Monday, March 5, 2012

Trip Menggelabah Semarang - Episode 4

Pagi hari ke dua aku bangkit awal.

Macam Adit dah bagitau aku semalam, driver akan datang pukul 7 pagi dan bawa aku ke Dieng Plateau. Masalahnya pukul 5.30 pagi tu dah cerah. Aku pulak tak tarik tirai tingkap semalam. Terus terang benderang dan tak boleh nak tidur dah.

Paksa paksa tidur pun gagal.

Last sekali aku bangkit terus. Mandi dan bersiap siap. Masih awal lagi. Sempat la sambung berguling tapi tak tidur.

Macam biasa, tugas pagi SMS OR tu bagitau aktiviti aku hari ni supaya dia tak risau. Nak SMS banyak banyak kali kan mahal jugak, tapi OK lah. Takut phone kena bar macam aku kat China hari tu. Asyik dok angkat telefon je. Padahal yang telefon semua bukan bukan, nak buat survey lah apa lah. Time time aku roaming la dia call. Bukan sekali lak tu, berkali kali.

Buntut lah company company macam ni.

Dah siap tu aku rasa ada masa untuk aku breakfast. Lapar jugak. Aku tak ambik breakfast dengan harga bilik tapi tak pe lah, so aku plan kalau aku lapar aku makan. So pagi tu aku lapar so aku pegi ke coffee house untuk sarapan.

Ada hidangan buffet. OK lah. Spread pun OK. Makanan pun banyak. Tapi makanan pelik pelik ni aku bukan makan sangat. Pandang je.

Untuk mengisi perut di waktu pagi, ni je sarapan aku. 

Mee goreng, kentang, nasik goreng dan roti. Cukup !

Pastu minum juice.

Janji kenyang. Harga breakfast di hotel adalah Rp 66,000 termasuk tax. Agak mahal but OK lah.



Tepat jam 7 pagi aku dah tunggu di lobby.

Cemana ni? Mana aku nak kenal mamat yang akan bawak aku ke Dieng? Nasib baik la dengan Adit semalam dia siap bagi nombor telefon mamat ni. Aku cepat cepat SMS.

'Salam. Saya dari Dafam Hotel mahu ke Dieng. Kamu di mana?'

Tak lama lepas tu dia balas.

'Sebentar Mas. Saya lagi di jalanan'

Aku tunggu tak sampai 3 minit kot then muncul sebuah Avanza Hitam.

Aku perhati je dan dia berhenti sebelah aku.

"Bowok?"

Aku tanya dia.

"Ya Mas. Kok sendirian?"
"Ya"
"Ayuh Mas"

Aku pun terus masuk. Masa tu dok hisap rokok. Aku buang puntung rokok tu la takut dia tak bagi aku hisap rokok dalam van dia pulak.

So kami memulakan perjalanan dari hotel terus ke Dieng.


"Jauh ngga?"
"Lumayan"

Balas Bowok.

Aku diam je. Duduk dalam Avanza tu melayan perasaan sendiri.

Dari Semarang kami melalui pekan Ambarawa. Pekan Ambarawa ni merupakan pekan yang penuh sejarah tinggalan Belanda juga. Walaupun pekan kecil tapi masih ada muzium dan peninggalan Belanda kekal di situ. Keretapi di Lawang Sewu tu pun di ambil dari Ambarawa ni.

"Saya kirakan Mas dari Afghanistan"

Aku gelak je. Sapa ntah cakap aku dari Afghanistan. Hello ! Tengok muka abang ni. Macam orang Italy okeh??

* ratah spaghetti dengan spatula

Tu yang di terkejut tadi masa jumpa aku dan aku cakap Indon. Dia pun terkejut bila aku cakap aku dari Malaysia tapi cakap Indon agak lancar. 

Kami berhenti seketika untuk mengisi minyak. Aku bagi dia Rp100,000 dan settlekan bayaran sewa kereta terus.

