Saturday, March 12, 2011

Trip Medan - Part 2


Malang betul. Sampai sampai aku dah panas hati dengan imigration ni.

Keluar dari airport tengok tengok, hujan pulak !

Alamak ! Tak best !

Stress aku macam ni. Awal awal dah banyak benda yang buat aku jadi tak tentu hala. Mood berpinar pinar. Nak start something dengan mood happy pun tak boleh.

Aku sebenarnya tak tau mana nak tuju. Macam aku cakap, aku dah riki riki sebelum start flight ni, tapi tak banyak info aku dapat melalui internet. So aku punya cara yang tinggal adalah .... belasah je.

Aku cuba nak dapatkan transport dari Airport ke Lake Toba terus. Dalam internet ada cakap, aku boleh naik bas atau sewa kereta atau aku boleh shared van dengan orang lain yang sama sama ke Lake Toba.

Nak naik bas boleh. Tapi aku kena cari station bas dulu. Nak ke sana kena tau jalan jugak. Ada info aku print dari internet tapi macam tak banyak membantu jugak.

Nak sewa kereta untuk aku sorang, macam tak berbaloi baloi. Sewa satu kereta harga dia Rp450 ribu satu trip (RM150). Kalau boleh aku nak save selagi aku mampu. So jalan akhirnya, aku kena cari sharing cab ke Lake Toba tu.

Info yang aku dapat cuma Raja Taxi ! Dia ada sediakan transport secara kongsi ke destinasi di Medan ni.

"Pak. Teksi Pak?"

Aku di hampiri. Ada je yang menunggu di luar airport tu.

"Saya mahu ke Raja Taxi"
"Bisa Pak. Rp 30 ribu"
"Mahal"
"Jauh tu Pak"
"Ngga apa apa"

Aku lari daripada dia. Duduk di satu sudut dan aku nyalakan rokok. Hujan masih turun dengan lebat. Hati terpujuk sikit tengok ada station minyak Petronas depan airport. Hah. Macam kat Malaysia !

Aku fikir lagi, nak naik bas ke macamana ni?

Aku try tanya satu minah yang jalan melepasi aku. Dia kata kalau nak ke Raja Taxi tu kena jalan kaki. Tak jauh tapi hujan !

So aku stay dulu.

Tiba tiba.

"Bapak !!!"

Aku toleh. Ada seorang lelaki melambai tangan ke arah aku. Aku geleng kepala.

"Ya kan? Mahu ke Danau Toba kan?"

Aku angguk. Tapi siapa pakcik ni? Mana dia tau?

"Ya. Ini aja. Ayuh"
"Kamu siapa?"
"Raja Taxi"

Aku pelik. Dia keluarkan kad dan pass name kad dia pada aku. Buat aku rasa lega. Argh. Penyelamat ! Mungkin pakcik tadi bagitau. Sebenarnya memang ada Raja Taxi ni pick up orang kat airport. Tapi kena call dia orang dulu. Kebetulan, driver ni datang ambik orang lain dan dia tahu aku nak ke sana tu yang dia panggil aku.

Ada sedikit rasa lega.

Aku terus naik van tu. Duduk depan sekali. Ada awek naik duduk kat belakang. Van terus meninggalkan perkarangan airport dan bergerak.

"Macet juga di sini ya Pak?"
"Iya....."
"Jadi kita ini langsung ke mana Pak?"
"Ke kantor dulu. Di sana ada yang lain, langsung penuh baru bisa ke sana"

Aku angguk. Sekurang kurangnya harapan aku untuk sampai ke Danau Toba hari ni masih ada !

Tak jauh pun pejabat Raja Taxi tu. Sampai je ada beberapa orang menunggu. Aku di minta beli tiket. Harga tiket dari Medan ke Danau Toba adalah Rp 70 ribu (RM 25). Aku rasa OK.

Dan saat menunggu tu lah yang parah.


Memang ramai orang, tapi sebenarnya bukan semua orang nak ke Lake Toba. Dia sediakan transport ke beberapa destinasi. Cukup penuh 7 orang dalam van 7 seater tu baru dia bergerak. Jadi aku tak leh nak budget masa. Kena tunggu penuh lah, tapi hujan pulak turun mencurah curah.

Aku sampai 9 pagi di airport, pukul 11 baru semuanya memberi sinar. Cukup orang. Hujan pun berhenti maka kami segera bertolak ke Lake Toba.

Tapi van tu siap ada seat number. Dia siap buat pengumuman lagi.

"Bapak Ayub kerusi nombor 1. Siska seat nomor 2, 3 dan 4"

Aku dapat seat no 5 !

