Friday, February 18, 2011

Bali - Day 5

Assalamu’alaikum…Vannakam…

tai chia haoo…moshi moshi….apa di atassssss??

Mari semua angkat tangan,….follow me….iyo iyo iyo…..phangggg!

sowii uolsss igtkan dekat konsert solo iolss... ghopenye artis undangan sajorkkkkkkkk…..sob sob sob

Sari berita penting……selepas pulangin daripada siar-siaran, kami kembali ke kamar….selepas beberapa jam baru aku terasa senak-senak dekat pinggang aku nih selepas kejadian telengkup di taman bunga…well no pain no gain…hiks!

Kesemua kelihatan penattt penirr….ye la daripada pagi sampai ke malemm….Dundung ari ni menghantar kami sampai ke tangga rumahhh…tidak seperti hari sebelumnya kami kena menapak..

Sesampai di hotel…kami pack siap-siap …mana2 pakaian yang nak di bawa ke destinasi kami seterusnya, yang selebihnya pack dan mintak tolong Dundung simpankan sementara kami semua di perbatasan…..then bincang sikit pasal esoknye plan …

BW plak boleh digelar miss hilang ingatan…
*larikkk

Oh ye, lupa nak cite, sepanjang hari keempat tu, mood BW tak berapa nak baik.
No no no, bukan datang bulan ok. Errrrrr, eh, ke betul? Ntah. Hahaha

Tapi sebab utamanya ialah dia cakap cincin dia hilang masa nak cari kunci dalam handbag kat Hotel Segara Sidhu Inn pagi tu. Ada sentimental value katanya.
Gila kau! Cincin tu 'si dia' yang kasi. Mana tak hilang mood. Mrasa seharian bergambar muka cam sembelit je. Hahaha

Rupanya cincin yg disangkakan dah hilang rupanye ada dalam hand bag yg dipikulnye seharian tuh..motipp!

Selepas itu…aku dengan Meng kena menggerakkan diri untuk balik ke kamar tiduran kami di tingkat 3..tempat perbincangan dan kemas-kemasan tadi ialah bilik BW di tingkat bawah.. Sesampai je di pintu kamar..Meng cuba membuka pintu, tapi anehhh…berkali-kali dirobek pintu itu tapi tidak boleh dibuka…

”MH cuba kau try plak”

seru meng pada aku…aku dengan terkumat kamit cuba membuka pintu dengan kunci yang diberi..tp sekali lagi fail!!….tiba-tiba….

”Siapaaaaaaaa?”

Kedengaran bunyi suara jantan daripada dalam bilik itu…bunyi seperti seseorang yang menakutkan mcm citer bomoh dalam citer2 seram tuh…..aku dgn meng berpandangan sama sendiri…meng mengajak aku turun ke receptionist….jumpa dengan budak receptionist tuh …

”Mas…kami pergi ke bilik kami no XX tapi ada orang di dalamnya”

budak tu macam blur2,

”sekejap bapak”

bila check ghopenye ada kesilapan , bilik kami sudah diberi pada org lain..kuikuikui…
ghopernye bilik kami udah ditukar…and bilik baru kami sebelah je dgn bilik BW…motippp!

Sampai aja ke bilik kami…apa lagi let’s tidurin

kapan pagi-pagi hari ke lima…di malamnya udah dikhabarkan oleh meng…pak supir datang menjemput kami pada pkl 6.30…aku berdetik ayoyoyo awainyaa….tapi pg tu pkl 5.30 pg dah ader org buat bising…menjerit-jerit...mabuk agaknya

pukul 6.15 lebih kurang BW dtg menyergah utk kejutkan kami….meng pegi dekat kantor utk amik air panas…tup2 dia ckp pak supir yg akan bwk kami udah sampai…apa lagi kelentung kelentang la kami bersiap2…..mundar mundir pak supir tu dok jengok2 kami..siap kami kena sound

“janjinya jam berapa pakkkk!”
"erk jam 6.30"
"yer sekarang udah jam berapa?!!!"

riak muka dia…bengisss la…ala2 penjahat dlm hikayat merong mahawangsa…aku dengan Meng yg plg lambat….mesti la yg plg kacak lambat….terkial2 kami berjalan ke arah van meninggalkan segara hotel sindhu innn…

