Saturday, March 29, 2014

24 - Berkelana Merentas Sempadan : Ulaanbaatar to Beijing

Masa check tiket sebelum masuk dalam flight baru la haru biru sebab baru aku realized tiket tu bukan nama aku.

Cuak badak je.

"No.. it is my name.. It is probably in Mongolian or something. Ah.. I dont know"

Nasib baik la minah tu berlari pegi print tiket semula.

Aku cuak la jangan la tak de nama aku dalam tu. Tapi ada lah. Aku orang paling last masuk dalam flight. Hahahah semua orang pandang je. 

Air China 

"Bukan salah aku !!! Salahkan Mrs PUSAT !!"

Flight Air China agak OK. Smooth. Siap dapat makan kek dengan air lagi.

Layan view sempat aku snap nak take off.



Terpikir dan terpana
Dan terdiam ku melihat
Sadarku bertahun
Bersama terwujudlah

Terbayang yang terindah
Yang terhampa berlalulah
Sadarku semuanya
Perasaan rasa cinta

Kaulah yang dinginkan aku
Dari mimpiku, dari mimpiku
Coba terbangkan khayalku
Dari sadarku, dari sadarku

Uuh, terbayang yang terindah
Yang terhampa berlalulah
Sadarku semuanya
Perasaan rasa cinta

Kaulah yang dinginkan aku
Dari mimpiku, dari mimpiku
Coba terbangkan khayalku
Dari sadarku, dari sadarku

Kaulah yang dinginkan aku
Dari mimpiku, dari mimpiku
Coba terbangkan khayalku
Dari sadarku




Ulaanbaatar dari udara

So personally kalau orang tanya aku, worth it tak pegi Mongolia, jawapan aku.. DEFINITELY YES !!!

Cuma kena berhati hati sikit. Benda benda tak best ni, kalau nak jadi, jadi jugak kat mana mana pun kan?

Perjalanan dari Beijing ke UB naik train memakan masa 30 jam.

Perjalanan dari UB ke Beijing naik flight cuma 2 jam !

Hahahahah..

Gelakkan diri sendiri. Tapi tak pe.

Apa apa pun, layan gambar gambar sekitar penerbangan dari Ulaanbaatar ke Beijing...








  
Menjelang senja, pesawat Air China mendarat di Lapangan Terbang Beijing Capital. Yang bestnya, Air China ni landing smooth gila !!

Aku dah lama tak rasa landing yang sangat smooth...

* jeling Air Asia.. 

Macam tak rasa, tetiba dah atas runaway... Good job Air China !!!!!

Terminal 3 - Beijing Capital International Airport

Beijing Capital International Airport ni bapak la besar.. Besar gila babi. Ni baru Terminal 3, belum kira terminal 2 dan 1 lagi. 

Agak lawa jugak la terminal dia tapi aku malas nak merayap. Lepas immigration then aku keluar. Tapi dekat kastam kena tahan. Macam biasa lah.. Kena scan beg.

Siap ada Mat Salleh tu tegur aku.

"I think he doesnt like us ........"

Hahahah sebab orang lain semua lepas jalan macam tu je. Mat Salleh tu pun sama kena scan beg. 

Dari Terminal 3 airport aku naik Airport Train Express ke bandar dengan harga CNY25 one way. 

Aku dah book penginapan aku malam terakhir di Beijing ni dekat dengan station yang paling dekat dengan Airport Train station sebab aku malas nak bawak beg jauh jauh. Tau tau je la subway kat Beijing ni, nampak je dekat tapi bila jalan ke bawah tanah tu macam jauh gila nak sampai ke train.

Dari Terminal 3 aku turun di Sanyuanqiao Station. Then ambik subway line 10 turun di Liangmaqiao. Cuma 1 station je dari Sanyuanqiao Station.

Jarak dari Terminal 3 ke Sanyuanqiao Stn dalam 30 minit perjalanan.

Keluar dari station Liangmaqiao aku terus nampak hotel yang aku dah book masa kat UB kelmarin di sini. Yahoo. 

Beijing boleh tahan sejuk la tapi well.. setakat 2 darjah celcius tu apa lah sangat kan??

Hahahhahaa....

Sebab dah final night untuk trip ni, so fikir konon nak memanjakan diri sendiri dengan hotel yang mahal sikit. Tapi tak de la mahal mana. Harga dia dalam RM130 per night. Tapi review agak bagus dan lokasi yang betul betul aku suka. 

Jadi ini la pilihan aku.

FX Express Hotel, Beijing

Check in. 

