Friday, April 8, 2016

Backpacking Laos : 05 - LP | Luang Prabang

"Good Morning Luang Prabang !"

Bangun bangun, bukak tingkap cas cas iklan Adabi.

Opsss... aurat tak tutup.

* pegang dada

Dan ini view yang aku nampak. Rumah tradisional Lao di depan guesthouse yang aku menginap.

Semalam, lepas budak budak Korea tu blah. Aku tak tau apa nasib dia orang, tapi mereka bertiga, pepandai la cari tempat berteduh. Lepas dia orang blah, aku duduk melangut depan pintu pagar guesthouse ni. 

Hisap rokok. Intai kiri kanan.

Nak bagi salam kang, lagi tak de orang nak layan. Hello. Hello tu dah berapa pukul kali aku sebut. Berdehem, buat bunyi batuk kokol. Ketuk ketuk pagar.

Last sekali, pintu terbukak ! 

Ada 2 orang perempuan muncul dengan torch light. Aku terangkan tujuan aku, dan akhirnya semua selesai dan aku di beri penginapan yang aku tempah.

Guesthouse ni nama dia Vanvisa Guesthouse. Kedudukannya terletak di old city Luang Prabang tapi bukan la di jalan utama. Cuma dekat dengan pasar malam je. Tak jauh pun nak menapak ulang alik ke kawasan sekitar. Lokasi agak menarik, cuma gusethouse ni merupakan kediaman yang dijadikan guesthouse. Jadi tuan rumah ni pun ada tinggal di bangunan yang sama sekeluarga.

Di depan pagar ni la aku melangut subuh subuh hari

Yang kelakarnya, masa sampai subuh semalam, dah bagi Hello 14 kali, then aku rasa macam tersilap tempat ! Hahaha. Ejaan dia tu bersimpul simpul, Vanvisa tapi macam Varvisa. Budak budak Korea tu gelakkan aku bila aku rasa aku salah tempat !

Tapi dok telek telek dua tiga kali, aku yakin, ini lah tempat nya ! Penginapan aku untuk 3 malam di Luang Prabang ni. Harga satu malam lebih kurang RM 54. Shared bathroom. So aku rasa agak murah la memandangkan aku booking last minit dan ini je yang private room yang aku jumpa !

Bilik basic jer. Tapi bilik aku belah atas mengadap depan, so wifi pun agak laju jugak la tak macam bilik bilik belakang.

Queen sized bed dan ada meja meja kat dalam bilik

Nampak macam buruk kondisinya tapi aku tak complain banyak. Janji aku selesa untuk berehat dan bermalam kira OK lah. Bukak tingkap tu terus nampak rumah belah depan.

Ni lukisan lukisan kat common area dalam guesthouse ni. Tok nenek mereka la ni kot

Sesudah mandi dan bersiap siap. Dah kira mendapat tidur yang cukup lena walaupun tak berapa mencukupi, aku bersedia untuk keluar dan melihat sendiri apa yang ada di Luang Prabang ni.

Sebelum ni aku sendiri pun tak pasti apa keistimewaan tempat ni sampai di wartakan sebagai Bandar Warisan Sejarah UNESCO. So kali ni since aku dah pun sampai sini, meh aku check apa yang patut.

Vanvisa Guesthouse tu lokasi dia agak penghujung sikit dan berdekatan jugak dengan Sungai Mekong.

So pagi tu aku gi usha kawasan tepi sungai dulu.

Bangunan tradisi Lao dari kayu yang telah diadunkan dengan senibina French menjadi tinggalan kekal di Luang Prabang ini

Sungai Mekong

Kedai kedai di jalan utama

Menjual perkakasan sembahyang

Monks berkeliaran

Aku sendiri tak de agenda khusus di Luang Prabang ni. Aku plan untuk stay 2 hari di sini, so aku akan habiskan sebaik mungkin dan melawat tempat tempat menarik di sini.

So mana nak dapat map dan sebagainya? Aku pegi ke Tourism Info Center yang terletak di persimpangan jalan di Old City Luang Prabang ni.

Usha usha info kawasan di LP ni

The town of Luang Prabang sebagai UNESCO site

Tourist Info Center Luang Prabang. Malangnya tutup sebab dia orang break makan tengahari.

Do's and don'ts di Laos.

Sebab tak dapat map dan apa yang aku mahukan, so aku berkeliaran je la usha kawasan lain. 

Di Luang Prabang ni rata rata kebanyakkannya adalah pelancong asing dari barat. Malah mereka kelihatan lebih ramai dari penduduk tempatan. Memang ramai pelancong di Luang Prabang ni, jadi tak syak lagi LP sebagai destinasi paling utama dan paling popular yang wajib dilawati di Laos ni.

Jalan utama di Luang Prabang

Keadaan jalan utama di sini tidak la begitu sibuk. Ada banyak motosikal dan tuk tuk bertali arus. Ramai jugak yang berbasikal terutamanya pelancong. Tapi paling ramai adalah yang berjalan kaki.

