Wednesday, June 10, 2015

Santai Cuti Sekolah March 2015 V2.0 : 03 - Legoland Theme Park - Part 1

Sampai masa dan ketika, ayuh kita terjah Legoland Malaysia !

Pintu masuk utama dan Legoland Hotel di hadapan taman tema

Baca ni dulu untuk menambah ilmu di dada.

* alihkan buah buahan di dada supaya dada menjadi lapang dan bidang

Ahaks

Legoland Malaysia merupakan sebuah taman tema yang dibuka di Nusajaya, Johor, Malaysia pada 15 September 2012. Taman tema ini juga menyediakan lebih 40 tunggangan interaktif, persembahan dan tarikan. Ia juga merupakan taman tema Legoland yang pertama pernah dibuka di Asia semenjak penubuhannya. Pembukaan rasmi taman tema ini dilancarkan oleh Sultan Ibrahim Ismail pada 22 September 2012. Ia akan menjadi teras kepada kompleks yang bersepadu yang berukuran 5,500,000 kaki persegi (510,000 m2). Kawasan ini juga merupakan taman industri Nusa Cemerlang yang terletak dalam Iskandar Malaysia iaitu sebuah kawasan ekonomi yang terdiri daripada pusat gaya hidup seperti peruncitan, pejabat, hotel, perkhidmatan pangsapuri dan unit kediaman.

Selain daripada taman tema ini, tarikan yang bertemakan Lego akan dibina berdekatan dengan kawasan ini pada suatu hari nanti. Seterusnya, taman tema air Lego adalah projek yang akan dibuka pada pertengahan tahun 2013 dan juga Legoland Hotel. Hotel ini juga merupakan yang pertama di Asia apabila pembukaannya bermula pada separuh pertama tahun 2014. Hotel tersebut dibina di bawah perjanjian pengurusan di antara syarikat. LL Themed Hotel Sdn. Bhd. merupakan syarikat usahasama yang dimiliki oleh Destination Resorts and Hotels Sdn. Bhd. dan Iskandar Harta Holdings Sdn. Bhd.

Kos pembinaan taman tema Legoland Malaysia adalah bernilai RM 720 juta manakala Legoland Hotel berjumlah RM 190 juta.

Hanya makanan yang diiktiraf halal sahaja akan dijual di restoran sekitar taman tema ini. Makanan ini juga termasuklah hidangan yang dijual oleh peniaga tempatan dan asing. 

Selain itu, Legoland Malaysia juga menyasarkan 1.5 juta pengunjung menjelang pembukaannya dan menjana lebih daripada RM 100 juta pada tahun pertama operasinya

See? Tak de orang. Pelik tak? Sebabnya hari hujan kot. Tapi aku book hotel sekali dengan tiket masuk so memang tak perlu nak beli tiket lagi dah. Masa check in kat hotel dia dah bagi siap siap tiket combo untuk 2 hari dan untuk Theme Park dan Water Park.. Boleh keluar masuk sesuka hati

Selamat datang Meng anak beranak !

Pakcik Lego tu kesunyian. Sebab hujan tak de orang nak dekat dengan dia. Princess aku pun takut nak suruh bergambar

Hotel Legoland dari arah dalam theme park. Agak sadis jugak hari tu sebab hujan. Kami siap bawak payung. Boleh jugak beli rain coat kat dalam tu tapi macam mahal jugak la. Nasib la hujan kejap lebat kejap berhenti so boleh la bergerak dari satu area ke area yang lain

Susun atur Legoland Malaysia bermula di pintu masuk utama dan secara tradisionalnya akan memaparkan pemandangan Legoland. Selain itu, The Big Shop, iaitu kedai yang terbesar dalam menjual produk Lego seperti permainan, set blok, DVD, buku dan cenderamata Legoland dan lain-lain kemudahan yang biasa terdapat di pintu masuk juga disediakan. 

