Saturday, September 9, 2017

SIHANOUKVILLE - Budget & Itinerary - Part 2

Sambung part ke 2. Masih lagi di bumi Sihanoukville, Cambodia.

Gambaran Sihanoukville

06 : FOOD

Cakap pasal makanan di Sihanoukville ni kira satu cabaran jugak untuk mencari yang halal. Berbeza dengan Siem Riep ataupun Phnom Penh, Sihanoukville ni memang belum begitu berkembang. Namun begitu, ada 1 kedai Halal di sini iaitu Taj.Mahal.Restaurant.Halal Sihanoukville. Tapi aku sendiri pun tak sempat nak usha.

Aku memang dah expect tempat makan agak payah di sini, jadi aku agak rajin stock up makanan sebelum ke sana.

Ayam Goreng McD aku beli kat KLIA 2 dan bawak ke sana. Aci lah makan petang tu berteman kan hujan yang tak berapa rintik rintik.

Sebenarnya di Sihanoukville ni, banyak restoran restoran yang menyediakan makanan seafood. So last resort, ini lah option yang ada.

Lepak lepak santai dan makan makan di sini.

Ada pilihan seafood tersedia di sini

Tak pun boleh try makan bakar bakar ni

Ada banyak di jual tepi tepi jalan

Udang pun dan macam lipan je rupanya

Roti pisang

Roti Pisang pun boleh juga mengenyangkan. Harga pun murah jer

Tapi masa hari ke 2 aku agak kelaparan. Tahan lapar cari makanan di Koh Rong sampai la kat Koh Rong Sanloem tapi tak jumpa yang berkenan. Balik ke Sihanoukville tu aku order Nasi dengan Sotong Goreng.

Makan dengan view macam ni

Tapi banyak janggut pulak. Terpaksa aku buat saringan berperingkat. Rugi je. Satu meal dengan air lebih kurang USD 4.

Dan hari terakhir breakfast kat chalet jer. Sebab tak included, kena bayar USD3 per set

Dalam flight balik tu bahagia je jiwa dapat jumpa nasi semula. * suap nasi dengan linangan air mata

07 : WHAT TO BUY?

Rasanya macam tak de apa yang menarik selain daripada beli makanan dan cenderamata tempatan yang di jual. Aku pun tak berapa nak riki riki sangat. Tak de plan pun nak beli apa apa. 

Tapi maybe these pictures boleh bagi some ideas, what to buy.

Ini mini market. Jual air. Jual cenderamata pun ada.

Banyaknya jual buah buahan dan makanan

Jualan jualan

Buah jeruk

Dan dia orang ni akan berkeliaran di mana mana je kawasan. Tolak dengan baik kalau tak berminat nak beli

Memang meriah dengan penjual jual ni

Buah buahan adan asam jeruk ada

Mainan

Cenderamata

Lagi buah buahan

Udang bakar

Durian !

08 : BUDGET & EXPENSES

Flight Ticket : RM 186 return
Seats selection : RM 6
Meals : RM 15

Accommodation for 2 nights : USD 60
Taxi from Airport : USD 10
Ferry to Koh Rong : USD 15 return.
Slow boat Koh Rong to Koh Rong Soleom : USD 5
Makan : USD 7
Motobike to airport : USD 8
Tiket Taman Laut : USD 2

Expenditure in riel : Tukar THB 500 (beli air etc)

TOTAL : RM 207 + USD 107 (RM 457) + THB 500 (RM64) = RM 728

09 : MY VERDICT

Mendapat jolokan the most beautiful bays in the world, Sihanoukville pastinya telah menarik minat ramai hingga dinobatkan seperti itu. Pantai pantai seperti Otres dan yang lainnya sudah pasti punyai daya tarikan tersendiri dan menjadi mutiara di Gulf of Thailand.


Ditambah dengan Koh Rong dan Koh Rong Sanloem pastinya banyak memberi kedamaian yang di cari cari oleh si pencarinya. Song Saa Island, salah satu lagi private island di perairan Sihanoukville ni turut sama menyumbang kepada kemajuan pelancongan di Sihanoukville.