Pak supir tu pergi la menjemput beberapa lagi tamu drp hotel2 lain di sekitar kuta…lagi sekali hanya kami melayu..yg lain nya org putih!..ader la satu group ni …lama pak supir menunggu tak kunjung tiba…rengsa dia..bengang dan marah-marah lagi...kesian aku tgk..dkt 20 minit nunggu baru la depa tiba …dalam aku dengarin….ghopenye depa tu tak tido sampai kul 6 pagi…uishh apa la yg dibuek nye….salah sorang geng depa dok belakang kami satu seat dgn awek drp Sweden….sepanjang perjalanan ke jeti…tak berhenti2 borak dgn awek tuh …punye power ranger drp x tdo dibantainya borak lg…rengsa meng x bole tido…aku plak..well…..apa lagi pedulik…aku tutup mata..bye bye..sampai la kat jeti…




Sambil menunggu boat tiba..kami disuruh naik menunggu dalam satu restoran …aku BW IH bual2 kosong manakala meng apa lagi dgn buah hati no 34 nyer iaitu cik canon ..ke sana ke mari click click…





bila bot tiba kami berpusu2 ke jeti untuk menaiki bot…semua beg2 kami sudah awal2 lagi diangkut masuk dlm bot oleh geng2 petugas bot laju tuh…semua sekali kos trip pergi balik ke gili island adalah 900,000 seorang..dalam rm300…kira murah sbb miko ckp kalau sehala dlm 600,000 tp selepas dpt diskaun..tara..itu la harganya..nak naik feri pon boleh lebih murah tapik merasaa la 5 jam baru sampai.. .

perjalanan mengambil masa dalam dua jam setengah lebih kurang…well dlm bot laju tu jgn disangka xder steward..ada ok…haha…dlm bot kami diberi taklimat oleh salah seorang petugas…dapat juga sebotol mineral dan sekotak makanan yang diisi pisang, roti dan sebutir gula2...I am impressed!!! …




start2 bot…huyung hayang..kepala aku pun goyang2…aku cpt2 tutup mata sbb aku ni sea drunk omputeh cakap…hikhik…maluhhh!!……

kroh kroh..sedar2 dah sampai menuju ke destinasi yei yei…GILI ISLAND…sesampai sahaja kami terus ke pejabat Wahana Gili Ocean (nama company bot tu) tu untuk confirmkan bot untuk balik esok harinya..biasanya kena maklumkan 2 hari sebelum jika ingin berangkat pulang...selesai urusan dapat kan beg semua..ada seorang pakcik menyapa meng..

”ini tamunya miko? , saya erwan, miko pesan dijemputnya mas di sini”

wah miko advance dia dah plan utk kami..mula-mula ingatkan nak tengok2 dan cari chalet sendiri..memandangkan kepenatan dan pening nak pikir...so kami mengikut sahaja lah..so kami di bawa ke tempat penginapan yg jauhnya 1 km drp tempat belabuh…sambil jalan2…kami sempat snappy dan cuci2 mata…..sungguh “jernih” pemandangan sekitar….dengan awek mat salleh pakai bikini. yang tertanggal bikini...Bermacam warna mcm pelangi plak..kuikui.mati la teringat imej fasha sandaaaa…….




sah sah dia cam kami kerana kami je dari m'sia dan kami berempat je pelancong yg berbangsa melayu lelain seme lah mat saleh.

Kami di bawa ke tempat penginapan ...di sini kami ditunjukkan bilik …agak cozy la…bersih….luas…miko booking 2 bilik utk kami tapik kami sepakat memilih satu bilik ditingkat atas dengan tambahan tilam…aku luper brp kosnya ghasa dlm 450k kot sbb kami nak amik satu bilik tu kerana bilik nya luas dan senang nak lepak-lepak dan borak2..lagi pon pakaian kami dlm satu beg sahaja …




kami juga disambut dengan welcoming drink walau tempat penginapan tu ala2 sahaja….impressed….





di samping tu perut juga sudah berkeroncong untuk ana…opsss…apa lagi sesi lantak melantakiii mula muncoll….meng sempat buat perhitungannn…..apa yg kami nak buat lepas ini ..sbb jam bru pkl 1 tengahari menginjak ke pkl 2..kami berkira2 nak naik speda atau basikal dalam bahasa bakunye…petang sket snokling selama 2 jam dan kami akan panjat bukit utk melihat sunset...




tanya pak erwan lebih kurang berapa jika sewa kereta kuda..banyak kereta kuda disediakan utk disewa jika berminat...tanya juga harga untuk menyewa speda, peralatan snokling dan sebagainya..pak irwan juga dengan ramah bercerita apa yg menarik di pulau tuh..dan menurut pak irwan komuniti islam disitu seramai 90% dan tak perlu risau akan makanan halal..sebab rata2 penduduk nya muslim.





lepas semua settle…dengan unpack sebagainya…kami mula test drive speda tuh….

