Pagi tu hati jadi tenang sebab aku dah nampak Puncak Gunung Kinabalu.
Udara segar pagi pagi hari tapi cuaca terang tak lama. Berawan dan berkabus. Susah nak ambik gambar Gunung Kinabalu penuh penuh. Tapi nampak lawa lah. Udara pun rasa bersih buat aku jadi terkesima sekejap.
Aku tak de lah plan pun cuma aku cakap aku nak pegi Kinabalu Park. Itu aja. Then nanti kami kena turun cepat cepat ke KK sebab banyak tempat lagi nak pegi. Aku memang bercadang nak ke pulau, tapi kalau hari tu pegi takut tak sempat. Nasiblah ahad aku ada satu hari penuh, jadi hari tu kami abiskan masa di KK dulu dan esoknya baru kami akan pegi ke pulau pulau berdekatan.
Suasana pagi menyamankan dan kami turun bersarapan.
Makanan dia tak berapa inzal. Tapi lapar punya pasal semalam tak dinner kami belasah je.
Lepas makan jalan jalan di kawasan sekitar hotel. Hotel tu ada dua bahagian. Satu tower dan satu lagi chalet chalet tu. Agak menarik la kawasan dia sebab dia terletak di atas bukit di Kundasang tu. Nampak pekan Kundasang dan juga kawasan sekitar.
Mula mula kami plan nak ke Poring. Tapi kalau ikutkan dalam 15 KM jugak nak ke sana. Plus nak patah balik lagi nanti, maka kami batalkan je cadangan tu.
Dan kami dapat kata putus, lepas tu kami akan check out dan turun ke bawah.
Lepas makan siap siap kami check out dan terus ke Kinabalu Park. Jalan jalan kat area bawah tu tengok kedai kedai jual sayur. Tak berhenti pun.
Nak masuk Kinabalu Park kena bayar RM3. Ada banyak bas bas persiaran di sana. Kawasan dia tak de apa la cuma ada HQ Kinabalu Park di situ. Jadi kami terus bawak kereta naik ke atas ada kawasan tinjauan di sana.
Dari situ boleh nampak lagi clear puncak Gunung Kinabalu dan ada air terjun. Jadi kami singgah dan snappy snappy je.
Lepas tu cubaan nak naik lagi. Tapi jalan agak sunyi. Kalau dalam peta jalan tu akan terus ke base untuk pendakian. Dah jauh sangat maka kami patah balik. Masa tu nampak banyak banyak kereta tepi jalan. Aku sempat berhenti tanya kenapa, rupanya dia orang tengok bunga rafflesia.
Apa lagi. Aku pun tak lepaskan peluang. Nasib tak payah trekking jauh jauh.
Hah. Tersergam indah bunga Rafflesia. Tapi ! Bau dia busuk gila. Macam bau bangkai pun ada.
Tau tak Rafflesia ni memakan masa 9 bulan berputik dan kembangnya hanya seminggu ! Keji kau Rafflesia !
Anyway kami tak spend banyak masa di sana.
OK. Settle.
Turun ke Kota Kinabalu kami menyinggah lagi. Mula mula kami singgah di Tamaparuli. Mana lagi kalau bukan nak pose pose tengok jambatan Tamparuli yang glamer tu.
Tapi.... jambatan dia agak sedih uols ! Maksudnya jambatan yang nak menyeberang yang boleh kereta lalu tu. Dah la one way. Tapi atas tu nampak la jambatan gantung Tamparuli itu.
Ku harapkan nampak la Marsha berlari lari di sana, tapi macam ternampak Abu Bakar Elah jer...
Kali ni dapat pergi lebih dekat ke bangunan Yayasan Sabah. Cuaca panas gila. Aku turun dan ambik gambar situ,
Nampak tak gambar gelung cahaya di atas bangunan tu.
Terkesima sekejap okeh. Sebenarnya matahari tengah terik.
Ingat nak singgah kat masjid baru Likas tu nak ambik gambar, tapi sebab aku pakai short, segan la pulak. Jadi kami teruskan saja perjalanan.
Kami singgah di One Borneo. Makan di situ. Apple Cafe ke apa nama dia. Makanan kat hotel tadi tak sedap tak kenyang. Dah lapar balik.
