Monday, May 6, 2013

Jom Makan : The Bubba Gump Restaurant : Run Forrest Run

Mari kita menyelinap masuk ke restaurant The Bubba Gump, Shrimp Co untuk acara makan makan.

Pernah tengok cerita Forrest Gump? Kan dalam cerita tu, kawan dia tu jadi penangkap udang dan ingin membuka restaurant Bubba Gump ! Di realisasikan oleh Paramount Pictures dengan partners dia dengan mengambil idea dari cerita ini, maka tertubuh la The Bubba Gump Shrimp Company ini.

Kat Malaysia ada few outlets kot. Yang aku tau ada satu di The Curve. Dan ini kali ke dua aku datang ke restaurant ni.

Aku ni konon nak kurangkan makan seafood, tapi selalu teruja dengan udang dan ketam ni semua. Jadi, kedai ni la jugak jadi pilhan sebab teringin nak makan udang-udangan.

Kami sampai dah pukul 10 malam masa tu, tanya dulu takut dah last order sebab nampak meja kerusi dan di susun. Tapi manager dia kata OK, so kami pun masuk duduk dan oder.

Mari tengok gambar jer.


Bubba Gump

Dalam restaurant

Ada signage ni atas meja. Kalau merah ni untuk panggil waiter, ada satu lagi tulis Run Forrest Run. Suruh waiter berambus sebab aku nak ambik gambar. Hehehe

Dining area

Siap ada merchandise store, tapi tak de apa yang menarik

Ada magnet, pin, key chain etc

T shirt ada lah. Tapi harga agak mahal

OR order Rib apa benda ntah. Dia kata sedap. Hero pun suka

Hero punya makanan. Kid punya meal adalah free with every main course dewasa

Tak best la masuk kedai udang tak makan udang. Shrimp's Heaven. Udang di masak dengan macam macam jenis. Goreng, Rebus, Tempura dan fries.

Aku punya. Southwestern Fried Chicken. Bagi aku sedap dan rangup. Tapi besar sangat ayam dia, tak abis

Selepas di kerjakan. Manager tu bagi satu set fries free sebab aku mintak tukar dengan jagung. Tapi dia bagi jugak jagung tu

Mango Lemonade. Sedap juga

Sinki dia. Cool eh

Cas cas nak posing macam Forrest Gump

Atas meja


OK. Sebab aku pun belum pernah cuba banyak menu kat sini, tapi dari apa yang aku dan OR makan tu, rasanya sedap juga.

Tapi aku rasa tak berbaloi la makan kat sini. Sebab nya? Mahal !!!

Portion dia agak besar, macam kat TGIF atau Chilis jugak, tapi harga dia sekali ganda.

Resultnya, bil kami makan tu semua RM183. Aku rasa macam mahal. 

Tak berbaloi kan? Beli udang sendiri dan buat nasik goreng udang kat rumah pun sedap. Silap silap boleh buat kenduri. Tak boleh datang selalu sini. Sekali setahun boleh ler kot.

Tapi kalau nak cuba, apa lah salahnya. Lagi lagi kalau ada orang nak belanja. Kalau orang suruh aku belanja, aku akan cakap awal awal pada diri sendiri..............

"Run, Forrest Run..."

* lari sambil kibar bendera PSM ( Parti Supermeng Malaya ) yang berbentuk spender.

Tahniah Kerajaan baru MALAYSIA !

Sunday, May 5, 2013

Oh Bulan !

Di suatu hari yang indah. Malam yang terang. Bulan tersenyum riang.


Dan aku teringin nak ambik gambar bulan !

Time tengah tunggu OR nak ajak makan, aku skodeng sang rembulan.





Tengah teropong syok syok, OR ajak makan !

Jadi, misi gagal !

Nak cuba lagi, bulan dah pun menghilang di tutup awan..................... so tak dapat ambik gambar bulan, jadinya............... jom pangkah bulan !!

* lari........................



