Tuesday, September 2, 2014

Pulau Besar, Johor

Aku memang suka pulau. Bagi aku pulau tu tempat istirehat yang paling best. Dengan bunyi ombak menghempas ke pantai, angin menderu, nyiur mengilai melambai dan ketenangan laut biru bisa mengamit kedamaian dan ketenangan.

Kalau dengar nama Pulau Besar, ramai yang meng-associate-kannya dengan Pulau Besar di Melaka. Tapi tahukah anda dengan Pulau Besar yang terletak di Laut China Selatan?

Pulau Besar atau nama surat beranaknya Pulau Babi Besar terletak di perairan Mersing, Johor.

Layan dulu gambar dan suasananya.....

Pulau Besar

Kapal Layar. Mersing di bahagian belakang

Pulau Besar Mersing


Terletak di perairan Mersing, Johor kira kira 20 minit dengan menaiki speed bot dari Jetty Mersing. Tambang speedbot RM90 return. Kanak kanak RM45 return.

Cara nak pegi?

Cara nak pegi

Sebaiknya, confirm dulu dengan resort dan nanti dia orang bagi tau jadual perjalanan bot etc. Sebabnya setiap resort ada bot tersendiri dan kena ikut jadual bot mereka juga.

Ada few resort di Pulau Besar ni. 3 yang terutama adalah Aseania, D Coconut dan Mirage. Ada jugak perkampungan, chalet kampung dan khemah tapi yang ni macam payah sikit nak buat arrangement upfront sebab tak de contact number.

Paling best kalau dapat sewa rumah kampung dan stay kat situ. Mungkin boleh jadi options untuk backpackers lah cuma nak contact tu tak de nombor telefon. Kira kena gamble pegi dan walk in buleh la kot.

Layan sedikit gambar lagi.

































Walaupun nama dia Pulau Besar tapi tak de lah besar mana. Boleh jalan kaki ke belah kanan dan kiri pulau dalam 3km stretch. Tapi belah belakang masih belum boleh di access sebab tak de laluan. Jungle tracking boleh lah kot. Ada site kapal terbang Jepun terhempas tapi aku tak jumpa cari. Rasanya belah belakang pulau.  

Not much activities ada tersedia, tak de jugak motorized sport so kalau setakat nak relaks memang ini la tempatnya. Aman damai sentosa. Tak ramai sangat tourist dan masih terpelihara alam semulajadinya. Sesuai nak mandi manda dan air pun boleh tahan cantik. Budak budak suka main pasir.

Ada perkampungan jugak di sini, so ada lah 1 gerai makan, kedai runcit tapi tak de lah banyak barang.

Resort range 2-3 stars ikut kemampuan. Bekalan air bersih ada, letrik ada cuma ada blackout sekejap untuk tukar generator ( depends pada resort )... Chalet kampung pun ada tapi kena usaha buat arrangement sendiri lah. ( aku tak explore ). Kalau lagi power.. buleh camping jer. Ada surau kat situ.. boleh la pinjam guna air.

Anyway, Pulau Besar is a perfect place for relaxing ! 

Highly recommended for short weekend getaway !!! Pegi lah. Pasti tak menyesal separuh/sepenuh nyawa.




Andai pastinya ku tahu
Takkan aku tinggalkanmu
Namun masih keliru teringat masa lalu

Tetap tiada kulupakan
Indah setiap sentuhan
Cinta yang kau tinggalkan
Kekalnya berdampingan

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Masih terasa nafasmu
Lembut menusuk jiwaku
Dengan dihembus bayu
Membawa khabar rindu

Tapi sulit kuteruskan
Engkau jauh kehadapan
Aku, tabah berjalan sembunyikan harapn

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Separuh nyawamu dihati
Separuh lagi kau bawa pergi
Tiada arah jodoh kita
Tuhan tentu… kannya

Mana harusku hamparkan
Rindu tiada kesudahan
Sesal biar separuh nyawa
Takkan hilang

Monday, September 1, 2014

Jom Celebrate : Birthday @ Delicious, Setia City Mall

Baru baru ni birthday Hero, jadi kami plan makan makan di luar jer. Tak tau nak ke mana. Lagipun cuaca hujan hari tu, malas nak pegi jauh jauh, kami ke Setia City Mall dan makan di Delicious.

