Aktiviti aktiviti sepanjang cuti sekolah hujung tahun 2015.
Mula mula bawak budak budak ke KidZania Kuala Lumpur.
Selain tu, Princess sibuk dengan konsert dia !
Mula mula bawak budak budak ke KidZania Kuala Lumpur.
Dah lama sangat dia orang azan ajak pegi
Baru kali ni Papa terbuka hati nak bawak
Yang penting dia orang seronok mencuba benda benda kat dalam ni.
Giliran dia orang pulak cari duit. Papa goyang kaki ( ala ala mendera pun ada neh )
Konsert sekolah tadika Princess
Macam macam persembahan
Dulu aku sekolah tadika, tau makan, main dan kaler kaler jer.... Budak budak sekarang ni, umur 5 tahun tadika pun ada exam. Tak leh terima aku.
Dan aktiviti cuti hujung tahun kali ni kami ke destinasi percutian yang tak berapa jauh mana. Menyahut seruan pihak Tourism Malaysia untuk bercuti DEKATJER.
Jadi, kami ke Tanjung Karang bagi menikmati suasana kampung desa tercinta !
Jadi, kami ke Tanjung Karang bagi menikmati suasana kampung desa tercinta !
Tumpang pegi kampung orang lain. Nak balik kampung sendiri jauh di Hitaly nuh dan aku tak banyak cuti berbaki. Ada pun reserve untuk percutian solo ke tempat lain.
Kiranya ni jalan jalan bagi membeli jiwa budak budak sebab bakal kena tinggal. Papa gatal kaki nak berkelana dengan celana.
Kiranya ni jalan jalan bagi membeli jiwa budak budak sebab bakal kena tinggal. Papa gatal kaki nak berkelana dengan celana.
Memang tak berapa jauh
Kuil besar di Kuala Selangor
Tak lupa, masjid di Tanjung Karang
Merasai kenikmatan Mee Udang Banjir Tanjung Karang yang di gembar gemburkan enak seantero dunia tu
Nak tau sedap ke tidak? Hmmmm tunggu.....................
Menikmati suasana desa dan sawah padi
Menikmati senja di Tanjung Karang
Senja mengoyak waktu
Menikmati ketenangan di hujung hari
Senja yang berlabuh
Dan kami menginap di homestay di tengah tengah sawah padi
Meniikmati kehijauan saujana mata memandang
Budak budak memancing
Tapi ikannya tak dapat dapat. Ajet ajet terror jer ni
Padi menguning
Setelah padi di tuai
Tak lupa menikmati buah buahan tempatan di Tanjung Karang
Misi mencari habuan perut
Untuk di nikmati dalam suasana persekitaran yang berbeza
Bersatu dan mengenali fungsi alam
Dan merasai ketenangan desa permai
Kembali ke alam realiti.
Syok gak dapat menumpang kampung orang bajet bajet macam kampung halaman sendiri.
Ada rezeki, nanti aku gebang pasal tempat tempat yang kami lawati ni !
"Jom balik kampung?"
"Jom balik kampung?"
Burung yang berkicauan
Air mengalir tenang
Sejuk mata memandang
Damai mempesonakan
Padi melambai-lambai
Gadis di tepi bendang
Walau panas membahang
Tetap manis tersenyum riang
Ke kirilah (ahai) ke kananlah (ahai)
Inilah desa yang tercinta (ahai)
Menarilah (ahai) menyanyilah (ahai)
Riangnya suara mereka
Desa tercinta
Haruan atau keli
Masakan cili padi
Makan beramai-ramai
Tusuk tawa mengilai
Dan senja pun berlabuh
Malam pula bertamu
Dengar cerita atok
Nenek pun mula menjeling
emmm... apa tu ?
Jom kita balik