Pekan Old City Luang Prabang ni tak besar mana dan boleh di cover dengan berjalan kaki sahaja.

Di tepi tepi jalan, ada banyak restoran, kiosk pelancongan, gerai gerai menjual makanan dan minuman serta hotel hotel penginapan berbeza beza taraf dan bintang. Restoran paling banyak. Sekali pandang memang terasa berada di negara Perancis sebab suasana dan pelanggan yang datang, tapi itu la keistimewaan Luang Prabang ni. Sebuah pekan Asia yang menyerlahkan senibina barat dan kebudayaan yang sudah bercampur akibat penjajahan dahulu kala.

Aku tertarik dengan kuih ni. Nampak macam sedap tapi tak tergamak nak beli.

Pisang di jemur

Jalan jalan pusing pusing di kawasan yang sama je di LP ni. Tak de arah tujuan dah. Sejam dua dah abis tawaf. Kebetulan hari tu ada pasar pagi, so aku usha usha jugak la tapi tak berapa menarik. Banyak jual makanan jer, so aku just lalu macam tu jer.

Bangunan di Luang Prabang yang biasanya di jadikan penginapan ataupun cafe

Luang Prabang terkenal dengan banyak Wat di kawasan persekitarannya

Peniaga pasar pagi

Jual sayur sayuran

Aku jumpa tempat latihan sepak takraw. Macam tu jugak ke rupanya mereka eja?

Pengukir yang sibuk mengukir kayu. Berapa lama la tu nak siap

Kawasan jetty yang menjadi tumpuan untuk orang menyeberang Sungai Mekong dengan sampan

Aktiviti di Sg Mekong

Banyak orang jual benda panggang panggang ni

Jual jeruk pun ada

Paling best fruit shake di LP ni merata rata orang jual. Harga 10,000 kip ( RM 5 ) satu gelas. Boleh campur campur ikut suka tekak

Abis abis pusing, aku dok riki riki tiket untuk ke Phonsavan. Ada banyak tour kiosk kat tepi tepi jalan ni so kalau nak beli tiket boleh tanya kat dia orang ni jer. Masa tu aku sendiri pun belum decide aku nak ke mana. Dalam kepala memang nak gi Phonsavan tapi aku belum abis study lagi. So riki riki tiket dulu. Perjalanan ke Phonsavan makan masa 12 jam dan van ada siang sahaja. Harganya 120.000 Kip.

Aku tak beli lagi. Nanti aku study dulu dan tengok cemana.

Harga tiket bas dan minivan dari Luang Prabang

Kiosk kiosk pelancongan.

Kalau siang siang hari, di Luang Prabang ni akan nampak banyak tuk tuk tersadai tepi jalan. Kebanyakkan daripada mereka mencari penumpang ke destinasi yang cukup terkenal di luar Luang Prabang ni iaitu Kuang Si Falls.

Drebar tuk tuk mencari pelanggan

Itu memang termasuk dalam agenda aku jugak nak pegi. So aku dok riki riki jugak tuk tuk ni. Masalahnya kalau share kena 5 orang, kalau sorang mahal la kena charter.

"Tuk Tuk Sir? Waterfall"
"How much?"
"You alone?"
"Yes"
"200,000 kip"
"Erghhh"

Aku cuba blah.

"How much you want Sir?"
"30,000 kip. I am alone and willing to share. Can you get anyone else to join. I can wait"

Terkulat kulat pakcik tu mendengar arahan aku. Macam aku pulak tokey tuk tuk neh.

Jenuh tetiba dia rajin pegi tanya semua orang yang lalu lalang. Aku lepak je bawah pokok layan rokok.

Tak lama lepas tu aku nampak dia borak borak dengan kawan dia drebar tuk tuk jugak. Then dia datang kat aku.

"You can share with them but dont tell them you pay 30,000 kip and they pay 40.000 kip"
"Okey  ! Iols janji ! Iols tak cakap"

Zip mulut !

So ada 4 orang mat salleh siap siap nak naik tuk tuk dan aku menyelit seorang.

Van tuk tuk yang membawa kami ke Kuang Si Falls.

Ni tuk tuk biasa yang bawak keliling Luang Prabang dan kawasan berdekatan. Tuk tuk ni berlambak, so bargain hard. Kalau tak dapat harga kita nak... blah dan cari lain !

So kami bergerak meninggalkan Old town Luang Prabang menuju ke arah Kuang Si Falls yang terletak jauhnya lebih kurang 35 KM.

Dalam tuk tuk kami ber 5 berborak borak. So aku ada kawan.

Juan dan Joy dari Argentina. Aku speku Joy tu nama dia Joyah? No?

Kiki dan Stephanie dari Germany

Layan jugak borak borak dengan dia orang ni. Masing masing on long trip in SEA. Kiki & Stephanie banyak travel. Juan dengan Joyah tu OK jugak dan dia orang nak datang Malaysia lepas Laos, Vietnam dan Cambodia nanti. So aku pun rekomen habis habisan lah kat dia orang suruh datang.