"Aduhhh"

meng mengadu kesakitan …well….sakit montot uolssss…nak buat mcm mana saiz XXL…

larikkkkkkkkkkk…….




Dlm mengemudi speda ni..IH la champion..aku pun terkial2….dah lama gila x naik beskal..hahaha kelakar pun ada..memula kami sewa dua beskal konon BW bonceng aku then IH bonceng Meng…tp disebabkan saiz2 semua org anak2 gajah….ahhahaa…kami amik keputusan untuk sewa lagi dua beskallll….

Satu peristiwa yang aku rasa patut masuk dalam buku sejarah Indonesia.

BW dengan confidentnya cakap,

"Jom kita feeling-feeling naik Hillary Davidson"

*pitam

Aku, Meng dengan IH terus rebah ke bumi mendengarnya.

Oiii BW, Hillary Davidson tu nama seorang penanam kentang kat Ohio sana tu.

Harley Davidson oke. Ulang semulah. Harley Davidson.

Mrasa lepas tu BW kena cerca secara berjemaah.

Dan bermula lahhh penjelajahan 4 sekawan berbasikal untuk menjelajah pulauuu.




Nantikan sambungannnn penjelajahan pulau gili oleh 4 renjeerrr malayaaa di Gili Island… Kisah sesat di dalam hutan mencari tangga dan sebagainya.

tata taa


Thursday, February 17, 2011

Bali - Day 4 (2)

Anyeong haseyo…

Bertemu lagi kita di persada maya. Hiks..

Samada korang suka atau rengsa, aku tetap nak abiskan cerita hari keempat aku.

MH, sori aku terpaksa mencapap kejap kat slot kau. Haha

Cerita tak abis semalam. Tergantung. Kisahnya, aku dah save entry semalam tapi tak abis. Aku ingat nak sambung abiskan terus cerita tu lepas main badminton semalam. Dah siap dah pun. Tengok-tengok tak boleh edit. Call BW, dia pun dah hanyut.

So, kita sambung hari ni. Oh yeah.

Perjalanan ke Danu Bratan mengambil masa yang agak lama kerana kami terpaksa menaiki kawasan pergunungan dan jalannya yang bengkang bengkok seperti jalan dari Tapah ke Cameron Highlands. Tapi tidak mengapa kerana pemandangan di sepanjang perjalanan amat cantik.

Danu ni merupakan danau atau dalam bahasa mudahnya tasik. Danu Bratan atau Tasik Bratan ni terletak di kawasan pergunungan berhampiran Bedugul. Bersesuaian dengan altitudnya yang agak tinggi dari paras laut, suhu di kawasan ini agak sejuk dan amat nyaman. Terasa begitu tenang berada di sana biarpun bilangan pengunjung di sana agak ramai.

Sampai-sampai je kat sana, tanpa membuang masa, bergambar sakan la kan. Pelbagai angle dan pelbagai aksi sebab kawasan di sekitar tasik sangat cantik. Teringat iklan Salem High Country dulu-dulu.



Sape ingat? Angkat tangan.

Lebih kurang macam tu la persekitaran di sana. Berlatarbelakangkan pokok pine dengan padang menghijau. Cuma takde pompuan tu je berlari-lari kat tengah padang tu.

Dan kat sinilah berlakunya satu peristiwa yang telah meninggalkan kesan mendalam ke atas hidup MH. Hahahaha

Kisahnya macam ni. Sambil aku mengambil gambar, aku perhatikan BW asyik mengambil gambar MH di rumpunan pokok bunga merah yang ditanam secara memanjang. Kononnya BW tu nak ambik gambar MH dari angle atas sambil MH beraksi melentikkan badan ke belakang konon-konon sedang berbaring kat atas bunga-bunga tu. Korang paham tak? Boleh imagine?

