Thursday, April 26, 2018

REPUBLIC OF MACEDONIA (FYROM) | 04 SKOPJE : Goodbye Skopje

Cubaan untuk naik ke kubu Kale Fortress di Skopje.

Agak musnah juga harapan aku bila Yarev bagitau macam tempat ni di tutup. Tapi gigih dia panjat dulu nak pastikan. Aku berhenti separuh jalan. Tak nak lah aku abiskan joule aku mendaki pastu tak dapat masuk.

Aku kena jimatkan tenaga. Nak perform kan?

Tapi dari atas Yarev lambai lambai tangan dan bagitau aku yang pintu di buka !

Terus aku rasa bahagia dan berbunga bunga

Menara kubu

Sekurang kurangnya masa aku tak terbuang begitu saja. Walhal aku bukan nak panjat sangat tempat ni. Maklum lah kalau obesity tahap kuasa kuda, bab bab mendaki daki ni, aku rela pass baton kat sesapa yang lebih berdaya saing.

Pancit jugak ni.

Lagi meriangkan hati, nak masuk tempat ni tak payah bayar. FOC jer !

Kale Fortress

Apa benda yang menariknya di sini?

The Kale Fortress stands on the highest hill in the Skopje valley and offers great views over the city. The oldest section of the fortress is within the present day fortifications. It is 121m long and is built in opus qvadrum style (huge stone blocks on the outside and small stones inside) by the Byzantine Emperor Justinian who was born in the village of Taorion near Skopje. After the great earthquake of 518 when ancient Skupi was destroyed, Justinian decided to do something for his birth town and built Justinijana Prima on the site of present day Skopje. Unfortunately no major archaeological work has been done for discovering the remains of Justinijana Prima. 

Most of the present day fortifications originate from the 10th century (the square tower) and 13th century (the round tower). It was reinforced during the Turkish rule when the number of towers was up to 70 (today there are just 3 standing) and the fortress went down to river Vardar and up on the hill where today the Museum of Conteporary Art stands. The small gate from the side of the old bazaar is the only gate still standing and it was built in 1446. The fortress was slitly damaged in the fire in 89 AD and even more during the earthquake of 63. Free entry.

Kat atas bukit ni rupanya kawasan lapang tapi di kelilingi oleh tembok yang merupakan kubu mengelilingi sekitar bukit ni.

Tapi yang menarik di sini adalah dapat tengok view sekitar bandar Skopje dan kawasan sekitarnya.

Layan view....................

Kale Fortress dan bandar Skopje

View yang agak awesome

Skopje

Telekom Arena, Skopje

Mustafa Pasha Mosque di kawasan Old Bazaar tadi

Kubu agak tinggi, some part memang tak nampak so kena intai celah celah batu

Salah satu bangunan


Hah ! Bieber masih setia. Kesian aku tengok dia terjelir jelir. Dahaga ke kau?

Dan aku pun tak de bawak bekalan air nak bagi dia. Aku sendiri pun kering tekak dah rasa. Cuaca dah start panas terik walaupun masih pagi lagi.

Jalan jalan lagi sekitar kubu dan usha kawasan di sini.

Bandar Skopje


Laluan tepi kubu


Some part bandar Skopje

Ingatkan boleh jalan terus dan turun ikut belah sana


Tapi bangak je.. Jalan mati !! Cis. Terpaksa patah balik semula


Masjid di Old Bazaar, Skopje

Skopje

Zoom sikit area Macedonia Square tadi


Letih gak menapak panas panas terik cam ni. Dah la tak de orang jual air ke, cendol ker.....


Dan akhirnya, kami berjaya turun semula................... 

Memula macam nak gi singgah masjid Mustafa Fasha tadi tu tapi macam tersilap haluan. Sudahnya turun terus je lah.


Kembali ikut laluan di jalanan bandar Skopje ni

Macedonian National Theater

Tapi aku tak nak hiburan ! Aku perlukan air..................... dahaga ..... ! * lawan jelir jelir lidah dengan Justin Bieber

Jaan punya jalan, kembali semula sampai di kawasan Vardar River. 

Yarev ajak aku ke Old Bazaar semula sebab konon dia nak belanja aku minum kat sana. Tapi aku rasa macam jauh pulak nak patah balik so aku menolak.

Kali ni biar aku lak insist ! Bukan hak dia nak paksa paksa aku lagi. Biarlah dia nak menyampah kat aku pun. Aku rela di benci.....

* tarik key Aiman Tino

Vardar River

Seberang sana


Mother Theresa Square


Kembali ke arah bus terminal tempat aku memula sampai pagi tadi

Sebab cuaca macam panas gila, so kita orang jalan cepat cepat je. Tapi masa lalu kat area tepi sungai tu baru aku perasan yang Justin Bieber selamat sampai ke tempat asal dia.