Lobby

Agak chic jugak la hotel ni

Tapi !!

Receptionist haram tak pandai cakap English !!

Tapi tak pe lah. Aku dah biasa. Janji semua urusan settle. 

Lepas check in aku rasa lapar sebab aku cuma makan bubur je pagi tadi. So aku keluar cari makanan. Memula pegi ke area Hard Rock Cafe Beijing lama tu, tapi tak de  kedai yang sesuai. Oh confirm la Hard Rock Cafe Beijing dah tutup. Dah renovate pun untuk jadi tempat lain.

Tak de rezeki aku nak jejakkan kaki ke situ. Tapi bekas pun kira aci la kan?

Hahaha. 

Akhirnya aku ke Solana Mall.

Tak jauh dari hotel tu. Jalan kaki dalam 10 minit.

Ada banyak resto kat area ni. Malangnya tak de yang berani aku nak makan

Solana Mall

Solana Mall ni agak upscale jugak la mall dia dan banyak western outlets macam Zara etc...

Aku pusing pusing dalam mall ni kejap. Cari tempat makan. Tak de yang aku jumpa. Last sekali jumpa kedai bakery je. Beli roti dan pastry dan jalan kaki balik ke hotel semula.

Cuaca agak sejuk. Walau tak sesejuk di Terelj mahupun Ulaanbaatar, tapi boleh kancing gigi jugak la di buatnya.

Ada ice rink

Solana Mall


FX Express Hotel

Sampai bilik mandi manda dan sucikan diri.

Fuh.. baru terasa mewah sikit. Baru boleh nak berak dengan inzal !!! * imagine berapa hari aku tak berak?? Hahahaha...

Aku agak suka hotel ni. Biliknya luas, katilnya best. Wifi pun laju... semua OK lah. Cuma tak de tingkap jer.. Tapi tak penting. Yang penting bathroom dia glass thru.. Hahahaha

Bilik yang agak besar

Bathroom see thru

Lepak dan isi perut dengan makanan makanan ni. Di sini juga ada kuih pusat berdaki...

Landing time.......

Yang paling bestnya adalah tilam dia.

Dah la king size. Masa aku first letak badan kat atas tilam tu, tetiba terkeluar.

"Ya Allah sedapnya..........................."

Pastu rasa panas, bangun pegi betulkan aircond jap. 

Letak balik badan.... Terkeluar lagi.

"Ya Allah... sedap nya........................."

Maksudnya apa?

Maksudnya katil dia memang best.

Asyik tidur kat tilam keras di hostel je, kali ni memang betul betul terasa empuk. 

Aku dah plan esok satu hari lagi aku akan penuhkan dengan apa yang patut sebelum flight balik ke KL malam esok. 

Tapi sebab tilam yang sedap sangat tu, konon nak bangun awal pagi. Tapi aku terjaga dah pukul 11 pagi !!!! So aku salahkan tilam ni.

Kalau kedinginan kelmarin di Terelj buat aku tak boleh tidur, tapi kedinginan di Beijing buat aku tidur mati.

bersambung......................

Friday, March 28, 2014

23 - Berkelana Merentas Sempadan : Gorkhi Terelj to Ulaanbaatar

Matahari dah mula meninggi tapi belum ada lagi manusia kelihatan.

Aku dok intip intip lah kat Ger camp Bakhda kot sesiapa dah bangun.

Haram !

Pagi yang sejuk

Melara jiwa aku duduk dalam kesejukan.

Pagi tu masih sejuk sampai ke tulang temulang rasanya. Dah abis air hingus meleleh sampai dah membeku. Kejap lagi dengan aku, aku sekali silap silap jadi patung cendana kesejukkan.

Kerengsaan aku ditinggal sepi sendiri.



Kalimah indah
Kau masih bergema
Cermin suluh kupecah sejuta
Kau adalah segalanya
Kau mampu bermegah
Aku pula melutut kebumi

Tinggal sepi
Dikamar dingin ini
Menanggal duri-duri
Dalam taman hati
Tinggal sendu
Semua ditimbus tepu
Hati semakin beku
Kau terus berlalu

Tinggal sepi
Jangan tanya lagi
Jangan tambahkan pedih
Cukuplah sudah ku derita
Kau yg sememang hebat
Semakin sempurna
Aku yg silap memujamu
Kenapakah terjadi
Sangkaku tak menjadi
Jadi sekali lagi
Oh satu misteri

Akhirnya segala doa dan harapan aku termakbul.

