Santai sikit.
Hari ni kita nak buat lawatan jalan jalan tengok Menara Abraj Al Bait yang cukup sinonim dengan pemandangan Mekah ni.
Makkah Clock Tower
Pemandangan Menara Abraj Al Bait dari perkarangan Baitullah
Menara Abraj Al Bait juga di knali sebagai Makkah Clock Tower adalah sebuah kompleks bangunan yang di bina di Kota Mekah, Arab Saudi. dan merupakan bangunan tertinggi di Arab Saudi dan kedua di Timur Tengah setelah Burj Dubai di Dubai UAE.
Memiliki ketinggian setinggi 595 m, bangunan ini kini menjadi salah satu bangunan tertinggi di dunia !
Memiliki ketinggian setinggi 595 m, bangunan ini kini menjadi salah satu bangunan tertinggi di dunia !
Memiliki 7 menara dengan jumlah keluasan lantai mencapai 1,450,000 meter persegi (15,600,000 ka persegi) dan menjadi binaan dengan jumlah luasa lantai terbesar di dunia
Lokasinya terletak berhadapan dengan jalan Masjidil Haram, menara Abraj Al Bait ini dibangunkan untuk menampung jemaah yang semakin ramai datang ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji dan umrah.
Kompleks yang terdiri daripada hotel dan pusat membeli belah ini boleh menampung lebih kurang 65,000 jemaah pada satu satu masa.
Kompleks yang terdiri daripada hotel dan pusat membeli belah ini boleh menampung lebih kurang 65,000 jemaah pada satu satu masa.
Terdapat 7 menara tower dengan 4 tingkat membeli belah, ruang persidangan dan kemudahan lain
Pembinaan Menara Abraj Al Bait ini bermula pada tahun 2004 dan 7 buah hotel didirikan dalam kompleks menara dengan pembangunan dianggarkan sebanyak USD 1.6 B.
Tower utama di Menara Abraj Al Bait yang boleh memancarkan searchlights ke langit sejauh 10 km.
Antara hotel hotel yang terdapat di Menara Abrail Al Bait ini termasuk lah.
1. Fairmont Makkah Clock Royal Tower Hotel. Menara Utama ( tengah ) setinggi 120 tingkat.
2. Mövenpick Hotel & Residences Hajar Tower ( Menara Hajar - Kiri belakang ) setinggi 48 tingkat.
3. Hotel Pullman Zamzam Makkah ( Manara Zam Zam - Kanan belakang) setinggi 48 tingkat.
4. Raffles Makkah Palace ( Menara Safa di kanan bahagian depan ) setinggi 48 tingkat.
5. Al Marwa Rayhaan by Rotana-Makkah.
6. Al Safwah Dar Al Ghufran Hotel
7. Swissotel Mekah
Tenant utama di royal tower. Fairmont Hotel. Malangnya tak boleh nak naik.
Menara Jam
Terdapat sebuah jam di puncak menara ini dapat dilihat dari seluruh kota Makkah. Dengan diameter 46 meter, ia merupakan jam terbesar di dunia, 5 kali lebih besar dari Big Ben di London. Jam di Cevahir Mall di Istanbul, Turki hanya 36 meter diameter.
Kalimah 'Allah' tertulis pada empat sisinya, boleh dilihat pada jarak 25 kilometer. Ia menggunakan 2 juta lampu LED. 21,000 lampu merah dan hijau di puncak menara. Lampu ini akan bercahaya 5 kali menandakan waktu sembahyang.
Kalau time azan, bulan akan bertukar kaler jadi warna hijau
Ia dibangunkan oleh Raja Abdullah bin Abdul Aziz Al-Saud dari Yayasan Raja Abdul Aziz. Menara ini menggunakan kepakaran jurutera Jerman dan Switzerland dan dibangunkan oleh Saudi Binladen Group menggunakan 250 pekerja mahir muslim.
Jam ini mula beroperasi pada 11 Ogos 2010. Ia diharap sebagai pengganti masa piawai longitud median Greenwich, London, yang terletak pada garisan bujur 0. Ia diharap dapat menggantikan waktu piawai garisan Meridian Perdana (GMT/GMP) yang berusia 126 tahun iaitu 1884.
Di bahagian bawah kompleks ini terdapat sebuah shopping mall setinggi 4 tingkat.
Laluan masuk ke bangunan mall
Kedai kedai agak upscale skit tapi biasa biasa lagi. Tak de la branded mana
Ruang legar shopping mall
Pandangan dari pintu mall ke arah masjid
Tangga
Al Safwa Towers. Di bahagian basement ada banyak kedai kedai menjual pakaian oleh geng geng Bangladesh. Harga boleh tawar.
Di tingkat 4 bangunan ni ada surau ( solat ikut masjidil haram ) dan ada juga food court di sambil bangunan hotel.
Di tingkat 4 bangunan ni ada surau ( solat ikut masjidil haram ) dan ada juga food court di sambil bangunan hotel.