Bowok ni muda lagi. Umur dia dalam 28 tahun. Sudah habis university tapi masih belum dapat kerja. Dia kata susah nak dapat kerja. Jadi untuk meneruskan hidup, dia jadi la pemandu dengan syarikat abang dia.

Kami berborak borak. Sesekali terdiam dan aku melayan perasaan.

Di kiri kanan jalan hanya kampung kampung kecil menuju ke kawasan Dieng. 



Tapi Bowok ni OK. Mungkin sebab dia pun masih muda. 

Aku bagitau dia kalau jumpa spot lawa lawa berhenti, aku nak ambik gambar.

"Mas mahu tenang tenang atau kencang?"
"Hahahaha"

Aku gelak. Dia bawak boleh tahan la. Kejap laju, kejap slow slow je. Tapi kereta agak banyak, jalan di sana pun agak sempit. Kami berbual tentang banyak perkara. Tentang kehidupan, tentang cita cita, tentang aku yang suka travel ni.

"Pasti seronok jadi macam Abang. Bisa ke mana mana aja"
"Mana mungkin"

Dari Mas dia panggil aku Abang je lepas tu. Aku tak kisah lah. Janji di OK. Sesekali dia menyanyi ditemani lagu lagu di radio. Boleh tahan la suara dia. Sepanjang jalan tu ada lah lagu yang aku tau, banyaknya aku tak tau. Hehehe.

"Abang mahu motret di sini?"
"Bisa !"

Dan dia park tepi jalan. Aku keluar dan ambik gambar.

Tak lama. Kejap je dan kami teruskan perjalanan semula.



Dari daerah daerah kecil, penuh dengan tanaman padi, sehinggalah kami mula mendaki kawasan pergunungan. Ada gunung ganang di sekitar perjalanan tapi kebanyakkannya dilitupi awan dan berkabus.

Setelah hampir 3 jam perjalanan kami melalui jalan jalan yang lebih mendaki. Bowok tau short cut jadi kami tak perlu melalui pekan Wonosobo. Lawa jugak kawasan sekitar tu. Sesekali nampak budak budak balik sekolah. Pemandangan memang lawa dan indah. Buat aku asyik.

Lama jugak la nak sampai, naik kematu bontot aku. Akhirnya kami sampai di entrance masuk ke Dieng Plateau. Ada pintu gerbang di situ dan kenderaan yang masuk di kenakan bayaran Rp10,000.

"Bapak mahu guide?"

Yang jual tiket tu tanya. Bowok tanya aku dan aku geleng kepala tanda tak mahu. 

Lepas tu kami teruskan lagi perjalanan. Ada peta di berikan sewaktu kami bayaran di pintu masuk tadi. Tapi aku tengok peta dia macam susah nak faham. Tempat yang patut pegi di Dieng ni letaknya bersepah sepah di antara satu sama lain. 

Bowok pun tak pasti tempat tempat tu. Dia kata dia pernah datang tapi ikut orang. Aku fikir, kalau harap aku dengan dia je, kang berpusing pusing tanpa arah kat atas tu. Maka dengan itu aku decide nak ambik guide je. Senang dan mudah. Tak payah fikir lagi nak pegi simpang kanan ke simpang kiri. Pastu guide tu tau tempat yang mana aku nak pegi nanti.

Hampir 10 minit perjalanan meninggalkan entrance tadi, akhirnya kami sepakat. Aku suruh Bowok pusing ambik guide tu dan aku turun dan tunggu di satu kawasan berbukit bukau untuk ambik gambar. Bowok tak de masalah. Dia patah balik dan aku mula tugasan aku snap sana sini.



Waktu itu jam hampir pukul 11 pagi. Cuaca agak sejuk dan aku pose pose pakai short je  !

* lari

Para petani masih lagi sibuk mengerjakan tanah masing masing. Kehidupan di sini berbeza dengan kehidupan di Semarang sendiri. Ya lah. Tempatnya pun jauh dari kota, jadi semuanya bercucuk tanam. Tiada bas nak ke Dieng Plateau ni, ada pun bas bas kecil yang kena naik dari pekan Wonosobo.