Belum sempat pukul 9 pagi seperti yang dijanjikan semalam untuk breakfast aku dah ke rumah dia orang. Memang dah tak tahan sangat. Time tu sebab aku nampak ada asap keluar dari corong camp dia orang so aku pasti dia orang dah bangkit.

Buat muka tak malu pegi kejut.

Aku beraksi sejuk dengan Bakhda dan bagitau dia aku tak lena tidur semalam. Dia mengiyakan cakap memang sejuk betul. Dia suruh aku tidur atas katil dia !

* pengsan

Breakfast pagi tu. Cuma roti dan bubur manis. Tak sedap !!!

Anak dia yang bernama Sarah

Aku ingat dia nak bagi aku kayu api lagi at least aku boleh bertahan pagi ni. Tapi Okhda cakap kayu api dah tak de. Tunggu ada orang datang hantar.

Tu pemahaman aku sebab isyarat dia macam kayu api tak der pagi tu.

So pasrah lagi. Malas nak lepak lama lama kat rumah dia orang, aku balik ke tent sendiri. Tak sabar nak keluar dari tempat ni. Memang aku suka sini tapi dengan cuaca sejuk macam semalam hingga ke pagi ni buat aku tak mampu bertahan lagi. Bagi aku Terelj ni adalah wajib datang kalau sesiapa di Mongolia !!

Selama aku pegi negara 4 musim, tak pernah aku rasa sesejuk ni. Memang sejuk betul. Maybe aku tak prepare untuk menghadapi cuaca yang extreme macam ni kot.

Aku balik ke camp aku dah berkemas apa yang patut. 

Sepatutnya aku tunggang kuda pagi ni, tapi tak sanggup la sebab cuaca masih menggila sejuk nya.

Salji yang dah hilang di tiup angin kencang

Cuaca cerah pagi tu tapi kesejukkanya masih menyiksa sanubari.

Lepas kemas beg apa yang patut then aku pegi lepak semula kat rumah dia orang. Memang tak sanggup nak duduk kat camp sendiri dengan sejuk macam ni. At least rumah dia orang tu panas la jugak.

Lepak dan layan layan anak anak Bakhda. Apa semua yang tinggal aku bagi dia orang. Roti. Maggie Cup. Ada gula gula. Budak budak suka la. Tapi jadi berebut lepas tu.

Bakhda pun sebut benda yang sama..

"Thankku...."

Pastu suruh anak anak dia sebut benda yang sama. 

"Thankku "

Thankku pun thankku lah. Janji aku nak cepat cepat blah dari sini. Sejuk memang dah tak tahan tapi aku tak menyesal jejakkan kaki ke mari dan aku rasa worth it jugak la despite sejuk yang extreme sejak malam tadi.

Dalam camp mereka. Segala kelengkapan cukup

Dihidangkan lagi dengan Mongolian Tea.... 

Martha yang suka kacau aku. Sibuk dia nak main camera...

Ni dapur dia orang... cukup lengkap jugak lah

Penantian satu penyiksaan.

Tak lama lepas tu Dol muncul. Tapi agak lewat dari waktu yang di janjikan. Rupa rupanya dia kata kereta hostel tak boleh nak start sebab semalam sejuk sangat. Aku cerita kat dia pasal sejuk dan ribut salji semalam dia gelak gelak jer. Citt...

Dol datang drive kereta dia sendiri.

Kami tak lama lepas tu dan aku minta diri dari family Bakhda. 

Sebab tak jadi naik kuda, Palca pulangkan balik kos kuda tu, aku ambik dan bagi kat Okhda sebab aku kesian kat dia. Sampai sudah aku tak pasti Okhda tu siapa dalam family ni. Mungkin adik Bakhda atau memang mungkin pekerja dia.

Nampak muda tapi dia la orang paling rajin kat sini. Jaga budak budak. Kemas rumah. Angkut air dan jugak sediakan kayu api untuk aku. Tabah dia menahan kesejukan.

Aku nak bagi sweater aku kat dia sebab aku nampak dia pakai sweater yang sama je, tapi tu je la pun sweater yang aku ada. Dengan masa masa yang tinggal nak menempuh kesejukkan ni, aku rasa aku pun masih perlukan sweater tu. Lagipun kalau aku kasik dia dan dia pakai mesti macam beruang kutub la ; berbaju goboh.

So tak jadi. Masa aku bagi duit tu kat dia. Dia tergamam.

Dia pandang aku. 

"For you !!"

Diam sekejap.

"Thankkku. Thankkku..."