Lantak. Tak reti aku nak describe.

Tiba-tiba, sesaat lepas tu, yang aku nampak hanyalah kaki MH terkapai-kapai di celah-celah pokok bunga. Badan MH dah hilang ditelan bumi. Haha

Rupa-rupanya MH telah jatuh ke dalam lubang tempat pokok-pokok bunga itu ditanam.

BW boleh gelak mengilai-ngilai tengok MH terkial-kial macam tu. Dundung jugak yang jadi hero dengan pantasnya datang menarik MH ke atas.

MH, aku paham kesengsaraan yang kau alami, tapi maafkan aku, aku tak boleh tahan untuk gelak jugak. Hahahahahahaha

Terus kecoh satu taman dengar gelak kami. MH pun sporting turut gelak. Memang lawak gila.

Tapi MH, tahniah diucapkan sebab kau telah berjaya mengubah sedikit lanskap taman tu. Haha

Kalau nak tau, kat tasik ni terdapat sebuah pura yang dinamakan Pura Ulun Danu Bratan.

Mungkin air tasik sedang pasang ataupun memang dah macam tu, Pura Ulun Danu Bratan itu seolah-olah timbul di permukaan tasik. Cantik.

Bagi sesiapa yang nak berkayak di tengah tasik, kayak juga disediakan.

Keenam-enam kami turun ke kawasan cetek di dalam tasik dan memberikan pose-pose spastik sementara Dundung jadi photographer.

Airnya sejuk gila macam air batu.

Lepas puas bergambar dan hujan semakin lebat, kami terus ke kereta untuk meneruskan perjalanan kami ke destinasi seterusnya iaitu Tanah Lot.

Perjalanan ke Tanah Lot juga mengambil masa yang agak lama daripada Bedugul. Tanah Lot ni terletak di Tabanan, lebih kurang 20km daripada Denpasar.

Sesampainya di sana, Dundung siap-siap remind kami untuk cepat-cepat mengambil gambar dan membeli belah kerana kami harus bergegas ke lapangan terbang untuk menghantar kakak aku dan kawannya.

Kat Tanah Lot inilah baru kami jumpa fridge magnet yang menarik sikit kat deretan kedai on the way berjalan ke arah laut.

Sempat juga kami bergambar di kawasan berombak kuat yang menghempas batuan dekat dengan Pura Tanah Lot yang glamer tu. Kawasan tu memang cantik especially waktu sunset. So, kalau korang ada masa tu, tunggulah sampai matahari terbenam. Nak-nak pulak sape-sape yang berhoneymoon. Romantik beb!

Tapi sayangnya, kami tak boleh berlama-lama di sana disebabkan masa yang agak terbatas.

Tergesa-gesa kami mengambil gambar dan dalam perjalanan menuju ke kereta, sempat jugak kami sambar 2 3 ketul fridge magnet.


Perjalanan diteruskan menghala ke Denpasar. On the way ke lapangan terbang, kami singgah di Krisna yang terletak berhampiran dengan airport, untuk last minute shopping untuk kakak aku menghabiskan baki duit rupiah yang ada. Jam telah menunjukkan jam 7 lebih petang. Kakak aku dan kawannya diberi masa hanya 30 minit untuk bershopping.

Apa lagi, bertempiaran la masing-masing mengambil bakul dan mencapai apa sahaja yang berkenan di hati. Krisna ni actually merupakan sebuah tempat membeli-belah di mana korang boleh shopping barangan seperti baju, t-shirt, fridge magnet, pernak penir, sabun, lulur, cenderamata dan macam-macam lagi dengan harga yang amat berpatutan. Basikal besi kecil mbak Gimanani tu pun ada dijual dengan harga Rp75,000.

*pengsan

Pendek kata, memang berbaloi sangat shopping kat Krisna ni. Bagi aku, memang murah sangat. Barang-barang yang dijual kat tempat lain kebanyakkannya ada kat Krisna. So, baik korang jangan beli barang-barang cenderamata ke t-shirt ke kat tempat lain sebab tempat lain dijual mahal dan korang kena tawar-menawar. Shopping kat Krisna je. Ambil, campak dan bayar.

