Thursday, December 26, 2013

Kuala Lumpur : Istana Negara, Jalan Duta

Kalau letak tajuk Istana Negara mesti orang ingat aku masuk dalam !

Tidak sebenarnya. So tajuk yang paling sesuai adalah, Laman Istana Negara.

Tu je yang mampu.

Aku dah lama teringin nak gi usha tempat ni. Tapi tu lah, teringin je tapi tak pegi jengah mana nak sampai. Hingga la satu hari tu, budak budak dah meragam duduk kat rumah tak pegi merayau dan aku sendiri pun dah mati kutu kalau weekend tak keluar rumah dan dah tak de idea nak gi mana.

Jadi kami keluar tanpa arah tujuan.

Memula rasa nak gi KL pusing pusing dan makan makan je lah.

Oh. KL yang dah tak rupa macam KL. Actually ni area Mont Kiara

Tup tup tengah drive nampak view macam ni.

Istana Negara

"Jom kita gi Istana Negara nak?"

Aku cakap dengan OR.

"Jom !"

Dia OK jer. So kami pun berhati hati la takut salah jalan, dan ikut mana yang patut akhirnya membawa kami semua ke gerbang Istana Negara !

Ada banyak pintu masuk sebenarnya

Sampai !

Gerbang Istana Negara

Kehadiran kami tidak disambut oleh sesiapa pun walaupun ramai jugak orang !  Waima karpet merah menanti dan dibentangkan.

* cekak pinggang marah orang tak melayan Artis Antarabangsa ni

Maklum lah. Golongan tak elite. Jadi kami pun buat tak layan orang lain jugak. Bukan susah !. Perlu ke kita nak bertegur sapa dengan orang yang ramai ramai tu?

Park kereta dan pegi mengusha apa yang patut di sini.

Bangunan Istana dari gerbang

Tak de apa yang boleh digebangkan dengan tempat ni.

Bukan boleh masuk pun, cuma boleh usha dari luar. Tapi tu lah. Dari luar pun dah boleh nampak kemegahan bangunan Istana Negara ni.


Sedikit fakta mengenai Istana Negara.

Dibina di atas bukit di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Kos pembinaannya RM800 juta.

* renung langit jap, pahtu campak calculator dalam semak

Dibina dengan ciri ciri binaan Islam dan tradisional Melayu di kompleks seluas 96.52 hektar.


Keluasan Istana Negara baru ini adalah 10 kali ganda daripada keluasan Istana Negara lama !

* terjun dalam semak dan cari calculator yang tadi

OK. Still kecik dari keluasan lantai Istana Nurul Iman di Brunei. Tapi dah cukup besar dan memang boleh di panggil istana.

Direka oleh arkitek Kumpulan Seni Reka Sdn Bhd. Syarikat yang sama bertanggung jawab mereka Menara KL ! 

Jadi design dia ada sikit sikit serupa...



Oh. Lupa nak cakap, ini tempat kuda. Kalau nak tengok kuda kena datang sebelum pukul 3 petang !

Gerbang dia agak menarik

Pintu masuk. Tidak sebesar Istana Nurul Iman di Brunei

Gerbang

Turut disediakan kemudahan lif, eskalator, klinik, tapak pendaratan heli, gelanggang untuk bersukan, kolam renang dan taman permainan kanak kanak.

* renung langit lagi.

"Hemsem tak abam?" Guard. Bertukar setiap sejam. 

Boleh ambik gambar dengan guard ni, tapi jangan geletek dia. Kalau dia tak layan buat bodo je sebab ada CCTV. Maybe dia tak dibenarkan bersenda gurau dengan pelancong.

Jangan tuduh dia orang sombong pulak.

Hahahaha


Lampu hiasan yang digunakan seperti ketika zaman Uthmaniah di Turki.

Singgahsana yang menjadi tempat persemayaman Seri Paduka Baginda di Balai Rong Seri mempunyai ukiran tradisional Melayu, 99 nama Allah dan ayat ayat Al Quran.

Pagar




Hanya 28 hektar yang di gunakan untuk pembinaan kompleks dan selebihnya dikekalkan sebagai taman dan zon keselamatan.

Layan je la kawasan depan gerbang istana ni hah.




Waktu melawat siang je la kot

Dari arah parking

Ada kemudahan parking untuk pelancong yang ingin menyaksikan kompleks Istana Negara ini.

Google map Istana Negara time belum siap lagi


Yang tak bestnya,

Princess aku bagitau.

"Papa......... adik nak mashuk kat dalam"

* Papa merenung mega mega petang seraya bersuara

"Tak boleh Dik..  Papa ni golongan marhaein.. kita tak boleh masuk................."

* seka air mata

Hero pun sama bertanya.

"Kenapa kita tak boleh masuk Papa?"

* sekali lagi kesat airmata sambil redakan perasaan anak beranak.

Papa tak mampu bina Istana Negara... Istana Cinta pun tunggang langgang lagi...