Pemandangan dari atas
Pemandangan waktu malam
Lokasi berdepan dengan Masjidil Haram
Masjidil Haram dari Abraj Al Bait
Tempat lepak di tingkat 11 Raffles Makkah Palace
Menara jam Mekah
Layan beberapa gambar view dari atas menara Abraj Al Bait.
Ruang legar Masjidil Haram
Mineret baru Masjidil Haram di kawasan yang baru di bangunkan
Sebelah timur menara ke arah La Meridien Hotel Makkah
Pembangunan kawasan Masjidil Haram
Kaabah nampak sikit je sebab ada construction
Zoom sikit. Nampak bumbung Kaabah
Bahagian King Fahd Gate Masjidil Haram
Bahagian Bukit Safa Dan Bukit Marwah dengan kawasan rumah tempat lahir Nabi Muhammad SAW
Kawasan expension. Currently Masjidil Haram boleh memuatkan 1 juta jemaah, lepas siap nanti boleh muat 2 juta orang pada satu satu masa
Masjidil Haram
Hilton Mekah
Personally, bagi aku tower ni memang gah dan tersendiri. Mewah dan menjadi perbezaan strata jemaah yang datang ke sini. Bangga ada jugak lah, tapi rasa kecewa pun sama sebab pembangunan Mekah ni telah menghilangkan banyak kesan kesan sejarah Islam lama yang sepatutnya di pelihara dan bukan sekadar mengejar kemajuan semata mata.
Tapi pembangunan di Mekah ni seiring dengan pertambahan jumlah jemaah jadi, untuk keselesaan orang lain yang datang ke sini rasanya memang kompleks Abraj Al Bait ni sedikit sebanyak membantu.
Apa apa pun, semoga pembesaran Masjidil Haram dan pembangunan di Mekah ni nanti tidak akan merosakkan kota Mekah ini lagi sehingga menghilangkan originality kota ibadat dan tanah suci ini.
Menara Abraj Al Bait
Walaupun teknologi semakin maju, jangan pula kita hanya mengejar duniawi.
Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah berkata,
“Makna berlomba-lomba meninggikan bangunan adalah setiap orang yang membangun rumah ingin jika rumahnya itu lebih tinggi daripada yang lainnya. Mungkin pula maknanya adalah berbangga-bangga dengan memperhias dan memperindahnya, atau makna yang lebih umum dari itu. Hal itu telah banyak ditemukan bahkan bertambah banyak.”
Sememangnya Islam menganjurkan umatnya berlumba lumba dalam kebaikan. Tidak bererti melarang pembinaan pencakar langit seperti ini tapi pembinaan seperti ini mengingatkan kita bahawa kiamat semakin dekat. Tidak hanya bangunan pencakar langit saja tetapi masjid-masjid juga banyak berlawan lawanan di perindahkan.
Usman bin Affan ra.: Kalian berlebih-lebihan, sesungguhnya aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa yang membangun sebuah mesjid karena Allah Taala, maka Allah akan membangun untuknya sebuah rumah di surga. (Shahih Muslim No.828)
Barangsiapa membangun untuk Allah sebuah masjid (mushola) walaupun sebesar kandang unggas maka Allah akan membangun baginya rumah di surga. (HR. Asysyihaab dan Al Bazzar).
Anas mengatakan, “Banyak orang yang akan bermegah-megahan dalam mendirikan masjid, tetapi mereka tidak memakmurkannya melainkan sedikit”[HR Bukhari],
Semoga kita tidak tergolong dalam menjadi orang orang yang mengejar dunawi semata mata dan lagha dalam opera kehidupan manusia.
Deru nafas kadang tersenggap
Terjemahkan sang putus asa
Dia coba mengira kemungkinan
Tapi curangi opera Tuhan .
Mulai letih manusia ini
Perankan getir sang manusia
Larik mentari senja
Kilaukan sapu semua hampa
Aku percaya suatu masa
Semesta kembali kemaha bisa
Kita semua terlalu mudah
Tuk coba bicara dengan Tuhan
Semua batas telah sirna
Terhempas dalam keangkuhan
Dia kian terdiam
Dan mengira berpangku pada ketiadaan
Terjemahkan sang putus asa
Dia coba mengira kemungkinan
Tapi curangi opera Tuhan .
Mulai letih manusia ini
Perankan getir sang manusia
Larik mentari senja
Kilaukan sapu semua hampa
Aku percaya suatu masa
Semesta kembali kemaha bisa
Kita semua terlalu mudah
Tuk coba bicara dengan Tuhan
Semua batas telah sirna
Terhempas dalam keangkuhan
Dia kian terdiam
Dan mengira berpangku pada ketiadaan
bersambung.............
Tinggi sgt, cam tenggelam lak Masjidilharam... Ntah ler
ReplyDeletenegara dia.... tu yang buat ikut suka je tu..
Delete