Wednesday, May 4, 2016

Jom Makan : Makang, Cyberjaya

Makang !

Ada set set tranung dok sining? Doh bakpee poghong ngak tu?

Kalu ada, meh makang nasik dagang ! Sambil maing dang dua tiga papang !!!!!! Di sini saya tekangkang.... nasi dagang memang sedak sokmo bila di makang !

* bersemangat sampai terkangkang

by the way. Tekangkang dengan terkangkang adalah 2 perbuatan yang berbeza !

Bagi yang berada di kawasan Cyberjaya, terdapat sebuah kedai makan yang baru di buka dan namanya Makang ! Dah tengok nama tu sure tau ia berasal dari Terengganu.

Terletak di CBD Perdana 2 belakang Bank Islam Cyberjaya.

Tuang tuang dang puang puang.... mempersembahkangggggggg ................. !

Makang !

Ini info dari fb mereka.

Restoran Makang dulu dikenali sebagai Tina Nasi Dagang di Foodcourt Presint 9, Putrajaya. 

Kini telah memulakan operasi di tempat baru dan suasana baru di Cyberjaya beralamat 

4805-0-02, CBD Perdana 2, 
Jalan Perdana Cyber 12, 
Cyberjaya . 

Waktu perniagaan :  (8.30 am -5pm - Mon -Sat)

Landmark - Belakang Bank Islam Cyberjaya, Berhampiran D Pulze & Restoran Nasi Arab Saba dan berhadapan Centrus Mall.

Kami menyediakan juadah Nasi Dagang, Nasi Minyak dan Nasi Lemak untuk sarapan pagi dan menu Nasi Kukus Ayam Cincang untuk Makan Tengahari.

So kalau terasa nak makan nasi dagan, silakang !

Tengok setting kedai dulu meh.

Resto dia simple jer

Beratur boh !

Layan diri.

Ikut selera nak makan apa. Ada nasi dagang. Nasi minyak. Nasi kukus dan nasi lemak

Layan diri tu beratur je la kat sini, ceduk menceduk makcik ni buatkan

Bagitau je apa nak di makan. Acik senyum skit pls...

Aku pegi sekali time ada meeting di area Cyber. Ada member yang bagitau so kami pun mencuba.

Lihat menu makanan kami !

Aku berkunjung sekali. Makan nasi dagang di sini.

Nasi dagang lauk ayam atau lauk ikan. 

Nasi minyak lauk ayam berempah

Nasi kukus pun ada

Air menghilangkan dahaga

So bagi yang berminat nak rasa makanan dari pantai Timur especially Terengganu, boleh la berkunjung ke sini.

Bagi aku OK lah makanan dia. Not so good tapi boleh la di cuba. Harga agak on high side skit. Satu hidangan nasi tu dalam RM 8. Average.

Ahad tutup oke.

Ni FB mereka untuk rujukan : Restoran Makang

Makang !

So puok puok rabok kiter blake seme.. gi ah makang denung !

Enjoice.....................

Layang lagu dari orang Ganu kiter Aziang Mazwang Sapwang sambil makang nasik dagang atah lambo dok puah puahsang !



Rumah kecil tiangnya seribu
Rumah besar tiangnya sebatang
Waktu kecil kau di timang ibu
Dewasa mu di pukul gelombang

Berhijrah ke alam remaja
Menguji ketabahan jiwa
Tiada seindah impian
Sesungguhnya hidup perjuangan

Cabarannya tetap datang
Umpama laut bergelombang
Yang gagah akan berdiri
Yang lemah akan ketepi

Berjaya disanjungi
Kecewa dibenci
Begitulah lumrah manusia
Agar kau tak kecewa

Tuesday, May 3, 2016

Jom Makan : d'Cengkih, TTDI, Kuala Lumpur

Pagi hari minggu pegi sarapan kat luar.

Kami ke Restoran d'Cengkih, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur yang memang terkenal sebagai restoran Melayu yang menyediakan masakan Johor !

Aku TERINGIN nak makan lontong !

* humban baju kotor kat Shima suruh cuci

Sebenarnya dah banyak kali aku nak makan kat sini tapi tau je la masalah utamanya adalah nak mendapatkan parking ! Pernah sekali berpusing pusing macam gasing kat area TTDI tu semata mata nak cari parking dan sudahnya, hampa.

* pose pose sebelah Tokki nyanyi lagu HAMPA.

Kali ni pastikan jadi. Kalau tak dapat jugak, aku akan mengamok !