Dengan cinta ku bina istana
Kau sentuh runtuh jadi pusara
Cahaya hidup ku jadi gerhana
Bisa jiwa menanggung derita

Ku semai benih kasih sejati
Ku pupuk dengan baja nan asli
Ngapa kau siram racun yang pedih
Ku tuai kini hanya rasa yang sedih

Ku impikan istana janji mu
Ku hias cantik dalam angan-angan
Sebab bencana datang mengganggu
Kini hancur musnah istana impian

Wednesday, December 25, 2013

Jom Makan : Tappers, Uptown Damansara

Makan lagi !

Kali ni di Tappers.

Dah banyak cawangan dia di KL ni kan? Actually aku nak pegi makan kat Publica tapi tak jumpa jalan.

* gelakkan diri sendiri sambil baling tahik kuda ke arah peminat

So aku try makan di sini dulu.

Ini cawangan di Uptown Damansara

Kedai dia OK. Bukan dekat dengan uptown sangat. Parking kalau siang masak lah, tapi sebab aku pi malam so sampai ada je parking depan depan tu.

Masuk dan dihidangkan dengan menu untuk memilih.

Buku menu

Tu dapur mereka

Sitting arrangement dalam kedai. Kat luar pun ada tapi time ni kat luar penuh

Meja meja kat luar

Hiasan dinding

Duduk, dan order.

Servis agak pantas. So tak payah berlama lama menahan kelaparan. Lebih lebih lagi budak budak dah kerengsaan dan bergulung gulung sebab kelaparan.

Air epal. Masham !

Cappucino. So so

Kaya toast. Biasa je lah

Carbonara and Chicken Beacon. OK lah.. Anak Dara aku suka jer

Lupa nama dia. Ini paling sedap

Nasi apa ntah tapi dengan Soy Sauce Chicken. Rasa kicap semata mata. Hero cakap tak sedap

Chicken Parmesan apa benda nama aku lupa. Aku punya ni.

Overall, makanan dia biasa je. Tak de lah menarik mana. Carbonara pun tak top mana. Lagi aku syahdu, chicken parmesan aku tu sejuk !

Langsung tak merembes dan berair. Kurang becak !  

Macam tak cukup hangat. Jadi cheese tak cair dan tak berapa mengiurkan. Makan tak sempat nak inzal !

Range harga agak murah. RM 9 - RM 12 untuk satu meal.



Kedai OK. Agak cozzy, ada wifi etc tapi makanan so so sahaja.

Revisit? Not in near future !

Itu saja..... hari ni cuti.

May this holidays fill you with laughter and joy..

Wishing you good health, success and more fun travelling for 2014 !!!!

Selamat bercuti !!


Chuck Meng

Tuesday, December 24, 2013

Highlight : Bali 2013

Bali pastinya bukan tempat yang asing bagi semua orang especially kaki travel.

Ramai yang dah ke Bali kan? Jadi aku pun tak tau nak bagi tips apa. Ni kunjungan kali ke 2. tapi kali ni aku tak explore mana sebab aku cuma singgah untuk ambik flight balik ke KL.

Tapi dalam singgah-singgah tu sempat jugak la aku berjalan dengan kesempatan masa yang ada.

Moh layan.

Bali

Selamat Datang ke Pantai Kuta

Surfer di Pantai Kuta

Pantai Kuta

Pantai Kuta

Memanah di Pantai Kuta

Pantai Kuta

Melepak

Orang berniaga

Petang

Hard Rock Cafe Bali

Hard Rock Hotel Bali

Pool Hard Rock Hotel Bali

Pool Hard Rock Hotel Bali

Berrylicious

Hard Rock Cafe Bali

Hard Rock Cafe Bali

Hard Rock Cafe Bali

Shopping at Krisna

Aku pernah buat entry pasal BALI 2010

Bali famous for kuil kuil dan budaya Hindu.

Kalau sesiapa yang belum berkesempatan boleh la pegi melawat. Banyak jugak tempat menarik di sini, cuma aku tak berapa suka nak visit tempat yang sama berkali kali.

Bali sekarang dah too commercialized dan tak syok mana dah, tapi kalau nak honeymoon dan berasmara dana, yes. Bali is definitely a place to consider !!

Jangan lupa Kecak Dance !



Cinta adalah suci
Lahir dari jiwa
Menikam sanubari
Hati dalam lara

Cinta mistik abadi
Kekal selamanya
Musim berganti tapi
Wajah tak kan lupa
Mimpi berlari
Kemuncak destinasi murni

Asmaradana, Asmaradana
Kemuncak cinta
Asmaradana, Asmaradana

Cinta suci tak kenal
Harta atau rupa
Mereka jatuh dari
Raja hingga hamba
Biar api membara
Jadi penghalangnya
Ia tetap kagumi
Keagungan cinta
Bersama berdua
Kemuncak syurga di dunia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...