Monday, February 20, 2012

Paya Indah Wetlands

Hoyeh. Hoyeh !

Abang muncul.

Kepenatan. Ada aktiviti. 

Anyway. Aku dah lama teringin nak pegi ke Paya Indah Wetlands ni. Pernah dengar tak?? Aku riki riki, tapi nak pegi tak terpegi pegi. Memang nampak macam menarik untuk sesi photog di sana. So teringin lah jugak nak pegi. 


Maka bila keinginan mula memuncak dalam diri, aku dah tak kisah. Janji aku nak pegi jugak. 

Aku tak berapa tahu jalan nak ke Dengkil. So gamble je lah. Tapi jalan memang tak jem. Dari LDP kami terus menuju ke Putrajaya dan terus ke Dengkil. Tak tau nak makan apa, singgah kat Mc D dan beli prosperity burger take away, ingat memang nak makan di sana lah. 

Sampai Putrajaya, nampak Taman Cabaran. Singgah kejap. Tapi lepas tu sambung terus ke Dengkil. 

Melilau lilau cari signboard. Last sekali nampak sign dan kami terus kan je. Dari Bandar Baru Dengkil tu adalah dalam 5KM sahaja. Dekat je. Dari KL kira sejam jugak la kot.

Nak peta?


Ya...

Situ je. Tak jauh pun. Dekat je dari KLIA tu. Tapi kami ikut Dengkil sebab peta tu lebih senang nak faham.

Sampai sampai nampak signboard. Dekat post guard tu, park guard tu tanya.

"Pelawat ke?"

Lagi nak tanya. Nampak muka aku ni tukang bawak makanan buaya kah?? 

"Ya"
"Terus belah kiri nanti ada registration"

Dan kami mendengar arahan. Park kereta ada satu bangunan kat situ dan turun pegi register. Lepas aku melilau mencari port port menarik.



Ya. Registration adalah perchomah ! Nanti dia bagi peta dengan apa yang patut di riki di kawasan ini.

Nak tahu pasal Paya Indah Wetlands ni??? Kejap aku cut and paste.

Paya Indah Wetland Senctuary terletak di Kuala Langat.Hanya 15km Dari Lapangan Terbang KLIA,Ini mempunyai 3,100 hektor luas.Tempat ini menjadi Suatu paparan Untuk projek pembangunaan dan Perbincangan Pembangunaan.

Tempat ini merupakan bekas tapak perlombongan biji timah.Lombong ini kemudian dipulihkan menjadi seperti habitat semulajadi. Sekarang tempat ini menjadi tempat teduhan flora dan fauna.

Terdapat lebih daripada 142 jenis spesis burung, 40 jenis spesis ikan, 25 jenis spesis mamalia dan reptilia,220 jenis spesis hidupan air dan lumut.

Pelancong yang datang ke sini mesti mendapat satu pengalaman yang Menarik. Mereka boleh berceria dengan Tempat yang memenuhi binatang hutan dan haiwan sungai.kita boleh berjalan di tepi sungai untuk melihat pandangan sungai yang tercantik itu.

Pelancong juga boleh pilih aktiviti kesemulajadian seperti memancing ikan disungai,menangkap Brung hutan,batu semulajadi,membuat kem ,menungan kuda,menjalan sungai dengan Bot dan picnic dengan keluarga.tempat ini penuh dengan aman.

Terror tak aku cut and paste???

Apa apa pun, berbekalkan map tu kami pun melilau sekitar kawasan yang agak luas tu. Dia macam ada few tasik dan boleh jalan dengan kereta, motosikal, jalan kaki pun boleh kalau mampu.

Nak sewa basikal?

Tiada masalah. Basikal boleh di sewa dengan harga yang minima.

Tapi tadik aku tak tanya pun berapa ringgit.


Sampai sampai jumpa beberapa port yang menarik.

Abang apa lagi, terus hilang kawalan diri dan snap sana sini. Ada lah jugak rombongan orang orang lain datang melawat tapi tak de la ramai sangat.

Facilities kira cukup. Ada surau, parking, toilet. Semua kiranya adalah. Chalet pun ada.

So layani gegambar ini dulu sebelum kita singgah makan




Makan Mc D.

Dah la pedas. Berasap aku, rasa nak terjun tasik terus. Pastu fikir fikir, buatnya ada buaya ke? Ngap terus. Pastu tengah aku makan makan ke tetiba buaya muncul nak curi Prosperity Burger aku...

How???

Tapi tak de. Ini tasik tak de buaya. Ini tasik lain.

Yang menariknya. Kat area tasik ni banyak pokok teratai.

Ya. Silakan Tok Pah menyumbangkan suara beliau.......................

Teratai........................... oooooo Teratai..............

Cemana lagu tu?  

Tapi kami makan makan dan menikmati keindahan alam. Ada jugak la nampak puak puak yang bergambar dengan aksi lupa diri. Buat tak layan je lah.

Apa yang penting, perut kami beralas !


Ha..