Wahai
janji setia sudah diucapkan
aduh
kata bersumpah telah kupadukan
kini
engkau pergi jauh membawa diri
tinggal
daku saorang dalam sunyi sepi

nun bulan ditutup awan
terkenang...
hati bertambah rawan

wahai
jikalau ku tahu janjimu palsu
tentu
tidak kuturut sedari dahulu

Saturday, May 4, 2013

PRU 13 : Pangkah [X]

Aku tak pernah mengundi lagi walaupun setiap kali mengundi, nama aku memang dah didaftarkan dekat SPR tu.

Tak pernah mengundi dan tak terasa nak mengundi !

gambar google

OK. Aku rakyat yang tak menjalankan tanggung jawab !

Aku terima.

Sebenarnya bukan apa, senang cakap, aku tak suka politik. Pakcik James dulu Ketua UMNO, kakak aku pulak sekarang ni Ketua Wanita UMNO, tapi aku tak sokong 100% perjuangan yang di bawa oleh UMNO mahupun BN ni. Bagi aku politik ni bukan kotor tapi unclean. Faham?

Kalau nak pangkah dan mengundi ni, memang aku tak terfikir langsung aku akan mengundi. ( Sehingga hari ni lah) Esok tak tau lagi la, mana la tau, kot kot kan datang angin, bangun pagi terus melalak lagu mengundi sambil marching ke pusat mengundi dalam keadaan belum gosok gigi.

"Jom kita mengundi............ Jom kita mengundi........"

Sebenarnya jauh dari sudut hati aku, aku ada masalah besar ! 

Masalahnya, aku tak tau nak mengundi siapa !

Banyak sangat kot di sogokkan dengan macam macam cerita, jadi aku rasa tawar hati. Lagipun kat tempat aku ni memang dah tau sapa pemenang, dan aku pun tak de masalah dengan Ahli Parlimen mahupun ADUN sebab aku rasa OK je. Tapi untuk mengundi sebab dia atau sebab parti politik, aku rasa aku tak rajin untuk berbuat demikian.

Bagi aku, kalau nak mengundi ni, kena tengok banyak aspek.

Kenapa kita mengundi? Sebab tanggung jawab kita pada negara. Fine.

Siapa kita nak undi? Orang yang boleh memperjuangkan hak kita. Orang yang boleh fullfill semua keinginan kita. Yang selayaknya boleh memuaskan hati kita dan membela nasib kita.

Tapi boleh ke hati kita ni di puaskan? Kita nak itu, ini. Di janjikan itu ini, tapi end up.... sesiapa pun yang memerintah, kita tak akan dapat apa yang kita nak pun. Malah keinginan mereka sendiri yang di puaskan dahulu. Tinggallah keinginan dan kehendak kita yang semakin bertambah tambah tak terbela dan tertunai.

Kalau kita nak ubah kerajaan, rasa rasa berjaya ke? Besar risk tu ! At least sekarang ni aku rasa proven ! Ubah kerajaan ni bukan macam buat rumah. Sebulan dua boleh siap. Ini makan tahun. Dalam masa setahun tu akan jadi banyak benda. Lagi lagi kalau orang baru dapat kuasa. Nama pun manusia. Hari tu cakap lain, nanti jadi nya lain. Mentadbir negara tu besar beban yang di pikul, jangan sampai cakap je mampu, bila dah bagi peluang lain pulak jadi nya nanti.

Itulah sebab nya aku tak nak undi PKR.

Lagipun, aku rasa dia orang cuma nak membuktikan yang dia orang mampu menawan Putrajaya dan mentadbir negara. Not so much untuk menjadikan negara lebih baik pun. Tak baik ke negara kita sekarang dari segi kemajuan ekonomi? Bagi aku OK jer. Aku rasa kita berada di landasan yang betul. Memang ada kekurangan. Ada masalah jenayah. Negara mana tak de jenayah? Negara mana tak de kelemahan? Aku travel merata tempat, mana mana pun end up aku rasa Malaysia jugak best dari banyak segi.

