Tuesday, August 16, 2011

Jalan Jalan Di Bulan Ramadhan

Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..

Nak tahu kan? Nak kan?

Banyak benda sebenarnya aku buat weekend lepas.  Macam macam aktiviti di rangka di sebalik aktiviti tiduran tanpa batasan tu.

Salah satu aktiviti yang kami buat hari tu adalah berkeliaran tanpa batasan.

Ke mana dan di mana. Yeah.... Ini gambar gambarnya.


Nampak tu apa? Robot okeh !

Aku ni ada hobi hobi mengarut yang aku suka tapi jarang di laksanakan. Kadang kadang aku suka nak kumpul robot Transformer lah. Apa lah robot robot yang aku suka, aku akan beli dan kumpul.

Tapi !

Aku selalu fikir hobi aku ni adalah membazir, jadi aku selalu kuburkan harapan aku.

Hari tu aku pegi jalan jalan dengan OR ke Shah Alam. Jumpa robot ni, aku nak beli. Macam best je. Pastu ada pulak BumbleBee tu, robot besar harga dia RM299 !

Pergh.. Inzal tengok.

Tapi OR akan bebel kat aku, dia kata benda tu akan berhabuk la apa la aku beli pastu tak akan menghiraukan dah dan jadi projek gajah putih, maka aku kuburkan semua niat suci tak berapa suci aku ni. 

Tak jadi beli !

Tapi minat ni tetap aku tanam dalam lubuk jiwaku ini.

Ada lagi satu yang aku suka nak kumpul tapi masih belum menjadi lagi.

Van Milo tu? Kau orang tahu? Sekarang kan ada promosi beli Milo dapat Van Milo. Dia tukar everymonth. Aku belum beli pun lagi, kalau nampak tu terkulat kulat menitik air liur aku tengok. Masalahnya aku jarang minum Milo ! Kalau aku beli setakat nak dapat hadiah dia je, nanti Milo tu nak buat apa? Nak buat mandi lulur?

* nanges.

Satu lagi niat suci abang terkubur di lembah yang hina.


Sebenarnya, hari tu kami keluar sebab aku nak gi betulkan BlackBerry aku yang cipan tu.

Kan aku asyik dok mengadu BB aku tu macam pundek lately ni. Ntah apa kena ntah. Lepas aku balik dari Phuket hari tu dia buat hal. Macam macam la. Keypad rosak lah, apa lah. Naik rengsa aku di buatnya. 

Pulak tu, tu hp opis. Aku nak mintak ganti baru leceh lah tak dapat dapat. Nak tak nak terpaksa la aku betulkan. Selagi tak betul aku jadi rengsa. So aku kena betul dengan duit sendiri.

Aku dah riki kat beberapa tempat. 

Kat Digital Mall PJ hari tu aku pegi satu kedai tu nak RM190. Satu lagi kedai nak RM120. Bapak la mahal macam tak berbaloi baloi je.

So aku pegi la kedai kat Shah Alam yang aku pernah tanya tu. Dia nak RM80 je !

So tanpa usul periksa aku terus ke sana satu petang sabtu dengan OR tu dengan niat nak baiki hp.

Tup tup dapat la baiki hp kat situ dan sekarang ni, BB abang kembali pulih seperti sediakala !

Yey !


Kan dah nak raya ni kan?

Tengok tu ada penyanyi dok menyanyi kat ruang legar Plaza Masalam yang aku pegi tempoh hari.

Bila pegi Mall, ada nyanyi nyanyi lagu raya macam ni pastu tengok kelengkapan raya semua di atur, mula la rasa mood raya membuak buak !

Macam best je.

Tapi puasa pun tak abis lagi.

Baju raya pun belum beli lagi. Masalahnya hari tu pegi bukan nak cari barang raya, so kami buat endah tak endah parade je lah. Just lalu dan tengok je. Tak sedap sangat suara penyanyi ni. Ala ala je lah. Tapi mampu membangkitkan mood raya secara membabi buta tiba tiba.

Korang dah siap prepare untuk raya kah?


Berjalan jalan di Mall tu sempat la jumpa MBO ni.

Aku suka MBO. Korang suka? MBO ni adalah kedai buah lah. Dia macam banyak jual buah buah dan buah buah dia agak segar la jugak.

Teringin nak beli Pisang Kaki tu. Tapi harga agak mahal. 3 bijik RM16. Tapi aku tau buat tu memang sedap dan memang dah jadi buah kegilaan abang sejak remaja lagi.

Ada kau orang gila sejak remaja?

Aku ada okeh !