Belakang sekali bertiga dengan nombor 6 dan 7 !




Pergh. Pack gila. Van dia Innova tu. Belakang bukan besar pun ruang nak isi semua barang barang. Mula la ada yang memangku atas riba. Seat belakang pun nak bergerak sangat tak boleh. Tersangkut kaki.

Argh. Siksa.

Nak menempuh perjalanan selama 4 jam ni lagi menyiksakan !

Tahan je lah. Tu je lah yang mampu aku buat. Mamat sebelah aku lagi kesian. Dia tengah tengah, atas riba ada barang. Aku pun dah tak leh nak betulkan kaki dah sampai rasa cramp cramp di buatnya. Nak berlunjur pun tak boleh. Ada yang siap bawak anak atas riba lagi sepanjang panjang perjalanan. Haru kan?

Tapi tu lah. Nak buat cemana. Kena terima lah. Kalau nak travel feeling feeling nak bermewah mewah, jangan share van macam ni, sewa je sorang sorang, boleh tidur kat belakang.

Perjalanan melepasi kota Medan agak sesak. Tersangkut sangkut. Bandar Medan besar sebenarnya. Lebih dari 2 juta orang berada di sana. Sesak. Tau tau je la kenderaan yang lalu lalang. Memang menyiksakan.

Aku ingat perjalanan sangkut sangkut macam tu akan buat aku tiba lewat tapi sebenarnya Supir supir di sana memang dah biasa. So, jalan singkatnya, dia orang bawak kereta macam driver F1 !

Gila babi.

Mula mula tu macam nak tercabut nyawa aku. Memang tak de queue lah kalau jem ni. Asal ada ruang je mesti dia pintas. Pastu tak kira ada lori kat depan ke apa, pandai je dia pecut dan cilok masuk. Memang mendebarkan.

Beberapa kali jantung aku hampir terkeluar. Cuak sey.

Tapi nasib jugak aku duduk belakang sekali tak rasa apa. Tapi aku tengok orang lain relaks je. So aku kena relaks kan diri jugak walaupun dalam hati... bunga bunga dalam taman bergoncangan !

"Pak ! Pak ! Aircondnya ngga di pasang?"

Aku dah berpeluh peluh. Memang tak rasa aircond. Semua orang diam. Pelik betul. Aku tak tahan, last sekali aku sound jugak la Supir tu.

"Apa?"
"Aircond nya. Ngga rasa"

Supir tu blur. Aku siap tunjuk tunjuk lagi, buat gaya panas.

Tiba tiba mamat sebelah bersuara.

"Angin !!!!'"

Aku terdiam.

"Oooo. Angin"

Terus Supir tu blastkan aircond.

Dia orang panggil angin kah? Arghhhhhhhhhhh...

Malu nyah !!!!!!!! Cobaan nak menjadi rakyat Indon adalah gagal !!

Abang malu ! Abang malu !

Terus cuba cuba buat buat tido. Tapi tak tido gak. Aku tak nak tidur sebenarnya sebab takut dengkur. Lagi malu. So tahan je lah sambil dok tengok pemandangan sekitar yang tak menarik mana. Kampung kampung dengan bangunan lama lama macam kat Malaysia tahun 80 an dulu aku rasa. Pastu ladang getah, kelapa sawit dan pokok ubi ada di tanam di sepanjang jalan.

Van kami singgah di sebuah kedai. Berhenti kejap lah. Aku lapar. Tapi kedai dia memang mengerikan. Ada warung makan. Pastu ada la kedai jual makanan ringan hasil rakyat Medan pastu ada toilet. Aku duduk hisap rokok. Order teh botol. Minum je lah. Tapi aku tengok semua orang makan.

Pastu macam sedap je. Masing masing berselera. Padahal mee goreng je.

So aku cuba jugak lah.




Aku order benda yang sama. Mee Goreng dia siap ada kuah kacang. Tak sedap lah bagi tekak aku, tapi aku kena makan jugak sebab aku lapar. Makan tak habis. Layan rokok sekejap sebelum kami bergerak semula ke destinasi.



Dari Medan, kami melepasi sebuah pekan bernama Pematang Siantar. Tu je dah makan masa 3 jam. Dan dari pekan kecil tu perlu lagi 1 jam ke Parapat. Parapat adalah tempat jetty di mana aku perlu ambik bot untuk ke Pulau Samosir.