Kan aku cakap tadi, kat sini pun ada chalet. Sesiapa yang berminat boleh la menginap di sini sambil menikmati keindahan alam sekitar. 

Memang agak tenang dan mengasyikkan pemandangan. Tapi kalau nak overnite dan stay di sini agak bosan unless nak tunggu sunset ke atau nak tunggu orang bagi makan Badak dengan Buaya tu.

Ha. Tu boleh la overnite.

Harga chalet dia RM120 per nite. Aku tak tau la kondisi chalet cemana, tapi nampak dari luar macam besar dan agak lawa jugak lah.



Selepas perut kita kenyang, kita merayap dan melihat sekeliling !

Ya. Mari.

Apa yang menjadi tarikan utama di sini adalah kolam hippo dan kolam buaya tu. So kami ke kolam Hippo dulu.


"Po !!!!!!!!!!!!!! Oh............. Po !!!!!!!!!"

Aku panggil. Tiada sahutan ! Padahal aku dah SMS dia tadik sebelum pegi aku nak melawat dia. Maklum la kawan lama.

Jenuh la kami dok intai dalam kolam tu. Tau apa kami nampak?

Ni hah !


Tak jelas??

Ni hah !


Sheols menyorok !

Shy shy badak la pulak. Motip aku datang kau buat buat malu? Janji nak borak panjang !

Mungkin cuaca panas ke, mungkin dia tido ke apa. Penat la kami tunggu. Haram dia tak nak timbul. Mungkin dia timbul time makan dia je. Makan dia waktu pagi lah. So si Hippo ni pose pose menyelam macam tu tak sudah sudah. Kejap kejap je timbul menunjukkan lobang hidung yang macam serombong tu.

Kau sombong sama aku kan?

Jaga !

Dan. Lepas tu kami bergerak naik kereta ke kawasan lain pulak. Di sini ada ni hah.

"Sang buaya ! Sang buaya !"


Ya ya je nak panggil.

Tak payah panggil. Lalu dari dalam kereta dah nampak dia orang timbul. Kolam dia agak besar jugak la dan aku rasa macam banyak jugak buaya dalam ni.

Jadi kedatangan kami di sambut dengan wajah wajah sendu buaya buaya ini.




Ada yang besar, ada yang kecik. Ada yang panjang. Ada yang kekwat.

Semua ada. Rasanya macam lebih pada 10 ekor sebab senang nak nampak mereka timbul. Tanpa air berkocak pun tetiba je.. hah.

Sebab tu orang kata, kalau air tenang jangan di sangka tiada buaya. Buaya kan penyabar binatangnya...

Kami lepak lepak di kawasan itu lah beberapa ketika. Oh ya. Waktu makan buaya adalah pagi dalam pukul 10 hari Isnin sampai Sabtu.

Public Holiday? Ahad??

Buaya puasa agaknya.

Dan. Apa yang menarik jugak di kawasan Paya Indah Wetlands ni, ada banyak burung burung dan juga kolam teratai. So kalau kolam teratai ada mesti la ada bunga teratai.

Perlu ke nak panggil Tok Pah menyanyi lagi???




Tapi banyak la teratai kat sini. Ada yang kembang, kuncup yang dah mampus pun berlambak !

Dan acara terakhir kami adalah pusing pusing keliling. Ada menara tinjau di situ tapi malas la nak memanjat. Kami lalu dan pusing pusing je.


Maka berakhir la lawatan muhibbah kami melawat kawan lama si Hippo dan Sang Buaya di Paya Indah Wetlands.

Nak kata worth to visit. Hmmmm tak de la apa sangat. Tapi kalau tak de benda nak buat, boleh je. Kalau senja mungkin lawa sebab tasik kan, boleh tengok matahari turun.

Tapi kami malas nak menunggu. Apa yang pasti, kami dah jelajahi kawasan ni. Tempat menarik, tapi mungkin kurang promosi so orang tak ramai datang.

So bagi sesiapa yang berminat boleh la berkunjung ke sana, ke sana, ke sannnnaaaa......

6 comments :

  1. Cikdu.... kenapa bukan teratai layu di tasik Madu???

    hahaa

    eh cikdu, gi lah kellis Castle di Perak.... nice place and memg tempat yg chantekkkk gilerrr for photog....

    berbaloiiiii sgt2 .... cos br teman member gi awal bulan ari tuh..

    ReplyDelete
  2. siang idoklah ada antu cikdu......... tutup pun jam 6....

    tp kalo cikdu nk jumpa, sebut je nama dia hahahahhaa

    serius cikdu, nic eplace to shoot.... nak buat pre-wedding pun lawa hahahaa

    ReplyDelete
  3. dah pernah pegi daaaa

    tapi masa tu tak de kamera lagi.. nanti laa bila ada masa

    ReplyDelete
  4. Meng,

    aku scary tengok gambar buaya ko...terbayang2 siot...macam mana ko boleh amek gambar dekat macam tu? takoot r...

    ReplyDelete
  5. dah sedara mara... ckp je suruh dia posing, mesti tak di hampakan

    hiks

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...