Seksyen "Imagination" berada di kiri kawasan permulaan pintu masuk. Permainan "Interactive Lego" bertujuan untuk mengasah kemahiran membina pelbagai bangunan atau barangan Lego yang interaktif seperti rumah, kereta, pencakar langit dan lain-lain. Selepas ia dibina, model yang dihasilkan boleh diuji. Sebuah permainan komputer dan juga tarikan robotik daripada Lego iaitu "Lego Mindstorms" telah disediakan. "Sky cruiser" merupakan sebuah kenderaan yang bercirikan monorel udara di mana pengunjung boleh mengayuhnya mengelilingi trek di atas laluan Legoland Malaysia. Pengunjung juga akan menyaksikan pemandangan bandar yang menakjubkan di luar kompleks Legoland. "Kids Power Tower" merupakan sebuah menara yang membenarkan para pengunjung menggerakkan kerusi kenderaan ke atas menara serta mempunyai tali kerusi yang boleh dijatuhkan. 

Bilik permainan "Lego Duplo" merupakan kawasan yang interaktif untuk kanak-kanak kecil di antara umur 2-6. Kawasan ini juga menyediakan kedai serta restoran. Istana bukit terletak di belakang taman "Lego Knights" dan istananya adalah bercirikan puteri raja.

Masuk masuk kami ke miniature lego ni dulu. Terletak di tengah tengah lepas masuk main entrance legoland ni.

Miniland Putrajaya

Cantik jugak details yang dia orang buat ni

Syok je nak ambik gambar

Kuala Lumpur

Miniland

KL Tower dan Petronas Twin Tower

Dataran Bandaraya JB

JB

Port

Singapore

Taj Mahal

Miniland China

Yangon Myanmar

Bandar Seri Begawan

Angkor Wat

Kapal

Cruise

Kami memang spent banyak masa di sini. Dok meneliti satu persatu detail Miniland ni. Bagi aku menarik dan cantik.

Sedap aku nak menembak. Lagi lagi orang tak ramai. Cuma kejap kejap hujan renyai renyai jadi terpaksa berlindung di bawah payung.

Budak budak pun suka dan seronok. Berlari sana sini. Hero je la dia tu jenis tak sabar. Bila dia dah bosan cepat je ajak nak bergerak ke tempat yang dia nak pegi. 

Aku bagi dia jaga peta, jadi dia tengok peta dia dah aim nak pegi sana sini. Semua nak cepat nak ikut pace dia. Dia lupa bapak dia pun dah naik seronok tak nak berganjak sebab tak abis lagi menembak kat area ni.

Pastu kami ke area belah kanan sekali iaitu Lego City.

Area ni memang more untuk kanak kanak lah. Banyak ride dan permainan yang dia orang boleh cuba yang tak de la mencabar mana. Sesuai untuk yang budak budak kecik baya Princess tu semua. Tapi Hero pun suka je mencuba.

Lego City Airport. Punya la aku beratur dengan Princess sebab memula dia nak naik ni. Dah beratur tu dah sampai turn tetiba dia tak nak pulak. Takut ! isk.. Terpaksa la keluar barisan .

Lego City Stage. Ada persembahan dalam ni tapi ada jadual jadual dia

Usha lebih kurang je kat dalam. Tak de apa apa pun. Tapi time tu ada masciot Legoland kat luar, so budak budak boleh bergambar

The Shipyard - More to gelongsor dan taman permainan budak budak. Princess je la berlari sana sini main. Kami duduk melepak je lah.

Lego Rescue Academy. Boleh naik lori bomba tu semua dan main padam padamkan kebakaran. Kami tengok je sebab malas nak beratur.

Market Restaurant. Dalam ni banyak tempat makan. Kami tak usha pun sebab masih kenyang. Dengar kata makanan mahal mahal belaka. Aku nasihatkan masuk bawak je air mineral, tak de la terpaksa nak membeli dalam ni

Boating School. Ni Princess dengan Hero naik

Pusing ikut laluan dia. Seronok gak la untuk budak budak

Driving School. 