Jalan dari Pematang Siatar ke Parapat memang lagi ngeri. Scenary dia cantik sebab naik bukit dan banyak pokok pokok pine. Cuma jalan la macam ular. Macam kita nak pegi Genting tu. Dan Supir ni bawak memang tak ingat lah, nonong nonong je potong sana sini.

Tahan je lah dan berdoa moga tak de apa apa yang buruk berlaku.




Dan akhirnya, lewat jam 3 petang, dari celah celah pohon pine, kelihatan danau yang membiru. Waktu tu aku tahu, saatnya sudah hampir. Aku akan tiba di destinasi yang aku idam idamkan selama ni. Macam macam yang aku bayangkan, dan kali ini, aku dapat lihat dengan mata kasar sendiri. Ketenangan air tasik seolah olah melambai aku datang !

Welcome to Danau Toba !!!

Keluar dari perut van dengan kaki yang dah lenguh, aku rasa lega. Hiruk pikuk suasana di jetty petang itu. Masing masing dengan agenda tersendiri. Ada yang baru pulang, ada yang baru datang, ada yang ulat ulat yang berurusan dengan pelancong, makcik makcik mundar mandir menjalankan perniagaan.

Suasana yang cukup berbeza. Tapi aku puas. Tasik sudah terbentang di depan mata. Pulau Samosir sudah kelihatan dari tebing tempata aku berdiri.

"Mas. Feery ini ke Samosir ya Mas?"
"Bapak mahu ke mana? Tuk Tuk atau ke Tomok?"
"Err. Tuk Tuk"
"Ya. Yang itu aja. Yang ini ke Tomok Pak"

Ada 2 route ferry sebenarnya. Satu ke Tomok dan satu ke Tuk Tuk. Dua dua tu kat Samosir Island. Cuma tempatnya agak berbeza. Dan ferry ke Tomok tu ada angkut barang dan kenderaan sekali. Yang ke Samosir tu je yang bawak pelancung semata mata.








So aku naik ferry yang hampir penuh. Mungkin bila bila masa saja ia akan bergerak. Ada orang Malaysia yang aku perasan. Ada makcik Melayu yang kawin dgn Mat Salleh buruk dan sibuk sibuk speaking English dengan accent. Siap bawak beg Aishah lagi. Salah tempat kah kau ni Makcik?

Pastu ada young couple aku rasa dia orang honeymoon. Duduk belakang aku. Yang pomp tu memula aku ingat Rafeah Buang skandal lama abang tu. Dari jauh macam ya. Terkejut pulak aku, bila dia dekat dekat, oh. banyak jerawat.. no no no !

Then penuh dengan cina cina lah. Maklum la cuti cuti ni dia orang siap bawak tikar, bantal dan tilam bagai. Macam nak berpicnic jer. Atuk nenek, anak cucu semua ada.

Aku stay je kat seat aku. Layan pemandangan di sekitar.

Air tenang. Ada perahu mundar mandir. Sesekali kedengaran engine bot mengaum dengan aktiviti masing masing. Ada suara kanak kanak bergelak ketawa sambil berenang di Tasik tanpa rasa takut. Mungkin sudah biasa.

Dalam mamai mamai dan sibuk ambik gambar sana sini, ferry mula bergerak.

Tak lama lagi aku akan sampai ke Pulau Samosir !





Perjalanan dengan ferry tersebut memakan masa hampir 1 jam. Ferry kayu je. Geraknya pun slow. Tapi masa yang terbaik untuk menimati keajaiban alam semulajadi. Air yang tenang. Ada pulau dengan kehijauan dari kejauhan. Ada bot bot kecil.

Tenang dan damai.

"Pak. Kacang Pak? Mee goreng pun ada"
"Ngga apa apa"

Aku senyum.

Ada makcik yang siap berniaga dalam ni. Di keleknya bakul sarat dengan jualan.

"Aqua Pak?"

Aku geleng. Senyum sekali lagi.

Dia beredar dari seorang ke seorang yang lain.

Tambang ferry adalah Rp7000 (RM2.50) satu trip. Sesekali kedengaran lagu kaum Batak di putarkan di corong speaker dalam ferry ini. Tak de apa yang boleh di lakukan kecuali menikmati keasyikan dan kedamaian tasik terbesar di Asia Tenggara ini.





Lewat jam 5 baru kamu sampai di Tuk Tuk.

Di sana, tidak ada jetty yang khusus. Ferry akan docking di mana mana resort yang kita mahukan. Kena bagitau lah or just turun bila bila dia docking tu. Banyak chalet kat tepi tepi tasik tu. Aku sendiri tak book mana mana, cuma aku plan nak stay dekat satu Cottages ni yang aku dapat info dari TripAdvisor. So tertunggu dan terhendap hendap jugak lah nak cari kat mana aku patut berhenti.