* begitu aku pose pose sebelah Bandi Amuk tapi kena halau so tak jadi posing lama lama.

"Yeah Yeah !"

Gembira time dapat parking.

Ini restoran d'Cengkih. Macam pelik je ejaan dia.

Payung payung merah tu bagi menghalang cahaya sebab dia mengadap matahari naik. Kalau pagi pagi SINARAN cahaya mentari menerpa dengan terang. * mana pegi Sheila Majid tadi? 

Mencari parking adalah macam mencari sebutir INTAN KU KESEPIAN di dalam debu debu pasir. Posing sebelah Awie aci?

Dah dapat parking, maka berjalan dengan megah sambil kembang kuncup hidung masuk ke resto ni dan mencari tempat duduk.

Orang agak ramai, dapat tempat bawah payung merah, maka jadi lah...............

Buku menu kaler pink. Mujur ada Pamoga

Menu lunch

Seperti sudah dilaporkan oleh media media asing serta media barat, kalau sarapan pagi waktu aku adalah dekat dekat nak tengahari dah.

Orang datang sibuk nak lunch, aku baru nak sarap !

Tapi demi lontong. Pedulikkan. Janji aku tak kempunan.

Tengok hidangan yang kami ambik.

Ini lempeng pisang. Hero punya. Kaler cokelat dah jadi kaler pink jugak. Sedap jugak lempeng ni

Bukti kenapa gambar gambar menjadi kaler pink. Sebab kami duduk bawah payung neh

OR ambik kuih dan ubi kayu. Very the kampung one makan ubi kayu !! Tak Hitaly langsung. Kan? * caboooooottttt

Masing masing dah ambik bahagian masing masing. Now giliran aku lak gi order kat dalam. Sambil tu boleh sorok sorok snappy gambar dalam ruang kedai ni.

Aneka desserts yang ada

Tak pasti lak ini apa. Tapai?

Ni rupa lempeng yang sedang di masak

Bubur bubur pun ada

Kan aku kata waktu tu dah nak menjelang tengahari. So orang lain semua beratur nak makan nasik dan aku masih cuba cuba untuk teguh dengan pendirian asal.

Lauk pauk terhidang. Banyak gak lauk. Nampak sungguh menyelerakan. Macam buffet kat hotel pulak.

Kuih kuih tempatan pun ada untuk yang berselera.

Lauk pauk untuk lunch

Dalam resto;. Ruang agak sempit. 

Orang pun ramai. Agak SESAK di situ. Boleh mengundang rasa SEBAK menunggu kalau tak dapat seat. Last last makan pun terasa SEKSA. 

* saya undi Amir Ukays !!!

Biarkan orang ramai tu, ayuh sambung tengok makanan.

AYAM * panggil Jalil Hamid

Sayur sayuran untuk kesihatan tubuh dan kejelitaan wajah.

Macam best je tengok lemon tu.

Jangan tak percaya, di sini walaupun pagi buta, sudah ada hiburan ! Ada Pakcik 2 orang bekas ahli kumpulan KRU yang kena rejek cuba cuba menghiburkan pelanggan. Pakcik nyanyi lagu SANDIWARA CINTA - Repvlik. Nora bagi 1 bintang je pakcik.... Cuba lagi.

Dan asyik cerita makan lain je, kan niat asal aku datang nak makan lontong. Jadi mana lontong aku?

Jangan risau. Aku tetap dengan pendirian aku sebulat suara dan bersegi sama tekadnya macam niat asal yang terpasang masa keluar rumah lagi iaitu nak makan lontong !

Maka dipersilakan masuk........................

Lontong perisa strawberry. Hahaha. Tak de la. Ni pun bahana payung merah tu.

Overall, makanan adalah biasa biasa je tapi pilihan memang banyak. Boleh rambang mata di buatnya.

OR dengan Hero makan nasi tengahari. Tergoda la tu tengok lauk yang banyak. Tengok Papa ni kuat iman nya... setia kepada lontong walaupun lontong tu rasa ala ala jer.

Dan sangat mengerikan, OR ambik nasi lauk ayam masak lemak. Hero ambik nasi dengan lauk ayam goreng. Princess tak makan. Aku ambik lontong. Then ada kuih dan ubi kayu plus lempeng pisang dan minuman. Minuman semua standard teh o ais limau, milo etc.

Jumlah harga semuanya adalah RM 53. 

* terus tarik key Rahmat Mega

"Tidak ku sangka... jadi begini.................................. !!!"