Bersungguh sungguh Justin Bieber minum air.

Betul betul dahaga. Ikutkan nak jugak aku sodok air kat situ tapi kang di keji orang pulak. Jadi aku bertahan !

Goodbye Justin Bieber. Terima kasih sebab teman aku sepanjang meronda kawasan di Skopje ni. Selena Gomez dengan Katy Perry dah lama hilang. Membohsia ke tempat lain dua ekor tu agaknya.

Sabar Justin. Begini lah kehidupan. Kadang kadang yang terlarang tu lah godaan !

Lalu kat mall on the way balik ke bus terminal Skopje

Yarev ajak aku singgah kat mall ni. Dia kata boleh makan makan di situ. Aku dahaga. Macam nak beli air juga. So kami masuk mall tu tapi mall belum di buka ! 

Then jalan lagi balik ke terminal bas tu.

Jumpa pokok buah plum tepi jalan

Masa jalan tu, mamat Yarev ni ada pelawa aku ikut dia ke Lake Ohrid. Menarik gak cadangan tu tapi mamat ni nak ambik tiket malam nanti ke Lake Ohrid tu so aku malas nak buang masa sebab tak nak berlama lama kat Skopje ni. Lagipun mamat Yerev ni siap nak jumpa sepupu dia lah apa lah.

So aku stick je dengan decision aku untuk ke Pristina. Sampai bus terminal aku terus je beli tiket. Harga tiket MCD320. ( RM 21). Memula nak ambik yang pukul 10.30 tapi mamat Yerev ni suh ambik pukul 12 so kami boleh gi makan dulu.

Dia insist nak belanja aku !

Dia yang baik hati ke atau aku yang baik hati? Aku ikut lagi... then aku ajak dia makan kat area terminal tu je lah. 

"We can go back to the mall. Still have time"

Psycho lah mamat ni ! Suka memaksa jer. Hmmm nak tak nak aku redha je lagi.

Nasib baik memang kali ni mall dah bukak.

Dalam mall.

Aku follow je mamat ni then kami sama sama makan kat area food court.

First beli air dan togak dengan rasa riang ! Dahaga gila kot setengah hari tak minum apa apa lagi

Then dapat makan nasi nikmatnya berganda ganda.....

"Maybe you can come to Bucharest. I can bring you around"
"Bucharest.. Romania. Interesting !"
"You need car. It is big. I can drive you"

Aku sengeh je lah. Tapi sempat la bertukar tukar nombor dan email dan merancang bila aku bakal jumpa dia di Bucharest nanti.

Apa masalah mamat ni ntah aku pun tak tau ! 

Aku tau dia macam kagum sebab aku travel sana sini dan merayap sesuka hati. Dia ada kata nak travel juga cuma dia tak reti.

Tak reti kena lah cuba kan? Mana orang lahir tetiba je reti semua benda.

Talk to the hand. Aku sambung makan !

Masa sebelum sebelum tu adalah sembang pasal aku ada plan nak buat root canal since dia dentist dan aku pun ada sakit gigi. Dia siap offer nak buatkan root canal untuk aku kat clinic dia kalau aku ke Bucharest nanti.

Supppppp !

* tetiba rasa nak ambik ubat gigi Sensodyne dan lumur lumur kat muka

Aku rasa mamat ni baik cuma dia macam tak de kawan. Tapi perangai macam suka memaksa maksa tu yang agak annoying. Padahal aku bukan kenal dia pun. Nasib la aku ni baik. Tapi dalam hati bengang pun ada.

Dah makan dah kenyang. Kami kembali ke bus terminal Skopje semula. Nasib lah tak jauh mana dari mall tadi tu.

Dan di situ lah kami berpisah.

"Dont forget to contact me when you go to Bucharest"
"I am sure will"

Ado?

Tak do !

Bas bergerak dari Skopje menuju ke Pristina

Mamat Yarez aku tinggalkan di situ. Semoga terus maju jaya ! Terima kasih sebab bawak aku ronda ronda Skopje ni. Jasamu di kenang. Tapi nak jumpa di Bucharest tu.... ermmmm.. Nanti aku pertimbangkan !

Dan terima kasih juga pada Justin Bieber.

Next.... Kosovo ! 

Road To Balkan - Highlight 2017

6 comments :

  1. Bang Meng,
    Macam mana nak sebut nama tempat ni? Skopji ke Skopjay ke Skopi?

    ReplyDelete
  2. teringat cerita seram the dentist...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...