Waktu tu kanak kanak sekolah pun dah balik sekolah. 

Ada warung kat situ, aku sempat gi lepak minum air kejap. Hilangkan dahaga. Sambil sambil tu dok borak dengan pakcik pakcik kat kedai tu.



Dan macam biasa, dia akan tanya banyak kalau tau aku asal dari Malaysia. Tentang orang orang Indo yang pergi bekerja di Malaysia. Keadaan di Malaysia. Macam macam lah. Bagi dia orang di Malaysia banyak kilang. Banyak yang ke Malaysia dan kerja kilang. 

Aku mengiyakan je lah. Seronok jugak borak borak dengan dia orang. Pakcik baju kuning tu la banyak tanya. Siap tanya berapa harga kamera aku. Aku cakap kat dia kamera dengan lens adalah dalam Rp12 juta terus dia malas layan.

Hahahhaa.

Tak de lah. Dia cakap dia kerja satu bulan pendapatan tak sampai 1 juta pun !

Ya lah. Tapi kehidupan di sini berbeza. Mungkin dia orang tak perlukan banyak wang, sebab tak de apa nak di beli pun. Kalau nak belanja apa ke kena pegi ke bandar yang agak jauh.

Aku sempat tanya jugak pasal kehidupan dia orang di sini. Dia orang tanam kentang !

Padi tak hidup di kawasan ni sebab tanahnya bersulfur.

"Di sini kalau yang ceweknya, selepas tamat SR udah menikah. Umur 16 tahun itu udah dikawinkan. Kalau udah 20 tahun masih nda nikah, itu udah di pandang jelek, tidak seperti di kota !"

Aku layan je lah. Lama pulak aku nak nunggu si Bowok ni. Mungkin banyak kereta dan jalan sangkut sangkut sebab kawasan berbukit.




Memang banyak pokok kentang !

Tapi kalau pakcik tu tak bagitau, sah sah la aku tak tau.

Tak lama lepas tu Bowok muncul dengan Pak Yusuf. Pak Yusuf ni guide aku di Dieng. Baik jugak orangnya tapi cakap banyak. Pok Pek Pok Pek tak berhenti. Macam macam dia tanya aku. Tapi dia cakap omputih okeh.

"Om. Bahasa Indonesia aja. Abang ini lancar bicaranya, ya Bang? Atau abang mahu bahasa Inggeris?"
"Terpulang. Mana mana pun bisa"
"Tapi nanti saya yang ngga ngerti"

Kami semua gelak.

Bowok memandu menyusuri jalan yang makin kecil menuju ke puncak. Pak Yusuf mula bercerita tentang kehidupan di Dieng ini. Tak ubah macam yang di ceritakan oleh Pakcik baju kuning kat gerai tadi.

"Dahulunya sewaktu Belanda tiba, mereka nda makan beras. Mereka makan kentang. Jadi di suruhnya orang orang di sini tanam kentang. Kentang di sini paling segar. Satu tahun 4 kali hasilnya. Terbaik di sini"

Pak Yusuf cakap jugak kawasan ni kalau bulan Jun atau July ada salji !

Tapi yang pelik macam Bowok tanya kenapa orang orang kat sini tak cerah walaupun mereka duduk di pergunungan.

"Di sini orangnya jelek jelek. Banyak yang berpenyakit kulit. Kulit mereka nda cantik. Kerana udara, kerana kesan belerang. Paling nyata, gigi mereka.. cepat rusak !"

Bersungguh sungguh Pak Yusuf bercerita.

Perlu ke aku derma ubat gigi berflorida ke sini?

Sampai akhirnya kami di sebuah tempat tinggi sebelum memasuki kawasan dataran tinggi Dieng ini. Kami berhenti untuk menikmati keindahan alam. Kata Pak Yusuf kalau cuaca elok memang boleh nampak gunung Sikunir. Gunung yang famous oleh pendaki yang nak tengok sun rise.