Padahal aku ni kalau beli buah ke apa apa stock up dalam peti sejuk pastu tak de la makan mana pun, sampai la masa bila aku rasa dah buruk aku campak dan buang je dalam tong sampah.

Membazir kan?

Tapi tu la keinginan memuncak tanpa batasan bila lihat buat buahan. Termasuk la... buah....... opsss !

How?


Hah ! Ni satu lagi aku jumpa.

Pepatung Angry Birds !!!

Korang berani nak simpan babi hijau tu dalam rumah? 

Hahaha. Aku nak beli tapi macam tak berfaedah je. Bila mood kanak kanak riang muncul, aku rasa macam cute je bebenda ni. Lagipun aku tengah gila dok abiskan game Angry Bird ni. 

Tapi !

Lepas fikir fikir balik. Malas la beli.

Membazir je.

Ada satu kedai tu aku tengok satu set ni dia jual RM60. Tapi ada kedai yang murah sikit dia jual RM45.

Teruja kan?

Tapi misi nya tetap gagal !


Dan ini menu kami berbuka puasa tempoh hari.

Makan di Chicken Rice Shop. Aku makan nasik ayam, OR makan mee apa benda ntah. Pastu ada daging rendang dan macam macam.

Sebenarnya sebelum keluar rumah tu kami dah berbuka tapi makan benda lite lite je lah. So aku masih kenyang, makan pun tak abis. OR je la makan dengan kenyangnya. Dia kata rendang tu sedap. Aku rasa jugak, tapi sebab aku kenyang sangat dan bagi menjaga tubuh agar tampak langsing dan berdaya saing, abang tak makan. Abang diet !


Lepas makan tu, telefon dah siap di baiki. Yey !

Tak de la gembira mana pun. Tapi yang penting aku tak de masalah sakit jiwa dengan BlackBerry aku tu lagi. Semuanya sudah selesai. Hilang tekanan.

Ambik phone dan seterusnya kami pegi shopping beli beli barang untuk kelengkapan rumah.

Tengok la tu apa kami beli.

Aku lah yang membeli. Beli sabun, beli kelengkapan bilik mandi dan apa apa lah yang aku rasa nak beli, aku main ambik je. 

Pastu sampai rumah, mandian masih ada stok untuk 2 tahun rupanya.

Argh. Aku gila bab membeli belah ni. Sebab tu aku tak suka beli belah. Pastu beli makanan makanan sikit, Beli telur dan lain lain lagi sebab OR nak memasak riang di rumah.


Ya. Sampai mall tu dah tutup baru la kami beredar.

Pendak kata malam tu memang penuh dengan masa di habiskan di Plaza Shah Alam tu lah. 

Mall tu tak berapa besar, tapi OK lah setakat nak jalan jalan menghabiskan masa.

Demikian lah cerita pertama aktiviti yang berlaku di hari minggu tempoh hari !

Sebenarnya banyak lagi benda lain yang kami buat sama sama, tapi aku update sikit sikit lah. Nanti kang tak de cerita pulak.

So itu saja...... Selamat berpuasa !

Sunday, August 14, 2011

Tugasan Ramadhan 2011 - Ratta Chicken De Al Mieyra oleh Mirah


Tajuk : Resipi Berbuka Puasa

Tajuk resipi : Ratta Chicken de Al Mieyra atau bahasa kampong Nasi Ayam Penyet. Resipi ni aku cilok dari internet dan untuk pengetahuan ini adalah pertama kali aku membuatnya.

Untuk pengetahuan, aku memang banyak derhaka ngan resipi ni ikut suka aku.

Untuk Ayam

Aku guna bahagian peha ayam 4 ketul –rebus selama 10 hingga 15 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-


½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau

Nota umpatan: Haram aku tak tau sangat nama rempah2 ni. Maka masa aku kat kedai mamak mencari benda alah ni aku rasa nak cium mamak tu sebab ada tulis kat situ. So balik rumah aku cepat2 tulis kat plastic tu. Maafin yer tulisan aku memang buruk.



• 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
• 1 sudu besar Serbuk Kunyit
• ½ sudu besar Serbuk Lada Putih (rupanya kat rumah aku ada lada hitam jer. Aku belasah je)
• 3 ulas Bawang putih ( aku lebihkan bawang putih)'


• 1cm Halia ( Ye tapi korang tengok le halia aku tu dah macam 10cm. Itu penangan salah baca resipi mula-mula tu. Aku belasah jer)


• Sedikit Air
• 1 sudu kecil Garam
• Minyak masak untuk menggoreng.

1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.


Ini rupa sebelum dikisar. Bahan2 dalam pengisar.