Salam dan cium tangan siap peluk lagi. Busuk okeh !!!!

Aku saja tak bagi depan Bakhda sebab aku takut nanti dia fikir lain or duit tu tak dapat kat Okhda tu. Aku tak tau kat mana dia boleh belanja kat kawasan ni sebab aku tak nampak pun kedai, terpulang la kat dia.

Setelah semuanya selesai, aku naik kereta Dol nak tinggalkan tempat ni.

Kami bergerak keluar dari Terelj National Park.

Jalan keluar

Angin tak kuat di area ni sebab snow masih ada di jalanan

Semakin keluar dari tempat ni aku rasa kurang sikit sejuknya sebab tempat aku stay tu memang di antara gunung gunung so sejuknya tertumpu kat situ.

Dalam kereta masih dok borak dengan Si Dol. Aku tanya dia pasal Statue Genghis Khan tu aku nak pegi kalau sempat, dan dan dia kata kalau nak pegi aku kena bayar dia.

"Bobby charges 25 Dollar for the trip"
"OK.. I'll give you 10 Dollar"

Aku cuba cuba nego dengan dia.

Tempat tu on the way balik dari Terelj ke UB jugak cuma kena masuk ke dalam sikit. Tak de apa pun, just monumen museum dan equestrian statue bagi memperingati Genghis Khan.

Pahtu dia yang sibuk dok tekan tekan aku.

"Or we can go if you pay me 60,000 Tughrik"

Aku diam je. 60,000 tu sama mahal je dengan harga USD 25 lah. Ingat aku tak tau ka.. Sama je dengan aku ambik thru Bobby.

Dia nak pegi tapi tak nak bagi murah. Dan aku pun teringin nak pegi tapi tak nak la nak bayar sampai USD25. Tak berbaloi.

"Do you wanna go? We can go. Just pay me 60,000 Tughrik"

Dia ulang sekali lagi.

"Nevermind. Just send me to the airport"

Pastu dia diam. Muka bengang. Maybe dia pun tak puas hati sebab aku tak nak pegi. Kalau tak dia dapat la duit extra kot.  

Genghis Khan Equestrian Statue 

Jalan keluar dari Terelj NP

Bukit bukau. Nampak Ger Camps yang putih putih kat bawah bukit tu?

Ke arah pintu utama 

Laluan....  ada binatang liar kat padang sana nuh, tapi sejuk tak berani aku nak keluar

Terelj National Park

Terelj to UB

Terelj to UB

Terelj to UB

Sampai di Ulaanbaatar. Tu tulisan Ulaanbaatar. Ada macam ATAP sikit.

Cuaca di Ulaanbaatar time tu minus 12. Aku tak pasti berapa tahap kesejukkan semalam di Terelj tu aku rasa memang lebih sejuk daripada ni

Dari Terelj, Dol tak de la masuk bandar Ulaanbaatar sebaliknya terus hantar aku ke airport.

Oh.. aku dah ganti duit Si Dol yang aku pinjam semalam tu. Masuk masuk kereta kat Terelj tu je dia dah mintak. Nasib ada duit kecik tak jadi naik kuda tu aku terus bayar kat dia.

Borak borak biasa je lah tentang UB ni. Masalah kenderaan yang banyak. Oh.. kereta Dol ni right hand drive tapi di Mongolia ni orang drive belah kiri. So agak pening tengok ada driver belah kanan, ada yang drive belah kiri.

Memang kena pakar lah drive kat UB ni.

Banyak kereta macam tu di UB ni. Sebab harga kereta boleh tahan murah di sini. Semua kereta rekon dari Japan, Korea dan Russia dia bawak masuk ke Mongolia dan di jual dengan harga yang murah. Sebab tu la kereta banyak. Kondisi kereta tak tentu, tapi banyaknya yang buruk buruk.

Dan sebab banyaknya kereta lama tu lah yang menjadikan kadar polution agak tinggi di sini. Dan Ulaanbaatar ini adalah kota paling tercemar di dunia tetapi purata suhu tahunan sepanjang tahun adalah -1 darjah celcius.

Harga minyak tak de la mahal mana. Harga rokok jugak agak murah sebenarnya..

Jalan menuju ke airport UB

Lebih kurang satu jam setengah dari Terelj National Park akhirnya kami sampai di Airport Ulaanbaatar.

Keluar dari kereta tu ya ampun aku rasa sejuk gila. Nak merokok pun tak boleh. Rasa keras je muka. Terus masuk dalam terminal.

