beraircond yang berharga Rp 200,000 / bilik untuk satu malam.

Selesai urusan bilik dan setelah semua beg disimpan di bilik yang baru, kami terus ke kereta Dundung yang telah lama menunggu di jalan utama di pantai Kuta. Kesian Dundung. Mesti ramai yang memaki dia sebab parking tengah jalan lama-lama.

Destinasi pertama kami pada hari keempat – Pura Taman Ayun yang terletak di daerah Mengwi.

Aku rasa tiada apa yang istimewanya di tempat ini. Seperti juga di pura-pura yang lain. Mungkin ciri rekabentuknya yang menarik yang membuatkan ramai pengunjung datang ke sana.

Selesai sesi berfoto, kami meneruskan perjalanan.

Memandangkan matahari telah pun meninggi, dah perut pun udah berkeroncong, Dundung membawa kami ke sebuah kawasan yang terletak agak tinggi dari paras laut iaitu Pacung.

Kami diturunkan di restoran Pacung dan di sini kami menikmati makan tengahari buffet style.


Restorannya yang terletak di atas bukit membolehkan kami mendapat view yang sungguh indah sambil melantak.


Memang terbaik lah pemandangannya.

Harga bagi 6 orang dewasa ialah lebih kurang Rp 600,000. Kira okay la. Janji kenyang.

Kami sempat mencuba peralatan muzik yang diperbuat daripada buluh yang diketuk dengan dua batang kayu di luar restoran. Interesting. Action je lebih. Konon-konon macam pemuzik professional la dalam gambar.


Ok. Meh kita ke destinasi seterusnya – Danu Bratan.


BERSAMBUNG

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...