Macam dah lama tak makan di Delicious ni.

Delicious

Ambik port kat luar, boleh layan air pancut

Orang pun tak ramai duduk luar. Belah dalam macam ramai juga

Buku menu

Usha buku menu

Desserts

Tak tau la apasal. Maybe sebab kami duduk luar kot. Layanan adalah macam tak nak layan jer. Macam la kami ni tak de duit. Setiap kali nak kena panggil. Pastu datang bawak satu satu.. Letih nak panggil.

Nasib baik budak budak ralit buat hal masing masing.

Tengah mood rajin nak mengaler

Hasilnya.. hampa !

Dah order, tunggu makanan agak lama. Tapi tu OK lagi. Cuma aku bengang kalau datang bawak sudu garpu pastu letak jauh di hujung meja. Dah la tak set up kan meja. Pastu bubuh terus blah jer. Haram tak de senyum ke or acting friendly !

Tau la letih, tapi... aku pun datang, nak jugak la di layan dengan baik !

* emo sikit.

Now makanan tiba.

Prawn apa benda ntah

Calamari goreng tepung. OK. Yang ni memang fav aku setiap kali ke Delicious. Memang enak !

Minuman

Ni boleh dapat special recognition sikit...

Now di persilakan masuk menu menu utama.

Spaghetti Bolognese. Tak menarik. Tapi abis jugak la

Hainanese Chicken Chop.. Big portion. Tak berapa abis.

Chicken Tenders untuk kid

Carbornara untuk kid. Ada sayur hijau atas tu Princess cakap.. "Adik tak nak daun pokok ni"... hahaha

Tak berapa abis. ...

Nasib baik kids eat for free !!

Tapi Delicious tak sehebat namanya. Makanan tak berapa delicious langsung. Biasa biasa jer. Lagi aku bengang sebab tak berapa di layan dengan baik. Ada je pekerja tu lepak kat luar tapi borak borak dan hisap rokok.

Hmmm..  nasib baik kedatangan utama adalah nak celebrate birthday.... so cake for birthday. Thanks to Delicious sebab ada jugak la lilin.

Cake

Birthday boy dengan cakenya. Tapi nampak tak pompuan kecik menonggeng tepi tu? Tu tanda tak puas hati.

Tapi sebelum dia amok, ada jugak cake untuk dia walaupun birthday dia lambat lagi

Rambut yang huru hara sebab tunjuk perasaan namun riang menyanyikan lagu 'epedey.....der to you' untuk diri sendiri ( walaupun bukan birthday dia )

Cake cake bawak balik

Delicious yang tak sedap mana

Overall, foods mengecewakan. Service memang suck. Big time !

Memang aku emo. Nasib la anak dara aku tu pandai ambik hati. Lepas makan je macam biasa, ayat hikmat dia bila masuk kereta.

"Terima kasih Papa bawak adik jalan jalan...."

Haaaa. Tak jadi nak angin lama lama kat Delicious ni.

Anyway sebab nak celebrate birthday punya pasal. OK lah.

Balik rumah, aku peluk Hero.

"Happy birthday Abang. Papa doakan semoga abang jadi anak yang baik. Jangan nakal nakal. Belajar rajin rajin..... bla bla bla...."

Baru nak heart to heart talk. Tetiba.

"Papa.. abang nak XBOX dengan TV games yang baru !!!"

Errk............

"Dah. Tido !!"

Malas layan.

Princess pun dan dan nak hadiah.

"Papa.. adik nak kucing boleh tak?"
"Kucing? Nak buat apa?"
"Adik nak lah. Nak bagi dia makan"
"Kalau dia berak?"
"Adik basuh lah"

Yo yo ooo jer...

Dah la masa kat mall naik lif orang tengah ramai dia sound tepek jer.

"Papa.. adik terkentut"

* Papa cari cleavage nak sembam muka sebab malu

Luca Cadalora in the making.

Happy birthday to my Hero .... Papa loves you !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...