Monday, November 27, 2017

Senja di SAUJANA

Senja.

Dari Saujana Subang ke Saujana Utama. Misi nak gi ambik barang. Sambil sambil tu layan langit senja.

Captions reka sendiri.

























Gambar sampai situ je. Photographer aku terlelap !

Senja yang lebih kurang serupa tapi dari lokasi yang berbeza. 

Tetap di bawah milik penguasanya ; Sang Pencipta.



Kalau dapat ku petik bintang di awan biru
Kan ku sematkan ke dalam dada mu
Kalau dapat ku capai bulan mengambang penuh
Kan ku hadiahkan di hari jadi mu

Begitulah janji ku kepada mu
Walaupun kau hanya menunduk bisu
Ku tahu kau terluka kerana cinta
Oleh dia yang tak setia

Nasib kita serupa
Bercinta dan kecewa
Mungkin dikau yang tiada menduga
Biar aku pilih mu
Mungkin dikau kan tahu
Betapa pilunya hati ku

Malah kau tuduh aku
Hanya menambah luka
Yang kini masih terus berdarah

Kita serupa... Kita serupa...
Hadir ku untuk mengubat luka
Kita serupa... Kita serupa...
Walau pun hati ku pernah di kecewa

Saturday, November 25, 2017

05 - KUANTAN 2017 : Pantai Batu Hitam

Batu Hitam merupakan sebuah pantai yang popular dengan penduduk tempatan dan pengunjung hujung minggu di Pahang, Malaysia. Terletak di antara Pantai Balok dan juga Pantai Beserah, iaitu 13 km daripada bandar Kuantan

Pantai ini dipanggil Batu Hitam untuk bentangan batu hitamnya pada pantai berpasir putih. Kawasan berpantai itu selalunya penuh sesak sepanjang hujung minggu oleh pekelah-pekelah dari jauh dan dekat.

Jom singgah !

Laluan

Pantai Batu Hitam

Merupakan salah sebuah pantai yang terkenal di Pahang dan dikenali menerusi rangkaian batu-batu hitam yang terletak di tepian pantai dan melambangkan keanehan alam semulajadi. Kawasan batu hitam tersebut menjadi tumpuan penduduk tempatan untuk memancing, kerana dipercayai mudah untuk mendapatkan ikan.

Sekelompok batu batu hitam

Dengan pasir landai

Sunyi dan menenangkan

Sejarah asalnya nama pantai ini dipercayai pada suatu masa dahulu, bahawa rangkaian pantai dan kampung di pesisir pantai mendapat nama menerusi peristiwa yang berlaku. Terdapat sebuah kapal yang telah belayar semasa hujan dan ribut yang kuat sedang melanda. 

Ribut itu adalah sangat kuat dan membuatkan ramai berdoa agar mereka selamat dari karam. Lalu mereka BERSERAH kepada tuhan di suatu tempat dan meneruskan ke satu tempat dan akhirnya, kapal itu dipukul ombak dan karam di tengah laut. Manakala mayat mangsa-mangsa yang banyak berbuat dosa akhirnya terdampar di tepi laut lalu membentuk kelompok batu yang berwarna hitam; akibat dosa yang dilakukan mereka. 

Disebabkan batu yang berwarna hitam, maka penghulu kampung mengambil keputusan untuk menggunakan nama tersebut untuk memperingati peristiwa tersebut.

Menjadi destinasi kunjungan warga tempatan

Banyak gerai gerai jualan

Bang ! Ketiak basah kah?

Pantai Batu Hitam

Sesuai untuk santai santai pagi dan petang

Selain kemasyhuran batu hitam di sana, anda juga akan mendapati bahawa terdapat banyak ruang untuk berkhemah di pantai dan laut. Di sini, pengunjung kebanyakannya datang berkelah di pantai Batu Hitam dengan keluarga dan berenang di laut. Mandian dan kemudahan pencucian juga disediakan untuk para pelancong.

Gerai-gerai makanan laut juga boleh didapati berdekatan kawasan itu. Anda boleh mencuba hidangan setempat seperti mi goreng, mi kari, nasi goreng dan ikan bakar. Jus buah dan minuman berkarbonat juga dijual.

Pepohon kelapa melambai ria

Batu Hitam

Damai lautan

Perempit perempit

Sepi

Indahnya negara Ku

Melepak

Jauhi Maksiat

Aktiviti petang

Kedamaian.

Kalau kebetulan lalu, boleh singgah sambil pekena makanan di gerai ditemani angin sepoi sepoi bahasa.

bersambung................ 

Friday, November 24, 2017

04 - KUANTAN 2017 : Masjid Tg. Panglima Perang Tg. Muhammad.

Singgah di Masjid Tg. Panglima Perang Tg. Muhammad yang terletak di Mukim Sungai Karang, Sg. Karang Pantai, Kuantan.

Masjid di tepi jalan

Tak banyak info pasal masjid ni. Tapi namanya di angkat dari seroang tokoh di Raja Pahang iaitu Tengku Panglima Perang Tq Muhammed. Beliau merupakan anakanda kepada Sultan Ahmad Muazzam Shah [Sultan Pahang Pertama 1863 – 1914] and H.H. Tun Besar Fatima binti Tun Muhammad.

Dilahirkan pada 1901 dan mangkat pada January 8, 1957. Beliau juga merupakan bekas Menteri Besar Pahang.

Usha kawasan masjid ni je lah.

Pintu masuk perkarangan masjid

Kawasan perkarangan

Bangunan masjid

Menara

Pintu masuk 

Kawasan Muslimah

Laluan

Tempat wuduk

Ke dewan solat utama

Ruang Solat


Karpet

Mimbar

Jemaah

Almari

Masjid

Jalan besar di hadapan

Pagar


Aci naik bas...

Kedudukan di tepi jalan amat startegik dan memberi peluang orang yang melalui jalan ini singgah untuk menunaikan solat.

Masjid agak tenang dan cantik jugak. Cuma some part agak tak terjaga. Kebersihan masih boleh di pertingkatkan. 

Tahniah pada qariah masjid atas penyelenggaraan yang baik untuk rumah Allah ini.

Semoga terus maju jaya !


Selamat singgah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...