Tapi dari pandangan atas ni memang menyejukkan. Lawa je.



Dan ini dia gambar Bowok. Tapi masa ni aku perasan dia jalan herot herot sikit macam kaki dia cacat tapi aku tak de lah nak tanya apa apa.

Kelakarnya si Bowok ni lepas aku tunjuk gambar ni kat dia, dia cakap kat aku.

"Bang. Ini artis Indonesia yang bakal popular di Malaysia yah?"

Aku ketawa. 


Di sini juga ada orang mengukir kayu ni. Actually kayu ni adalah batang paku pakis yang di ambik di hutan. Batang paku pakis ni memang dah tercorak macam ni, jadi mereka jadikan pasu dan cenderamata untuk di jual.

Aku usha usha je. Tapi kat sini aku jumpa ada satu family Chinese Malaysia. Tu pun aku tau bila Pak Yusuf berborak dengan driver tu.

"Yang ini juga dari Malaysia"

Tapi biasalah, orang Malaysia jumpa kat oversea semua nak buat kekwat. Biarlah. Aku pun nak cepat.




Dan akhirnya selepas berpenat lelah dengan melalui jalan yang penuh dengan tumbuhan yang di tanam bertingkat tingkat itu, kami pun tiba la di Dieng Plateau.

Actually kawasan dataran ni terletak di balik gunung ganang. Dia kawasan rata je tapi nak sampai tu la kena naik gunung gunung dan bukit bukit dulu sebelum sampai di sini.

Macam Pak Yusuf cakap, tanaman kentang paling subur di sini dan semuanya di export ke luar negara. Kalau tengok orang yang angkat kentang tu memang ngeri. Bayangkan dia orang angkat pakai tangan je dari atas bukit bawak turun selepas mengutip kentang. 

Berat satu bakul di depan tu saja 70 kilogram ! Dan di belakang lebih kurang 50 kg !

Gila !

"Kalau saya di paksa, saya tinggalkan aja kentang kentang itu. Ngga mampu !"

Mereka gelak.

"Pastinya di sini ngga ada yang gemuk?"
"Iyaaaaa"

Pak Yusuf menjawab sambil ketawa.




Dan akhirnya kami pasti dah sampai ke kawasan dataran tanah tinggi dieng.

Kawasan di atas bukit tu rata dan luas. Penuh dengan tanaman kentang dan ada juga kawasan perumahan.

Ni map keseluruhan kawasan Dieng Plateau.


Sebaik saja kami sampai di kawasan Dieng Plateau tersebut, tempat tujuan pertama kami adalah di kawasan Candi.

Candi Candi di sini adalah candi lama yang berasal dari zaman Mataram Hindu dahulu kala. Pihak Belanda membuat jalan ke sini asalnya adalah untuk mengambil barang barang peninggalan lama. Pada ketika dulu ada lebih kurang 400 candi di kawasan ini. Tapi kerana gempa bumi dan sebagainya, hanya tinggal 8 yang masih ada.

Kawasan tu jugak ada biri biri. Pak Yusuf kata biri biri ni semua dari New Zealand.


Kami sampai di kawasan Candi yang mana di situ terletaknya candi candi peninggalan lama. Di sini terletaknya kompleks Candi Arjuna dengan beberapa Candi yang lain.

Bayaran untuk masuk ke kompleks Candi Arjuna ini adalah Rp25,000. Pak Yusuf tak payah bayar la sebab dia guide aku. Dia pun macam kenal semua orang kat situ. 

Bowok tunggu dalam kereta je. Pak Yusuf suruh dia drive naik atas bukit dan tunggu kami di sana sebab kami akan berjalan sampai ke candi paling hujung.