*pose-pose duta Krisna 2011.

Selesai shopping, kakak aku membungkus barang-barang yang dibeli ke dalam kotak. Oh ye, di Krisna ni ada disediakan perkhidmatan membungkus barang-barang di dalam kotak. Siap sealed sekali dengan harga Rp 5000 sekotak. Murah kan? Tak sampai 2 ringgit.

So, lain kali kalau agak-agak barang kau banyak sangat tak muat beg, bawak je ke Krisna suruh diorang bungkuskan dalam kotak.

Tepat jam 7.40, aku ikut menghantar kakak aku dan kawannya ke airport yang hanya mengambil masa 2 minit sahaja dari Krisna tu. Memang dekat sangat. Flight dijadualkan pukul 9.50 malam, so kami sampai ke airport tepat pada masanya, 2 jam sebelum waktu yang dijadualkan.

Meng, MH dan BW meneruskan aktiviti shopping.

Lepas tu, aku kembali ke Krisna dan sambung shopping. Haha

Selesai bershopping, kami meminta Dundung untuk membawa kami ke gerai makan malam sebelumnya untuk dinner. sebab makanan kat situ sedap sangat terutama ayam gorengnya.

Abis dinner, kami ke Kuta untuk berjumpa dengan Miko di pejabatnya untuk menguruskan hal berkaitan tiket bot ke Gili keesokan harinya. dan settle kan sekali bayaran untuk miko selama kami di Bali

Dah settle semua, kami pulang ke hotel Segara Sidhu Inn.

Fuhhh. Hari yang panjang dengan perjalanan yang agak jauh. Walaupun agak keletihan, tapi kami puas.

MH, nah aku pulangkan mikrofon ni. Silakan…………

Nantikan kisah mendebarkan Meng dan MH di bilik mereka di tingkat atas dan nantikan entry yang akan membuatkan korang terawang-awangan.

Wednesday, February 16, 2011

Bali - Day 4


Assalamualaikum.

Sari berita penting.

Sambungan kisah percutian 4 sekawan yang menggelar diri mereka sebagai GBS bersama 2 orang saudara terdekat kepada salah seorang ahlinya dijangka akan disiapkan dengan keadaan yang agak tidak memuaskan..

Hola kawan-kawan.

Aku busy ya amat hari ni mengalahkan Perdana Menteri. Walaupun aku pun PM jugak. Pencacai malas.

Apa-apa pun. Lets kita sambung kisah kita semalam.

Eh, kat mana aku berenti semalam?

Oh ya, kat Pasar Sukawati tu kan?

Selepas je wang rupiah dan sepeda kecil tu bertukar tangan, kami terus menuju ke kereta dengan hati yang kuciwa. Haha. Mana ada kecewa. Memang dah rezeki mbak tu.

Rupa-rupanya pergerakan kami diperhatikan dan diawasi oleh seorang lagi mbak yang sedari tadi asyik memerhatikan proses tawar-menawar di antara kami dengan Mbak Gimanani.

Kami diekori sehingga ke kereta. Jeng jeng jeng…

Sesampainya ke kereta, mbak tersebut terus menghulurkan sepeda kecilnya pula dengan tawaran harga Rp 70,000.

Aku fakir, mbak ni sengaja memarakkan api kemarahan kami agaknya. Dengan senyuman manis, kami menggelengkan kepala dan mengatakan kami sudah pun membelinya.

‘Untuk temannya’ pujuk mbak tu.

Kami berlalu. Kemudian, aku terdengar suara perlahan mbak tu,

‘Rp 65,000 mas’

*pengsan

Mbak tu masih terus mengekori.

‘Barangan lain mas. Macam-macam ada. Silperrrrr ada’

Hah? Mbak ni jual selipar? Takde pun aku tengok.

Terus mbak tu keluarkan rantai, gelang, cincin dan sewaktu dengannya.

Laaaaa. Silver ke. Motip silperrrr katanya.

Meng pun bertanyakan tentang gelang silver yang ada dibawa oleh mbak tu.

Seperti biasa, tawar-menawar dijalankan dengan hebatnya setelah mendapat pengajaran daripada kes mbak Gimanani.

