Wednesday, March 4, 2020

KENNY HILLS BAKERS, Jln Nibong, KL

Singgah mencari kudapan di Kenny Hills Bakery.


Terkenal sebagai salah satu port bakery yang menyediakan the best cakes, pastries, organic breads, wood-fired pizzas and more!

Aku pernah gak try makan tapi di outlet mereka di Bukit Tunku sana. 


Tapi kali ni singgahan di outlet mereka di Ampang !

Ada satu lorong sebelah Victoria Station Ampang tu tapi lorong tu jalan mati.




Outlet ni terletak di sebuah banglo lama dekat area Jalan Ampang.

Menempatkan cafe dan jualan kek serta pastry bermutu tinggi !

Boleh dine in atau tapau jer.



Usha cafe dia dulu...





Nampak cozy dan ruang yang lebih luas nak compared dengan yang dekat Bukit Tunku sana. Lebih selesa lah.

Orang pun tak ramai ramai sangat.

Tapi memang hajat nak tapau so tak de lah lepak dine in kat sini. Jadi segeralah membuat pilihan.







Rambang mata tak tau nak pilih yang mana. Kalau ikutkan nafsu nafsi semua nak bolot.

Tapi sentiasa beringat harga dia agak hind end skit nih. Kalau makan berterabur, dah kira satu kerugian !





Cukup bekalan.

Dah buat pembayaran, ayuh bergerak ke lokasi berikutnya !

KENNY HILLS BAKERS @ Ampang
241-B Lorong Nibong,
Off Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur

Tel: 03-4265 2020

Di buka setiap hari 8 am - 10 pm

Boleh lah mencuba especially jadi port lepak kalau nak lepak membawang dengan kawan kawan.

Selain di Bukit Tunku dan Ampang ni, mereka turut ada outlet lain di Desa Park City.

fb : Kenny Hills Bakers

Tuesday, March 3, 2020

KUALA LUMPUR

Kuala lumpur oh Kuala Lumpur............. !






















Walau rasa kurang berkenan di pandangan mata, jangan sesekali kau lafazkan, korang tak sayang !



Jangan lafazkannya hasrat di jiwa
Oh kerana ia kan menambah luka
Biar ku sendiri mengubati hati
Jangan lafaz kau sudah membenci

Ku tahu dari gerak gerimu
Adanya sesuatu mengganggu fikiranmu
Ku tahu kau tak seperti dulu
Masa telah mencemar
Kemesraan kita

Ku sedar sinaran kian pudar
Hati semakin tawar
Menguji kesabaran
Namun ku sukar 'tuk melepaskan
Andai kau ingin pergi
Tunai permintaan ini

Jangan lafazkannya hasrat di jiwa
Oh kerana ia kan menambah luka
Biar ku sendiri mengubati hati
Jangan lafaz kau sudah membenci

Tak ingin ku cuba 'tuk mengerti
Berdepan realiti
Kau tak cintai lagi
Tak ingin tahu apa terjadi
Kau dah punya pengganti
Biar ku butakan hati

Janganlah lafaz apa yang kau rasa
Kerana semua sudah ku baca
Tak usah kau ucap 'selamat tinggal'
Pergilah jangan kau lafazkan













Sayangi Kuala Lumpur.
Sayangi Malaysia kita ..................!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...