Mula mula kami melawat Damansala. Kawasan ni adalah rekahan candi lama yang hanya tinggal serpihan batu batunya saja. Ada lah budak budak bermain kat kawasan tu. Mungkin orang orang local kot.

Dari situ kami berjalan lagi ke Candi Arjuna dan 3 lagi candi yang tersusun di tengah tengah kompleks candi tu.

Layan gambar gambar sekitar candi candi ni. Aku sempat jadi jurukamera tak bertauliah untuk budak budak tu. Ambik gambar pakai kamera handphone je tapi gaya macam boy band !

Kau mampu?






Pak Yusuf memang dah mahir dengan kawasan ni.

Setiap apa yang ada di candi tu dia tahu. Kenapa berlubang. Kenapa tangga dia rendah. Kenapa itu. Kenapa ini. Aku dengar je lah. Tapi busy jugak dok ambik gambar sana sini.

Candi candi ini menggambarkan kasta pembesar dulu. Candi Arjuna paling tinggi menunjukkan kasta dia yang paling tinggi. Pastu ada Candi isteri dia dan pembesar pembesar lain.

Candi ini sebenarnya menjadi tempat sembahyang dan juga bermeditasi orang dulu dulu. Mereka duduk dalam candi ni berhari hari tak makan tak minum hanya untuk bermeditasi. Ruangnya gelap sebab pintunya di tutup. Dulunya kawasan ini adalah kawasan hutan. Banyak jugak peninggalan yang sudah di curi oleh orang Belanda dan orang orang lain juga.

Candi candi di sini macam candi di Perambanan Jogja tu. Bezanya candi di sini adalah untuk penyembahan tapi Candi Prambanan tu untuk Mas Kahwin. Al kisah macam cerita Puteri Gunung Ledang, raja ni nak berkahwin dengan puteri ni, dan puteri ni menetapkan syarat kena bina candi yang besar sebagai mas kahwin.

Tapi akhirnya raja ni tak mampu.

Sekarang tempat candi candi di Dieng Plateau ni selain dah jadi objek wisata, juga telah di wartakan sebagai Unesco Site jadi semuanya terpelihara dan terjaga.



Hujan dah mula turun. 

Tetap ada yang feeling feeling Iwan dan Amelina dan yang menjual. Tapi tak nampak jurujual. Aku suspect kakak tu yang berjual kat sini agaknya.

Yang di bawah ni pokok loceng. Pak Yusuf kata, pokok ni boleh di jadikan rokok ! Ada nikotin di dalamnya. Tapi takkan la aku nak hisap pokok ni pulak. Aku masih ada bekalan rokok lagi.


Dari kawasan Candi Arjuna kami ke Candi Gatotkaca.

Jalan kaki je. Tak de la jauh sangat tapi agak mendaki. Ada je yang berdating kat situ. Ada jugak la budak sekolah feeling feeling bergambar.

Motip la nak berdating kat kawasan macam ni?





Bowok tunggu kami di sini. 

Sebaik saja kami sampai, ada je dia tengah makan kentang goreng dan minum air. Dia siap belikan air untuk aku. Ada jugak orang berniaga kat sini. Semuanya dari penghasilan di kawasan Dieng Plateau ni lah.

Kat kawasan ni memang ramai orang. Kata Bowok sebab dia dok borak dengan sorang pemandu pelancong lain, yang ramai ramai tu dari Jakarta. Dia orang ahli facebook yang buat trip ke Dieng Plateau ni.

So ahli ahli Club Supermeng, bila kita nak gi buat trip??

Pegi Lawang Sewu nak? Ada berani? 




Dari kawasan Candi Gatotkaca tu kami bergerak lagi dengan kereta.

Budak budak facebook tu berduyun duyun lah berjalan. Ada je yang sibuk nak menumpang van kami sebab hujan mula turun dengan lebat.

Cuaca kat atas Dieng ni pelik sikit. Kejap panas dan anytime tetiba terus hujan lebat. Lebat gegila lak tu.