Jalan menuju ke Kuang Si Falls


Jalan agak lengang tapi sempit

Tapi borak borak dengan mereka ni selalu diusulkan soalan soalan yang mencabar minda untuk di jawab.

Apa makanan istimewa Malaysia? Of chos aku jawab Nasi Lemak.

Juan tanya what is Halal food? dan cemana keadaan orang Islam di Malaysia? Jenuh jugak aku nak jawab. Si Kiki tu sibuk la cerita pasal Kiram di Sabah dan pencerobohan yang berlaku. Aku bagitau dia orang yang aku pun Muslim jugak dan kat Malaysia semuanya OK bla bla bla......

Then cerita cerita pasal banyak benda travel lah sampai la kami tiba di kawasan air terjun Kuang Si. Drebar tuk tuk tinggalkan kami di situ dan bagi masa 2 jam.

Masa kami sampai kat air terjun tu, kat bawah tu ada orang jual jual. so dia orang beli air. So mereka offer aku 'beer'. Aku just geleng kepala je. Then Kiki bersuara.

"Dont worry, We will not let Allah knows. Allah doesnt know it if you drink under the table"
"That is insulting !!!!!"

Jilake !

Pastu dia boleh gelak gelak pulak tu. Aku terus terdiam dan tergamam. Tak tau dah nak cakap apa. Dalam hati aku maki hamun dia 4 ratus kali !

Terus aku malas layan. Konon memula nak lepak lepak sekali kat air terjun tu nanti, last last aku lari membawa diri ! 

Aku rasa tersayat sayat perasaan

Desiran air terjun Kuang Si tak terasa kedinginnanya sebab hati aku tercalit rasa panas dan kemarahan.

Jahanam la mamat Kiki tu !

Aku sumpah dia jadi keldai yang kurang upaya baru tau.

Dan aku salahkan diri aku tak berupaya nak deal situasi macam ni sebaiknya. Maybe iman aku sendiri pun masih rapuh.



Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

bersambung...............

17 comments :

  1. Sabor je la. At least tunjukkan kita mmg better dr depa

    ReplyDelete
  2. eh kiki ni...i ingat yg pompuan tu yg nama kiki,
    diorg ni pun, travel merata2 masih tak tau nak respek agama orang. sumpah je dia jadi pondan lorong abang meng.. sesuai ngan nama. muahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. pondan lorong pun tak aku... muka berbulu2 gitu... ahaks...

      tapi dia mcm banyak tau la pasal Islam ni... cuma sebab dah banyak tau tu suka buat main main... mcm tak sensitive dah

      Delete
  3. eeieiei kejinya kiki ni!
    selalu mat salleh ramai baik2, respek kita as muslim kan.

    kena tujukan lagu 'matilah kau....' tu pada dia, meng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mat salleh pun mcm kita gak. ada yang baik ada yang tak berapa baik...

      tapi yang pasti kiki memang mcm fookie


      Delete
  4. Meng apsal ko x bagi sejibik kat muka dia...boleh plak gelak2 pastu. Geram plak aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la aku pun geram.

      bagi mengelakkan aku moody. aku berambus jauh2 dari dia. lantak dia lah.. moga masuk api neraka !

      * mati la emosi

      Delete
  5. ish geram pulak dengar. tapi kalau iolls sendiri pun tak dapat deal dgn orang macam tu. maklumlah ai ni jenis biarkan orang dengan kebodohannya. malas nak explain pepanjang. btw comel pulak nama tu. ingatkan nama pompuan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol...

      kang kita terlebih ckp boleh bergaduh pulak..

      tahan je la amarah dlm hati. cuma tak puas hati sebab tak berdaya nak menegakkan kebenaran.

      Nama dia lain. tapi dia suruh kita org panggil dia Kiki.

      teringin la tu nak nama comel2 mcm kucing

      Delete
  6. meng,

    selalu je diajukan dengan soalan yang hampir sama. masa kat filipina haritu, our driver siap bgth jiran sebelah rumah dia pun muslim tapi kenapa boleh je makan varvi hehehe..sakit tak hati mendengarnya? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. kdg kdg kita ni punya la menyusun ayat nak jawab balik takut dia pulak yg kecik hati..

      hati kita yang dah kecik ni... tak de org yang pedulik.

      * kesat airmata dgn tisu premier dengan dwi helaian

      Delete
  7. ari2 jumaat ni dgor lagu RAPUH..insap jap..hahahah

    ReplyDelete
  8. Ohhhhhh......... Cian nya uncle.... Nape uncle tk jwb elok2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. diam je lah. takut bertekak lak nanti. dia maybe bergurau kot... tapi utk kita bebenda mcm tu x boleh buat main. sensitip

      Delete
  9. kuih tu ingatkan kelapa muda....heeeeeee :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...