Tidak kutahu mengapakah
Sepinya melanda hatiku
Dan bukannya kemahuanku
Datangnya sendiri

Tidak kutahu mengapakah
Pilunya dipinggir hatiku
Dan kucuba untuk mengusir
Tapi tak berdaya

Lalu terbuka gerbang hatiku
Menyambut rindu datang bertemu
Aku gelisah

Kini rinduku menjemput cinta
Yang ditakdirkan denganmu sayang
Bukan pintaku atau mahumu
Semuanya suratanNya

Tapi mengapakah kau sekadar waktu
Cinta yang datang cepat berlalu
Pergimu sayang bersama cinta
Tercalar pedih di dalam dada
Aku tersiksa

Aku terdiam kaku menahan
Bisanya menikam kalbuku
Separuh nyawa ku pandang wajah
Di depan kaca

Tutup kembali gerbang hatiku
Tidak bermaya langkah kakiku
Di saat ini

Tidak kusangka jadi begini
Terpisah jua kita akhirnya
Aku sendiri tidak mengerti
Sungguh pilu di hatiku

Untuk melepaskanmu demi kerana
Ku masih sayang, sayang padamu
Terbangkit resah di dalam kalbu
Terhimpun rindu (sayang)
(Luka cintaku)

Begitu la TAKDIR kena mahal time WAKTU makan.

Hmmm... Gi la cuba sapa nak cuba.

Jangan cakap abang tak warning !

D'cengkih  
Restoran Malaysia
Alamat: 6, Jalan Tun Mohd Fuad,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur.
Telefon:+60 12-499 9908

Masa Dibuka · 7:00 PG – 7:00 PTG

Monday, May 2, 2016

Jom Ngopi : Beans N Beans, Citta Mall

Beans N Beans Coffee.

The Cafe

Pernah nampak cafe ni di buka di Citta Mall, cuma tak pernah nak try.

Kali ni try sekali see how !

Heh. Peminat peminat K Pop mesti merasuk tengok ada tulis Korea tu kan?

Aku just nak try je. So usha dulu kedai nya.

Beans N Beans

Korean Dessert


Dalam

Kecik je kedai dia

Interior

Seating arrangement

Rak

Hiasan dinding tak menggambarkan Ke Koreaan

Cafe ni menyediakan coffee dan jugak korean desserts.

Coffee tu bagi aku dah biasa. Tapi Korean desserts tu aku tak pernah try lagi. Macam tak tau nak try cemana.

Bagi yang tak tahu jugak, baca ni.

Special Korean Dessert

Nama nama dia kot

Ada lagi

Ni rupa yang di displayed

Nampak macam menarik, tapi tak terasa nak try

Baca bagai nak rak macam nak masuk exam.

Last sekali order !

Coffee dengan Mocha Cake jer

Cara cara mengorderan.

Pegi ke kaunter cashier. Cekak pinggang. Buat muka bengis. Pandang cashier tu atas bawah. Pastu tanya.

"Dah pukul berapa ni eh?"

Hahaha. Kalau agak agak nak kena lempang, lari cepat cepat.

Kalau rasa nak ambik hati, order je lah. Bila dah order nanti dia bagi benda alah ni.

Ni bukan cakera untuk di lempar.

Dah bayar apa semua, nanti dia kasi benda alah tu. So pegi la duduk kat meja mana mana. Bila order kita siap benda alah tu akan vibrate !

Ya. Vibrate ! 

Awas kalau melatah, nanti terbaling kat kepala orang meja sebelah.

Dah vibrate tu tanda dah siap. Pegi la pick up semula kat kaunter cashier tadi tu. Jangan lupa tanya sekali lagi.

"Agak agak, sekarang pukul berapa ek?'

Dan lari sebelum kena maki !

Ayuh, kudap hidangan yang ada.

Air apa ntah ni, aku lupa

Mocha Cakes. Terlebih manis bagi aku

Cappucino Iced 

Coffee dia bagi aku tak sedap mana. Aku lebih suka dr cafe Coffee yang sebelah dia lagi.

Cakes sangat la manis terlajak tahap potong kaki !

Kedai agak sempit tapi lawa. Ambiance kalau tak ramai orang OK.

Harga agak pricey jugak.

Abis makan lap mulut. Comot !

Rasanya sekarang dia ada outlet di Citta Mall je kot.

Check FB mereka : Beans N Beans, Citta Mall

Selamat mencuba ! 

Nah ! Walaupun aku tak minat KPop... dengar ni sebagai hiburan. Tajuk pun aku tak tau so tak jumpa nak cari lirik.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...