Thursday, May 7, 2015

Trip Bila Minda Superhero Bercelaru

Tajuk tak leh blah ! TQ Hannan.

Ni cerita sempena cuti hari buruh tempoh hari. Mulanya aku memang tak de plan ke mana mana sebab cuti ni memang banyak hal hal urusan kekeluargaan.

Tetapi......................


Tapi sebelum tu aku ada soalan cepu gangsa.

Di mana, some place yang korang rasa closer to heart ? Tempat yang korang akan pegi berkali kali biar pedulik orang kata apa. Tempat yang boleh cari kedamaian. Tempat yang kita bakal beroleh ketenangan. 

Jangan cakap Mekah dan Madinah. Tu orang Islam semua wajib pegi.

Ni tempat yang mungkin orang lain tak suka tapi ada sentimental value pada kita?

Kalau tanya aku tempatnya adalah Pulau Tioman !

Ke Tioman lagi kita yeop !

Aku pun tak tau kenapa aku suka Tioman. Rasanya dalam banyak banyak pulau, Tioman la yang aku paling banyak kali kunjungi. Time aku sedih. Time aku lari dari hiruk pikuk kota. Time aku nak berkasih sayang. Time aku lari mencari ketenangan dari problema dunia.

Pulau Tioman semestinya terlalu dekat di hati !

Kalau tanya aku, apa ada di Tioman ni? Aku pun tak boleh nak jawab sebab hanya aku je yang tahu kenapa dan mengapa.

Banyak kenangan sedih duka pilu dan gembira di sini. 

Tapi trip ni memang agak spontaneous jugak sebab aku tak de buat arrangement awal pun. Just bila rasa nak pegi then aku pegi ! Dan kunjungan kali ni memang nak mencari kedamaian. Aku ada problema sikit la lately. Problem dengan tempat keje. Sebenarnya asalnya bukan la problem, tapi menjadi problem sebab aku rejek promotion yang aku dapat sebab aku tak ready nak take up responsibility. Walhal, itu keputusan aku tapi keputusan tu diterima sebagai persepsi yang berbeza oleh orang lain.

Agak dungu jugak la aku jadinya sebab aku sendiri keliru. Jadi di sini, aku perlukan masa dan waktu yang tenang untuk berfikir. Untuk mencari kedamaian dalam keputusan yang aku dah buat. Dan keputusan itu pastinya hak dan benar dan tak membawa kepada satu penyesalan.

Anyway.... ini lah trip mencari damai di hati, bila si buruh mengimpikan ketenangan !

Aku lah buruh tu.

Apa apa pun, walaupun dah banyak kali ke Tioman, tapi aku belum pernah ke the other side of Tioman. Biasanya aku akan stay di Tekek atau belah belah yang biasa orang pegi. So kali ni aku terjah ke belah satu lagi ... Kampung Juara, Tioman.

Layan gegambar je lah dulu.

Selamat Datang ke Kampung Juara, Pulau Tioman

1511 Coconut Grove Juara

Belah matahari naik

Very nice beach

Very relaxing place

Kurang orang di sini

Antara resort yang ada

Cuma cuaca agak tak menarik sebab mendung dan hujan jer

Kampung Juara

Pantai yang landai dan ombak yang tenang

Dan di sini aku temui cahaya...............








Lepaskan aku dari kesamaran
Lepaskan aku dari kemarahan
Terjerat jiwa didalam kesedihan
Kau berpaut didahan kesengsaraan

Tak perlu lagi asyik berhenti
Adanya kehidupan untuk kau jalani
Tak perlu lagi asyik kau cari
Bila jawapannya di mata pasti

Ku temu cahaya dimalam gelita
Ku dakap sinarannya
Bangkitkan aku dari alam fana

Layarkanlah bahtera kehidupan
Layarnya dibawa arus ketenangan
Bebaskan sayap indah kebebasan
Terbang jauh dari wajah kegelapan

Tak perlu lagi asyik berhenti
Adanya kehidupan unutk kau dihayati
Tak perlu lagi asyik kau cari
Bila jawapannya dimata pasti

Ku temu cahaya dimalam gelita
Ku dakap sinarannya
Bangkitkan aku dari alam fana

Ku temu cahaya dimalam gelita
Ku dakap sinarannya
Bangkitkan aku dari alam fana

Ku temu cahaya dimalam gelita
Ku dakap sinarannya
Bangkitlah aku bangkitlah aku dari alam fana

Ku temu cahaya dimalam yang gelita
Ku dakap ku dakap sinarannya
Bangkitkan aku dari alam fana

Dan set ke dua percutian adalah more to acara kekeluargaan.

Melawat sedara mara dan pegi kenduri kendara.

Jadi ke JB kita.

Menginap di Double Tree by Hilton, Johor Bahru

Double Tree by Hilton

Pool

Newest hotel in town

Santai

View

Jay Em Bee

Kamar beradu

The room

View at night

Aku bukan la peminat brand Hilton. So biasa biasa je bagi aku hotel nih.