Nak undi PAS? Aku tak de apa apa halangan pun sebenarnya. Aku pun orang Islam dan Melayu dan aku tau apa yang cuba diperjuangkan. Tapi, nak bagi PAS mentadbir negara Malaysia? Hmmm. Bagi aku susah. Bukan sebab aku tak berapa Islamic, tapi aku rasa untuk negara berbilang bangsa macam Malaysia ni, payah sikit lah.

DAP? Sendiri fikir lah. Mati hidup balik pun aku tak akan undi. Apa yang diperjuangkan pun tak de berpihak langsung kepada aku. Dalam diam diam dia orang ni sebenarnya menyimpan niat serong. Nak menaikkan bangsa mereka jer. Aku bukan nak jadi racist tapi sentimen Melayu aku masih kuat.

Sama jugak dengan parti parti BEBAS ! Apa dia orang perjuangkan pun aku tak tahu. Masing masing semuanya nak puaskan hati sendiri jer tu. Kalau menang pun, akan ada banyak keterbatasan untuk mereka membantu rakyat.

Lagi kalau aku fikir jauh, kalaulah Pakatan Rakyat ni bergabung dan menang majoriti undi. Pastu tadbir negara. Aku takut mereka akan berebut kuasa untuk mengepalai negara dan masing masing akan sibuk nak jadi ketua. Sebabnya, pakatan mereka hanya berniat untuk satu perkara iaitu mengalahkan Barisan Nasional. Lagi lagi kalau DAP yang menang majority, silap silap PM dari kalangan mereka. Tak ke kita ni berputih mata? ( Spender tetap berkaler kaler)  

BN pulak. Aku nak cakap tak best untuk di undi, tapi selama ni aku rasa selamat, hidup dalam rasa aman damai, dapat apa yang sepatutnya aku kecapi dari sebuah kerajaan. Tapi aku tak nak undi BN sebab banyak kepincangan dalam BN especially UMNO yang ada unsur unsur yang aku tak setuju contohnya penyalahgunaan kuasa, kroni, penggunaaan wang tak bertempat dan macam macam lagi.

Tapi bila di fikir balik, sesiapa pun yang memerintah, benda benda macam ni sebenarnya akan terus terjadi selagi namanya kita ni manusia.

* jeling Nyonya Rosmah Mansor

Tapi at least, banyak perkara ini telah kita tahu sebab telah di tembelangkan oleh parti pembangkang dan still, aku rasa aku boleh terima sebab aku kecapi rasa aman di negara ini. Itu yang lebih penting; hidup dengan aman di tanah air sendiri.

Bagi aku, BN still OK walaupun ada UMNO, MIC dan MCA sebab UMNO masih mengepalai pakatan ini. dan aku rasa MIC dan MCA sendiri tau tanggungjawab dan limitation mereka sejauh mana mereka boleh meminta selain daripada yang hak dan di persetujui sebelum ini. Tapi kalau PAKATAN, nak settlekan isu dalaman pun huru hara jadi nya. Cemana nak memerintah negara?

Tapi aku setuju dalam mana mana negara pun, ada kerajaan dan ada parti pembangkang. Parti pembangkang ini penting dalam membuat check and balance dan mengurangkan kuasa mutlak yang ada pada kerajaan supaya tidak melakukan sesuatu itu ikut sesuka hati mereka saja. Di sini la peranan pembangkang untuk counter balik, carik info, dedahkan apa yang silap supaya kerajaan yang mentadbir tidak sewenang wenangnya menggunakan kuasa mereka yang mereka perolehi daripada suara rakyat.

Aku berdoa untuk PRU13 ni, ada kawasan kawasan PAS menang, ada kawasan DAP menang, ada kawasan PKR menang dan ada kawasan BN menang supaya tiada monopoli kuasa dalam pentadbiran negara walaupun still parti yang menang berhak berkuasa dan memimpin negara.

