Monday, July 6, 2015

Buka Puasa 2015 - Sköhns Canteen, Damansara Perdana

Puasa tahun ni belum lagi sempat buka puasa di luar. Biasanya aku akan balik rumah je dan makan kat rumah.

Tapi hari tu IH kata dia nak turun ke kota, jadi kami GBS bersepakat untuk gi buka puasa di luar. Lagipun macam dah lama tak jumpa !

Macam biasa, kalau berkumpul mesti tak cukup korum. CP sibuk dengan tugasan dan rumah baru dia di kampung. MH ulang alik ke kampung jugak sebab mak dia tak sihat so hanya IH, aku dan BW yang free.

Jadi... bertiga la kami pergi.

Tempat buka puasa adalah di Sköhns Canteen, Damansara Perdana. Aku nak sebut nama tempat ni pun tak reti.

IH ambik BW pastu datang ambik aku sebab aku malas nak drive.

Lagi bertambah bergaya kami keluar dengan kereta baru IH !!

Kereta baru IH

Baru 2 minggu dapat. Honda HRV.

OK. Tak de nak buat review pasal kereta tapi sudah semestinya Honda HRV - Kereta orang kita tumpang bergaya !!!

Kami ke Damansara Perdana di mana lokasi terletaknya tempat makan tu.

Dah nak senja. Nasib baik jalan tak jem kalau tak berbuka la dalam kereta .... baru

Berpusing pusing cari tempatnya

Area ni nak dapat parking pun agak memeningkan

Dan akhirnya.......

Sköhns Canteen. 

Aku pun tak pasti apa maksud di sebalik nama kedai ni. Dan bersempena dengan bulan Ramadhan ni, tempat ni ada menyediakan buffet dengan harga RM 40 seorang dewasa dan RM 20 untuk kanak kanak

Welcome to SkoHNs Canteen.

Entrance

Sebelum tu layan gambar setting kedai ni dulu. 

Nama canteen tapi tak de rupa macam canteen pun kan? Ni aku ambik masa semua orang dah balik. So tak de orang dah. Sebenarnya masa sampai tu penuh orang.

Feature wall

Dah pernah masuk JJCM

Sebab masa kami sampai tu dah nak masuk waktu berbuka, jadi makanan dah siap sedia terhidang. Orang agak ramai sebenarnya dan kedai agak sempit sebab bilangan meja yang banyak jadi nak berjalan pun payah. Boleh berlaga laga ponggong jadinya.

Layan menu buffet yang di hidangkan.

Suasana sewaktu kami sampai

Makanan dah terhidang. Nanti dulu... tak leh tunjuk lagi....

Sebab sampai pun lewat dan kerusi meja dalam kedai dah dipenuhi pelanggan lain, jadi kami dapat meja di belah belakang.

Ada lanai kat belakang dan dia orang ada tambah tambah meja sikit.

Dapat meja bertemankan lampu tak berapa nak ayan

Kawasan lanai di belakang kedai

Yang tak bestnya... ada kumpulan gagak gagak hitam berkumpul dan mabuk mabuk dan berborak sekuat hati. Menganggu betul.

Alright stop. Collaborate and listen ! Baca tu.

Nak tau betul ke food and service dia like 5 star restaurant. Hmmm jom tengok juadah buffet Ramadhan di sini.

Aneka lauk pauk. Ikan masak gulai kot, ada daging, sotong ayam dan sebagainya. Ada nasi putih dan nasi butter. Kuah gulai tu sedap. Nasi butter tu macam terlebih masin

Ayam goreng dan aneka pilihan sayur mayur

Selain masakan Melayu.. western food juga ada

Ada lasagna, kambing bakar, ayam dan lain lain. Western food dia agak OK rasanya especially ayam. Kambing dengan daging aku tak makan so aku tak tau.

Bagi yang nak jaga body boleh berbuka dengan bubur

Aneka kuih muih

Dan desserts

Kalau nak cerita pasal makanan sebenarnya aku rasa ada hit and miss jugak la. Ada yang masin. Ada yang terlebih manis dan ada yang OK jugak.

Tapi for the price of RM 40 tu aku rasa agak OK la dari segi spread dan rasa. Western food dia mostly sedap sedap belaka. Mana lagi nak cari buffet bawah RM 50 sekarang ni? Dan aku pun rasa tak berbaloi nak spend makan beratus ratus harga buffet. Makannya bukan banyak mana pun.

Cerita pasal makan, meh tengok apa kami makan !

Of chos la kami ambik kombinasi makanan yang ada disediakan. Pelik la kalau tetiba ada ayam KFC kan?

Penuh jugak la meja. Tamak haloba menyelubungi jiwa. Sudahnya makan tak banyak mana.