Ini rupanya selepas dikisar.

2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-(Aku perap setengah hari je, lagi lama ko perap lagi sedap)


3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- aku lupa beli tahu. So Cuma ada tempe jer.


4. Setelah perap, golek-golekkann pada tepung beras.


5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.



Untuk Sambal.-

• Sedikit minyak masak
• 20 batang Cili merah (tapi oleh kerana rumah aku Cuma ada limited cili tu aku Cuma letak tiga je. Cili ni bukan pedas pun. Buat penambah warna merah je tu)
• 10 biji Cili padi ( Ni kalo ikut aku nak letak sebungkus tu terus tapi memandangkan aku kawin ngan anak omputih maka aku Cuma mampu letak macam dalam pic tu. Hehe)
• 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
• 3 biji Bawang putih, hiris
• 5 biji Tomato, potong 4
• 5 cm Belacan
• 2 sudu Ikan Bilis-Aku letak lebih
• 3 sudu gula merah/secukup rasa (aku gantikan dengan 2 sudu gula)


1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan


4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.


6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Untuk Sup.

1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-aku tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade). Tapi aku masukkan juga rempah sup tu. Kaedah pemalas ler gamaknya. Hehe

2. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.
Untuk Tempe dan Tauhu Goreng. –
• 2 keping tahu – potong dadu
• 1 paket tempe – potong nipis
• Sedikit tepung beras.
• Minyak masak untuk menggoreng.

3. Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
4. Goreng hingga garing.


Untuk Nasi- Aku masak nasi guna periuk nasi kemudian bila nasi dah masak aku pindahkan dalam pengukus masukkan daun pandan kasi wangi dan lapik dengan daun pisang supaya korang makan tambah nasi sampai tiga pinggan.

Cara hidangan-

Hidangkan ayam penyet,tahu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun dengan nasi.

*Boleh juga perahkan sedikit asam limau pada sambal jika suka masam.



Dan kemudian ko boleh mula makan tanpa peduli apa yang berlaku kat luar sana. Maafin pinggan murah aku. Kaedahnya bulan posa ni aku tak larat nak gunakan pinggan kaca. Kang pecah satu hal pulak aku nak meatap hiba.


Nota umpatan : Mummy aku pernah hina pinggan aku macam pinggan plastic yang dia buat bagi kucing dia makan. Nangesssss. So masa dia ada dulu, kita orang tiap hari makan guna pinggan mahal aku imported dari Sri Lanka. Makan pun kuis2 jer takut calar pinggan. Muahaha.

Sekian resipi aku. Tapi seyes sambal dia adalah sebijik rasa sambal nasi ayam penyet kat Kuching tempat aku suka makan dan tempe tu adalah terbaik dari lading sebab tengah malam buta aku boleh pergi bangun dan makan tempe tu takut kang masa sahur tak sempat makan secara tamak. Ayam pun terbaik rasa dia walaupun rupa ayam aku agak hina tak macam dalam blog2 masakan orang lain.

Saturday, August 13, 2011

Tugasan Ramadhan 2011 - Resipi BlueBerry Cheese Tart oleh Adeq


Blueberry cheese tart.

Resipi ni aku minta dengan sorang staff aku yang stay kat new town bangi.Dia ni rajin buat pastry, so aku ni yang peringkat novice dalam bahagian dapur pun bertanya lah resipi.

1st, aku kena minta izin nak mengkucar kacir kan dapur in-law aku nih.Maklumlah menantu yang sopan santun gitu.So bila dah dapat greenlight zasss...aku dengan bersemangat red warrior turun dapur uols pagi ahad tu.ahha....mula2 sediakan bahan2 la dulu kan...

Untuk pastry dia;

250g butter( seketul butter ye)
125g icing sugar
1 'B' egg
440g plain flour+gram sket+esen vanilla

okey.untuk filling pulak

250g Philadelphia cream cheese
60g gula caster
20g butter
1'B' egg

Blueberry or strawberry filling(beli kat kedai kek tapi takmau amik yang jem punye sbb tade ketul2 gitu,so amik yang fruit ok).

Di bawah adalah sedikit gambar bahan-bahan ye nak..aku kan peringkat novice, so sukatan nye aku ikut betul2 dacing tuh. Ade korang guna perkataan dacing dalam bahasa masakan??


 

*gambar butter seketul je dalam mangkuk tu adalah sejam dia bertapa di dalamnya. Tunggu tukang pembeli icing sugar tak sampai-sampai. Natijahnya, in-law aku turun nak masak dishes berbuka, aku tak habis baker lagi tart ituh…see..aku lah snail original ituh..*ngengsot ke tepi ketiak cikdu.