Lihat dari sudut macro, aku rasa aku OK dengan keadaan sekarang ni je pun. BN mentadbir, PAS, DAP dan PKR sebagai pembangkang. Dia orang ada few kawasan menang dan boleh berdebat di Dewan Rakyat and at the same time, aku sebagai rakyat tau ada pertelagahan dalam mentadbir negara tapi semuanya dalam keadaan aman dan terkawal. Berpolitiklah secara aman dan intelektual, bukan menjadi taksub dan mengikut perasaan semata mata sampai sanggup memburuk burukkan orang lain.

Maka, sokonglah parti yang anda sokong sekarang ini, yang memberi kebaikan kepada keseluruhan rakyat bukan hanya untuk sesetengah pihak saja ataupun individu itu sendiri.

Aku harap BN akan terus mentadbir negara walaupun tanpa undian aku. Bukan aku cakap aku sokong BN, tapi sebab aku rasa selesa dengan keadaan sekarang ni. It is OK to UBAH. Tapi ubah ada banyak cara. Siapa yang boleh guarantee kalau Ubah tu boleh jadi better? Seeloknya kita UPGRADE apa yang baik sekarang ni. Sebab itu menambahbaik dari sesuatu yang sediaada baik kepada sesuatu yang lebih elok. Syukuri apa yang kita nikmati, bukan mengubah kepada sesuatu yang kita sendiri belum pasti !

Apa apa pun pilihan dan keputusan kita, risk tetap ada.

Mana mana individu yang jahat, yang menyalahgunakan kuasa tu. Mereka memang tidak amanah atas tanggungjawab yang di berikan. AWAS, kemenangan seseorang individu di kawasan masing masing tu bermaksud ada amanah dan tanggungjawab yang perlu di pikul bukanlah anugerah yang boleh di banggakan sangat ! Mereka di beri hak dan kepercayaan dan kalau tersilap buat perhitungan, sedia lah nanti.

Pembalasannya pasti akan lebih kejam !

Kalau jahat sangat tu, biar je Tuhan balas. Aku percaya pada karma dan sesapa pun yang jahat, menyalahgunakan kuasa dan duit negara atau buat benda benda yang tak elok. Pastinya akan ada balasan dari perbuatan masing masing.

* emo lagi

Ini adalah luahan hati aku sendiri, dan aku memang tidak menyebelahi mana mana party atau berniat menyakitkan hati mana mana pihak.

Apa apa pun, aku akan tetap menyokong kerajaan yang menang. Itu lah janji yang bakal aku tepati sebagai rakyat biasa. I am a Malaysian and I am proud.

Selamat mengundi and respect people's choice !

Undilah Parti Ikan. Untung untung dapat Ikan sekilo !

OK. Malam ni aku nak testing pangkah rumah Kasim Baba dulu............. Ayuh Marjinah !

Friday, May 3, 2013

Senja Di Karimun

Senja datang dan berlalu. Biarlah terbenam sang suria membawa pergi rasa sedih dan sayu.

Gambaran senja di Pantai Palawan, Pulau Karimun, Indonesia.

Enjoice.

# 1

# 2

# 3

# 4

# 5

# 6

# 7

# 8

# 9

# 10

# 11

# 12

# 13

# 14

# 15

# 16

# 17

# 18



Tak pernah kusangka ini terjadi
Kisah cinta yang suci ini
Kautinggalkan begitu saja
Sekian lamanya kita berdua

Tak kusangka begitu cepat berlalu
Tuk mencari kesombongan diri
Lupa sgala yang pernah kau ucapkan
Kautinggalkan daku

Pergilah kasih
Kejarlah keinginanmu
Selagi masih ada waktu
Jangan hiraukan diriku
Aku rela berpisah demi untuk dirimu
Semoga tercapai sgala keinginanmu

Kejarlah keinginanmu
Selagi masih ada waktu
Jangan hiraukan diriku
Aku rela berpisah demi untuk dirimu
Smoga tercapai sgala keinginanmu

Thursday, May 2, 2013

Pantai Pongkar, Karimun

Pantai dengan pepohon nyiur mengilai melambai? Ah... itu mungkin sudah biasa. Namun, pantai dengan barisan pohon cemara di sepanjang pantai? Ini mungkin jarang kita temui dan ternyata juga tidak kalah cantiknya. 