Dari satu jetty ke jetty yang lain. Akhirnya, kelihatan juga. LekJon Cottages.









Aku turun di situ dan terus mendapatkan bilik. Nasib baik ada bilik kosong. Harga dia Rp100,000 (RM30) per nite. Nasib baik jugak la aku datang hari tu sebab dia kata esok dah penuh. Tapi kalau penuh pun, banyak lagi chalet lain. Kita boleh pilih je mana nak duduk dan harga pun lebih kurang sama je.

Dapat bilik mengadap tasik. Then aku berehat rehat sebentar. Pukul 6 cuaca dah hampir gelap. Tak de apa yang boleh di lakukan lagi. Aku berkira kira apa aktiviti aku nak lakukan esok. Aku tak ada banyak masa. Ambik gambar apa yang patut then berjalan di sekitar chalet.







Kat Samosir boleh sewa motosikal. Aku plan nak sewa untuk pagi esok keliling pulau. Tapi dia kata pulau ni besar. Tak cukup 4 jam nak naik motosikal. Jadi aku rancang pagi je lah. So aku book motosikal dengan harga Rp30,000 sejam. Tapi kalau guna satu hari Rp75,000 (RM25) so aku tak sure berapa jam aku nak guna. May be dalam 3 atau 4 jam sebelum aku ambik ferry balik ke Parapat semula esok.

Motosikal deal. Pagi esok jam 7 aku akan ambik motosikal di situ. Mamat tu bagi sewa motosikal dia je. Aku dah try bawak. OK.

"Di sini di mana tempat makan ya Mas?"
"Bapak mahu makan apa?"
"Ada rumah makan Islam?"
"Oh.. ada. Satu di sana. Satu lagi di sebelah sana"

Rata rata orang Pulau Samosir adalah keturunan Batak. Dan mereka menganut agama Kristian. Jadi aku akan cuak gak la nak makan merata rata. Sebab tu aku kena pastikan dulu.

Nasib baik ada. Dan budak tu dengan rela hati tolong hantar aku ke sana. Sempat sebelum tu borak borak dan aku kasik dia rokok rasa rokok Dunhill Malaysia. Suka dia. Dia tak pernah ke Malaysia tapi banyak cerita la yang dia dengar. Sekadar kongsi kongsi borak borak kosong.

Lewat waktu sudah pun gelap. Aku sampai di rumah makan tersebut. Aku makan nasik dan mengisi perut. Harga makanan malam tu Rp12,000 (RM4). Balik tu aku jalan kaki dalam gelap. Tapi ada banyak kedai di sepanjang jalan. Masuk few kedai souvenir. Tak de FM. Carik T Shirt Tasya kirim pun tak de. Mungkin aku cari di tempat lain je lah.

Ada banyak restoran di buka. Ada BBQ dan macam macam lagi. Pelancong juga ramai. Jadi jalan sorang sorang pun tak de rasa takut. Cuma kena berhati hati lah sebab ada motosikal lalu lalang.

Balik ke bilik, aku ingat nak mandi.

Cuba cuba berbaring atas tilam yang dah melengkung tu. Tak leh nak kata apa. Harga bilik pun RM30 je. Asal boleh lena cukup lah.

Dan aku terus lena tak sedar apa. Bangkit tengok jam pukul 12 malam. Aku kencing dan tutup lampu tak mandi apa pun, sambung tidur dengan seluar jeans je. Tak de kipas tak de aircond tapi cuaca dah cukup sejuk dan mendinginkan.

Dan aku terus terlena di malam pertama dek keletihan seharian dalam perjalanan. Tapi aku puas, sekurang kurangnya Tanah Batak ini, sudah aku jejak dengan selamatnya.

Horas !

Friday, March 11, 2011

Trip Medan - Part 1

Jam berdering pukul 5.30 pagi !

Aku bingkas bangun.

Alamak. Dah berapa kali jam ni bunyi? Aku tak bangkit. Memang masak macam ni. Aku janji dengan adik aku pukul 5 pagi ! Flight pukul 8.45 pagi ke Medan. Aku kena bertolak segera.

Tapi barang belum kemas !!

How?