Hero naik ni. Dia agak bad mood masa ni sebab dia sibuk nak masuk kedai lego dan aku tak nak masuk dan malas nak melayan. Bila try ride ni muka masam je. Tapi sebab bila budak budak naik ni dia orang dapat driving license so Hero suka lah. Cas cas dah dapat license. Tengok la paling besar tu la anak aku ! Bawak kereta ganas ya rabbi. Abis orang dia langgar.

Abis di kawasan Lego City, kami bergerak ke area Lego Technic.

Ini Star Wars Lego Mindstorms Masuk dalam ni

Ada pak sedara menunggu nak memancung

Masuk dalam tu ada tayangan video sikit pastu ada robot robot dan set yang di gunapakai dalam cerita Star Wars.

Lego Lego

Lego Academy. Aku tak masuk pun dalam dia. Dia orang je masuk. Aku dok usha kat luar je. Lagipun hujan lebat balik semula

Duduk berteduh kat sini. Beli air dan meal budak budak. OK la.. Nuggets dgn Fries dan air kotak dalam RM 13 set budak budak. Set lain tu harga mahal sikit la dari kat luar.

Project X Roller Coaster. Aku dok pujuk Hero naik ni... 

Tapi hujan masih turun dengan lebat, so kami melepak je tunggu hujan reda.... 

Boleh pulak aku terjumpa member sekolah kat sini. Layan borak la kejap.

bersambung..................

Tuesday, June 9, 2015

Santai Cuti Sekolah March 2015 V2.0 : 02 - Legoland Hotel - Room

OK !!

Sila duduk. Duduk duduk semua. Bersimpuh lagi elok.....

Now kita pegi ke bilik penginapan di Legoland Hotel.

Ni bangunan hotel. Yang belah ni mengadap area Nusajaya dan bangunan bangunan. Belah belakang yang mengadap ke arah theme park 

Macam aku bagitau, kat hotel ni ada bilik premium dan bilik biasa. Bilik premium yang ada tingkap. Bilik biasa .. memang biasa lah.. tak de tingkap kot. Aku pun tak pasti tapi kalau tengok kedudukan memang tak nampak apa apa la sebab dia tengah tengah

Dan juga.. bilik dia ada theme theme..... Kingdom. Adventure dan Pirates. Dan setiap floor adalah theme lain lain. Ntah aku pun tak tau kenapa masa booking tu aku book for Adventure theme.. So mari kita beradventure !!!

Ini lif naik ke bilik. Kena ada pass kad untuk ke floor masing masing kecuali kalau ke lobby dan basement. 

Yang menariknya.. lif dia comel comel.. dan bila lif terbukak.. lampu menyala nyala macam disco dan musik terpasang lagu ' We are Family'.... Boleh la nak menari nari meroyan lupa diri sekejap dalam tu. ( kalau tak de orang lain lah)



We are family
I got all my sisters with me
We are family
Get up everybody and sing
We are family
I got all my sisters with me
We are family
Get up everybody and sing
Everyone can see we're together
As we walk on by
And (Fly) and we fly just like birds of a feather
I won't tell no lie
(All) all of the people around us they say
Can they be that close
Just let me state for the record
We're giving love in a family dose
We are family
I got all my sisters with me
We are family
Get up everybody and sing (sing it to me)
We are family
I got all my sisters with me
We are family
Get up everybody and sing
Living life is fun and we've just begun
To get our share of the world's delights
(High) high hopes we have for the future
And our goal's in sight
(We) no we don't get depressed
Here's what we call our golden rule
Have faith in you and the things you do
You won't go wrong, oh-no
This is our family Jewel
We are family
I got all my sisters with me
We are family
Get up everybody and sing

Ini bilik bilik di Adventures theme....  Belah kanan mengadap tingkap ( premium ) belah kiri bilik biasa

Ni kat floor dengan theme lain

Pass key. Assalamualaikum dunia.... 

Jeng jeng jeng......... dah masuk bilik.. Penuh dengan hiasan dinding ala ala adventure. Lukisan dan hiasan macam di zaman Egypt dan era Pyramid... banyak binatang binatang dan mummia. Princess aku takut !!!!

