Friday, September 5, 2014

Jom Singgah : Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Masjid Besi, Putrajaya.

Kualiti tak berapa cun sebab pakai iPhone jer. Enjoice.

Pintu gerbang

MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin diambil sempena nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Mula dibina pada 5 April 2004 dan telah diserahkan pengurusannya kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 19 Ogos 2009.

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin terletak di Presint 3, Putrajaya bersetentangan Istana Kehakiman atau "PALACE OF JUSTICE". Lokasi masjid yang strategik dan menarik, di tepi tasik Putrajaya akan menjadi tarikan pengunjung dalam dan luar negara. Kilauan dan limpahan cahaya lampu pada waktu malam pastinya akan membuatkan pemandangan bertambah indah bagi pengunjung yang menginginkan kedamaian dan ketenangan jiwa.

KONSEP PEMBINAAN

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin boleh memuatkan 20,000 orang jemaah dalam satu- satu masa dibina untuk tujuan sebagai pusat ibadat yang selesa dan pusat perkembangan ilmu kepada masyarakat sekitar dan luar negara. Juga diharapkan turut berperanan dalam menyebarluaskan usaha dakwah serta menjadikannya sebagai sebuah institusi pelancongan ibadah antarabangsa.

Masjid yang bernilai RM 200 juta ini merupakan satu-satunya masjid yang pembuatannya menggunakan 6000 tan besi atau 70 peratus bahan binaan dengan baki 30 peratus konkrit. Komponen utama pembinaan masjid ini ialah bangunan masjid dan Kiblat Walk iaitu laluan pejalan kaki yang menghubungkan Kompleks Perbadanan Putrajaya (PJC) dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

KONSEP REKABENTUK

Masjid ini mempunyai 3 konsep rekabentuk iaitu “angin, sederhana dan telus”. Bahagian dalam dewan solat utama tidak menggunakan kipas atau penghawa dingin sebaliknya menggunakan teknologi gas penyejuk udara "Gas District Cooling". Berhampiran ruang solat utama turut dikelilingi kolam air sudah pasti membuatkan para pengunjung dapat menikmati suasana udara segar yang dingin dan nyaman.

Rekabentuk dalaman yang unik Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan tulisan ayat-ayat al-Quran yang dilakarkan dalam lapisan kaca setinggi 13 meter yang ideanya terhasil daripada campuran kesenian Jerman dan China. Bahagian kanan cermin dinukilkan ayat 40 hingga 47 surah Ibrahim manakala dibahagian kiri ayat 148 hingga 153 surah al-Baqarah. Pintu utama menuju ke ruang solat utama pula kelihatan ukiran ayat 80 surah al-Isra' dan pintu gerbang utama diperbuat daripada binaan konkrit putih yang dilatari tulisan kaligrafi 99 nama Asma' Ul-Husna.

Kubah masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin diperbuat daripada besi tahan karat, dewan solat utama dikelilingi dengan marshrabiyah screen yang terdiri daipada "lattice" dan "architectural metallic wailing screen" yang berfungsi sebagai telus cahaya dan angin. Selain itu, masjid ini mengunakan teknologi ultrasonic yang digunakan sebagai penghalau burung daripada memasuki masjid.

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin mempunyai identitinya yang tersendiri. Senibinanya dibina tidak mengikut senireka Arab sebaliknya campuran kesenian Jerman dan China. Idea seni yang unik memperlihatkan kalimah "ALLAH" daripada pandangan bawah bahagian dalaman kubah. Selain itu, masjid ini dengan tidak mempunyai menara berbanding dengan masjid-masjid lain.

Direction

Facade ke arah masjid

Nama nama Allah di dinding

Facade

Masjid Putra dari Masjid Besi

View

Kolam air yang mengelilingi dewan solat utama

Dinding

Kubah dari arah dalam masjid

Dewan solat utama

Senaskah Al Quran

Mimbar

Dinding hadapan

Kubah besi

View sebelah lagi

Bumbung luar

Pintu masuk

Dari pintu utama

Pintu masuk utama

Facade ke arah Dataran Putrajaya

Black and white

Perkarangan masjid

Masjid Besi

Masjid Besi dari arah bertentangan

Aku rasa, this is one of the cantik-est masjid in Malaysia !

Rasa tenang jer. Lagi amazed bila fikir masjid yang open konsep macam ni tapi tak de beburung terbang riang keluar masuk sesuka hati mereka. Adakah mereka pergi berhijrah ke tempat lain?

Jangan tanya aku cemana beburung tak mao masuk. Pegi baca yang atas atas tu, penat berpeluh ketiak aku cut and paste !

Salam Jumaat !