Flight aku ke Beijing jam 3 petang. Time tu dah hampir pukul 1 tengahari. Aku just lepak lepak kat airport tu. Nasib baik la kat airport tu wifi free, so tak de la bosan mana. Tapi airport dia kecik jer pun.

Chinggis Khan International Airport

Runway airport berlatar belakangkan gunung ganang...

Area depan airport

Aku berpisah dengan si Dol kat situ.

Aku pun bengang jugak dengan dia sebab dia sibuk tekan tekan aku ajak pegi statue tadi tu dah tetap demand suruh bayar macam harga Bobby.

Podah ! Aku rela tak pegi. Sebenarnya bukan bengang sebab harga tu sangat tapi sebab cara dia paksa aku dan ajak aku pegi tu macam demanding lelebih pulak.

Ah. Malas fikir. Dah. Berambus Dol. Malas nak tengok muka dia lagi.

Tapi aku tertinggal glove aku dalam kereta dia. Cait.. Nasib baik la aku rasa kat Beijing aku tak perlukan glove so redha je lah. Glove murah aku beli masa kat Seoul dulu.

Kat terminal airport sempat aku merayau dalam tu.

Haaaa jangan tak percaya, kat Mongolia ada Playboy !!!

Langit biru di Ulaanbaatar tapi sejuknya menikam kalbu....

Airport Ulaanbaatar ni kecik dan tak de la banyak international flight. Masa aku hari tu ada 3 jer. Beijing, Hong Kong dan Seoul. 

Masa nak check in tu, aku just tunjuk confirmation number jer. Ntah apa masalah, lama pulak dia nak print tiket untuk aku. Lebih haru memula dia tak jumpa nama aku.

Sudah. Aku cuak jugak. Jangan la tak de nama aku. Memang aku tak lepas balik.

Aku ambik flight Air China. Tu je flight yang ada. Harga pun boleh tahan mahal. Dari UB ke Beijing just one trip cost me dalam RM600 lebih. Tapi tu je yang ada dan aku tak daya dah nak balik ke Beijing naik train semula.

By the way, train dari UB ke Beijing biasanya adalah jauh lebih murah daripada train Beijing ke UB. Masa aku check harganya dalam USD160 on way. Kira kira lebih kurang flight je lah so aku ambik flight je. Cepat pun cepat. Sebab harga train berbeza dari UB ke Beijing and vice versa adalah sebab management yang menguruskankannya tu berbeza antara China dan Mongolia.

So, tip paling basic kalau nak harga murah naik Trans Siberian adalah beli tiket from 1 point ke point yang lain. Maksudnya jangan beli tiket Moscow ke Beijing terus. Mahal.

Tapi tu la.. kena check jugak availability, time dan validity Visa sebab immigration Russia ada strict sikit dan kalau kat sana, kita kena plan upfront mana nak berhenti dan berapa lama nak berhenti di setiap bandar yang kita jejaki.

Ntah apa masalah kat kaunter tu, sebab lama sangat tunggu dia nak print tiket tu, aku pun fed up dan orang belakang pun macam dah mengeluh. Masa dia bagi tiket aku main ambik je.

Check in beg than aku blah pegi masuk terminal.

Dalam terminal

Destination
  
So aku pegang je la tiket tu and tunggu kat boarding room. Ada Duty Free shop kat situ. Tak de apa yang menarik boleh di beli plus duit Mongolian pun tak banyak.

Then pengumuman dibuat panggil masuk dalam flight.

Macam biasa, aku akan jadi orang paling last masuk dalam flight sebab aku malas nak berebut rebut. Seat number dah ada, nak berebut ke hapa nya.

Tapi masa dia check tiket tu, minah tu kejap pandang tiket, pastu pandang passport pastu pandang muka aku.

Tiba tiba dia bersuara.

"This is not your ticket!"

Haaaaaa.. ?

Aku macam  feel feel tu nama aku dalam Mongolian? Hahahaha..

Ada kau nama bunyi macam 'PUSAT'?

Sempat aku ambik gambar tanpa menyedari nama kat tiket tu nama orang lain !! * slap forehead

Dah la Mrs lak tu. Cis !!!

"Abis cemana Nyah? Mak rasa ni bukan tiket kau ni?"
"Errrrr. Mak tak tau Nyah.. Mak buntu.. Mak tak nak kena tinggal kat Mongolia nih !!!"

* kesat airmata sambil betul betulkan bulu mata pelesu Che Ta 44 tingkat.

Okey. 2 para last dialog tu adalah dialog busuk.

bersambung............

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...