Setelah beramah mesra dan membuat lawak spastik sedikit sebanyak dengan mbak tu, akhirnya, Meng berjaya membeli gelang silperrr itu dengan harga yang aku rasa tersangatlah berbaloi. Ntah-ntah mbak tu dapat untung seposen je kot.

Mungkin dia nak menghabiskan barangan jualan untuk hari itu.

Tapi mbak tu memang lawak. Hahaha

To mbak silperrr, u go girl…

Perancangan awalnya ialah kami akan pergi berurut pada sebelah malam. Tetapi menurut Dundung yang telah terlebih dahulu membuat panggilan ke Spa berkenaan, temujanji yang dibuat adalah pada jam 9.30 malam.

So, kami mengambil keputusan untuk singgah di Planet Hollywood dahulu sebelum langsung ke Spa.

Tanpa membuang masa, Dundung terus membawa kami menghala ke Kuta dan menurunkan kami di Kompleks Bali Galleria yang merupakan antara kompleks membeli-belah paling happening di Bali.

Kami berjalan kaki melalui Kompleks Bali Galleria dan beberapa kali kami tersesat di dalam gedung yang agak besar itu.

Planet Hollywood tu terletak just at the other side of the shopping complex dari tempat kami diturunkan oleh Dundung.

Setelah selesai membeli barangan seperti t-shirt, shot glass dan sebagainya dan juga setelah bergambar sakan, kami terus menuju ke kereta. Dundung telah sedia menanti.

Langsung kami terus menghala ke Sanur di mana terletaknya Abian Srama Hotel and Spa, iaitu tempat kami bakal diurut.


MH tidak turut serta mengambil bahagian kerana reseptor-reseptor di bawah lapisan epidermis kulitnya amatlah sensitif. Banyak bahagian tubuhnya jika disentuh, akan menggeliatlah dia kegelian. Hahaha

Betul tak MH? So, MH meminta Dundung menghantarnya ke Kuta untuk mencuci mata.

Kedatangan kami disambut mesra oleh kakitangan spa. Haruslah mesra pelanggan kan. Kalau datang-datang buat muka kekwat, baik aku suruh Dundung je yang urut aku.

Kami diminta menunggu sebentar sambil dihidang secawan green tea seorang sementara salah seorang kakitangannya mengambil contoh-contoh bahan untuk kami pilih sebagai bahan untuk dilulur.

Oh ye, kami mengambil pakej Balinese massage dan lulur selama 2 jam iaitu sejam untuk diurut dan sejam lagi untuk dilulur.

Harga bagi pakej 2 jam tersebut adalah Rp 300,000 seorang. Mungkin kerana tempatnya yang agak eksklusif. Aku rasa banyak lagi tempat lain yang menawarkan harga yang lebih rendah tetapi sekali sekala nak memanjakan diri sendiri, apa salahnya kan.

Terdapat beberapa pilihan bahan luluran yang boleh dipilih seperti yang mengandungai aroma coffee, strawberry, green tea, milk dan sebagainya. Tapi lulur kulit rambai takde ye puan-puan. Itu boleh beli kat Mydin Jalan Masjid India.

Setelah proses hidu menghidu, aku rasa bau aroma milk lebih cocok dengan tubuhku, ya au au.

Ada yang memilih coffee, ada yang memilih green tea. Terpulang kepada citarasa dan pilihan masing-masing.

Setelah persiapan dilakukan, seorang demi seorang dipanggil macam nak interview kerja.

Secara terus terang, inilah pengalaman kali pertama aku diurut dengan urutan Balinese. I had no idea of what to expect.

Cewek masseur yang bakal mengurut aku kecik saja orangnya. Manis dan sentiasa tersenyum. Orang Kintamani rupanya.

Mula-mula disuruhnya aku menanggalkan pakaian dan hanya mengenakan sepentot disposable kaler hitam. Kemudian dibalut dengan kain batik. Masa salin baju tu of course la cewek masseur tu keluar.

Aku kaget. Aku bungkam. Hahahaha. Ok, aku over.

Aku pernah try ancient massage masa di Bangkok dan haadyai dulu. Tapi seriously, Balinese massage ni sangatlah lain. Habis satu badan diurutnya. Aku rasa parut kat jubo aku masa aku jatuh motor dulu pun dia nampak.

Maluhhhh!! Hahaha

Tapi at the same time, syok jugak. Hiks. Tertido tido aku dibuatnya.