Pada hari bulan tahun
Detik menit diriku bernafas
Ada gelombang mengerah
Memaksaku menghentikan semua

Kuhentikan kegilaan hidup
Denganmu jiwa ini terisi
Aku mencintai engkau
Begitu besar tak terbandingi

Namun bila saatnya aku harus pergi juga
Tinggalkan engkau tinggalkan semua

Hijrah cintaku menguatkan alasanku
Untuk menjadi manusia lebih baik
Namun saat sinarnya datang
Menjemputku mana mungkin aku berlari

Aku harus meninggalkan semua cinta ini
Dan bila nanti bertemu dia kumohonkan
Kembalikanlah kami satukanlah lagi
Di surgamu ya Allah

Segunung kepingan dinar
Tak bisa mengalahkan kilau cintaku
Bahagiaku melihatmu
Mampu tersenyum kalahkan getir

Thursday, September 4, 2014

Mersing, Johor

Kalau nak ke pulau pulau di perairan Laut China Selatan di negeri Johor khususnya, kena naik bot di Jeti Mersing. 

Banyak pulau pulau terdapat di perairan Mersing ni. Ada yang berpenghuni dan menjadi tarikan pelancong dan ada jugak yang sunyi sepi. Bot bot ke pulau pulau seperti Pulau Tioman, Pulau Rawa, Pulau Tengah dan termasuk Pulau Besar terdapat di Jeti Mersing.

Berkesempatan ke Pulau Besar, aku cilok pusing pusing pekan Mersing yang glamer satu ketika dulu dengan kisah Sri Mersingnya.

Moh layan gambar jer.

Ini salah satu sungai di Mersing

Sungai Mersing

Berikut adalah gambar gambar sekitar bandar Mersing yang tak berapa maju ni. Tapi percayalah, keindahannya masih terpelihara !

Kuil Hindu

Pekan Mersing... 10 minit top pusing dah abis

Chinese Temple

Roundabout Mersing dengan tulang ikan

Masjid Daerah terletak di atas bukit

View pekan Mersing dari atas bukit Masjid

Dan ini pulak adalah gambar di Pantai Bandar Mersing.

Pantai tak berapa bersih dan tak boleh mandi manda. Cuma boleh cuci cuci mata jer.

Pepohon kelapa

Agak damai di sini

Pantai yang landai tapi tak berapa bersih

Sang kelapa

Kelapa lagi

Pantai Mersing

Tetapi... kalau nak mandi manda, boleh ke salah satu pantai yang agak glamer di sini iaitu pantai Air Papan. Terletak kira kira 8 KM dari bandar.

Ada sawah tinggal

Pantai Air Papan

Pantai landai dan air agak OK untuk mandi

Pastikan ombak tak ganas sangat

Pantai yang panjang juga. 

Anak anak aku seronok main pasir sini. Tak puas main pasir di pulau

Ada chalet murahan dan kemudahan tepi pantai di sini

Senja berlabuh

Bye Bye Mersing............



Pantai Mersing
Pantai Mersing kuala lah Johor
Pantainya bersih sudah termashyur

Hati lah rungsing dapat dihibur
Patah di hati jiwa terkubur

Seri Mersing
Seri Mersing lagu Melayu
Digubah oleh biduan dahulu

Hati lah rungsing bertambah pilu
Umpamalah kaca terhempas ke batu

Wednesday, September 3, 2014

Aseania Beach Resort, Pulau Besar

Bukan nak promosi tempat ni lebih lebih sebab dia orang tak bagi aku duduk free pun, tapi ini la pilihan aku masa ke Pulau Besar ni.

Aseania Resort, Pulau Besar, Mersing.

Usha gambar.

Aseania Beach Resort


Phamplet

Chalet


Chalet

Chalet

Bilik

Beach

Beach

Beach

Beach

Beach

Beach

Resort

Pool

Resort

Lobby

Lobby

Lobby

Bar

Resto

Beach

Beach

Beach

Beach

Resort

Chalet dia ada 2 jenis je. Harga from RM 230 per night. Boleh ambik pakej 3D2N full board dalam RM1000.

Chalet kayu kira OK lah. Katil best. Bilik besar dan bersih. Aircond. Waterheater. Wi fi kat lobby. Tapi tak de TV. 

Budak budak sendu lah. Tapi kat lobby ada TV.

Tapi beach dia memang terbaik. Bersih dan terjaga. Staff pun baik baik jer. Pool je macam banyak klorin. 

Food average. Ada buffet dan ala carte. Tapi boleh pegi usha makan kat tempat lain jugak kalau nak. Ada warung orang kampung dan kedai runcit. 

Aku rasa ni resort paling best antara ke tiga tiga di Pulau Besar ni. Yang lain tu harga murah sikit tapi pantai kurang terjaga. 

Cuma ada benda la berlaku dan aku rasa macam nak saman Aseania ni. Chalet kayu tu mungkin agak lama, so aku pijak lantai papan tu siap patah dan kaki aku terperusuk sampai ke peha. Abis calar balar dan luka. Tapi bila aku fikir balik, mungkin sign yang mengatakan aku dah obese tahap gajah. 

So... aku terima !

Tempat kejadian !

Lain lain, aku rasa tempat ni OK. So, Aseania ni aku personally recommend kalau nak mencari penginapan di sini !

Aseania Pulau Besar

Anda pasti rindukan ombak Pulau Besar nanti.



Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat kamu kala duka ku
Namun hanya kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya tuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya di penanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...