Saturday, October 28, 2017

MOLTEN CHOCOLATE CAFE, Uptown Damansara

Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.

Jadi amalkan gaya hidup yang sihat dan kurangkan makanan yang mengandungi gula yang berlebihan.

Tapi. doktor !

Kalau kawan kawan ajak ke sini?

Molten Chocolate Cafe

Kawan kawan ajak mencari secebis rasa kegembiraan dalam jiwa?

Perlu kah kita tolak?

Jawapanya... Tepuk dada Doktor dan tanya. 

"Nak join ke?"

Ada satu hari kawan kawan GBS ajak keluar melepak borak borak. Sedang elok sebab aku free dan tak buat apa apa. Tapi tak tau nak lepak kat mana, maka usha tempat ni.

Aku memang dah lama aim. Selalu lalu lalang kat Uptown Damansara tu nak jugak cuba tapi sebab menahan diri dari kemanisan hidup yang berganda jadi aku lupakan niat suci tu. 

Tapi kali ni..... kasi jadi !

Everybody loves a good European confectionary – a delectable and rich indulgence that satisfies any sweet tooth. For us at Molten Chocolate Café, we aim to make the mark of Molten Chocolate here in Malaysia, brought to you by Bordeaux Bakery & Sweet (M) Sdn Bhd, with our irresistible Central European and American flavours of chocolate.

From French crepes to Belgian pastries and waffles, Molten Chocolate’s unique menu is a heaven for chocolate lovers and dessert junkies to cure their cravings for all things chocolate, a cocoa experience they will remember.

Setting dalam cafe

Duduk santai tapi sopan

Ruangan dalaman

Tak best sebab tak de outdoor. Tak leh nak merokok. 

Duduk dan kami di beri buku menu. Order lah dulu.





Rambang mata kan?

Sebenarnya tak tau pun nak order apa. Order based on yang nampak di mata jer... Haloba lak tu nak sorang satu !

Pisau

Air masak kena ada

Air dia orang ni semua boleh tahan

Memang tak de langsung rasa keinsafan

Tak de makanan berat. Ada meal manis manis macam ni je.

Waffle

Sekali lagi sebab nak menggoda

Churros

Churros lagi sekali

Nasib baik gak makanan ni datang satu persatu. So sampai satu korban kan dulu sikit sorang sampai abis. Bila datang yang lain, makan lagi dan lagi.

Tapi yang ke 3 tak muncul muncul ! Lama menanti. Rupanya waiter tu terlupa ! ( sah sah banyak sangtat makan semut yang hinggap kat makanan makanan manis ni !)

Tengok pun tak lalu

Manisnnya meracun kalbu.

Manis sangat sampai satu tahap tu memang cannot go !

Nasib la tak lapar mana so makan pun kudap kudap sopan jer.

Kos makanan RM 105

Cafe dia OK. Service pun padu. Cosy cafe with great ambiance. Mereka ada cawangan di tempat tempat lain jugak. 

MOLTEN CHOCOLATE CAFE
100, Jalan SS 21/39,
Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Website : Molten Choc Cafe
FB :  moltenchocolatecafe/

Atas dasar kasih sayang, aku tak berapa recommend tapi kalau nak cuba boleh, sekali setahun aci ?

Friday, October 27, 2017

ICELAND : Jökulsárlón

Ada satu lokasi di Iceland yang begitu menarik dan tersendiri. 

Keindahannya tersemat di hati dan sanubari. Meninggalkan satu jejak kekal dalam sanubari dan lubuk hati paling dalam. Yang akan selamanya abadi.

Jökulsárlón, Iceland, my ultimate favorite place on earth !



Nyanyi skit Misha ! Hiburkan hati yang rawan.



Kau datang bagaikan mimpi
Kau hadir tak sedari
Sekian lama ku nanti
Kau di sini

Mungkin kehendak Ilahi
Segalanya ku jalani
Biar lelap tidurmu
Dipelukku

Cinta ini
Ku persembahkan
Setulus hati kasih
Kepadamu
Seandainya engkau mengerti
Hanya kau yang ku miliki
Dalam hidupku

Kasih sayang ini
Semoga abadi
Kan ku bawa sampai akhir nanti




























Thursday, October 26, 2017

ICELAND : Random

Iceland. Random facts  

01. Terdapat sebuah muzium zakar di Reykjavik yang mengandungi koleksi zakar dari lebih daripada 200 mamalia yang berbeza termasuk zakar lelaki.

02. Bayi Iceland dibiarkan tidur di luar rumah dengan suhu di paras beku.

03. Iceland dikenali sebagai negara ulat buku. Ia merujuk kepada banyak buku yang diterbitkan sebelum Krismas dan buku menjadi hadiah Krismas yang paling popular.

04. Beer haram di Iceland sehinggalah tahun 1989.

05. Alþingi, Parlimen Iceland ditubuhkan pada tahun 930 dan merupakan salah satu Parlimen tertua di dunia.

06. Rakyat Iceland suka memakan aiskrim walaupun suhu di bawah sifar.

07. Terdapat banyak letusan gunung berapi di Iceland. Namun kebanyakannya kecil dan sangat indah dilihat dari jauh.

08. Hampir semua keperluan pemanasan dan elektrik di Iceland menggunakan kuasa hidroelektrik dan sumber air geotermal.

09. Tiada nyamuk di Iceland.

10. Rok Artik adalah satu-satunya mamalia di Iceland.

11. Ibukota Iceland, Reykjavik, adalah bandar paling utara di dunia. 

12. Iceland tidak mempunyai nama keluarga. Kebanyakkan nama kebangsaan Iceland merekodkan fakta samaada anak lelaki atau anak perempuan.

13. Polis Iceland tidak menggunakan senjata selepas seorang lelaki telah ditembak oleh polis, sebelum ini.

14. Tidak seperti negara Eropah yang lain, ahli-ahli sihir di Iceland adalah hampir semuanya lelaki.

15. Tiada keretapi di Iceland.

Layan photos sekitar Iceland. Enjoice !


























Keindahannya melekat di hati ............. terpasak kaku, bak nisan di jiwa !



Terdengar guruh petanda
Mungkin badai melanda
Sambut tanganku bersama
Kita harunginya

Tanah seakan bergegar
Detik ku bersamanya
Pejam sampaikan tersedar
Semua kan reda

Sumpahku kepadamu

Tak terhapus jejak ku mencintamu
Tak terukir bintang walau beribu
Tersemadi cinta kita bersama
Terwujudnya nisan cinta

Hati seakan berkata
Pergi kau bersamanya
Pejam sampai kau tersedar
Semua kan reda

Sumpah ku kepadamu

Tak terhapus jejak ku mencintamu
Tak terukir bintang walau beribu
tersemadi cinta kita bersama
Terwujudnya nisan cinta

Takdir tertulis segala
Janji kita kan bersama
Jadikan ia selamanya
Cinta kita

Tersemadi cinta kita bersama
Terwujudnya nisan cinta

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...