Hari ke 6 !
Hari ni memang plan nak bangkit awal sebab kami akan bergerak dari Te Anau ni ke Milford Sound yang terletak kira kira 116 KM.
Disebabkan di Milford Sound tak banyak penginapan jadi kami decided memang bermalam di Te Anau ni dan pagi ni akan menyambung perjalanan lebih kurang 1 jam setengah ke Milford Sound.
Lagipun, IH dah booked cruise di sana pukul 9.30 pagi jadi kami kena bajet timing sampai ke sana dan sempat untuk naik cruise tu. Kalau terlepas karang banyak hal pulak.
Cuaca pagi tu seolah solah mendung dan berawan di Te Anau.
Matahari tak berapa nak ada
Penginapan kami di Te Anau. Memang aku rasa penginapan di sini paling best so far.
Bilik besar dan kelengkapan pun terbaik. Cuma kami tak sempat nak berlama lama di sini sebab kena gerak awal pagi dari sini.
Pagi tu lepas bersiap siap segalanya, kami pun check out. Semalam sampai tak de orang kat reception area tu, pagi ni kami check out pun sama. Orang belum ada lagi tapi kami tak leh lama so tinggalkan je kunci kat kotak yang disediakan. Lagipun urusan pembayaran semua dah disettlekan awal awal lagi.
Alang alang berada di Te Anau, kami check out kawasan sekitar tak jauh dari penginapan kami di Te Anau Lakeview Holiday Park.
Pagi di Te Anau
Te Anau is a town in the Southland region of the South Island of New Zealand. The picturesque township of Te Anau is the main visitor base for the glacier-carved wilderness that is Fiordland National Park. Lake Te Anau is the largest lake in the South Island and second only within New Zealand to Lake Taupo. The 2013 census recorded the town's population as 1,911.
The town has a wide range of accommodation, with over 4,000 beds available in summer. Home to a wide range of accommodation including lodges, hotels and campgrounds, Te Anau is the perfect place to stay when visiting Milford Sound. It's best to book accommodation ahead in the busy months of January, February and March.
Te Anau is the perfect town to base yourself from to visit Milford Sound.
Layan skit gambar kat Te Anau.
Tak berlama lama kami terus bergerak masuk highway menuju ke Milford Sound.
Apa yang merisaukan kami adalah cuaca yang memungkinkan jalan ke Milford Sound di tutup. Tawakal lah supaya tak de snow turun ke atau apa apa saja yang membuatkan laluan terkandas. Jika tak, memang kena come up dengan alternative lain.
Ikut arah panduan
Sepanjang jalan ke Milford Sound agak mencabar dan sunyi. Lagi lagi di awal pagi sebab kurang kenderaan di kawasan ni.
Tak de petrol station di sepanjang laluan so memang kena isi minyak siap siap di Te Anau.
Tak de petrol station di sepanjang laluan so memang kena isi minyak siap siap di Te Anau.
Laluan melintasi kawasan pokok pokok dan hutan hutan
Memasuki kawasan Milford Sound cuaca jadi makin mencabar. Dengan mendung dan hujan mula turun buat kami rasa tak senang.
Tapi view di perjalanan memang cantik dan lawa. Cuma tak banyak berhenti sebab nak kejar masa. Lagipun cuaca tak lawa so kalau ambik gambar pun tak berapa lawa.
Jalan menuju ke Milford Sound. Nama tempat ni Pio Pio Tahi.... nasib tak de tahi !
View agak amazing tapi pemanduan kena berhati hati
Part paling mencemaskan bila nak melintasi terowong untuk perjalanan ke Milford Sound ni. Sebab cuaca masih sejuk walaupun salji tak lebat tapi kami takut batu batu boleh jugak menjadikan laluan ke sana di tutup.
Sampai kat terowong. Sebab terowong 1 laluan kereta kena queue untuk meneruskan perjalanan.
Nasib kami baik. Laluan dia buka dan tiada halangan
Lepas pada tunnel tu jalan lebih mencabar dengan jurang dan gaung sepanjang menuruni jalan. Sekali lagi view memang lawa.
Dan akhirnya kami berjaya sampai seperti yang kami rancangkan. Park kereta dan tunggu masa untuk jadual cruise kami pagi tu.
Masa kami sampai banyak puak puak Chinese Mainland... Riuh rendah suasana.
Cuaca nampak berkabus dan berawan tapi langit biru dan cahaya matahari macam kelihatan.
Ada Visitor Center. Tumpang toilet.
Milford Sound
Puncak gunung masih diseliputi awan
Milford Sound ke arah kawasan jetty
Dari tempat parking, kami menapak ikut laluan khas yang ada untuk ke jetty cruise.
Kenderaan memang tak boleh nak masuk terus ke sana, so dari parking tu kena jalan kaki. Tak de la jauh mana. Plus kami masih ada masa.