Lepas tu kami jalan jalan lagi. Aku memang teringin nak pegi Sutera Harbor tu.
Apa yang menarik kat sini?
Tak de apa sangat. Cuma ada docking tempat kapal layar berlabuh je. Boleh lah setakat nak ambik gambar. Mula mula kami plan nak stay sini, tapi bila check, bilik penuh. Tak de kekosongan.
So kami bergerak terus dan check in di Shangri La Tanjung Aru Beach Resort.
Agak OK lah bilik dia sebab dia ada buka wing baru. Yang penting ada jacuzzi okeh. Hiks.
Lepak lepak di sekitar kawasan Shangrila Tanjung Aru tu ambik ambik gambar.
Tapi keji lah pekerja situ.
"Encik orang luar tak boleh masuk kawasan ni"
"Orang luar? Kami stay sini lah"
"Nombor bilik Encik?"
Aku pun panas hati. Terus buat keluar kunci dan tunjuk kat dia. Baru lah dia mintak maaf dan blah.
Apa? Ingat aku tak mampu???
Tapi memang rata rata kat situ ramai Mat Salleh je lah. May be abang yang bermuka kampung ni, harus tidak di akui mampu tinggal di tempat tempat mewah.
Destinasi kami adalah ke pantai Tanjung Aru.
Pantai Tanjung Aru ni terletak sebelah Shang tu je. Tapi kira ni pantai public so ramai la orang. Boleh lah tengok tengok orang ramai di sana.
Sempat la kami lepak lepak makan popia dan minum air kelapa !
Tak boleh berlama lama di sini sebab kami ada agenda yang lebih penting. Waktu tu sunset baru nak bermula jadi aku memang cakap nak tengok sunset dari Waterfront KK. So kami tinggalkan Tanjung Aru menuju ke bandar semula untuk menyaksikan sunset dari sana.
Nasib baik jalan tak jem dan jarak pun tak de lah jauh nak ke Waterfront tu.
So dapat la apa yang aku nak !
Lepak lepak kat area waterfront tu sampai matahari betul betul hilang.
Sempat la ambik gambar persekitaran di situ. Macam menarik jugak la sebab ramai orang.
Kat area Pasar Filipina tu memang lah ramai orang.
Aku just usha usha apa yang patut je.
Usha usha cari FM. Tengok macam murah jugak lah. Harga memang dia bubuh RM 8 seketul. Tapi bila tanya, dapat la 3 bijik RM10.
Menarik jugak.
Jalan jalan lagi dalam tu, sampai ke belakang, ada pulak yang kasik 4 ketul RM10.
Tak payah aku ke Plaza Warisan lah. Beli je kat situ siap siap.
Mutiara mutiara ni aku malas nak beli. Usha usha tengok orang jer.
Pastu kami jalan la pulak kat pasar belakang tu dekat depan Le Meridien Hotel tu. Situ lagi ramai orang. Macam macam orang menjual dan tempat tu memang jadi tempak makan lah.
Kami makan seafood kat tempat lain. Dekat Tuaran.
Tempat yang jauh sikit. Tempat yang lomantik lomantik. Tempat yang inzal.
Aku suka ajerrr...
Inzal lah sangat kan?
Jauh okeh. Kira kira 40 minit jugak dari bandar KK. Nama tempat tu Gayang Seafood.
Orang ramai gila. Pastu kami order tak sampai sampai. Ada jugak nak kena ganyang dengan aku ni. Tapi bila makanan sampai penantian kami yang lama tu agak berbaloi sebab makanan dia sedap !
Memang inzal. Harganya agak murah lah. Tak order banyak pun. Nasik putih, Ketam Masak Black Pepper dan Udang Goreng Butter.
Ya aw aw.. Makan lah sampai kenyang dua manusia ni.
Puas hati.
Dan harga adalah sebanyak RM 54 sahajork !
Yang penting Avocado Cokelat dia sangat inzal ! Memang makanan dia sedap. Yang tak best cuma tempat dia agak jauh dan jalan pulak gelap.
Lepas makan dan kenyang membuntal perut, kami pulang ke hotel.
bersambung..........
lawanyaaaa gambo.......
ReplyDeletecikdu sgt untung lorr..dapat tgk rafflesia..meg dah pergi berapa tempat...hanya tgk bunga baru nk tumbuh huhuh>>>>>>