Selepas selesai proses melulur, cewek masseur itu memberi aku masa selama 15 minit untuk mandi bunga di dalam bathtub dan membersihkan diri. Teh jasmine juga disediakan. Kemudian dia keluar.

Selepas selesai mandi dan memakai semula pakaian, aku pun keluar ke ruangan tempat menunggu untuk menunggu yang lain-lainnya selesai.

Kulit tubuhku terasa sehalus dan semulus kulit bayi.

Bayi la sangat! Kulit kau tu halus sikit je dari kulit gajah. Haha.

Ada la beza sikit tekstur kulit aku sebelum dan selepas.

Setelah semuanya selesai, perut pun berkeroncong minta diisi. Baru teringat kami masih belum makan malam. Jam sudah menunjukkan jam 12 tengah malam.

Lapar punya pasal, kami meminta Dundung membawa kami ke tempat makan yang berhampiran. Lalu Dundung membawa kami ke sebuah gerai di tepi jalan. Tempatnya terbuka. Hanya ada kerusi dan meja. Itupun kami terpaksa berkongsi meja dengan orang lain kerana meja tidak cukup.

Supper kami pada malam itu ialah nasi putih dan lauk-pauk seperti ayam penyet dan ikan. Aku order ikan goreng saus padang. Mrasa.

Lama juga kami terpaksa menunggu. Jam 1 lebih pagi, baru makanan kami siap. Dengan lahapnya kami melantak di pagi yang hening itu. Nasib baik sedap. In fact, memang sedap sangat ayam goreng di situ. Ikan gurami saus padang aku pun sedap.

Kalau tunggu lama pastu makanan rasa macam cipap hantu, memang kami akan mengamuk di situ jugak.

Echeh. Cakap je.

Selesai makan, kami dihantar oleh Dundung balik ke hotel di Kuta.

Hari Keempat

Keesokannya, selesai breakfast, kami ke Hard Rock Café untuk membeli belah di Rock Shop.




Memandangkan kereta Dundung tidak dapat masuk ke Poppies Lane II akibat ditutup, kami terus pulang semula ke Bali Sandy Cottages untuk mengambil beg. Kakak aku dan kawannya terus membuat urusan untuk check-out di front desk sementara kami berempat terus membawa beg-beg termasuk beg aishah BW untuk mencari tempat berteduh yang baru.

Sedang kami berjalan menyusuri Poppies Lane II itu, kami ternampak signboard Segara Sidhu Inn. Dan kami mencuba nasib bertanyakan bilik kosong dan yess, memang ada bilik yang available.

So, kami terus mengambil 2 bilik beraircond yang berharga Rp 200,000 / bilik untuk satu malam.

Selesai urusan bilik dan setelah semua beg disimpan di bilik yang baru, kami terus ke kereta Dundung yang telah lama menunggu di jalan utama di pantai Kuta. Kesian Dundung. Mesti ramai yang memaki dia sebab parking tengah jalan lama-lama.

Destinasi pertama kami pada hari keempat – Pura Taman Ayun yang terletak di daerah Mengwi.

Aku rasa tiada apa yang istimewanya di tempat ini. Seperti juga di pura-pura yang lain. Mungkin ciri rekabentuknya yang menarik yang membuatkan ramai pengunjung datang ke sana.

Selesai sesi berfoto, kami meneruskan perjalanan.

Memandangkan matahari telah pun meninggi, dah perut pun udah berkeroncong, Dundung membawa kami ke sebuah kawasan yang terletak agak tinggi dari paras laut iaitu Pacung.

Kami diturunkan di restoran Pacung dan di sini kami menikmati makan tengahari buffet style.


Restorannya yang terletak di atas bukit membolehkan kami mendapat view yang sungguh indah sambil melantak.


Memang terbaik lah pemandangannya.

Harga bagi 6 orang dewasa ialah lebih kurang Rp 600,000. Kira okay la. Janji kenyang.

Kami sempat mencuba peralatan muzik yang diperbuat daripada buluh yang diketuk dengan dua batang kayu di luar restoran. Interesting. Action je lebih. Konon-konon macam pemuzik professional la dalam gambar.


Ok. Meh kita ke destinasi seterusnya – Danu Bratan.


BERSAMBUNG

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...