Personally, aku rasa Koh Rong Sanloem sangat lawa. Walaupun hujan tapi pulau tu memang tenang dan masih kekal dengan alam semulajadi. Unspoiled.

Kesimpulannya, kalau cuaca memang cerah dan terang, aku pasti Sihanoukville memang layak menjadi sebuah lokasi syurga dunia yang tersembunyi !

10 : TIPS AND RECOMMENDATIONS

Rasanya aku tak akan buat travel log untuk Sihanoukville ni sebab tak banyak story. Semua aku dah rangkum dalam 2 entries ni. Harapnya membantu. 

Tips pun dah sekali harung aku shared, jadi balance nya layan 10 keping gambar di Sihanoukville sebagai penutup entry ni.

01 - Jadual waktu ferry Sihanoukville - Koh Rong/Koh Rong Sanloem


02 - Kawasan tepi pantai especially area Serendipity Beach ni memang agak bingit malam malam dengan muzik muzik. Guruh berdentum dentum pun dia orang tetap berdisco dansa. Kena panah petir baru tau !


03 - Koh Rong Sanloem bagi aku lebih cun dari Koh Rong. Kalau terpaksa memilih satu, sila pegi ke Koh Rong Sanloem tu.


04. Kalau nak beli tiket ferry, beli terus di pejabat ferry. Jangan beli kat agents dan hati hati TOURIST INFORMATION tu adalah agent jualan ! Jangan terpedaya.


05. Ada few boat operator yang menyediakan ferry ke pulau pulau. Pastikan operator dan schedule yang betul especially kalau nak balik dari pulau ke Sihanoukville. Tiket boat biasanya open tiket dan kena reconfirm bila nak balik dari sana


06 - Jetty selain daripada tempat orang naik bot


Turut jadi tempat local melepak


07 - No sunset from Sihanoukville. Aku bet sunset sure lawa jugak di sini tapi kalau nak nampak lawa adalah sunset dari Otres Beach.


08 - Kurang seronok kalau pegi sorang sorang ke sini.


Maybe ber-Tiga


Berdua?


Atau.... satu hati, dua jiwa !


09 - Pilihan tempat santai

Ini

Ni

Ni

Atau ni

Dan yang ni

10.  Check cuaca !

Enjoy Sihanoukville !

Demikianlah, trip Sihanoukville.

Antara Hujan dan Airmata... aku pasrah dengan ketentuanNya.



Selebat hujan yang turun
Mencurah membasahi bumi
Tidak selebat hujan
Di dalam jiwaku
Sehebat halilintar
Membelah langit yang kelabu
Tidak sepanas petir
Yang membakar hidupku

Oh hujan
Di antara airmataku
Menitis laju

Bersama pilu pilu
Kucuba menghapuskan
Kenangan waktu silam
Namun bertambah membara
Rindu yang ku sekamkan

Semakin aku mencuba
Semakin terasa siksa
Inikah yang kau tinggalkan
Untuk diriku
Oh kasih…

Semakin aku mencuba
Semakin terasa siksa
Inikah yang kau tinggalkan
Untuk diriku
Oh kasih…

Selebat hujan yang turun
Mencurah membasahi bumi
Tidak selebat hujan
Di dalam jiwaku

Oh hujan
Di antara airmataku
Menitis laju

Bersama pilu pilu
Kucuba menghapuskan
Kenangan waktu silam
Namun bertambah membara
Rindu yang ku sekamkan

Oh hujan
Di antara airmataku
Menitis laju
Bersama pilu pilu

Semakin ku cuba
Semakin terasa siksa
Inikah yang kau tinggalkan
Untuk diriku
Oh kasih…

Sekian, terima kasih !

4 comments :

  1. ada pakej snorkeling tak? and how much kalau ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada.. tapi maybe banyak kat otres beach dan dia bawa ke pulau2 kat situ. koh rong pun ada. harga tak sure maybe dlm 10-20 usd per trip kot

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...