Sempat jugak la ronda ronda jalan jalan di JB dan checkidaut mall baru. Komtar JBCC

Bangunan Sultan Ibrahim

Kuil Sri Mariamman JB

Kalongan bunga

JB City Square

Jalan Wong Ah Fook JB

JBCC Komtar, Johor Bahru

Pulang

Trip yang singkat.

Alhamdulillah. 

Aku temui apa yang aku cari. Semoga tetap dan istiqamah dengan keyakinan yang di beri. Amin.

So destinasi mana yang memberi kesan yang amat dalam dalam kehidupan korang? Destinasi yang buat korang rasa 'hebat hebat rasa ...... maggie cukup rasa' !

Wednesday, May 6, 2015

Jom Ngopi : The Coffee Club, Subang Parade

Jom gi dating berdua duaan makan makan kat The Coffee Club, Subang Parade sambil lap lap bibir.

Kau lap bibir aku, aku lap bibir kau. Pastu lap lantai lepas lap meja.

Dah lama aku usha tempat ni tapi tak sempat sempat nak pegi. Hari tu baru sempat usha. Kami pegi berdua je dating dating kat kedai kopi !

"Hello, where will I meet you ?"

"Sini la uols......"

No ! Aku bukan pegi dating dengan Mak Iti. Aku dating dengan Mak Itik. Kwek Kwek Kwek.

* lari keliling Subang Parade takut kena piat

The Coffee Club

Pengenalan dia.

The Coffee Club Group (The Coffee Club) has expanded to Malaysia! It is one of Australia’s largest locally-owned cafe groups, celebrates 25 years of Good Food, Great Service and Excellent Coffee. The first store opened its doors in November 1989 at Brisbane’s Eagle Street Pier, and The Coffee Club have grown to more than 243 outlets throughout Australia and another 46 in New Zealand, 14 in Thailand, 1 in New Caledonia, 3 in China, 3 in Egypt, 1 in Maldives and the latest in Malaysia. The Coffee Club has established itself as an iconic household name and preferred venue for millions of coffee drinkers throughout the Asia Pacific region.

So when the question is `Where Will I Meet You? ́ Make your answer The Coffee Club of chosss !

Resto dia agak lawa. Bangunan kaca sama macam Jibby & Co tu jugak

Where will I meet you?

Ada 2 tingkat. Aku naik duduk kat atas

Sila baca

Oder oder

Main course

Kami order main course dan jugak cake sebagai dessert. Tapi cake sampai dulu. Nasib baik la jugak sebab main course lambat gila sampai. Abis makan kek ni dulu.

Devil Choclate RM 11.90.

 Sedap !

Lime and Vanilla untuk aku. Orange Juice untuk OR

Coaster

Bahagian atas belah luar. Boleh hisap rokok

Bahagian atas belah dalam

Cake dah abis !

Main course aku baru sampai. ChickenBeef Supreme. Boleh tahan. Aku suka sayur dia tak overcook

Salman Khan.. aka Salmon. OR punya. Dia makan tak abis. Aku tak leh paw. Dia kata biasa biasa jer. Salmon tu macam overcook

 Lihatlah hasilnya bila resaksa membaham habuannya

Overall food dia not bad. Service dia agak slow sikit walaupun orang tak berapa ramai masa tu. Tapi waiter dia yang botak tu agak friendly dan very attentive.

Kami tak try pun coffee walaupun pegi minum kat kedai coffee. Sebabnya dah banyak sangat mengopi hari tu. Kang migrane lak.

Ada banyak jenis kopi jugak di sini boleh di cuba kecuali Kopi Dangdut !

Price agak pricey jugak tapi kira OK lah sekali sekala. Still aku rasa much better than Jibby & Co  !

Bar

Belah bawah. Mamat waiter lap peluh sebab penat melayan kami.

the Coffee Club

Boleh di cuba


So kalau di tanya, where will I meet you? Jawapannya... boleh jumpa di Coffee Club ... !

Aku pun dah pegi. Mak Iti pun dah pegi..... Korang bila lagi? 



Hari ini azamku yang baru
Tak mungkin kau jadikan kelabu
Tepis-tepis kata yg sinis
Yang panas ku jadikan membeku

Citarasaku bukanlah menggunung
Tak pernah menganggu kamu
Bahgia aku kemudi selalu
Biar ku menuju
Jalan tak berbiku

Biarkan cemburu berkubur
Asalkan tak cemari hidupku

Biarkan ku senyum selalu
Tandanya ku tiada seteru

Hari hari berlalu
Tidak menunggu
Sia sia Umurmu
Termangu terpaku

Hari esok tak siapa tahu
Barangkali berubah nasibmu
Oles oles wajah yang mulus
Cahaya hati kamu yang telus

Jangan kau terpenjuru
Jangan kau bercelaru
Diriku bukan milikmu
Kau biarkanlah aku

Tuesday, May 5, 2015

Jom Makan : Pak Anjang Bariani Johore, Seksyen 13, Shah Alam

Lapar?

Sapa tak suka makan nasi beryani angkat tangan? Berani????

