Monday, August 17, 2020

Jejak Kyushu DAY 02 - 05 SAKURAI FUTAMIGAURA 02

Sebaik saja bas berhenti di bahu jalan, aku terus sasau nak menjarah kawasan Sakurai Futamigaura tersebut.

Tak ramai orang time tu kat pantai. Tambah lagi cuaca mendung dan hujan renyai renyai.

Agak kecewa jugak sebab cuaca tak begitu menyebelahi tapi aku kena bersyukur tempat ni berjaya aku jejakkan kaki.

Lokasi tempat betul betul di tepi pantai dan berdekatan dengan laluan. Kalau time summer or cuaca cerah pasti ramai yang datang bersantai santaian di pantai.

Ada parking area untuk mereka yang berkereta. Selain tu cara untuk sampai di sini adalah dengan berbasikal tapi tengok jugak la dari jarak mana nak kena mengayuh. Kang bengkak peha jugak kalau nak mengayuh dari Fukuoka tu sendiri.

Turun ke tepi pantai berdekatan dengan tori gate tersebut, kelihatan beberapa manusia sibuk bergambar.

Sesekali ombak datang dan boleh bikin basah jugak pakaian.


Bagi aku tempat ni agak lawa kalau kena dengan cuaca. 

Pasrah je lah kedatangan aku cuaca mendung kelabu. Jauh sekali nak dapat layan sunset dari dua celah batu batu tu !

Dan ada je yang ambik kesempatan suruh aku ambikkan gambar dia orang. Sebab aku baik hati dan berbudi pekerti mulia, aku bantu tanda mengenakan sebarang charge. Kalau aku nak charge pun agak agak ada ke yang nak bayar? 

Hahaha

Lagi pun aku kena tolong dia orang sebab nak make sure dia berambus dari situ cepat cepat. Kang ada je pelakon tambahan yang tak diperlukan dalam gambar aku.

Since tak banyak aktiviti boleh di buat, aku saja saja merayap sepanjang pinggir pantai yang turut dipenuhi batu batu.

Tak jauh dari situ di tepi jalan ada beberapa cafe kecil di buka. Ada jugak port lepak santai untuk mereka yang nak bersantai dari kepanasan. Memang tak de pokok besar nak berlindung, kalau panas sangat mahu rentung jugak jadi nya.

Agak agak dah tak de hala tuju, aku singgah di salah satu gerai jual air dan beli air.

I is dahaga.

Beli air coke je. Mamat tu being friendly tanya aku dari mana. Bila sebut Malaysia tak abis abis dia puji. Aku tanya pernah sampai ke, jawabnya TAK !

Dah tu?

Dia kata ramai yang datang lepak lepak di gerai dia tu bercerita.

Then aku patah balik ke tempat bus stop aku turun tadi. Takut aku nak jalan jauh jauh buatnya bus nanti datang awal dari jadual dan aku termiss. Tu lah bas terakhir yang akan lalu kawasan ni dan bawak aku balik ke train station asal tadi.

Naya kalau terlepas.

Time tu macam lebih ramai orang sampai ke pantai tu. Dan tiba tiba hujan mula turun dengan lebat.

Sudah !

Nampak ramai yang berkeliaran lari. Aku pun tak tau mana nak tuju untuk berlindung.

Nak tak nak terpaksa ke restoran yang ada di sebelah bus stop tu dan menumpang di situ. 

Memula tak de lah plan aku nak masuk dalam tapi tepi tepi bangunan restoran ni haram tak de awning tempat nak berlindung.

Hujan makin lebat last last tak de choice terpaksa aku masuk ke dalam.

Lepak minum kopi. Cappuccino tapi macam tak berapa kick pun. Harga je mahal.

Hampir tepat pada waktu jadual bas bakal tiba, aku dah siap siap tunggu kat bas stop. Hujan pun dah berhenti.

Kat pantai pun dah makin ramai yang baru tiba.


Tepat pada jadual yang aku ada, kelibat bas pun kelihatan.

Fuh.

Cuma ada drebar sorang je dalam bas. Maybe memang tak ramai orang yang guna pengangkutan awam untuk sampai ke tempat ni. Tapi separuh perjalanan dah masuk area area penempatan ramai yang naik bas. Sepanjang jalan tu pun ada pantai pantai lain yang ramai orang bersantai dan melepak di kala petang.

Layan perjalanan pulang ke station Kyudai Gakkentoshi semula.














Sampai kat station hari dah maghrib. Ambik train dan tukar subway terus balik ke Hakata Station. 






Rasa lega sebab tempat yang aku nak pegi dah berjaya juga akhirnya aku jejaki. Sikit rasa terkilan sebab cuaca tak menyebelahi dan letihnya boleh tahan.

Seharian dah hari ni aku berjalan.

bersambung.............

4 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...