Pencuci mulut dan tahik gigi

Ni lah bahagian aku berbuka. 

Satu yang aku rasa macam tak kena adalah lokasi kedai ni. Makanan tu kira OK lah jugak tapi lokasinya macam tak sesuai jer. Tengah tengah bangunan dan terkeluar dari jalan utama. Kedai agak sempit mungkin sebab tambahan meja untuk orang berbuka. 

Ada surau awam tapi share lelaki pompuan. Nasib baik la tuan kedai ni ada inisiatif ambik space sikit dan letak divider so kaum lelaki boleh solat kat situ.

Tapi yang tak tahan toilet dia hancing gila !!!

Hancing hancing gila ! Langsung macam tak terjaga. Tapi toilet ni bukan kedai ni yang punya tapi tandas awam kat bangunan tu. 

Dua kali aku masuk, dua kali aku rasa macam nak mati terbunuh. Bau hancing yang tajam menusuk nusuk lobang hidung dan boleh mencederakan deria bau.

Tapi tu kena salahkan bahagian penyelenggaraan bangunan jugak lah.

Lepas makan, solat dan duduk borak borak sampai kedai dah nak tutup ! Sikit lagi nak kena halau.

Satu lagi yang aku rasa kureng skit.

Ada Cik Siti berkeliaran

Ni pun aku rasa bukan dari restoran ni tapi dari kawasan kawasan sekitar bangunan ni. Dua tiga ekor lak tu. Bermaharajalela betul tikus tikus kat sini. Tapi tak de la dia masuk kedai. Dia main kat belakang belakang tu jer.

Still aku rasa lokasi kedai ni agak kureng skit lah sebab macam penyelenggaraan bangunan tak diselenggara dengan betul.

Tapi service dia agak OK. Pekerja dia tak ramai tapi dia orang agak attentive dan sedia membantu apa yang perlu. 

Service aku bagi 4 bintang ! Makanan 3.5 bintang ! Lokasi..... tiada bintang !

Apa apa pun Alhamdulillah. Mengenyangkan. Kalau sesapa berkesempatan boleh la pegi try buffet Ramadhan di sini. Makanan Ala Carte pun ada. Western Food boleh di cuba !

Orang agak ramai, so maybe rasa pun kena dengan selera ramai orang. Sebaiknya booking dulu bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Website mereka : Skohns Canteen

Facebook mereka : FB Skohns Canteen

Ni alamat dan contact mereka :

Lot G-13, Perdana The Place, Jalan PJU 8/5G, Damansara Perdana
Petaling Jaya, Malaysia
011-3700 1813

Dah abis berborak sampai kedai tu dah nak tutup, kami ke Kota Damansara jap. BW yang nak tukar skrin protector hp dia. Nak sangat pegi kedai Ustaz dia ni.

Dekat Uptown Kota Damansara. 

Parking punya la payah. Nama kedai ustaz tapi tak nampak pun ustaz. Oh ! Ustaz gi terawikh kot. Tapi pekerja pekerja Ustaz semua hipsters.

Last last dengan aku sekali terjebak tukar skrin protector handphone. Tapi tak pe la, tak dapat tukar hp baru, tukar skrin protector pun jadi laaaa.

Pastu lepak makan Tauhu Bakar kat area situ situ jugak

Memang terbakar betul. Siap rentung rentung jadinya

Dalam sedar tak sedar, pukul 1 pagi jugak aku sampai rumah. 

Tu lah. Sebab jarang berjumpa kawan kawan ni, sekali jumpa terbabas masa. Silap silap kasut Cinderella pun boleh bertukar menjadi kasut Phua Chu Kang.

Jadi demikian la saja lintas tak berapa langsung sesi berbuka puasa di luar dengan kawan kawan !

Selamat meneruskan ibadah berpuasa.....

Friday, July 3, 2015

Jom Imarah : Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya

Salam Jumaat !

Bulan bulan puasa ni elok juga kita gi melawat kawasan. Hari ni aku nak bawak kalian ke Masjid Cyberjaya atau nama penuhnya. Masjid Raja Haji Fi Sabillillah, Cyberjaya.

Kubah Masjid Cyberjaya

Masjid Cyberjaya menjadi masjid pertama di Malaysia diberi penarafan platinum bagi indeks bangunan hijau.

Dengan rekabentuk berlandaskan prinsip hijau, antara ciri-ciri mesra alam yang diaplikasikan dalam pembinaan masjid ini ialah sistem penuaian air hujan dan penggunaan lampu LED yang akan malap sekiranya pencahayaan mencukupi.

Masjid Raja Haji Fi Sabilillah

Pintu masuk utama

Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya merupakan masjid pertama Malaysia yang menggunakan teknologi hijau seperti kitaran semula air, kaca pantulan cahaya, panel solar, tadahan hujan dan konkrit jenis Fly-Ash yang dikatakan mesra alam.