Laluan yang di sediakan
Akhirnya kami sampai di bangunan jetty.
Di sini tempat semua pelancong yang datang ke Milford Sound ni berkumpul. Masing masing biasanya akan booking tiket untuk naik cruise bagi belayar di sekitar kawasan Milford Sound ni.
Sebab IH pun dah book tiket siap siap so kami sampai just pegi ambik tiket jer. Bayaran naik cruise di sini mengikut company lah. Ada yang mahal dan ada yang murah sikit ikut pakej yang di sediakan.
Kami naik yang agak murah lah kot NZD 50 untuk per pax satu trip. Tu pun aku rasa IH dah beli agak awal tiket cruise ni. Siap kena bagi timing apa semua awal awal.
Aku memang main ikut je, tak berapa nak ambik tau so kena check dengan google untuk maklumat lanjut.
Tak de la kami lama menunggu, sedar sedar kami di kerah untuk naik cruise yang dah di booking.
Ada lagi company company lain yang buat perkhidmatan yang sama. Pepandai la cari yang murah.
Pemandangan waktu pagi di kawasan jetty
Dan cuaca pagi tu memang betul betul menyebelahi kami.
Sebaik saja kapal kami bergerak meninggalkan kawasan jetty. Pemandangan Milford Sound seolah olah terbentang terang di depan mata.
Matahari menyinari.
Awan gemawan mula berarak pergi.
Air tenang seolah olah menyambut kedatangan kami.
Milford Sound.. View di sini memang amazing sekali.............. !
When I need you
I just close my eyes and I'm with you
And all that I so want to give you
it's only a heart beat away
When I need love
I hold out my hand and I touch love
I never knew there was so much love
keeping me warm night and day
Miles and miles of empty space in between us
A telephone can't take the place of your smile
But you know I won't be traveling forever
It's cold out but hold out and do like I do
When I need you
I just close my eyes and I'm with you
And all that I so want to give you baby
it's only a heart beat away
It's not easy when the road is your driver
Honey that's a heavy load that we bear
But you know I won't be traveling a lifetime
It's cold out so hold out and do like I do
When I need you
When I need love
I hold out my hands and I touch love
I never knew there was so much love
keeping me warm night and day
When I need you
I close my eyes
I hold out my hand and I've got you darlin'
It's only a heart beat away
Now listen
When I need you darlin'
I hold you, feel ya
Give it to me baby
And I miss ya baby
Just close my eyes and I'm with you
And I need you tonight
You know it's only a heart beat away
Seawal perjalanan bot kami bergerak perlahan lahan meninggalkan jetty.
Mitre Peak.1,692 m (5,551 ft) above the sound.
Apa yang menariknya dengan Milford Sound ni?
Milford Sound is a spectacular glacier-carved fiord in the Fiordland National Park on the west coast of New Zealand and is one of New Zealand's most well known scenic attractions. On display is a spectacular combination of mountains, sheer cliffs, waterfalls and marine life. It is the best known of a series of fiords in the park, and the only one which is accessible by road.
Milford attracts between 550,000 and 1 million visitors per year. This makes the sound one of New Zealand's most-visited tourist spots even with its remote location and long journey times from the nearest population centres. Many tourists take one of the boat tours which usually last one to two hours. They are offered by several companies, departing from the Milford Sound Visitors' Centre.
Tramping, canoeing, and some other water sports are possible. A small number of companies also provide overnight boat trips. There is otherwise only limited accommodation at the sound, and only a very small percentage of tourists stay more than the day. Tourists usually stay in Te Anau or Queenstown.
Milford Sound
Aku sendiri pun mula mula tertanya tanya, apa menarik sangat kat tempat ni? Setakat naik cruise tengok gunung ganang je? Berbaloi ke dengan bayaran NZD 50 tu? Lagi lagi kalau cuaca OK boleh la tahan, kalau berkabus dan sendur? Hmmmm....
Jawapan sebenar terletak pada individu.
Aku rasa apa yang menarik di sini adalah more kepada bentuk muka bumi, dengan bukit bukau dan gunung ganang tinggi dengan juram yang terus ke tepi air membentuk pemandangan yang indah dan tersendiri. Mungkin juga dengan kewujudan flora dan fauna di sini menambahkan lagi tarikan dan keunikan tempat ni.
Crusing dan nikmati pemandangan di sini
Air terjun dan snow capped mountains
Batu batu dengan tumbuhan hijau yang tumbuh yang dikhabarkan berusia beratus ratus tahun lamanya
Ada banyak air terjun air terjun kecil di sekitar kawasan ni
View
Memberi impak dan suasana berbeza untuk di nikmati pengunjung yang datang ke sini.
Biasanya kapal yang membawa pelancong akan bergerak di sekitar kawasan Milford Sound ni menuju ke laut lepas Tasmanian Sea. Jaraknya lebih kurang 15 km je dan bot biasanya bergerak perlahan lahan.