Pantas je aku campak apa yang perlu. Baju dua tiga helai, boxer, set kelengkapan mandi dan sebagainya. Ala kadar. Berfikir fikir, aku nak bawak laptop ke tak? Kalau ke sana nanti, aku bosan, at least aku boleh edit gambar etc. Jadi aku bawak ! Kamera semua cukup. Cable cable. Charger phone dan sebagainya. Aku tak bawak BBerry aku sebab tak roaming pun. Buat penat je nak bawak, so aku tinggal kat rumah. Aku dah cakap kat IG, kalau apa apa, dia cover untuk aku sepanjang ketiadaan aku di bumi Malaysia nanti. Dia tahu mana nak contact aku kalau tak dapat call BBerry tu.

Siap siap aku keluar rumah. Pastikan tak de yang tertinggal !

Passport ! Ya, itu juga penting. Dah masuk dalam beg. Silang kat bahu. Angkut travelling beg aku yang aku baru sambar so terus keluar dari rumah. Pastikan pintu semua berkunci rapat, kain kain kat belakang aku biarkan dulu. Masih belum kering. Suiz suiz di matikan !

Siap............... !

"awak ni nak bertolak pukul berapa?"

Adik aku call.

"jap. Saya on the way ni. Awak siap siap lah"

Aku bagitau adik aku.

"Saya ni tak tidur dari semalam. Kang tidur kang, leburrr !"

Adik aku jawab. Buat aku rasa bersalah je.

Pantas aku hidupkan engine kereta dan terus ke rumah adik aku. Di sana dia dah sedia menanti dengan awek dia. Mereka berdua yang hantar aku ke airport.

Sampai kat airport, aku check check, aku bawak print out tiket yang salah ! Argh ! Aku dah print masa kat site siap dengan web check in, tapi aku tak bawak yang tu. Bahana bangun lewat la ni.

Terus je aku ke kaunter bagasi.

"Morning. Saya dah buat web check in, tapi terlupa nak bawak print out tu. Boleh tolong print kan?"
"Passport Encik"

Nasib minah tu baik.

Dia uruskan semua dan printkan tiket untuk aku. Tak dapat nak mintak window seat. Flight penuh ! Masa aku web check in pun aku tahu, aku duduk belakang sekali kat tengah.

Rengsa !

Tak pe lah, tu je yang ada.

Dari situ aku bergegas ke money changer. Tukar duit. Baki duit aku pegi Bali dulu ada lagi dalam 1 juta rupiah (RM300). So aku tukar lagi RM500 je. Rasanya cukup kot. Kalau tak cukup, aku ada RM boleh tukar di sana nanti.

Tak boleh berlama lama. Sempat hisap rokok sepam dua, then aku terus berlari untuk boarding !

Aku tak beli extra luggage. Aku rasa tak berat pun, tapi takut juga. AA ni kadang kadang gila dia buat nak menimbang beg pulak. So aku lari je laju laju. Heheh. Berjaya !

Imigration pun tak de banyak cekadak. Aku enter pakai auto gate je. Mudah !

Beli rokok dulu. Keperluan untuk beberapa hari di sana. Kang nak cari rokok kat sana susah. Pastu tak sedap lak tu. So memang biasa, kalau sampai airport aku beli siap siap buat stock. Jalan jalan masuk kat duty free shop. Survey perfume ! Benda yang aku selalu buat walaupun aku tak selalu beli. Cium sana sini sikit. Try test gosok gosok kat tangan kasi wangi dan blah tanpa rasa bersalah.

Aku suka Dolce & Gabana yang baru tu. Bau keras ! Pastu Bvlagari pun ada yang baru. Inzal jugak. Tengah fikir fikir, aku nak kena beli perfume untuk travel sebab perfume aku tak de yang botol kecik. Susah nak angkut bila travel kang kena rampas !

* pandang IH dengan mata sayu....

Tiba tiba pengumuman di buat, semua penumpang pesawat Air Asia ke Medan di mintak masuk ke pesawat untuk berlepas.

Tengok Q masih panjang. Biar dia orang masuk dulu. Lagipun aku seat paling last. 31C ! Kalau masuk ikut dapur boleh lah.

Semua orang beratur masuk, then aku paling last. Biasalah, artis kena buat kemunculan paling grand di saat saat terakhir. Biar semua orang memandang.

Chewah.

Padahal orang keji je, apa la mamat ni macam nak gi tour Eropah berbulan bulan padahal, 3 hari sajork ! Tu pun ke Medan.

* merintih tepi tayar pesawat.


Memang seat paling belakang. Sebelah aku mamat Indon. Sebalah sana ada lah awek awek yang tak berapa memberahikan. Masuk je then aku baca Magazine AA tu. Bulan February punya belum baca. So aku khatam sampai habis sedar sedar aku dah di udara !

Kenapa aku dah tak excited naik flight???????