Menariknya, masjid tersebut mendapat nama berdasarkan seorang pahlawan yang memerintah Riau pada tahun 1777 di samping berjuang menentang Belanda.

Masjid tersebut mendapat Anugerah Platinum Indeks Bangunan Hijau (GBI) kerana binaannya terdiri daripada bahan mesra alam dan menjimatkan tenaga.

Objektif masjid hijau itu adalah untuk menjimatkan tenaga dan kos sebanyak 30 peratus malah membantu menjaga alam sekitar.

Antara teknologi yang digunakan ialah Glass Reinforced Concrete (GRC) yang dipasang pada kubah masjid supaya sinaran cahaya matahari dapat dipantulkan.

GRC tidak pernah digunakan pada mana-mana masjid malah selain memantulkan cahaya matahari, ia juga mempunyai teknologi peralihan haba supaya jemaah tidak berasa bahang kepanasan ketika menunaikan solat.

Layan gegambar.

Mineret yang simple

Tempat wuduk

Taman sekeliling masjid

Pengudaraan secara semulajadi

Masjid ke dua terbesar di Selangor selepas Masjid Shah Alam yang boleh memuatkan lebih 8000 jemaah.

Taman di tengah tengah masjid

Masjid hijau ini tidak mempunyai kubah besar mahupun menara yang tinggi berbanding masjid lain.

Walaupun sinaran mentari mengeluarkan cahaya, bahangnya tidak terasa malah permukaan simen yang dipijak juga tidak terasa panas.

Air wuduk yang telah digunakan oleh jemaah akan diguna semula menjadi air siraman tanaman di sini. Malah, rekaan dalaman serta luarannya juga moden dan berkonsep terbuka yang dikatakan baik untuk sistem pengudaraan, 

Lebih menarik katanya, keseluruhan kawasan terbuka berfungsi sebagai tadahan air hujan yang membolehkan air tersebut digunakan semula.

Jom masuk dalam bangunan masjid dan dewan solat utama.

Tempat solat di sekeliling masjid

Bahagian luar

Dewan solat utama. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah  menolak mimbar dan mehrab daripada simen dan bertitah mahukan ia diperbuat daripada kayu cengal.

Karpet

Bahagian kubah

Keseluruhan kubah masjid

Dewan solat utama

Di bahagian hadapan dewan terdapat kolam untuk penyejukkan

Bahagian di depan menjadi tempat tadahan air hujan

Ruang solat

Dewan solat dari pandangan tingkat atas

Kubah masjid dari tingkat atas

Ruangan solat terbuka di atas bumbung masjid digunakan untuk masa hadapan apabila bilangan jemaah semakin bertambah.

Antara kemudahan lain ialah ruangan solat terbuka, bilik mesyuarat, bilik kelas, bilik imam, bilik bilal, pejabat urusan, tandas, bilik urusan jenazah dan tempat wuduk bagi jemaah lelaki serta wanita.

Lantai


Di luar pekarangan masjid yang mempunyai konsep taman Islamik pula, mempunyai kawasan tempat duduk dan pokok-pokok renek.

Masjid hijau mempunyai keluasan kira-kira 40,000 meter persegi dan mempunyai kemudahan seperti 700 tempat meletak kenderaan.





Pada aku masjid ni memang menenangkan. Ruang yang luas dan selesa dengan suasana dalaman yang sejuk dan suhunya terpelihara walaupun menggunakan tenaga semulajadi. Sebuah masjid yang canggih dan mesra alam.

Tidak syak lagi kenapa masjid berjaya memenangi Platinum Awards untuk Green Building Index.

Pengiraan GBI Index

Bersempena bulan Ramadan ni elok la ambik kesempatan mengunjungi masjid masjid untuk iktikaf.

Ajak sekali Divavi Azwan Ali tu supaya perbanyakkan iktikaf.

Boleh rujuk page ni untuk cara cara iktikaf : Iktikaf Di Bulan Ramadan.

Untuk perkembangan dan aktiviti masjid sila rujuk : FB Masjid Cyberjaya

Sekian.

Wednesday, July 1, 2015

Jom Makan : Santai Restaurant & Cafe, TTDI KL

Pasti semuanya suka macam the idea of lepak lepak santai dan makan makan sambil bersantai. No?

Santai maksudnya kalau makan tak dikacau dan boleh duduk makan ikut pace sendiri tanpa di perhati. Di tempat yang bersuasana nyaman dan aman dan damai serta tenang macam duduk sorang diri !

Kalau nak sunyi sepi macam tu makan je la dalam jamban ye dok?

Meh kita makan makan santai di Santai Cafe.

