Wednesday, February 5, 2014

TMM 2014 | Port Dickson - Part 3 : Akar Beach Resort

Dekat Port Dickson, penginapan adalah banyak dan tak sukar nak memilih. Tapi tu kalau time tak cuti lah. Bila time cuti, semuanya macam penuh. Jadi mencari penginapan adalah satu masalah, lebih lebih lagi kalau last minit macam aku ni.

* sorok muka belakang monitor.

Tapi.. terjumpa jugak la hotel ni dan aku baca review macam okey jer so I gave a try !

Namanya Akar Beach Resort. Moh jenguk hotel ni cemana.

Bangunan hotel...

Lobby untuk check in

Urusan check in agak smooth sebab kami sampai dah petang benar. Parking agak mencukupi walaupun rasanya tak berapa cukup kalau orang ramai. 

Rasanya hotel ni agak baru jugak lah. Jom tengok biliknya pulak.

Standard Room

Dalam bilik

Toiletries yang agak limited

Pool dari balcony

Apa yang aku suka bilik dia semua sea view walaupun tak berapa nak nampak laut sebab banyak pokok pokok. Pulak tu ada balcony lagi, so port yang cun untuk merokok.

Yang tak berapa best, bantal cuma 2 tak de extra dan bantal dia tak best mana. Sakit leher plus terpaksa berebut rebut dengan Hero time tido. Katil biasa biasa je dan linen tak berapa syiok. Tisu tak de dalam bilik, biasalah budak budak makan minum sepah sepah, susah nak lap. Cuma dapat 2 botol air mineral tapi ada kettle dan fridge.

Cukup la setakat nak tidur semalam.

Layan kawasan sekitar pulak.

Pool dan bangunan hotel

Bulik bilik mengadap laut

Balcony setiap bilik

Pool

Pool agak OK. Ada pool dewasa dan pool kanak kanak. Walaupun kecik tapi OK lah. Cuma bila orang ramai tempat jadi pack.

Patut ada slide ke apa so budak budak seronok sikit.

Banyak pokok pokok kelapa sekitar kolam renang dan tempat bersantai. Cuma lif naik turun agak sempit dan cuma 1 je. Kalau ramai orang, memang terpaksa tunggu turn.

Tapi yang menariknya pulak, hotel ni betul betul terletak di tepi pantai !

Cuaca mendung

Suasana pantai

Pantai Purnama

Air cetek time ni

Resort dari arah pantai

Orang mandi manda

Awan gelap

Walaupun pantai ni pantai public tapi sebab ianya agak remote so tak de ramai sangat orang !

Anak sapa lah main pasir sorang sorang ni !!

Senja tak berapa nak menjadi

Sepetang di Pantai Purnama

Senja...

Pantai Purnama

Lepak lepak sambil makan burger yang tak sedap. Ada gerai kat pantai ni jual minuman dan jajan jajan

Menjelang malam

Senang kalau sorang nak mandi kolam dan sorang lagi nak main pasir. 

Sebab pantai dan resort agak dekat so boleh tukar tukar tengokkan budak budak ni.

Princess melarikan diri.

Dia tak puas hati..

"Papa.. engok la.. air tu dia ikut adik..."

Hahahaha.

"Air tu bukan ikut adik. Tu nama dia air pasang !"

Dia stress sebab air makin pasang dan makin dekat dengan tempat dia main pasir. Dia ni penakut air laut tapi suka nak main pasir.

Malam dari balcony

Pagi...

Pantai dari balcony. Waktu pagi ada banyak jugak motorized sport di kawasan Pantai Purnama ni

Breakfast

Aku punya makanan !

Ada lontong. Tak sedap !

Makanan biasa biasa je. Choice tak banyak dan rasa pun OK OK jer... 

Sesuai dengan taraf 3 star, tak de apa yang kebabo sangat, tapi kalau setakat nak melepak semalam tu kira OK lah. Bilik agak bersih dan luas juga.

Akar Beach Resort.

Bagi aku selesa dan menarik juga. OR kata pun biasa jer, tapi dia suka sebab kolem dengan pantai tu dekat dekat. Hero cakap dia bagi 1 bintang jer. Tanpa sebab !

Dia tak de mood sebab mainan dia Princess campak jatuh ke balcony orang lain. Tak boleh nak ambik. So dia mengaruk nak mainan lain aku tak nak beli dah. Tu yang penjurian dipengaruhi emosi yang tak berapa stabil. Padahal dia terjun kolam sampai tak nak naik naik.

Apa apa pun, masih ada bahagian bahagian yang perlu dipertingkat dan diperbaiki tapi yang lain lain kira OK laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah. 

Aku rate 3 bintang.

bersambung.......

10 comments :

  1. Pantai Purnama salah satu port aku nak berkhemah nanti.

    ReplyDelete
  2. MKL : dekat PD.. sebelum area thistle..

    JG : hoi !

    Ali : bila nak pi tu? jangan lupa bawak set bbq.. boleh memanggang.. aku nampak ada jugak org camping itu hari...

    ReplyDelete
  3. Berape untuk dua hari satu malam ?

    ReplyDelete
  4. ZR : ahai..

    check www.agoda.com cari nama hotel dan masukkan tarikh.

    range dia affordable la...

    ReplyDelete
  5. alamak..tak de harga pulak..tgk kt agoda td mcm mahal..cuti soklah agaknya..

    ReplyDelete
  6. Dalila : check kat website hotel dulu and check kat agoda. baru compare price.

    boleh jugak check kat booking.com

    dia org ni biasa ada quote sendiri bilik2 mereka..

    good luck.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...