Argh. Stress. Dah la duduk tengah tengah, tak nampak apa. Layan kan je lah diri sendiri sambil cuba cuba pejam mata.

Gagal.

Pesawat bergerak lancar. Ada sesekali bergoyang jugak merentas selat Melaka tu. Tup tup pengumuman di buat.

"All crew please be seated for landing"

Dah landing nyah !!!!!!!!!!!

Make up ! Make up ! Kena kasik kacak ni, cewek cewek Medan nak tengok abang !!!!!!!!!!


Pesawat mendarat dengan selamat !

Mari kita mengumpat pasal airport dia dulu.

Airport dia kodi gila ! Lebih kodi daripada LCCT !


Cuma bangunan kecik dan keluar je terus berjalan lenggang kangkung masuk dalam bangunan dan ... yey ! Sudah berada di Polonia International Airport, Medan.

Airport kecik, so semuanya limited dalam tu. Kaunter imigration pun ada 2 je untuk Foreign Passport. Pulak tu, flight AA tiba sama dengan pesawat MAS jadi berpusu pusu lah orang Malaysia nak check Imigration tu.

Kena beratur panjang !

Memang lama gila. Naik rengsa aku di buatnya. Tapi lama lama aku sense pegawai imigration tu memang sewel gila. Line sebelah tu laju je, tapi line aku ni tersangkut sangkut. Ada je benda dia question sampai lama gila nak tunggu dia cop tu.


Tapi akhirnya penantian aku berakhir juga.


Sampai giliran aku ke kaunter imigration tu dan hulurkan passport aku dan semua borang borang yang aku dah isi dalam pesawat tadi.

"Berapa hari?"
"3"
"Atas urusan apa?"
"Travelling"
"Bukan untuk cari isteri?"

Mula mula aku ingat dia buat lawak. So aku gelak je lah.

"Bukan untuk cari Isteri di sini?"

Eh. Aku sense something fishy lak mamat ni.

"Of course not"

Aku pun cepat je nak angin kalau macam ni. Aku datang cara baik, layan aku cara baik lah.

"Kamu kerap ke Indonesia ni. Ada apa?"

Aku tau, dia belek belek passport aku.

"Travelling"
"Bukan urusan yang bukan bukan?"

Aku dah mula rengsa.

"Pulangnya bila?"
"Sunday"
"Tiket pulangnya mana?"
"I dont have it now. I just check in later when I come back"
"Mana tiket nya?"
"Tak ada. But I have this"

Nasib jugak aku ada ambik screen capture masa aku book flight dulu. So details ada kat situ. Kan aku silap bawak itenary flight aku tu ! So tak de on paper.

Tup tup dia angin.

"Macamana mahu lihat ini? Ini tidak sahih"

Angin !

Tak sahih kepala lancau dia lah. Dah tertera flight aku pergi balik, dia nak macamana lagi.

"Abis tu gi mana ni?"

Dia tanya aku.

"Gi mana apa?"
"Kamu mahu saya buat apa?"

Aku terkedu tak tau nak jawab apa.

"OK. This is my flight. And this is my return flight. This is the proof I have a tiket to go back on Sunday. It is just that I havent print it yet!"
"Ngga bisa. Gi mana ni?"

Dia buat muka serious. Pantat la. Sah sah nak suruh aku hulur kat dia ni.

Babik !

Aku dah bengang. Memang cibai la pegawai ni.

"OK. If u want, I can go to Air Asia and ask them to print"
"Gitu?"
"Yes. If that is what you want. But I need my passport"
"Pergi aja. Passport biarin di sini"
"I need passport for them to check"

Palat !

Dia berkeras tak nak bagi. Pastu dok hint hint nak suruh aku hulur. Aku pantang benda benda macam ni.

Bengang lagi.

Last sekali aku nampak, mamat sorang lalu kat sebelah, dia pakai suit merah dengan jacket Air Asia.

Aku cepat cepat panggil dia dan terangkan pada dia. Pegawai imigration tu buat muka slenge je tak puas hati. Babik.

Nasib mamat tu OK. Dia mintak confirmation number aku, then dia cakap kat walkie talkie then dia suruh aku tunggu situ. Aku tunggu, tak sampai 10 minit dia datang, then aku pass kat imigration tu.

Nak je aku campak depan mata dia.

Nah !!!!!!!!!!

Dia buat muka tak puas hati, check then chop passport aku. Nak je aku gelak setan depan dia. Bodoh !

Terus aku blah !

Permulaan yang tak best. Rasa cibai gila !

Thursday, March 10, 2011

.....SS.....