Dan di sebalik king size bed tu ada ruang khas dengan double decker.. Khas untuk budak budak. Bawah pun boleh tarik lagi satu deck. Kiranya boleh occupied up to 5 pax ! Lebih pun boleh kalau nak sumbat.

Bilik memang selesa.... Kemas dan cantik. Tapi kadang kadang mural mural ni menyemak mata jer....

Hiasan di dinding dengan working desk. Ada 2 LCD TV.. satu kat ruang king size bed.

Dan 1 lagi dekat double decker budak budak

Kalau nak cerita barang barang lego memang banyak. Ada replika replika di dinding dan serata bilik tapi semuanya macam dah kena gam dengan gam gajah. Jangan harap la nak cabut ( ada hati ni )

Dalam bilik

Dalam bilik air. Ada 2 sinki .. 1 untuk dewasa dan 1 untuk kanak kanak.. sinki dia rendah sikit. Memang kids friendly. 

Toiletries dia

Siap selipar dan bathrobe untuk kids pun ada. Princess suka bebeno lah selipar ni

Katil aku tepi tingkap. Budak budak punya bunk bend belah dalam sikit. Ada divider dan pintu boleh slide. OR boleh pose pose Nefertiti di sini.

View dari bilik. Boleh tengok keseluruhan theme park

Roller coaster

Orang menjerit pun boleh dengar

Apa yang buat anak aku tak nak keluar bilik sebab dalam bilik disediakan lego set. Dia orang boleh main sesuka hati. Dia memang letak dalam setiap bilik.. tapi tak boleh ambik bawak balik lah. Nak ambik boleh jer... kalau buleh sorok.. tapi kan berdosa tu.. Kan???

Hero pulak tak nak keluar sebab dalam bilik ni ada satu secret chest. Dalam tu ada hadiah kalau boleh bukak peti besi tu. Dan untuk mendapatkan codenya, kena jawab soalan dengan pembayangnya semua ada dalam bilik tu sendiri

Chest dia kat bawah monyet tu

Tu soalan yang perlu di jawab

Soalan dia tak susah cuma tricky skit. Sebab pembayang tu ada kat carpet, tepi dinding dan serata bilik. Mostly kena kira berapa ekor scorpion lah,, orange bugs dan sebagainya....

Trickly sebab carpet duduk bawah katil dan tak leh nak alih. So nak kira tu agak rumit. Cuma last resort kena keluar bilik sebab kat aisle luar bilik tu ada carpet yang sama dan lebih jelas

Masa sampai tu jenuh la Hero mencari clue nya. Cuba cuba tak dapat jugak code tu. Sampai kami keluar ke theme park dan pegi makan sampai balik semula ke bilik.

Malam tu baru la bersungguh sungguh. Fed up jugak la aku. Nak je aku call reception kasi tau.

"Anak saya dah give up ni ! Cepat bagi code untuk bukak peti rahsia ni. Jika tidak saya mengamuk !!!!"

Atau.. boleh jugak caranya... ugut house cleaner yang bersihkan bilik tu. Dia orang sure tahu kan? Hahahaha...

Tapi orang kata.. usaha pasti jaya ! Malam tu baru la peti monyet ni dapat di buka. Tu pun Hero dengan OR yang kerjakan. Aku malas nak melayan sebab aku pose pose dugung atas katil sambil layan Princess main lego. Sebenarnya jawapan dah betul tapi turutan tu silap sebab ensel dia terbalik.

Ni hadiah misteri dalam chest tu. Boleh ambik as a gift !! Hero suka dan puas hati.

Overall... bilik pun sangat la selesa. Budak budak memang suka gila gila. Cuma aircond sejuk benor even dah slow down pun rasa macam kat oversea jer.

* berangan gi Legoland kat tempat lain.

Apa apa pun... highly recommended for a family with young kids !!

Okey. Abis pasal bilik dan hotel. Nanti kita masuk Legoland Malaysia Theme Park !

bersambung................

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...