Dan tujuan kami adalah ke Kawah Sikidang di mana kawah gunung berapi yang masih aktif dengan magma panasnya.

Hujan lebat masa ni, aku siap sewa payung lagi. Satu untuk aku dan satu untuk Pak Yusuf. Bowok kata dia tak nak ikut.

Jadi aku je turun dengan Pak Yusuf. Dari parking tu agak jauh lah ke bawah. Tak de orang masa ni sebab hujan. Jadi kami menapak je. Pak Yusuf sibuk menerang dan bercerita satu persatu. Aku sibuk jugak nak ambik gambar.

Layan je la gambar.






Bila mendekati kawasan ni memang panas. 

Boleh nampak magma panas dengan sulfur tu menggelegak. Siap ada bunyi lagi. Kat kawasan lain pun ada. Nampak la gelembung gelembung air keluar dari perut bumi. Air tu semua jadi panas. 

Siap ada bunyi bunyi lagi. Ngeri jugak.

Dan di atas tu ada makcik ni siap jual sulfur. Sulfur atau belerang ini di jual untuk mengubat penyakit kulit. Ada jenis sulfur yang merosakkan kulit dan ada jugak yang boleh elokkan penyakit kulit. Jenis sulfur sulfur kuning dan berkaca tu yang paling bagus.

Ada jugak yang datang kutip sulfur. Tak tau la nak jual ke apa.

Yang tak tahannya, waktu kami bergerak turun dari Kawah Sikidang tu ada 3 orang mamat ni buat persembahan. Menyanyi dan ada yang main gitar dan drum.

* pengsan.

Ntah apa apa ntah. Tapi ya lah. Mana mana je yang boleh dia orang ni dapat duit, dia orang akan buat. Aku tak sempat dengar pun dia orang menyanyi. Tak tau sedap ke tak. Masa aku lalu dia orang baru tengah nak buat sound check. Tapi elok jugak, kejap lagi mesti geng geng facebook yang ramai tadi tu akan sampai. Mana tau rezeki dia orang kan?

Silap silap boleh buat konsert !

Berani kau melalak dan menghiburkan peminat tepi kawah gunung berapi?



Sebab nak menapak ke kawah Sikidang tu agak jauh jugak. Ada ATV dan kuda kalau nak sewa.

Masa aku dah nak balik tu hujan dah reda. Geng geng facebook baru sampai. Kesian dia orang basah kuyup berjalan kaki dari tempat sebelum ni. Tapi dia orang ramai lah tak pe. 




Lepas tu kami ke tempat parking semula dan jumpa Bowok di sana. Sempat aku melilau di kawasan orang berjual tu. 

Yang kelakarnya ada makcik jual cili ni. Aku tanya dia.

"Yang mana satu mbak paling pedas. Hijau atau yang merah?"
"Hijau"

Pastu aku nak ambik gambar dia dengan cili. Dia malu malu. 

"Ngga usah di ambik gambar saya. Ambil yang ini aja"

Dia hulur gambar cili. Aku memang tak nak ambik pun gambar dia.

"Ngga apa apa Mbak. Kalau mbak bilang cili ini pedas, mbak lagi hangat !!!"

Dia gelak. Pastu penjual lain pun gelak sama.


Lepas tu kami tinggalkan kawasan Kawah Sikidang. Kalau tengok di persisiran jalan ada nampak paip besar macam ni.

Paip paip ni sebenarnya menyedut wap panas untuk menghasilkan haba bagi menjana turbin dan akhirnya menghasilkan tenaga elektrik !

Cool jugak kan?

Walaupun memberi bencana pada orang Indonesia, kawah kawah gunung berapi macam ni pun boleh di manafaastkan. Janji tau di guna pakai. Dan kuasa letrik yang terjaga di sini boleh di gunakan sampai ke Bali nuh !


Tak jauh dari Kawah Sikidang kami akhirnya tiba di salah satu lagi candi. Nama candi ni Candi Bima. Terletak agak jauh dari kawasan candi candi tadi. Hanya seketul ni je.