S
A
N
G
A
T

S
I
B
U
K

Tuesday, March 8, 2011

Makan Lagi

Ni hah.. Menu istimewa.

Escargot masak rendang !





Udang dia adalah sangat menginzalkan.

Lokasi : Jake's Charbroil, Medan Damansara.

Monday, March 7, 2011

Wangi Wangi

Oh ya, kelmarin aku gi jalan jalan dan aku beli perfume lagi.

Mati la gila perfume.


Ni kira all time favourite aku. Memang kalau abis aku akan beli dan beli. Selama ni aku pakai Azzaro Legend tapi dah macam nak abis, so aku kembali kepada asal nya. Aku start pakai perfume ni masa aku belajar lagi. Memang aku suka. Bau dia lembut tapi tahan lama.

Inzal.

Satu lagi, aku beli perfume ni sebab aku nak cuba. 


Verdict dia? Aku suka perfume ni. Bau dia sedap. Ada dua edition, satu lagi sport ed. Tapi aku prefer yang orginal ni. Bau dia inzal dan menusuk kalbu.

Sebenarnya aku nak beli perfume untuk kakak aku sebab lusa birthday dia, aku tak tahu nak beli apa. Tapi aku tak jumpa perfume untuk dia sebaliknya aku belasah beli untuk diri sendiri. How??

Dah. Tak nak beli perfume setahun dah. Banyak sangat dah. Tak abis pakai. Gila la aku tamak haloba.

Insaf.

Sunday, March 6, 2011

Kak Limah Ada Di Rumah

Tahu aku tengok citer apa?


Hahahaha.

Sila gelak ! 

Aku memang bukan peminat cerita Melayu. Lagi la cerita cerita yang ntah hapa hapa ni. Tapi cerita ni lain sikit sebab banyak sangat orang promosi kat aku suruh tengok. 

Lagipun selalu dia orang bercerita pasal cerita hantu itu lah, ini lah, aku jadi dungu kejap. Tak tahu apa. Abis abis senyum senyum kambing je lah.

Lagi lagi part lagu Cinta Kristal yang MEMANCHOR tu.....

So, ada DVD, aku pinjam dan layan. Aku rasa terjatuh hati lak kat Umi Nazirah ni. Macam cun jugak dia ni, tapi ada gedik gedik skit.

Anyway, aku rasa cerita ni agak menghiburkan. Enjoice !

Saturday, March 5, 2011

Jalan Jalan Kereta Orang

CEO aku ajak pegi semayang Jumaat dengan dia hari tu.

Apa lagi, aku dengan member pun senyum melirik. Konon la bangga nak pose pose berharta naik kereta orang. Tapi sebab lambat, tak sempat nak turun ambik selipar dalam kereta, pinjam la selipar bebudak pompuan. Yang menyedihkan, member aku dapat selipar kaler purple. Aku dapat selipar kaler biru ada bunga matahari !

Oh no !!!!!!!!!!!!!!!

Merasa pegi semayang jumaat hari ni pakai selipar berbunga matahari. Hilang macho abang.

Nak naik kereta pun lawak. Member aku dengan CEO aku duduk belakang, aku duduk depan dengan driver dia.

Masuk masuk je, aku pun apa lagi, nak adjust la kerusi tu sebab macam kedepan sangat. Puas aku pulas kiri kanan.

"Kau buat apa tu? Sandar je, dia adjust sendiri"

Hahaha. Aku malu sendiri. Member aku gelak sama. Tapi memang jakun la. Nak tutup kereta pun tak reti sebab tak jumpa cari pemegang dia. Kaler sama je semua. Finishing sangat bagus sampai tak leh nak beza.

Kampung gila.

Jakun la kami berdua.









Syok gila dapat naik 7 series. Senyap sunyi je walaupun bergerak laju. Nak batuk pun takut. Berdehem dehem manja je. Sambil tu dok BBM dengan member kat belakang. CEO aku baca surat khabar.

Dok gelak gelak jakun. Member aku lagi la. Nak tutup pintu macam nak baling peti sejuk. Padahal kereta ni dia boleh vacuum pintu tu sendiri kalau tak rapat. Bijak betul.

Kalau naik bukit tu, walaupun driver tekan minyak,bunyi smooth je. Rasanya beburung pun tak terganggu di tepi tepi tu dengan deruman kereta dan engine yang kedengaran sungguh enak sebegitu.

Cuba kalau kereta aku?

Silap silap, terbunuh burung burung kat pepokok tu sakit jantung dengar kereta aku mengaum.