Okeh, mari kita mula sekarang yawww…

instruction;

1. Pukul butter dengan icing sugar sampai kembang.
2. Masukkan telur,pukul sampai sebati.
3. Masuk tepung, gaul hingga rata.
4. Cubit sikit dan tekan dalam tart mould yang telah digris. Tekan dalam mould dengan fork. (jgn kasi kembung)
5. Bakar 180C untuk 10-12 minit (3/4 masak). Keluar dan ketepikan

Untuk filling, pukul cream cheese, gula dan butter sampai kembang, masuk telur dan pukul hingga rata.Masukkan dalam piping beg. Picitkan cream cheese di dlm tat shell & kemudian bubuhkan 1/2 sudu kecil blueberry keatasnya.

Nota:

Pastry tu biar nipis pasal bila bakar ia kembang (tebal), tak sedap pasal tak crunchy.
Utk decoration bubuh sikit filling atas cheese dan swirlkan dengan lidi sebelum bakar.
Selalunya I buat banyak dan simpan dalam air tight container, tahan 1 bulan.
Banyak mana blueberry tu actually ikut citarasa masing2.Blueberry boleh diganti dengan strawberry atau kiwi filling.

Nota: bila dah masuk filling, guna api bawah jer, baru nampak smooth jer chis tu, jangan lama sangat nanti chis tu berkerepot jer.. Resepi di atas dapat banyak, buat setengah adunan dapat <> 40 ketui.

Dan…..korang nak tahu apa rupanya benda alah tu…..

Jeng jeng jeng…..


Sedap kan…. Macam mana blueberry cheese tart jadi blueberry cheese cake? Mesti uols terkezut ah ding dong!!

Jangan tertipu uols…Itu cake beli punya…rasa dia…subhanallah..sedapnya…hehehe Mesti meleleh air liur masing-masing kan… Sabar…sabar…ni kan bulan Romadhoooon..

Yang sebenarnya,

Bahan-bahan tadi sudah di translate menjadi seperti ini…..


Apa????!!! Air liur korang tersedut balik?!!!

Kejih.

Orait, orait…aku tahu rupanya buruksss…. Lepas nih aku buat yang lebih cantik. Apa???pastry die tebal? Memang betul pun nyah, nanti korang buat nipis-nipis ye…baru crunchy.

Ada nota lagi…akibat kerana sebab sangat berhati-hati,jari yang kucilmulus ni pun menjadi mangsa ya aww aww…


Korang nampak ke tak tu?

Kalau tak nampak aku translate kan kepada.

“BEST BRO”…(merujuk kepada nabil raja lawak)

Apa, tak paham jugak? Ikut korang la…hahahaha

Anyway, Selamat Mencuba Ye Uols..

Friday, August 12, 2011

Tugasan Ramadhan 2011 - Pajeri Momordica Berinti Krustasia oleh Mak Inah


Pajeri Momordica berinti Krustasia.

Apah?! Resepi baru?!!

Relaks ye puan2 dan tuan2 sekalian. Sebelum mak berkongsi resepi di atas mak nak ucapkan tima kaseh..kepada kamu…kamu…dan kamu… kerana memberi kepercayaan kepada mak cik untuk memulakan assignment bulan posa yang mulia ini.

Sediakan bahan-bahannya ye nak…

Ini Momordica

.
.
.
.

bawahkan sikit kasik suspen!
.
.
.
.

Ye, itu peria.


Ini adalah haiwan dari kumpulan krustasia…. Iaitu udang!

Nama kampungnya ialah pajeri peria berinti udang.

Sediakan bahan2 A


1 biji bawang besar, 4 ulas bawang putih, 1 inci halia.  Semua dimayang halus.

Bahan2 B


1 kuntum bunga lawang, 1 batang kayu manis, 2 biji buah pelaga, 2 kuntum bunga cengkih.

Bahan lainnya…

1 paket kecik rempah daging, 1 paket kecik kerisik, sedikit asam jawa.

Bahan hiasan


Bila sume bahan2 tadi dah ada… termasuk garam, gula serta peralatan memasak.. kita mulakan memasak ye anak2…

  1. Tumis bahan A sehingga naik bau dan kekuningan.  Gunakan 2 sudu minyak masak sajork…
  2. Masukkan bahan B.
  3. Serbuk kari tadi dibancuh dengan sedikit air dan masuk ke dalam tumisan tadi.
  4. Kacau dan tunggu hingga mendidih.. (takde le korang sakit perot sbb kari tak masak)
  5. Masukkan kerisik.  Kacau rata.
  6. Tambahkan air sedikit mengikut kepekatan yang digemari.  Mak suka pekat2 sket.
Opssss… mak lupa noks nak bagi tau…

Sebelum tu… momordica a.k.a peria tadi di potong 2 dan korek isinya.. macam ni



Kemudian rebus untuk melembut dan menghilangkan rasa pahitnya.

