Wednesday, March 30, 2016

Jom Sarap : Restoran Puteri, TTDI Kuala Lumpur

Satu hari minggu tu kami mencari port untuk makan pagi. 

Dah pegi ke Village Park nak makan nasik lemak Lopah, tapi orang berumbu rumbu sampai ke jalan raya. 

Tak de rezeki nak menikmati nasi lemak Lopah !

Jadi kami ke Taman Tun nak breakfast kat d'Cengkeh. 30 kali pusing cari parking... nan hado !

Kecewa hampa melara ! Sudahnya.....

Bagaikan puteri kisah khayalan yang hidupnya suci dan sempurna....... * tolak Amy Mastura jatuh gaung

Kami breakfast kat sini je lah satu family. Parking pun senang sikit.

Dah park

Sebab masih pagi dan tak expect nak makan apa, jadi kami bantai je la apa yang ada.

Tahu kan Restoran Puteri di Taman Tun ni adalah salah satu daripada beberapa cawangan Restoran Puteri yang lain (ada di Sungai Penchala dan Brickfields).

Kalau biasa bulan Ramadhan, Restoran Puteri ni memang populer untuk buka puasa dan famous dengan makanan Melayu nya. Tapi di sini sebab nak breakfast, kami makan breakfast je lah.

Sampai sampai tak de orang !

Aku suka betul kalau gi kedai makan dan orang tak ramai. So aku nak makan pelahap cemana pun tak de orang pandang.

Tapi bukan la selamanya tak de orang. Kalau langsung tak de orang tu pelik la pulak.

Tau kan Restoran Puteri ini di miliki oleh seorang belakon Melayu lama iaitu Rubiah Suparman?

Kalau tak tau... sila lah ambik tau. Tapi orang muda tak berapa kenal dia kot. Aku ingat kecik kecik dulu ada la rasanya drama drama Melayu yang sedih sedih biasanya dia berlakon. Aku rasa lah !

Duduk tak lama...


Dan tetiba ramai orang memenuhi ruang

Tak pe. Kerusi meja cukup. Benda yang best lagi bagus kalau berkongsi. So makanan yang ada makan la apa adanya. Janji bayar !

Tengok menu pagi di sini.

Tak berapa pagi agaknya sebab makanan tengahari sudah mula di hidangkan.

Aku makan roti canai dulu. Sedap jugak roti canai nya.

Hero nak makan nasi. Ada nasi dagang sebenarnya kat sini tapi dia nak nasi putih pulak.

OR makan nasi dagang

Princess nak roti telur pulak

Dan tak lupa kuih muih Melayu ada tersedia di sini

Yang tak berapa Melayu pun ader

Dan hidangan penutup.. sesuai dengan body..... aku punya nasi lemak siap dengan sambal sotong dan ayam goreng ! ..... 

Tak Putera la kalau makan sikit sikit kan? Lagi lagi kalau makan kat kedai Puteri.

Apa apa pun, kenyag Alhamdulillah. Nak bagi verdict pun tak tau cemana. Just breakfast.. standard lah..Makanan kat sini pun OK lah. Not bad. Harga pun berpatutan. Yang penting orang tak ramai.

Boleh pulak aku terserempak dengan senior aku kat sini. Tapi macam lama dah tak bertegur sapa so malas nak tegur. Dia pandnag aku, aku pandang dia. Pastu pandang pinggan ! Dua dua sombong mengalahkan artis.

Tapi sebenarnya aku segan nak tegur dia sebab aku macam tak pasti itu dia ke bukan. Dulu masa zaman remaja dia macam sado sado dan glamer sebab dia model iklan.. tapi sekarnag ni.. badan pun lebih kurang aku je. Kalau bergabung meletop buleh berlakon iklan gak la.. jadi watak Sumo.

Betapa masa telah merubah segalanya...... ! 

Masa tengah makan nampak Rubiah Superman tu datang. Nampak sihat lagi makcik tu.

Dalam kereta, aku bagitau Hero dengan Princess pasal Rubiah Suparman ni, dulu dia pelakon bla bla bla.......

Pastu aku konon konon la nak nyanyi lagu lama lama sikit... baru nak start nyanyi terus Princess potong nyanyi lagu.

"Rasa sayang eh.. rasa sayang sayang eh"

Potong....

Baru Papa nak ambik feel mengenang kisah lalu. Tapi aku pun tak tau nak nyanyi lagu apa sebenarnya. Hahaha.. Saja je pancing ! Dan aku pun tak ingat Rubiah Suparman ni berlakon cerita apa.

Apa?

BvS?

Sapa yang cakap cam tu...? Korang memang kejam. Tak baik arrr...

So kalau nak usha Puteri di pintu mahligai..... sila ke TTDI.



Di dalam kesunyian
Kurasa gelombangnya
Menyintaimu satu kewajipan
Tapi tak terluah dengan perkataan

Tika fajar menyinsing
Kusentuh sinar kasih
Dari matamu dekat dan terasing
Aku menanti singkapan tabir cinta
Aku menanti saaat menjadi nyata

Kesunyian ini terlalu indah
Walaupun pahit untuk menelan
Walaupun pedih sanggupku tahan
Dan kurelakannya

Puteri di pintu mahligai
Kulihat kasihmu melambai
Walaupun jauh tapi jelas
Jiwaku menyentuh jiwamu

Puteri di pintu mahligai
Nyatakan segala impian
Sambutlah tangan sambutlah
Semoga terlepas segala siksaan

Dengan sayap impian
Ingin terbang ke sana
Membawa cinta sebesar dunia
Apa jua milikku dan kutahu
Hanya untukmu

Anyway kalau berada di sekitar TTDI boleh singgah breakfast or lunch di sini. Dengar cerita lontong dengan laksa johor dia pun menarik !

Restoran Puteri TTDI
Lot 3074, Jalan Datuk Sulaiman,
Taman Tun Dr Ismail
Kuala Lumpur

Adios !

10 comments :

  1. pernah sekali breakfast kt sini, lepas jogging pnjat bukit kt Bkt Kiara Arboretum..not bad lontongnya..

    BvS...mmg x baik kan ckp mcm tuu..

    ReplyDelete
  2. Kenapa kau nak tolak Amy Mastura pulak Meng?
    Bagaikan Puteri tu bukan lagu Farra ke?
    Sian Amy Mastura. Lagu dia tajuknya Puteri jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh bukan kah?

      jadi?

      aku tersalah tolak orang lah ni?

      "AMY !!!! AMY !!!!!"
      "He's tried to make me go to rehab but I won't go, go, go"

      Ala.. dah jadi amy whinehouse dah dia.....

      Delete
  3. Hahaha aku gelak gila baca komen atas ni...klo xde yg tegur aku pun ingt lgu amy mastur...kahkahkah konpiden je ko kan meng....hahaha

    Hamboih rubiah suparman bkn kakak ko ke supermeng malaya?ke ada bau2 bacang?hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku mati mati ingat tu lagu Amy mastura.. rupanya bukan. Ahaks...

      Kesian dia aku silap tolak jatuh gaung. Harap2 masih OK lagi kat bawah sana.

      Rubiah Suparman tu anak aku lah.... tapi kami terpisah masa kecik sebab mak dia tak nak duk Hitaly. Tak suka makan spaghetti katanya...

      Delete
  4. Supermeng mkn dekat restoran rubiah suparman xdok special discount kah?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...