Kekeke.

Friday, March 4, 2011

Orkid Thai, Shah Alam

Tara.............









Hah. Kedai dia dekat Shah Alam. Section 9 Concorde tu. Kedai dia tepi Mc Donald's kat kedai yang banyak banyak.

Yang menarik, ikan ikanan dan semua benda tu hidup dalam akauarium dan kalau nak makan baru dia masak fresh ! Aku order Nasik Goreng Pineapple. Nasik Goreng Lala. Sotong Nyonya, Butter Prawn dan air airan.

Sotong Nyonya dengan Butter Prawn adalah highly recommended !

Inzal.

Yang lain lain pun OK. Dan makan untuk dua orang dengan 4 gelas air, harga dia dalam RM53. Agak berpatutan !

So, Restoran Orkid Thai ini adalah sangat sangat di recommendasi untuk sesiapa yang sukakan makanan Thai.

Sila pegi !

Wednesday, March 2, 2011

Sewangi Diriku

Selain daripada kapal terbang dan tuala, aku adalah peminat setia perfume.

Kadang kadang aku suka bau perfume dan aku beli dan aku pakai sikit sikit. Kalau OK di hidung aku akan terus pakai dan kalau tak berapa OK aku akan tukar lagi.

Memang aku suka benda benda yang wangi. Tapi aku sebenarnya hendak wangi dan orang bau wangi. Tak suka kalau bau bau busuk. Maka aku suka pakai perfume dan aku suka try perfume perfume yang aku tak biasa di samping perfume perfume yang aku memang suka dan biasa pakai.

Hari ni aku nak buat perfume review tentang perfume terbaru aku.

Ya. Ini dia si jali jali.

Allure Homme Édition Blanche


Aku tak pernah pakai perfume ni. Tapi bila testing macam sedap. Maka aku cuba. Bau dia mengandungi bau bau seperti lemon, orange dengan bau bau kayu yang tak berapa kuat. Tapi mahu dia classic sikit dan lama lama dia jadi strong.

Sikit sikit ada bau halia dan citrus juga. Tapi smooth je la tak berapa kuat.

Secara overall, perfume ni tak akan kekal menjadi perfume kegemaran aku sebab bau dia lembut sangat walaupun aku peminat perfume yang bau bau citrus seperti Clinique for Men. Issey Miyaki dan sebagainya. Tapi sebab dia ada bau bau Halia so aku rasa macam kureng sikit unless kalau campur bau asap rokok baru rasa kaw kaw sikit.

Tapi aku dah beli dan aku dah try. Maksudnya aku boleh la pakai nak tidur ke apa. Best juga bau dia cuma tak akan jadi favourite lah.

Cuma next time aku tak akan beli lagi lah perfume ni sebab bau dia tak berasa serasi dengan bau aku.

Perfume ke dua yang aku beli.

Yes. Ini all time favourite.

Polo Ralph Lauren Blue.


Aku punya stok yang ni dah lama abis. Ex aku dulu suka aku pakai. Kalau aku pakai, baju aku pun dia hidu macam nak sedut masuk dalam hidung dia.

Bau dia sangat wonderful.

Apa lagi yang boleh aku cakap, bau dia sejak dulu memenangi hati aku.

Baunya segar. Menarik hati dan berbau enak dan tahan lama dan agak sensual. Itu la ciri cirinya. Bau dia memang sesuai untuk executive yang maintain classic dan elegan. Geng geng bau seperti perfume Polo Black by Ralph Lauren, Acqua Di Gio by Giorgio Armani, Cool Water by Davidoff, Eternity by Calvin Klein dan Hugo by Hugo Boss.

Kesimpulannya, PRL Blue ni tetap menjadi kegemaran aku di samping perfume kegemaran aku yang lain seperti Dunhill Red Desire, Hugo Boss, Chrome Azzaro, Azzaro Legend, Azzaro Black, Zara for Men dan lain lain lagi.

Selamat berwangi wangi.

Tuesday, March 1, 2011

Kaler Pensel

Anak buah aku kat kampung yang sekolah tadika tu masuk pertandingan mewarna. Tapi dia punya dia tak kaler pun. Dia sibuk pergi asah kaler pensel orang lain !!!

Kakak aku cakap.

"Saya ni menjerit marah dia macam orang gila. Adik ! Adik ! Pegi la kaler adik punya, nanti tak cukup masa"

Then anak buah aku jawab..

"Tak pe lah Ma. Nanti kaler dia orang abis, kaler adik panjang lagi. Ma tak payah beli kaler baru"

Kakak aku koma.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...