Santai Cafe ni tak la asing bagi aku sebab aku dulu dulu macam pelanggan setia dok pegi makan kat sini. Tapi dah lama tak terpegi sebab kadang kadang masa tak mengizinkan dan jadual sebagai artis antarabangsa ni memang padat dengan aktiviti aktiviti seperti tidur dan bermalas malasan !

Tapi hari tu keluar, kami pegi makan tengahari di sini.

Jarang jugak aku makan tengahari kat luar sebenarnya tapi kali ni.. moh la kita !

Santai Cafe dan Resto ini terletak di TTDI

Ni resto dia, satu deret dengan kedai kedai di Persiaran Zaaba di Taman Tun Dr Ismail.

Kedai ni menyediakan makanan siang sampai ke malam. Tapi rasanya malam tutup awal jugak lah. Kena check. Dan makanan yang di sediakan adalah makanan Melayu dan goreng gorengan.

Kedai dia agak cozy tapi kadang kadang pack dengan manusia. Tengok nasib lah

Duduk dan check menu !

Menu

At one time dulu aku gila makan Nasi Goreng Santai kat sini.

Minuman yang di order. Jus Cinta untuk aku dan Milo Suam untuk Hero. Dia tak leh minum ais sebab nanti semput !

Boleh memilih duduk di dalam atas di luar

Ni bahagian dalam. Resto adalah bersih !

Apa aku suka sejak dulu Santai ni adalah servis dia pantas !

Dan tak di lupa.. makanan dia based on aku datang dulu dulu memang sedap. Now checkidaut makanan dia setelah sekian lama aku tak datang berkunjung ke sini.

Kami order untuk makan tengahari.

Sup Ekor.. Bukan untuk aku jadi aku tak tau apa rasanya.. OR kata sedap juga

Daging Goreng Kunyit adalah terbaik ! Aku yang tak makan daging tapi kalau macam ni rupa dia.. aku tak boleh miss ! Sedap. garing dan rangup ! Yang penting tak de bau 'lembu'

Tomyam Campur... Tak abis sebab banyak sangat order lauk sebenarnya tapi certainly not bad !

Telur Bungkus idaman ramai

Menu tengahari kami. Eh sabar ! Ada lagi yang belum sampai

Kailan ikan masin

Udang masak paprik. Sedap tapi sebab dia sampai lambat so perut dah tak de space...

Ini pinggan anak aku. Kalau licin macam ni.. sure dia kata sedap

Tapi bak kata dia selalu.

"Abang semua sedap kalau Papa bawak.. Mana ada abang kata tak sedap"

Tu lah.. Makan memang dia punya forte !

Dan bagi aku, rasa di Santai memang masih sedap. Masih enak seperti dulu. Kos makanan dalam RM 70 termasuk Princess nak dessert itu ini. Makannya tidak juga.

Apa apa pun, one of the best resto and cafe di TTDI bagi yang mencari seleraa masakan Melayu. Rasanya Santai ni ada few outlets di tempat lain. Kena check lah !

Dan jangan terkejut kalau lepak kat Santai ni akan selalu terserempak dengan artis. Seingat aku ada few jugak artis aku jumpa kat sini. Rasanya kat row tu ada syarikat rakaman so banyak la artis melepak lepek di situ. 

Antara aku pernah jumpa adalah Zahid AF dengan Nita OIAM awek dia dulu kat kedai runcit sebelah. 

And as usual... aku tak tegur pung............. 

Kesian Zahid. Serba salah dia. Kalau dia tegur aku kang aku buat bodo dia yang malu. Kalau dia tak tegur aku, mesti dia takut aku tuduh dia artis yang sombong !

Hehehe. Salah kan aku ! Aku memang macam tu.... terkadang terlebih bolayan. Aku selalu buat salah dan lupa diri. 

“Setiap orang pasti pernah melakukan kesalahan. Namun sebaik-baik orang adalah mereka yang dalam kehidupannya selalu berusaha memperbaiki diri.”



Orang bisa saja buat salah
Orang bisa saja lupa diri
Dan orang itu aku

Orang punya rasa penyesalan
Orang juga mampu ‘tuk berubah
Dan orang itu aku

Aku tak bisa berhenti cintaimu
Jangan minta untuk melupakanmu
Bisa saja ini terjadi padamu
Dan ku akan memaafkanmu

Orang pasti punya sisa cinta
Orang bisa saja memaafkan
Ku harap itu kau

Sedih la pulak lagu dia ni. Tak de pulak dia nyanyi lagu nasyid. Tak pe layan buat santai santai. Bebulan puasa ni jangan berduka lara croft ! Tak elok.

Aku harap entry makan makan macam ni tak menganggu iman readers di bulan puasa. Kalau terganggu sila bagitau, aku tak post entry yang boleh merembeskan saliva seperti ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...