Tak suka sudah. Tapi bagi yang suka... aku jumpa satu kedai yang menyediakan Nasi Beriani Johore di Seksyen 13 Shah Alam.

Kelas eja Johor ada E kat belakang.

Tak pasti ada cawangan lain ke tak. Kena rajin rajinkan diri google. Aku malas so aku tak de jawapan.

Kami pegi makan malam. Orang dah tak de.. Dia tutup pukul 9.30 malam

Boleh duduk di luar sambil isap rokok ker. Tapi jangan duk syok hisap rokok pastu lupa nak order !

Atau duduk di dalam....

Ni menu dia. Kedai ni jual nasi bariani jer... dan ada lah makanan lain jugak tapi tak banyak. 

Main menu dia nasi bariani. Tapi bariani ada yang gam dan ada yang tak gam.

Masa kami sampai yang gam dah abis. So tinggal yang tak gam jer.

Minuman adalah ada.. Pilih je dan harga agak berpatutan especially air buah

Okey. nak gi makan jangan lupa bawak beg walaupun dalam beg ada lampu suluh. Ni beg Princess. Macam macam barang ada dalam tu.

Menunggu tak lama, makanan pun tiba.

Nasi Bariani Daging

Nasi Bariani Ayam

Nasi Bariani Kambing

Nampak lebih kurang sama je kan sebab daging dan ayam tu di letak di bawah nasi.

Jadi. makanan dah tersedia. Apa kita tunggu lagi. Ayuh. Baca Bismillah.

Air di lupa jangan. Nanti tercekik. Aku order asam boi, milo tabur untuk hero. OR minum fresh orange

Oh tak lupa. Tauhu bakar

Kasi gambar dulu sebelum kena ngap

Baiklah Tuan Tuan dan Puan Puan sekelian alam dan sekitar Shah Alam.

Verdictnya.

Bagi aku bariani dia biasa biasa jer. Tak de lah istimewa mana. Kalau nak compare aku go for JM Bariani kot sedap sikit. Tauhu Bakar tu kuah dia agak manis so agak tak berapa menepati citarasa aku sangat.

Anyway kalau cerita bab kenyang. Alhamdulillah mengenyangkan. Nak repeat tak de la kot. Nak recommend pun bagi aku terpulang lah.

Walhal makan dan makanan ni adalah mengikut citarasa dan selera masing masing.

Bukan tak sedap, cuma tak de la umpph sangat ! Or maybe Nasi Bariani Gam dia yang lebih sedap kot. Boleh di cuba lah.

Restoran ini dibuka setiap hari dari pukul 10.30 pagi hingga 9.30 malam dan ditutup pada hari Isnin minggu pertama dan ketiga.

Restoran Pak Anjang Bariani Johore
44 Jalan Rugby 13/30 Seksyen 13,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor
Telefon: 03-55106535

Koordinat GPS: U 3.088933 T 101.546588

Makan Bariani Johor sambil layan lagu ghazal.

Mulut tu lap.. jangan nampak comot sangat, malu orang kampung.



Janganlah kita meninggi diri
Akhirnya jatuh ya Allah Yaladan, Yaladan, Yaladan
Akhirnya Jatuh ke bawah juga (ke bawah juga)

Jangan diturut rasmi lalang
Baik di turut, Ya Allah Yaladan, Yaladan, Yaladan
Baik di turut rasmi padi (rasmi padi)

Meninggi diri dibenci orang
Budi bahasa, Ya Allah Yaladan, Yaladan, Yaladan
Budi bahasa ini dicari (ini dicari)

Baiklah Baik pegang kemudi
Janganlah sampai, Ya Allah yaladan, yaladan, yaladan
Janganlah sampai terlanggar karang, terlanggar karang

Baiklah baik kita berbudi
Janganlah sampai, Ya Allah yaladan, yaladan, yaladan
Janganlah sampai dikata orang, dikata orang

Baiklah baik kita berbudi
Janganlah sampai, Ya Allah yaladan, yaladan, yaladan,
Janganlah sampai dikata orang, dikata orang

Friday, May 1, 2015

Selamat Bercuti

Cuti panjang neh !

Selamat bercuti semua.


Ke mana jua destinasi ada. Apa jua jenis kenderaan yang anda naiki, berhati hati.

Semoga selamat semuanya.

Have a great holiday ! Enjoice......................



Feeling my way through the darkness
Guided by a beating heart
I can't tell where the journey will end
But I know where to start

They tell me I'm too young to understand
They say I'm caught up in a dream
Well life will pass me by if I don't open up my eyes
Well that's fine by me

So wake me up when it's all over
When I'm wiser and I'm older
All this time I was finding myself
And I didn't know I was lost

I tried carrying the weight of the world
But I only have two hands
Hope I get the chance to travel the world
But I don't have any plans

Wish that I could stay forever this young
Not afraid to close my eyes
Life's a game made for everyone
And love is the prize

So wake me up when it's all over
When I'm wiser and I'm older
All this time I was finding myself
And I didn't know I was lost

Didn't know I was lost
I didn't know I was lost
I didn't know I was lost
I didn't know (didn't know, didn't know)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...