Pastikan barangan dapo korang bercop SIRIM..  jika tidak, ada kemungkinan berlaku seperti di bawah ketika mak mengorek isi peria ini.


Dan sumbat krustasia a.k.a udang tadi  seperti ini.


Dah siap letak tepi.

Sambung balik…

  1. Masukkan peria berinti udang itu ke dalam bahan yang telah dimasak tadi.
  2. Masukkan garam, gula dan asam secukup rasa sendiri.  Mak suka pajeri manis sket.
  3. Dah rasa…dan confirm takde apa lagi nak edit… masukkan dalam mangkuk dan hiaskan.
TARAAAA……



Bolehlah dihidangkan bersama nasik panas dan lauk lainnya… seperti ikan masin jeruk…perrrrrrhhhhh……

Juga sangat enak dimakan bersama-sama insan tersayang..


Eh!  Macam sama je tangan itam tu…mcm penah nengok, kan?

Larikkkkkk……..

Thursday, August 11, 2011

Tugasan Ramadhan 2011 - Minuman Exotic Air Kausar oleh Lily

Resipi minuman exotic ... Air kausar..


Baiklah tuan ketua, puan ketua, orang tua, puan-puan,cik-cik, adik kakak,adik manis , etc hari ini saya akan menyahut seruan ketua kumpulan saya iaitu kak ina untuk menyambung kegemilangan kumpulan kami.. (gemilang apa pun tak tau.. ) untuk menyediakan satu lagi resipi yang pelik.. 

resipi ini bolehlah dicuba ketika bulan ramdhan ini untuk acara buang panas dalam badan dan juga untuk penggemar di luar sana yang inginkan kelainan dari segi citarasa dan memerlukan keunikan untuk memenuhi nafsu...makan..

Adapun resipi ini tidak sehebat mana, cuma minuman ini ialah minuman tradisi bagi masyarakat di sini.
Antara bahan-bahan yang di perlukan ialah


1. daun pandan ( lagi banyak lagi bagus, tapi janganlah overrr)
2. Biji jintan selasih
3. Susu sejat F&N.. Ideal laggggiii bagus (ikut kemahuan sendiri)
4. Perisa pisang
5. secubit garam (untuk menambah rasa lemak)
6. Gula (secukup rasa)

Mula- mula..

cuci biji jintan manis tu ya adik-adik manis.. jangan cuci macam cuci beras... cuci dia cara begini, sebab nanti dia kembang..


hah! cuci beginilah.. sebab bila dia kena air, dia akan start mengembang. jangan letak banyak sangat, dia nampak sikit tapi bila dah kembang, banyak uolss..

rendam dia dalam air begini..


dia jadi macam berudu di longkang tu.. bagi sesiapa yang tidak jumpa selasih ni.. baik segera ke longkang sekarang. owh ya, biji berudu ni inzal okeh campur dengan apa-apa air pun. cincau ke, bandung ke, orenn ke.. apa-apalah..

itu bagi biar..

nextttt..masak daun pandan dalam kuali la... aku guna ricecooker je senang.. sebab ada ukurann tepi tu. i like


hah rebus dia puas2.. aku rebus dalam 30 minit. pastu campur siiiiikit garam, gula secukup rasa dan siiikit perisa pisang. tapi aku ni tak guna pisang yg perisa tu, sebab aku kan puasa, takut terlebih so aku gunala perisa pisang yang terlebih pun tak kisah. ini dia


aku suka perisa pisang ni.. campur dengan susu cair and dengan berudu tu.. inzal sampai terangkat!

nexttt

setelah mendidih puas, kecikkan api, then masukkan susu sejat secukup rasa..


ikut macam mana kamu sukala.. then kuatkan api sampai dia mendidih.. SEKALI didih jer then matikan apii..

bagi dia sejuk...before masukkan dalam botol dan sejukkan dalam fridge.

buang dulu pandan tu yer before campur berudu ni


sebab dia melekat di pandan tu susahla..

lepas dah sejuk, bolehla hidangkannnnnnn..


selamat mencuba... adakah juga orang yang cuba ni.. hahaha

aku pilih Tasya!!!! teruskan perjuangan kita nak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...