Itu lah, Pantai Pongkar. Kawasan wisata yang terletak di Pulau Karimun, ini adalah pantai unik dengan kombinasi butiran pasir putih yang bersih dan pohon cemara yang indah. 

Pantai seluas sekitar 100 hektar itu berada di kawasan Pulau Karimun. Pengunjung yang datang ke Pantai Pongkar ini mengambil masa kira kira setengah jam perjalanan darat dari Tanjung Balai.

Tidak ada sebarang public transport untuk datang ke Pantai Pongkar ini. Kalau nak datang perlu ada kenderaan peribadi ataupun menggunakan teksi atau sewa mobil. Kualiti jalanraya agak bagus untuk sampai ke sini tapi perlu bayar entrance fee, satu kereta 5,000 Rupiah.

Di Pantai Pongkar, pengunjung bukan hanya dapat menyaksikan keunikan pantai, malah kawasan pergunungan di persekitarannya serta kapal kapal besar di Selat Melaka.

Tidak ada restorant di kawasan ni, cuma ada penjual dengan motosikal je. Jadi, sila bawa makanan sendiri. Berpicnic juga bagus di sini. Tiada juga resort mahu pun rumah tumpangan. Cuma ada kerusi dan bangsal untuk beristirehat.

Air terjun Pongkar terletak 2 KM dari Pantai Pongkar. Di sana, kita boleh menikmati keindahan alam dan hutan dengan air terjun di ketinggian 700 meter. Tapi nasihat aku, tak payah pegi ! Jangan tanya aku kenapa, abang cakap jangan pegi, jangan pegi !!! 

Jangan lawan cakap aku, aku kan abang !

* mati la tetiba.

Enjoy keindahan Pantai Pongkar, Pulau Karimun.

Pantai Pongkar

Pepohon Cemara

Tambatan perahu

Pasir yang halus dan memutih

Eh, ada pun pokok kelapa. Sapa kata tak de tadi?

Mengadap Selat Melaka

Karang Laut

Pokok pokok di tengah laut

Sesuai untuk berkelah dan mandi manda

Kawasan pantai yang bersih dan terjaga

Perahu nelayan

Bendera

Bendera bendera

Actually bendera bendera tu untuk pertandingan sukaneka yang di langsungkan waktu aku ke sana hari tu.

Kalau berkesempatan berkunjung ke Karimun, datang lah ke Pantai Pongkar ni, selain dapat menikmati udara yang segar, pasir yang halus serta pantai yang bersih, mungkin juga kita boleh menemui apa sebenarnya yang terselindung disebalik Rahsia Pohon Cemana nyanyian kumpulan Exist dulu tu.

Apa? 

Tak de kena mengena?

Lantak !

Aku sendiri baru tau, pokok Cemara sebenarnya rupa dia macam tu. Selama ni punya la berkurun lama asyik dok nyanyi lagu Rahsia Pohon Cemara tapi macamana rupa pokoknya pun tak tau.  



Berkurun lama kurahsiakan
Cintaku padamu
Hanya kerna kau ratu laksana
Di singgahsana

Di tasik ini, di pohon cemara
Yang teguh meninggi
Bagai harapan ku kepadamu
Sekian lama

Akan kuserah cinta abadi
Menyerlah sinar malam sepimu
Agar menjadi penawar lukamu
Warna hatimu

Akan kubawa kau mengembara
Menerokai alam asmara
Mengubu kota
Cinta kita

Genggam erat janjiku
Sematkan di dalam hatimu
Moga cinta makin mekar
Mengharumkan hidupmu

Wednesday, May 1, 2013

Di Suatu Hari Yang Indah Dan Cerah

Di suatu hari yang indah. Cuaca sangat lawa di Putrajaya.









Bukan hari hari kita boleh dapat langit biru macam ni !

Selamat bercuti !

* campak minyak masak cap buruh kepada buruh buruh sekelian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...