Ada penerangan di berikan sepanjang crusing ni. Ada lah jurucakap yang akan gebang gebang pasal tempat ni. Ada yang ambik pot dan ada yang buat hal masing masing je.
Captain bot
Bot sampai ke laut lepas. Masa kat sini air bergelora dan bot patah balik masuk ke laluan perairan yang bertenang dengan view gunung ganang tadi semula.
Layan perasaan dan nikmati pemandangan
Kalau sesapa bernasib baik boleh jumpa dolphins kat sini. Dan ada jugak banyak sea lions.
Kita orang sempat jumpa yang tengah berenang. Dan masa patah balik tu jumpa pulak sekelompok tengah bermain main di atas batu di tepian.
"Cepat beraksi dengan lebih padu. Korang di bayar ni ! Mahal bayar nak tengok korang ni heh !!! Kalau malas sila pulangkan duit kami" * matilah tak di endah.
Masing masing pose pose sendu tak nak melayan peminat. Sesekali tunjuk skill terjun dalam air dan naik balik dengan muka berpeluh !
Perjalanan cruise ni ambik masa lebih kurang 2 jam jugak lah tapi bagi aku agak worth it lah. Maybe since cuaca pun OK. Kalau cuaca tak OK stress jugak lah. Untuk pengetahuan Milford Sound ni adalah kawasan yang paling banyak menerima hujan di NZ. Jadi kebarangkalian untuk dapat cuaca cerah adalah tipis sebab biasanya hujan.
Kira kami bernasib baik jugak la ni.
Bot kembali ke jetty
Biasanya bot di bawa berdekatan air terjun. So siap sedia untuk basah ! Tak pun duduk je berlindung kat bawah.
Air terjun di Milford Sound
Oh ya. Cruise aku naik ni ada menyediakan kopi dan teh sebagai free refreshment. Ada kiosk kecik dalam kapal yang jual makanan tapi tak check pun jual apa.
Apa apa pun, crusing di Milford Sound adalah wajib kalau ke New Zealand ni !
Pelayaran dah tamat
Kembali ke jetty
Thank you Lucy !
Dah abis cruising di Milford Sound, kami terus bergerak meninggalkan kawasan jetty ni.
Awas kawasan Milford Sound ni terkenal dengan binatang ni.
Dan jangan lupa baca info info yang ada di sini untuk menambah pengetahuan berkenaan dengan Milford Sound dan kawasannya.
Kembali ke kereta, ambik kereta dan kami beredar terus.
Terima kasih Milford Sound
Cantik dan istimewa. Dengah jolokan Eighth Wonder of the World.
Seterusnya dari Milford Sound ni akan terus ke Lake Wanaka dan kami akan bermalam di sana.
Perjalanan yang agak jauh, jadi tak boleh buang masa lama lama di sini. Tapi aci je nak singgah menyinggah di sepanjang perjalanan ni nanti ya !
bersambung............
Lawo. Brp lama total cruise tu?
ReplyDelete2 jam en amirmukhtar...tak baca betul betul lettew...hehe
Deletekannn....
Deletedenda pumping selama 2 jam. non stop
Alamak, kantoi
Deletehaaaaaaaaaaaaaaa...... tau pung
DeleteKau tak kena gigit dgn sandly ke? hehe
ReplyDeleteDulu masa aku gi situ, aku mcm pelik apekehal la ramai yg dok dalam building tu, aku pun keluar la amik gambar ferry tu, sekali habis sandfly attack aku..tangan kepala..gatal kot..
patut la ramai dok dalam building..hahaha
takde lak time tu mereka bermaharajalela..
Deletemaybe sejuk. or mereka ramai ramai ke tempat lain utk acara kenduri? hahahaha
Lagu "when i need you" tu betul betul mengimbau masa silam...errrr...masa omak aku dodoikan aku kat buaian kut....heeeee
ReplyDeleteAnyway...gambar gambar sangatlah superb..almaklum la...camera mahal
camera aku ni dah boleh jadi tukun masuk muzium kot. dah lama. doakan aku mampu beli kamera baru yang lebih canggih.
Deletehebat la kau mak dodoi dgn lagu omputih.. aku dulu makan hati je mak aku dodoikan dengan lagu cok cok kendong.. pitching abis lari.. tapi durhaka kalau menjuri nyanyian mak sendiri kan? so aku berdiam diri.. sambil nyonyot puting dan gentel telinga
sbb nama dia Milford Sound, ada bunyi-bunyian menarik menjadi halwa telinga?
ReplyDeletehaah. bunyi angin menderu deru sebab kawasan tu kan macam bergaung gaung...
DeleteJalan nk p milford sound tue mmg mencabar..nak2 lepas terowong tue..gayat! Tapi pic hang memang menangis tgk..print wat poskad plisss haha
ReplyDeletealahai... banyak keje nak print2 buat poskad. beli je sudah. murah pun murah...
Delete