Ada yang menarik dan mengerikan berlaku di sini.




Pak Yusuf ajak aku masuk ke dalam candi ni. Candi ni besar dan agak tinggi. So Pak Yusuf ni sibuk la bercerita pasal candi ni semua dan aku nak ambik gambar. Di depan candi ni ada pintu, jadi memang ada cahaya masuk.

Di dalam candi tu jugak ada tempat macam letak lilin di kiri dan kanan. Tempat tu macam tinggi la lebih dari paras pinggang aku.

Aku tried snap nak ambik gambar bumbung di belah dalam sebab ada rupa macam pyramid. 

Aku try sekali tak jadi. Macam kes kat Lawang Sewu. Lens aku ke depan dan ke belakang. Tak boleh nak fokus. Jadi aku tukar pada manual fokus. Pak Yusuf berdiri depan aku masa tu agak ke depan sikit lah dalam ruang dalam candi tu.

Bila aku tukar pada manual fokus dan aku cuba snap lagi, tak boleh jugak. Tiba tiba aku rasa aku kena tolak.

Kelepek !

Aku jatuh !

Jatuh bersimpuh dalam candi tu. Motip posing American Next Top Model aku ni???

"Eh.. "

Aku bersuara. Terkejut la jugak.

Pastu aku dengar suara Pak Yusuf.

"Ayuh. Ayuh. Kita keluar aja"

Dia macam bergegas pulak tapi dia tak tinggal aku. Dia suruh aku keluar dulu. So aku pun keluar sambil dok check check kamera.

Pastu bila keluar dan berjalan ke kereta, Pak Yusuf bagitau.

"Tadi di dalam kita di temani"
"Siapa?"

Aku tanya Pak Yusuf.

"Waktu bapak mahu mengambil gambar di ruang atas tadi, kelihatan ada lembaga besar. Kaki nya terkangkang satu di belah dinding kiri dan satu lagi di belah dinding kanan. Bapak tadi duduk di bawahnya"

Aku terdiam.

Dia marah aku nak ambik gambar telur dia ke? 

"Tadik bapak di tolak dengan kaki nya"
"Huh?"

Sebab tu ke aku jatuh?

Aku tau tau. Aku tak nampak apa apa. Cuma aku rasa seriau jugak tadi. Dah la kawasan ni tak de orang lain.

Tapi lepas Pak Yusuf cakap tu aku terus terdiam. Ngeri seh. Tiba tiba terbayang wajah lembaga di Lawang Sewu tu.

Kami cepat cepat beredar. Pak Yusuf kata, lepas ni kami akan ke Telaga Warna.

Dalam dup dap dup dap aku tak sabar sebabnya, punca utama aku datang ke Dieng Plateau ni adalah untuk melihat Telaga Warna itu sendiri.

Kami diam tanpa bicara sepanjang jalan. Cuma sesekali dengar Bowok menyanyi.......

bersambung...........

5 comments :

  1. Boleh saya dapatkan no hp supir yg bawak u ke Dieng Plateau. Plan nak ke sana Oktober ni. TQ

    ReplyDelete
  2. err 28?muda eh..umur sy la tu tahun ni..

    abg meng ni kira dah lanjut usia ke skrg haha
    maaaaaf :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama pun abang.. mesti la lanjut..

      tapi usia je lanjut.. yang lain lain belum lanjut lagi....

      ahakssss

      Delete
  3. agak2 bowok ni still jadi supir lg tak?mcm menarik je nak guna khidmat dia kalau pi sana..mohon share boleh..he3... pls emel kalau ada lagi contact no dia-aeida86mm@yahoo.com.. thanks in advance

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti lah. dah lama sgt dah... buleh je try contact dia.. kot kot la masih berkecimpung dalam arena pengdreban.. or dah hidup senang lenang tercapai hajat busy travel satu dunia kot. hahhaa

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...